. Berjalan.Melihat.Mentafsir: August 2009

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Monday, August 17, 2009

Kursus Pemantapan JKM....


sesi bergambar..hehehe

yang penting - helmet.hahaha




~ sedang menyalin nombor driver bas ~
Pada 7-9 Ogos yang lalu, JKM KSS sekali lagi diberi pendidikan dan peluang untuk sama-sama berkursus di Kalumpang, Hulu Selangor..tempat yang menarik dan pengisian yang mantap.Seramai 22 (kalau x salah) peserta yang terdiri daripada JKM dan wakil-wakil Blok KSS. Kursus ini secara dasarnya untuk sama-sama sit down together to get and try to find the main problem of our organization. It's look like a simple and waste 'kursus', but for they who are knows and understand about all the thing that Encik Noraimi said, its will be ok...

Walaupun ada yang tidak pergi,demam,dan macam-macam lagi 'alasan'..namun di situ sudah kita dapat lihat, siapakah yang memahami apa yang selama ini cuba disampaikan oleh Encik Noraimi...

hari Pertama- Kalau ikut mahu saja saya sampaikan kad ucapan itu kepada semua..namun apakan daya...yang tak dapat...jgan sedih2...anda dihargai..dan saya amat menghargai anda....kadang-kadang butir-butir kaca mengalir di pipi kerna melihatkan kebersamaan anda dalam melakukan satu-satu perkara....

Hari kedua- Seperti biasa, Poco-poco bagaikan menjadi acara wajib dan sinonim ngan KSS. poco-poco = KSS ??hahaha...Sesi post-morterm...banyak benda ...penuh whiteboarf..tapi bagus saya ucapkan..dan tahniah kepada masing-masing.Walaupun ada yang mengambil inisiatif untuk berdiam dan tidak menimbulkan suasana tegang, namun keadaan masih lagi dirasakan hangat."Tengok-tengok Presiden tidor..." antara agenda semasa di Jeli hari tu. Kesilapan saya...saya mohon maaf kepada semua. Bagi yang menyaksikan 'drama' pada pagi tu..mereka akan faham kenapa saya tak datang...


Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana saya masih lagi di uji Allah. Kulit saya secara tiba-tiba gatal-gatal.orang kata ulat bulu..ape-ape je lah.Tengahari boleh tahan lagi. Masuk ke sesi petang, keadaan semakin menjadi teruk.Saya mengambil keputusan untuk mandi seketika dan menggantikan baju MRSM Muar yang saya pakai. Alhamdulilah, keadaan berkurang.

Perancangan aktiviti, Mentor-menti..mandi sungai...main bola tampar..aktiviti sepanjang petang tersebut.


Malam, sesi LDK. saya tidak mahu mengulas mengenai apa yang berlaku..Rumah Kami..( owh...sudah terase sebak di sini..), Tiup Belon,Kapal..main campur-campur kertas warna....banyak perkara yang masih lagi dalam awasan dan perlu dijaga sebaiknya.
Tentang kelemahan, bolehlah sesiapa yang nak tau boleh tanya direct...perkara yang lain :

1. betapa sukarnya untuk membuat keputusan. Ada yang menyokong,ada yang membantah,ada yang sekadar ikut.kadang-kala, inilah yang harus kita lalui. Dan bagi setiap pengarah mahupun apa sahaja jawatan, apa yang anda lakukan, andalah yang harus bertanggungjawab. Take a risk. Saya sendiri harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas ahli JKM,penghuni KSS dan banyak lagi.

2.Kite merancang,Allah merancang,perancangan Allah lebih baik. Jika tidak menjadi apa yang kita rancang, dan menghadapi masalah,maka duduk dan selidikilah semula tentang perkara tersebut. dan ingat, Semua itu ada hikmahnya...

3.Pecahkan ketakutan yang ada. Nothing is immpossible and impossible is about nothing. Untuk apa takutkan benda-benda sedemikian ? Berfikir secara positif,kita akan dapat yang positif...

4. Pentingnya kepada patuh kepada peraturan dan berfikir masih lagi dalam peraturan. Halusi setiap arahan yang diberikan.


5. Berkaitan kerjasama, keberanian, kebersamaan, sikap ambil peduli dan banyak lagi..bolehlah persoalan ini terus diajukan kepada saya. Saya akan bercerita lebih panjang lagi...


HAri ketiga- Aktiviti mandi sungai sampai beku.sampai ada yang dah bangun terus baring atas batu...hehehhe... Bagi ikan makan, seronok...



Kesimpulannya, banyak benda baru yang harus dipelajari dan dapat diperoleh dari program ini....

Sunday, August 2, 2009

Bismillah...
setiap detik rasa bersalah....
hmm...memang benar, kalau kita buat salah dengan manusia,kita kena setel sendiri..inilah antara bisikan hati saya sebelum melangkah masuk ke bulan Ogos.beberapa perkara yang saya masih lagi belum dapat siapkan dengan jayanya. Kerjasama dengan felo-felo di KSS sendiri masilh lagi belum ke tahap yang boleh membanggakan.Di mana silapnya? saya lebih melihat dalam konteks ahli saya sendiri dan saya sendiri. Jarang berhubung dan bertanyakan pendapat menjadi antara sebab mengapa hubungan ini kurang jayanya.

Berkaitan dengan memperkasakan pengaruh dan komitmen penghuni Raja Alang dalam KSS,dengan tempoh yang semakin singkat saya amat mengharapkan agar program Hari Wanita itu nanti dapat mengembalikan semula semangat kerjasama di antara penghuni Raja Alang dan penghuni di dalam kampus.


Dalam tempoh terdekat ini juga, beberapa keputusan yang penting turut menjadi permainan harian saya sejak akhir-akhir ini.Beberapa kali Pengurus yang menguruskan Konsert Antara Dunia (KAD 09') di KSS bertanya kepada saya samada saya mahu pergi atau tidak. Peluang yang datang tak diduga,namun keperbatasan beberapa perkara membuatkan hati saya berbelah bahagi. Saya memohon maaf kepada beliau.Siapa yang tidak mahu Shoutul Harokah datang ke Malaysia.

Dalam masa yang sama,assignment membuat reka cipta tong sampah membuatkan kepala menjadi semakin serabut. Sudahlah setahun sudah meninggalkan medan AutoCAD, kini kembali mengutip semula memori yang sudah hilang itu. Alhamdulillah, berkat kesabaran saya berjaya. Malah,saya turut menjumpai semula buku AutoCAD saya.

Program-program mula masih lagi belum bermulanya gerak kerja. Saya cukup risau,memandangkan dalam tempoh bulan Ramadhan nanti, tiada aktiviti yang boleh dilakukan.Ada, tapi tak banyak. Tak semua mempunyai daya ketahanan yang sama.Isu membawa semula Mambo ke KSS sedang dipergiatkan.

Banyak lagi perkara yang ingin saya perkatakan. Ketika inilah, penyusunan masa amat bermakna bagi memastikan semua perkara tidak terlepas begitu sahaja.
" Abang balik kejap je..." itu adalah antara kata-kata yang terluah dari adik bongsu saya,Amir Haziq. Terkedu seketika sebaik sahaja mendengar kata hatinya. Namun, saya bingkas berkata kepadanya " I got a lot of work to do..did'nt you have a homework ?" sambil dia tersenyum mendengarnya selepas mendengar perkataan homework. Ketika itu saya baru sahaja kalah dengan dia main congkak. Seronok bukan kepalang sebab dia menang.

Umi tetap sporting. Seolah-olah umi benar-benar faham keadaan dan kondisi anaknya ini. Sebab umi pun orang yang penting baik untuk sekolah mahupun PPIM. Kadang-kadang Along,kakak sulung saya mahu agar Umi gantikan dengan orang lain untuk pergi ke kursus-kursus yang dianjurkan." kan ramai cikgu cikgu muda muda kat sekolah tu..suruhlah je la diorang pegi..." Umi hanya tersenyum sahaja..


Pulang semula ke kampus, mengemas bilik dengan apa yang patut,hati saya merasakan perasaan serba salah itu terus menebal kepada beberapa orang sahabat saya.Hmm...seri wajah senyuman sudah tiada. Hanya bermasam muka ..hmm..tak tahu hendak dikhabarkan bagaimana....Mungkin ada tingkah laku yang mengguris hati..barangkali....

ape pun..hari ini saya kena siapkan jugak assignment tong sampah itu...ok...semoge berjaya...

wassalam...

p/s- pas ni saya nak buat post pasal isu yang hangat skang..hehehe
 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design