. Mempertahankan Maruah Itu Perjuangan

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Thursday, May 14, 2009

Mempertahankan Maruah Itu Perjuangan

saifulislam.com

“Pelajar-pelajar sekolah agama, jangan ingat dengan hanya sekolah agama kamu sudah terjamin masuk ke syurga!” bebel penceramah itu.

Saya pun tidak tahu apa motifnya.

Apa yang pasti, telinga saya sudah panas dan darah sudah hampir mendidih.

Kebetulan pula saya duduk di barisan hadapan sekali. Betul-betul di depan muka penceramah itu.




“Saya pernah jumpa pelajar Sekolah Izzuddin, minum arak, tak mabuk. Minum air sejuk, mabuk!” katanya sambil ketawa kecil.

“That’s it!” tanpa sedar saya menghempas fail ke atas meja dan terus bangun meninggalkan majlis.

Dewan menjadi kecoh. Kesemua rakan saya yang menyertai kursus itu bangun sama. Kami menuju ke surau. Berwudhu’, untuk menyejukkan hati memadam api amarah.

Ketika itu saya dan lima lagi rakan mewakili sekolah untuk hadir ke sebuah kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh sebuah Kesatuan Pelajar Islam Negeri. Sepanjang tahun 1991 itu memang banyak kursus yang saya sertai. Tetapi kursus yang satu ini pelik sedikit. Bukan kursus itu yang pelik, tetapi penceramah-penceramahnya yang bercakap seperti orang mabuk.

Tidak ada sebarang sikap atau perkataan yang kami tunjukkan sebagai justifikasi kepada kenyataan penceramah yang satu itu tadi untuk menyindir-nyindir kami. Kebetulannya, daripada lebih 100 orang peserta, hanya dua sekolah agama sahaja yang menyertainya iaitu kami dari Sekolah Izzuddin Shah dan peserta tuan rumah, SMKA Sultan Azlan Shah, Bota. Sedari awal program, kami menjadi sasaran sindiran pelbagai pihak.

URUSETIA YANG SETIA

“Apa kita nak buat sekarang?” tanya Marul kepada saya.

“Kita tunggu sampai habis sesi ini, kemudian baru masuk semula ke dewan,” saya mencadangkan.

“Eh, tu nampak macam urusetia je. Nak brainwash kitalah tu” kata Adzhar.

Memang tidak salah lagi, pihak urusetia datang kepada kami dengan muka seperti nak makan orang.

“Kamu semua, sila masuk semula ke dewan” katanya.

“Waalaikum al-Salaam!” saya menjawab salam yang tidak diberinya.

“Orang tua tu ada lagi ke di dewan?” saya bertanya.

“Itu bukan soalnya. Tetapi tindakan kamu keluar dewan telah mencacatkan majlis. Meja depan semua kosong” katanya lagi.

“Oh ho ho… kami pula yang dituduh merosakkan majlis. Kata-kata penceramah tu tadi, menambahkan seri majlis ke? Menambah iman dan amal?” saya sudah kepanasan.

“Alaa… pekakkan sahajalah telinga. Sikit-sikit nak kecil hati” ujar beliau.

“Wrong answer! Eh akhi, mempertahankan maruah itu jihad. Anta pun tahu, kan? Kalau kami buat salah, betulkan. Tapi bukannya dengan menyindir-nyindir tak tentu pasal. Kami berada di surau ini, selagi orang tua itu ada di dewan. Full stop!” saya memberi kata muktamad mematikan dialog.

“Ya, ya! Kira dah baguslah kami ni sekadar bangun dan tinggalkan majlis. Kalau kami jawab menjawab tadi, lagi rosak majlis. Tinggalkan kami di sini ya” kata Aswan pula.

Beliau bangkit meninggalkan kami di surau dan program diteruskan tanpa kehadiran kami.

1 comments:

::NABILA RAIHAN :: said...

astagfirullah..

ayat yg sungguh mnguji keimanan.

betul tu! mmprthnkn maruah itu adlh jihad!

xsmua budak skolah agma itu jht..

nak menegur tu boleh,tp mstilah dgn cara & kaedah yg btul

bukan dgn ayt sindiran mcm tu..btul x?

tcalar mruah budak2 skolh agama..

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design