. Berjalan.Melihat.Mentafsir: 2010

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Wednesday, August 4, 2010

Template Baru ...

Alhamdulillah..saya dah tukar template baru...

Monday, August 2, 2010

rileks..

Kita ingin segalanya indah
Semurni pantai yang putih bersih
Indahnya bagai tersusun madah
Berseri ukhuwah dipupuk kasih

Kita rindukan kasih sayang
Untuk hiasi taman hati
Dalam melalui perjalanan suci
Ingin menuju arah Tuhan
Perlu tetap tujuan kita
Baru kehidupan aman berpanjangan

Demi perjuangan perlu satu hati
Tetapkan iman di dalam diri
Perintah Allah wajib dipatuhi
Sunnah Rasul perlu dicontohi
Biar keikhlasan kita berbicara
Barulah terhindar sengketa sesama

Saturday, July 31, 2010

Debat Perdana Piala TNC HEMA UTM Skudai 2010

Alhamdulillah, sekali lagi saya diberi peluang untuk menyertai pertandingan debat ini. Sudah 2 tahun tak menyertainya, dan kali pertama dan terakhir sebelum ini ialah ketika tahun 1 Diploma, mewakili Pasukan Aero Junior. Selama seminggu ini..otak saya telahpun dikerah seolah-olah berfikir seperti seorang menteri. Dengan tajuk-tajuk yang menarik dan begitu "membebankan", tetapi dengan berkat usaha dan sokongan dari rakan-rakan dari proksi yang sama, serta dari "senior-senior" dengan izin telah banyak membantu melancarkan lagi perjalanan saya di dalam arena perdebatan ini.

Banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang mengikuti pertandingan ini. Mana tidaknya,langsung tidak mempunyai ilmu dalam dunia debat.Seperti bidan terjun juga lah.



Banyak juga ilmu baru terutama sekali dari aspek fakta-fakta yang boleh saya katakan kebanyakan dari kita sendiri tidak tahu. Malah, saya juga dapat merasakan betapa sukarnya menjadi pendebat yang hebat kerana memerlukan daya penyelesaian masalah yang tinggi. Dunia perdebatan dengan sama dengan dunia post mortem dengan izin. Dunia perdebatan memerlukan penyelesaian kritis dan pantas. Malah teknik mengolah isi dan konsep yang disampaikan.

Namun,memandang saya sendiri tidak terlalu mensasarkan ke peringkat yang lebih tinggi, kerana bagi saya, Kemenangan itu bermula dari dalam fikiran. dan saya sendiri bersaing dengan diri saya sendiri, bukan dengan yang lain. Malah, melihat dari gaya-gaya mereka,membuatkan saya sekurang-kurangnya berasa bangga kerana di sebalik isu mahasiswa lesu dan sebagainya, masih ada lagi yang mampu bergiat aktif dalam dunia perdebatan ini.

Ternyata, saya semakin seronok dengan kehidupan di Skudai.Cuma saya mohon diberi kekuatan kepada Allah untuk dapat menyeimbangkan antara penglibatan saya dalam pelbagai program dengan akademik. Mohon juga para pembaca meng-amin-kan juga ya =)

Saya juga dapat merasakan kepeningan yang mencapai tahap maksimum.Bayangkan,kita yang berdebat di peringkat dalaman UTM pun dah pening, apa lagi para wakil-wakil rakyat di parlimen ? itulah yang sering saya ungkapkan, kita mudah berkata dan bercakap apabila tak memegang apa-apa jawatan di dalam organisasi,namun apabila kita sendiri berada di dalam,barulah kita tahu betapa sukarnya memegang tampuk pemerintahan itu. =)
ni lah antara kumpulan yang best tgk debat diorang.hehehe.Kumpulan-kumpulan Kuda.



Tuesday, July 27, 2010

Komitmen & Fitnah


Alhamdulillah..telah selesai beberapa situasi genting dalam minggu yang penuh suka duka ini. Minggu ini juga, alhamdulillah saya bersyukur kerna Allah masih memberikan peluang untuk menghirup udaranya yang segar,melihat keindahan alam ciptaanNya, melihat 1001 Perangai makhluk yang bernama manusia dan banyak lagi.

Komitmen dan fitnah. 2 perkara berbeza ini cuba saya ulas mengikut pengalaman saya sebagai orang muda, yang cetek pengalaman dan skala umur yang kecil; baru berumur 20 tahun. Sebelum itu, suka untuk saya menceritakan kepada sekalian pembaca samada menyukai atau tidak saya. Sebuah kisah yang cukup menarik minat tetapi saya simpulkan sahaja kesudahannya ; Usamah bin Zaid menjadi panglima perang dalam usia yang muda. Sultan Muhammad Al Fateh, pembuka kota konstantinopel juga berjaya semasa usia muda.diulang, usia MUDA. adakah disebabkan muda, maka kreativitinya disekat? adakah disebabkan usian Usamah yang masih muda, semua tenteranya tidak mahu mengikutnya? salah sama sekali.

Sebagai orang muda, gerak kerja kita hendaklah pantas. Orang muda menggunakan kereta Formula 1, bukan kereta A1. Jika tidak boleh berkhidmat dengan ketua yang muda, maka silakan mencari organisasi lain.Silakan berkhidmat dengan orang-orang yang boleh membahagiakan anda. Tidak ada sebab untuk terus bekerja dengan orang yang tidak mempunyai persefahaman dengan kita. Namun, harus diingat, apabila berlaku pertelingkahan, Islam mengajar kita untuk berdamai. Dan apabila dihulurkan salam perdamaian, maka adalah lebih baik kita menyambutnya.


Menyerang di saat lawan memandang kehadapan


Terima kasih kepada mereka yang telah menunjukkan 2 muka yang berbeza dalam kondisi yang berbeza; di hadapan dan di belakang. Menikam dari belakang, seolah-olah apabila berhadapan dengan saya secara terus, hanya berani mengeluarkan sepucuk pistol mainan. Tetapi apabila saya menoleh ke tempat lain, bagaikan 50 Sniper sudah bersedia untuk menembak saya. Inikah dia seorang yang profesional ? saya tidak ada jawapannya. kerana mungkin definisi profesional menurut istilah saya itu tidak sama dengan orang lain. Ingin berentap, berhadapanlah dengan orang yang sepatutnya. Bukan berhadapan dengan orang-orang kecil sahaja.

Fitnah yang semakin Terus Menerus Menyerang

Allah,kuatkan hatiku ini dalam berhadapan dengan fitnah-fitnah ini. Sekarang, kita dapat lihat, siapa yang lebih banyak memfitnah. Perkara ini amat tidak baik untuk pembangunan modal insan di kalangan mahasiswa, maka saya berharap agar mana-mana mahasiswa yang rasa terlibat, agar mengkaji dahulu berita yang anda dengar. Bertanya kepada tuan yang difitnah. Bukan hanya dengar dan angguk. Jangan jadi orang Islam yang bodoh, yang tidak mengkaji berita yang didengar. Kadangkala, berita yang disampaikan ketika marah dan beremosi itu lebih banyak tokok tambahnya.

Komitmen: Berpesan juga kepada diri anda !

Kita jangan menjadi orang yang sibuk memikirkan hal-hal komitmen orang terhadap perkara lain. Tetapi adakah kita sudah capai apa komitmen yang diinginkan? Jika kita memegang sesuatu jawatan atau pangkat, apakah kita telah memberikan 1001 keringat dan pengorbanan. Benarlah kata Ustaz Hasrizal ;

" Ubah jangan dengan cakap, tapi dengan SIKAP !! "
jelas, para pimpinan sesebuah organisasi itu memerlukan contoh suri tauladan dalam memandu arus kehidupan. Jika tidak berkenan dan tidak sudi menjadikan saya sebagai suri tauladan terhadap perkara-perkara baik, tidak mengapalah. Namun,kita sendiri sudah ada qudwah hasanah ; Rasulullah s.a.w.

Berbalik kepada Quote " Ubah dengan sikap", maka akhir-akhir ini saya lihat banyak perkara yang mencerminkan kerendahan akhlak pimpinan mahasiswa terutama sekali melalui pakaian. Perkara ini amat membimbangkan. Sesuatu majlis itu seolah-olah dijadikan majlis yang .....tidak tahu hendak diungkapkan dengan apa. Dengan adanya banyak gambar-gambar, dan saya mohon dan berpesan kepada diri saya dan sahabat sekalian untuk tidak mengupload gambar-gambar yang boleh menjatuhkan imej anda, yang boleh membuatkan khalayak rakyat anda melihat perkara sedemikian. Amat sedih sekali.

::Lupakan yang lama ::

Maka, saya memperoleh 1 kesimpulan.lupakan yang lama. BUmi lama tempat kamu mengerahkan idea itu sudah tidak menerima kamu. kamu itu orang asing, afdhal.Kamu juga dianggap saya rasa boleh saya katakan sebagai penyebar fahaman yang salah. Terroist. Tetapi ingat, kerisauan saya,celoteh saya kerana saya ini sahabat kamu semua. Walaupun ada yang mengklasifikasikan saya sebagai musuh,namun itu sedikitpun tidak mematahkan semangat saya untuk terus memberi. Namun, jika bumi yang bertuah itu sudah mula menutup pintu untuk bukan sahaja saya untuk masuk, malah fikiran dan pendapat saya juga turut disekat. Terima kasih dan ku bersyukur pada Allah,sekurang-kurangnya aku diuji. Aku sendiri dapat melihat mengapa bangsaku tidak maju dalam urusan yang paling menguntungkan.

:: Selamat Datang ke Skudai ::
Saya semakin seronok tinggal di taman ilmu ini. Setiap hari dan setiap minggu ada sahaja program di sini. Kini, saya harus berfikir lebih jauh untuk ke sana. Jika dilihat tidak wajar,maka cukuplah saya utarakan di blog ini. Salam 1 Islam, 1 akidah,1 syahadah !




24-25-26 Julai..minggu yang menarik !!























Saturday, July 24, 2010

Selamat Menduda KeranaNya

“Ustaz, ada perempuan minat dengan saya. Puas saya memberitahunya tetapi dia macam tidak faham-faham,” kata seorang anak muda kepada saya.


Kasihan.


Itulah nasibnya menjadi manusia ada rupa, barangkali.


“Anta cakap macam mana kepada perempuan itu?” saya menyoalnya.


“Saya beritahu dia yang saya belum bersedia untuk memikirkan hal ini. Saya baru sahaja menjejakkan kaki ke universiti, tak mahulah pening-pening kepala fikir tentang cinta,” jawabnya. Sugul.


“Hah, rasanya ustaz boleh agak kenapa perempuan itu tidak faham atau buat-buat tidak faham,” saya ketawa kecil.


“Kenapa ustaz?” anak muda itu seperti kaget dengan reaksi saya.


“Sebab anta masih memberikannya harapan. Perkataan anta menolaknya amat samar dan kesamaran itu diterjemahkan sebagai harapan” saya menambah.


Ya.


Itulah akibat-akibat yang timbul daripada perhubungan yang cuba dibuat di luar ikatan perkahwinan. Benda yang asalnya sudah salah, amat sulit untuk diperbetulkan.


Jika ia sebuah perkahwinan, maka komitmen perkahwinan diikat dengan proses ijab dan kabul, tanda menerima perhubungan itu secara sedar dan penuh tanggungjawab. Segala-galanya harus jelas. Apabila perkahwinan tidak lagi dapat dipertahankan, maka kaedah memutuskan ikatan yang telah dibina oleh ijab kabul itu, turut dilakukan dengan ijab kabul yang jelas juga.


Segalanya jelas.


“Aku terima nikahnya,” kata pengantin lelaki.


Ya, hubungan itu ialah sebuah pernikahan. Maka tanggungjawab, kasih sayang dan segala yang timbul tenggelam dalam perkahwinan itu dikendalikan oleh sebuah sistem bernama pernikahan.


Tetapi jika seorang lelaki dan perempuan itu ‘kawan-kawan dulu’, ‘teman tapi mesra’, ‘lebih hangat daripada biasa’ dan entah apa-apa lagi status rekaan seperti ini, atas dasar apakah garis panduan perhubungan itu mahu diuruskan? Melainkan serabutlah jiwa dan raga manusia yang terbabit dengan perhubungan seperti ini, dan ‘tiada Allah untuk membantu mereka’.


Itu soal menerima.


Soal memutuskan hubungan juga sama.


“Aku ceraikan engkau… dengan talak pertama” kata seorang suami.


Ungkapannya jelas. Bahawa ia bernama sebuah penceraian. Pemisahnya adalah talak. Justeru segala tanggungjawab, batas hubungan dan lain-lain, diuruskan oleh sebuah sistem bernama ‘penceraian’.


Tidak sekali-kali sebuah penceraian dibuat dengan ungkapan yang tidak jelas.


Ungkapan, “engkau tiada lagi di dalam hidupku” atau “mulai hari ini kita sudah tidak lagi boleh bersama” atau “pulanglah engkau ke rumah ibumu dan jangan kembali lagi” atau “engkau dan aku seperti anak panah yang sudah meninggalkan busarnya”, semua itu adalah ungkapan-ungkapan kinayah yang menyusahkan. Ia memerlukan kepada penyiasatan dan padanan contoh bagi mencari maksud apakah sang suami itu menceraikan isterinya, atau apa?


Maka permulaan perkahwinan adalah dengan ikatan yang jelas. Penyudah perkahwinan juga adalah dengan kenyataan yang jelas. Tiada samar-samar di dalamnya.


“Habis, apa yang patut saya buat?” tanya anak muda itu dengan wajah yang sudah agak cerah berbanding sebelumnya.


“Berikan perkataan yang jelas kepada perempuan itu” saya memberikannya cadangan.


“Aku ceraikan dikau?” soalnya sambil ketawa.


“Sudah aku terima nikahnya kah? Cuba anta sebutkan perkataan yang jelas. Ustaz nilaikan” saya menyoalnya pula.


“Saya tidak mahu bercinta dengan awak atau dengan sesiapa. Saya takut Allah. Lupakan saya. Lima tahun akan datang, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, pun tak mengapa” katanya, mencontohkan sebuah ‘talak’ untuk perhubungan di luar perkahwinan.


“Err… bahagian pertama lulus. Bahagian kedua, tak perlu” saya mengomen.


“Maksud ustaz?” tanya anak muda itu.


“Sebutkan sahaja yang anta takutkan Allah dan tidak mahu terbabit dengan cinta. Full stop. Bab kalau ada jodoh ke tak ada jodoh tu, tak payah sebut” saya menyambung cerita.


“Tapi macam kejam sangat bunyinya nanti, ustaz” kata anak muda itu.


“Ya, apalah sangat kejam pada menolaknya sekarang, berbanding kejamnya pilihan kalian menyertai kemurkaan Allah!” saya cuba menyudahkan perbualan.

“Hmm… I got the point. Thanks ustaz!” beliau tersenyum. Berfikir barangkali.


“No sweat… Selamat menduda kerana-Nya” saya menghulurkan salam.


“Lepas buku AKU TERIMA NIKAHNYA, tulislah buku AKU CERAIKAN DIKAU pula, ustaz!” katanya.


“Horrornya cadangan anta!” saya ketawa.


“Apalah sangat horror mengajar orang bercerai cara betul, berbanding horror membiarkan kami-kami ini kebingungan dalam kemurkaan Allah!” katanya, meniru ayat saya tadi.


“Amboi, pulang paku buah keras nampak!” saya tersenyum.


“Ustaz juga yang ajar!” jawab beliau, disambut dengan tawa kami semua.
Ya, andai keredhaan Allah yang kalian utamakan, fikir-fikirkanlah mengapa Allah meletakkan jarak pemisah antara kita dan zina seperti Timur dijauhkan dari Barat dengan firman-Nya:


“Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang amat jahat” [al-Israa' 17: 32]


Mungkin kerana kurangnya teruna tunggal dan anak dara tunggal sebelum mereka berkahwin, menjadi punca membiaknya ibu tunggal dan bapa tunggal selepas mereka berkahwin.



Bala… bala!





dipetik dari saifulislam.com


moga-moga saya diberi ketetapan hati untuk terus bergiat aktif dalam jalan yang saya pilih...selamat membusykan diri =)
::Kalau Takut Pada risiko, Usah bercerita tentang perjuangan ::

Tuesday, July 20, 2010

Menjawab Pertanyaan Mengenai Status di FB

::PERINGATAN. INi adalah hanya buah fikiran saya dan jika didapati terdapat beberapa perkara yang mungkin mengelirukan atau salah menurut hukum agama, maka saya dengan rendah diri memohon maaf di atas kesilapan saya.::

Sekarang sudah pukul 2.19 pagi waktu Skudai. Hari ini agak sibuk dengan urusan mencari buku rujukan untuk statistik hingga tidak sempat untuk online. Sudah lama sebenarnya saya ingin menjawab persoalan yang diutarakan apabila saya membuat status berikut;

"Ketelusan Dalam Organisasi Amat Penting.Masalah untuk dikurangkan, dan masalah juga perlu diselesaikan dan digantikan dengan sebuah keputusan yang tepat yang proaktif. Membuat penilaian adalah lebih bagus jika melibatkan semua perkara. Penerangan Tentang Sebab dan Akibat juga kadang kala Perlu. Memegang jawatan bukan untuk sebuah keistimewaan,tetapi bersama-sama membangunkan semula hati yang suci"

Daripada Quote ini, saya berpendapat saya boleh membahagikan ia kepada 3 perkara;

a) Ketelusan Dalam Organisasi
b) Kaedah Penyampaian Maklumat di dalam organisasi
c) Jawatan itu Amanah

Ketelusan Dalam Organisasi
Soal ketelusan ini bagi saya sering terjadi dalam situasi ingin menegur dan memberi serba sedikit nasihat kepada ahli-ahli di dalam sesuatu organisasi.Tetapi,persoalannya , adakah kita menyampaikan pesanan itu kepada semua ? atau kepada sesetengah ahli yang melakukan kesilapan? atau sebenarnya ramai ahli yang buat salah, tetapi disebabkan salah seorang itu jelas kesalahannya di mata rakyat, maka seolah-olah hanya yang seorang itu bersalah.

Maka bagi saya, jika jawapan ketiga itu menjadi pilihan anda, maka inilah yang saya katakan sebagai tiada ketelusan di dalam organisasi. Walaupun hanya sedikit, tetapi jika tidak dirawat, akan membahayakan organisasi tersebut. Mengapa ? kerana adanya perasaan 'selamat' dalam sesetengah ahli di dalam organisasi kerana mereka terlepas. Apakah yang menyebabkan mereka terlepas? kerana pengawasan dan data yang tidak menyeluruh.Kita hanya melihat dan mengetahui tentang apa yang dilakukan dan kebiasaannya bukan melalui biji mata kita sendiri.

Oleh yang sedemikian, saya merasakan dalam menilai kelemahan-kelemahan di dalam sebuah organisasi, dapatkan maklumat mengenai kelemahan diri kita terlebih dahulu. Pertemuan 4 mata dengan ahli yang bermasalah itu merupakan salah satu wasilah yang baik untuk dilakukan.

Kaedah Penyampaian Maklumat di dalam Organisasi


Kadangkala kita perlu meletakkan penyampaian maklumat kita kepada ahli dengan lebih menunjukkan sebab dan akibat sesuatu perkara itu dilakukan. Ini akan memberi lebih kefahaman terhadap tugas dan konsep amanah. Dalam berhujah juga, sang hakim akan lebih percaya kepada hujah yang konkrit, yang lengkap dengan semua perkara. Kita jangan mengharapkan orang itu akan faham sindiran kita, kerana tak semua mempunyai tahap pemikiran yang sama.



Jawatan Itu Amanah.Samada Suka Atau Tak,Kita kena lakukannya

Pernahkah anda menjumpai seorang bayi yang masih kecil yang sudah tahu solat ?Pernahkah kita solat di zaman kanak-kanak kerana takut mak atau ayah marahkan kita ? Atau mungkin adanya ponteng kelas mengaji atau tuisyen,padahal buku sudah di bawa semuanya. Kenapa kita buat semua tu? kerana kita disuruh untuk melakukannya. Ya, kadang-kadang kanak-kanak melihat soal solat ini hanya isu remeh,oleh sebab demikian mereka dan mungkin kita juga pada zaman dahulu pernah memberontak untuk tidak solat, solat lambat dan sebagainya. Begitu juga soal rumah tangga. Si Isteri wajib patuh kepada semua arahan suami selagi arahan itu tidak bertentangan dengan syarak.

Maka, mari kita melihat pula dari segi masalah dalam konteks ruang lingkup organisasi. Kita tidak suka untuk buat itu dan ini, padahal benda atau perkara yang di minta itu adalah perkara yang baik. Kita tidak mahu menghadiri tadarus kerana tidak bertepatan dengan jiwa kita. Maka, saya merasakan, bahawa jika arahan atau permintaan itu dari pihak atasan, dan merasakan bahawa setiap arahan itu adalah satu amanah, maka persoalan tidak suka itu tidak timbul. Setiap ahli dalam kepimpinan organisasi adalah merupakan model atau menjadi rujukan setiap sesuatu tindakan.

Sebagai contoh, jika ada pelajar biasa di sekolah menengah menghisap rokok, maka apabila beliau ditangkap oleh guru disiplin, tidak mustahil jawapan ini akan keluar dari mulutnya " Ala, pengawas pun hisap rokok..tak nak pulak amik tindakan".

Si pengawas tidak mahu langsung menjadi model untuk sesiapa. Tetapi apabila telah menjawat jawatan sebagai pengawas, maka secara automatiknya ia pelu mengikut kehendak pihak atasan. Kerana masyarakat melihat kita yakni orang yang mempunyai kuasa melalui tingkahlaku si pemimpin. Kalau pemimpin sendiri tidak solat, mengabaikan tanggungjawab, menganggap ketidak hadiran terhadap sesuatu acara yang dianjurkan organisasi yang dianggotainya sendiri sebagai satu amanah, maka apakah layak untuk dijadikan model ?

Persoalan ini berbalik semula kepada masyarakat. Adakah wajar untuk menjadikan pemimpin yang korupsi sebagai rujukan? Pastinya tidak. Oleh sebab itu, dalam hal orang bertudung labuh tetapi perangai lebih teruk dari orang tidak memakai tudung, Ustaz Pahrol mengatakan orang tersebut salah membuat perbandingan.Perbandingan yang sepatutnya adalah antara orang yang menjaga aurat dan maruah dengan yang tidak.






Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..



Sunday, July 18, 2010

"Jika kamu memelihara dirimu daripada sesuatu perkara yang haram kerana allah diatas wanita kesukaanmu kerana banyak bersabar , insyaAllah hanya dengan izin Allah akan menghalalkannya kepada mu atas kesabaranmu kerana Allah"

Wednesday, July 14, 2010

Kenapa tak rogol saya ?

sebuah perkongsian yang saya tujukan khas buat bakal anak-anak saya dan isteri saya yang saya rindui insyaAllah..dan kepada mana-mana pembaca yang mungkin merasakan artikel ini bermanfaat untuk anda..untuk Islam..


Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Friday, July 9, 2010

::Bersedia di alam baru ::


Assalamualaikum dan salam 1 syahadah =) alhamdulillah, saya sudah 6 hari berada di UTM Skudai dan setakat ini segalanya berjalan lancar. Urusan mengenai perpindahan kredit, pendaftaran subjek, kolej, kelab-kelab semuanya sudah diatur.

Satu perkara yang menarik sekali ialah sesi MTM ( Minggu Transformasi Mahasiswa) ini turut dapat diikuti oleh mahasiswa baru di UTMKL. maka, sesekali terlintas di fikiran saya untuk hanya ber MTM di sana sahaja. =)

Keadaan kolej yang tidaklah terlalu dekat dengan bangunan fakulti membuatkan saya terasa kekok. Maklumlah, 3 tahun bilik kuliah hanya 5 minit dari bilik. Terdapat 2 3 orang rakan saya yang mengambil kursus Aeronautik di KL tidak ditawarkan kursus yang sama di Skudai. Hanya 6 orang sahaja lepasan diploma yang terpilih. Saya sangat bersyukur terhadap Allah atas peluang yang diberikan ini.

Malah, untuk memperoleh anugerah dekan, hendaklah memperoleh 3.67 ke atas dan apabila dilihat dari kredit setiap mata pelajaran, menampakkan yang ianya agak sukar berbanding di KL.

Jangan Delete yer !!

Saya amat berharap agar kenangan saya, pengalaman, sahabat-sahabat, dan banyak lagi yang saya peroleh di UTM IC KL agar terus kekal dalam ingatan dan doa saya. Dan buat rakan-rakan di sana, saya juga berharap agar tali ukhuwah ini akan terus kekal hingga saya dipanggil ke bilik baru dan kekal - liang lahad.

Sekarang,sudah masanya untuk kita semua kembali ke kuliah.Maka saya pinta kepada kamu,awak, dan yang lain-lain untuk fokus pada kuliah. Kurangkan memikirkan tentang perkara yang agak remeh. Buat mahasiswa tahun 3 di UTMKL,ingatlah, bahawa keputusan peperiksaan semester 5 amat mempengaruhi samada anda layak untuk mengikuti bidang ijazah di UTM Skudai ataupun tidak.

Banyak sudah perkara ataupun aktiviti yang tidak saya catatkan di blog ini. program Mersik, Program Bersama PRS MRSM Muar, USR-UTM-YPM @ Dungun. InsyaAllah jika ada kesempatan, maka akan saya nukilkan di blog ini.InsyaAllah.



Sunday, June 13, 2010

Mersik Episode 2

3 pagi. ok, masa untuk bangun.mengeluarkan semua barang dari gudang.haha.terima kasih pada semua yang banyak bagi kerjasama untuk tolong angkat barang-barang. yang tak boleh blah, angkat beras !haha.pukul 4, ready to go. walaupun ada masalah sikit dalam hal kunci,tapi akhirnya semuanya beres seperti biasa.

rodzi yang gagah =) 3 pek beras tu...


pukul 5 pagi, tiba di LCCT. macam pelik gak la sampai awal giler. padahal gerak jam 7.50 pagi.sampai-sampai je, agak kelam kabut.terutama sekali mengenai nasib beras-beras dan barang-barang dari uitm . nak bawak semua ?? akhirnya keputusan yang dicapai, terpaksa tinggalkan. walaupun macam sedih gak la terpakse tinggalkan, tapi terpaksa.bukan apa, masing-masing dah berusaha angkat dari van uitm ke bilik,dari bilik ke bas,dari bas ke LCCT,last-last tak bawak.

barang-barang dari UITM yang banyak..tapi tak boleh bawak =)

xpe2, think positive !!!jap2..sebelum tu, ada berita yang sedikit mengecewakan. Kamera xboleh pakai !!!! memang kecewa.nak cas,tapi xmasuk2..hmmm...macam agak pelik,pergi tanpa kamera.bukannya gi padang UTM, gi Padang,Indonesia tuh...

macam-macam masalah di sana. nak check in ( betul ke check in )..punye la kelam kabut.kejap g sini,kejap g sane.agak pening gak la. last2,sume da setel, solat.makan kat Marry Brown ( walaupun xsempat minum teh die yang amat 'sejuk'....

imigresen sume..setel.tunggu yang lain,makan burger jap. ok..ready to fly...
LCCT - 0750
Padang - 0800


10 minit ? biar betul...kami bersangka baik terhadap Air Asia " mungkin salah cetak kot..." rupa-rupanya, memang sampai pukul 8 pagi.tapi,perbezaan waktu Padang-Malaysia ialah 1 jam.Dari atas, dapatlah lihat gunung-ganang,awan ( confirm la...) ...bila nak dekat sampai tu, siap boleh nampak ikan melompat-lompat dari dalam flight.subhanallah.asik!

tapi yang ni gambar awan la..bukan ikan..


sampai di Bandar Udara Minangkabau.Encik Noraimi cakap ,

dokek jo.kito poyi nogori sombilan jo


bermulanya kehidupan di indonesia. Kamar kecil, pria, antara perkataan pertama yang kami jumpa @ lihat di sana.Selesai imigresen, tunggu bas. Perkara pertama, beli barang. Shape(UTM) singgah kat kedai untuk beli air mineral. 6 ribu rupiah.convert ke RM, dalam RM2 la.biasa la,airport.

::Tom membuat liputan khas ::


Naik bas Universitas Andalas.Siap ada peraturan lagi naik bas.Tapi biasa la,awal-awal,agak serabut.banyak tempat duduk dipenuhi dengan beg-beg. baru dalam 10-15 minit naik bas, sudah macet ( jammed @ kesesakan lalu lintas). Rupa-rupanya,ada Pelumbaan Sepeda Tour De Singkarak. apa lagi,semua pun turun dari bas. ada yang berfoto-foto, ada yang melihat sendiri perlumbaan tersebut,ada yang mula mencari makanan,macam-macam lagi la. siap ada yang buat analisis lagi, batu-batu kat tepi jalan tu,kukuh ke tidak,apa komposisi semua,hebat-hebat..

namanya irwansyah.ingatkan driver..rupa-rupanya mahasiswa UNAND

jam 10 pagi, sarapan di Lamun Ombak. sana, tak panggil restoran.tapi panggil Rumah Makan. Makan Nasi goreng + teh hambar + teh manis. Alhamdulillah,rezeki.Kak Nab bagi merasa sikit Air Avocado. Manis !!!

ini tochai ( bukan nama sebenar)
ok, masa untuk ke Universitas Andalas. nanti la..episod 3 nanti sambung.hehehe.bukan apa..sebenarnya tunggu video dari amir...tapi baru upload 1..so..kene hold dulu =)



MERSIK episode 1

Jam 3.00 petang, saya tiba di pejabat kolej untuk mengambil kunci.bukan sahaja kunci saya,tetapi kunci untuk peserta-peserta lain juga. Mujur saudari Nabila Raihan turut hadir ke pejabat. Beliau membantu saya untuk menguruskan kunci untuk peserta wanita.

Petang itu juga, saya menghubungi Ustaz Nasir Masroom, abang @ adik kepada Encik Najib untuk mendapatkan kepastian mengenai rombongan dari manakah yang akan hadir pada malam ini.

jam 5 petang,masa untuk memilih bilik di APG.yes !!! hahaha.dapatkan maklumat dari mana-mana orang yang arif di ApG, untuk dapatkan perkhidmatan wireless terbaik. Petang itu juga, sempat pergi kedai buku. Buku Di manakah Kesilapan Kita karya Prof Dr Yusuf Qardhawi menarik minat saya. petang itu juga, sempat untuk pulang ke rumah untuk menjadi jutawan rupiah dan makan malam bersama keluarga.

jam 10 malam,rombongan peserta pertama dari UTM Skudai dan UMK tiba. Selesai memberikan kunci,masing-masing tidur. tidur di APG sangat best ! haha

esoknya..bangun...subuh,.,mandi...dalam pukul 8..kami semua bergerak ke kak ina station. sarapan di sana. Kemudian, sesi taklimat dari timbalan pengarah, saudari Umi Kalsom di Dewan Jumaah . Kemudian,bawa mereka pergi PSZ untuk online. jam 11.30 bersiap sedia untuk pendaftaran. hari ini kami diuji dengan pelbagai masalah. dewan jumaah secara tiba-tiba tak boleh digunakan, PA system yang tak dapat dipinjam dan sebagainya. Tetapi dengan pertolongan dari staf pejabat KSS seperti Abg Rustam,akhirnya semuanya selesai.


sarapan nasi lemak terbaik !!

preparation untuk pendaftaran


tengahari itu juga, kami pulang di blok untuk mengeluarkan barang dari van UITM yang membawa begitu banyak barang-barang bantuan seperti beras,biskut-biskut dan banyak lagi. boleh dikatakan,hampir penuh dibuatnya bilik saya itu.

Sesi LDK berjalan dengan lancar.menarik dan terhibur melihat mereka semua.masing-masing mudah mesra.Maklumlah,kebanyakannya pimpinan mahasiswa.hari ni,semua berjalan lancar.soal makanan,sudah diselesaikan.masa untuk berkemas dan bersedia untuk terbang !!


to be continued..


berkarya mengubah dunia ::

Saturday, June 12, 2010

Melihat Dari Kacamata Berbeda

Setiap sesuatu yang terjadi,pasti ada hikmahnya. Dan masyarakat sinonim melihat dari pelbagai perspektif dan kacamata yang berbeda. Ada saja melihat sesuatu itu terjadi oleh kerna kecuaian kita. Dari sisi yang lain, ada melihat ianya petanda kemenangan untuk pihak lawan kita. Ada juga berpendapat,sudah lumrah;manusia tidak sempurna. Tetapi,bukankah sesuatu yang negatif itu bisa menjadi positif, jika kita selalu memikirkan yang positif saja.

Prof Syafiq,salah seorang guruku sendiri pernah berpesan

" Kamu berfikir yang positif,itulah yang kamu dapat."

Malah,di dalam Buku Quranic Law of Attraction sendiri, ada penyataan yang menyokong atau sehaluan dengan pandangan Prof Shafiq. Ianya menyatakan bahawa Allah itu mendengar isi hati kita.dan isi hati kita itu berkait rapat dengan pemikiran kita. Bisa saja kadang-kadang kita berdoa pada Allah tentang sesuatu perkara,padahal kita tak bersedia ataupun tak bersungguh-sungguh dalam berdoa. Makanya, Allah mengikut isi hati kalian.Allah tidak mengabulkan doa untuk masa itu kerna isi hati kalian yang berbeda dengan apa yang dihajati.


Teguran ; Menyalahkan atau membetulkan ?

Kalau orang dulu-dulu,bila ditegur,maksudnya ada kesilapan yang kita buat.Tetapi niat mereka untuk membetulkan,bukan menyalahkan.Bagaimanakah keadaannya jika ianya teguran yang menyalahkan ? Teguran itu pastinya diselit dengan hujah-hujah yang tajam mencucuk ibarat kita ditembak menggunakan machine gun dari jarak 10 meter sahaja.Langsung tidak diberi peluang untuk menjawab dan mempertahankan tindakan. Dihentam terus.

Dan jika kita yang dihentam, terpulang sama kita samada mahu berfikir yang positif mahupun yang negatif. Tapi, adakah wajar jika kita tidak diserang dengan bertubi-tubi, tetapi kita memikirkan yang negatif ? ya,susah..tapi bisa kan fikir yang positif ?


Ambil Peduli atau Memang Tak Kisah??


Palestin diserang,selatan Thai bergolak,hiburan berterusan. di mana kita sebagai saudara seiman? Malah,lebih teruk,jika kita tak kenal orang yang sebenarnya menjadi tulang belakang kepada kita.Adalah satu kerugian jika kita tidak mengenali mereka-mereka yang dibelakang kita.

Soalnya - Kita Tidak Ambil Peduli.

Boikot,hanya sementara.Solat,bisa ditangguh.Hiburan,berterusan. Jenayah zina,sudah perkara biasa,maka biarlah. Kita tak perlu ambil peduli hal orang lain. emangnya syapa ngatakan demikian? selain dari mereka-mereka yang mempertahankan hak asasi manusia tetapi meminggirkan hak asasi Allah. Kita hendak meminta tolong dari mereka,tetapi kita tak mengenali mereka.kok gi mana sih ?


Melihat dengan lebih terbuka,Mengambil peduli setiap perkara.Kadang-kadang benda yang kecil,bisa memberi kesan yang lebih besar. Bandingkan saja kes kematian disebabkan nyamuk dengan harimau terhadap manusia.



~Berkarya Mengubah Dunia ~


Friday, June 11, 2010

Jika Belum Siap, Cintai Dia Dalam Diam

saya baru balik dari indonesia.tapi masih belum ada mood mahu menulis mengenai indonesia.tapi saya bawa satu artikel yang menarik ..mungkin dari indonesia..ok la tu..kan..


Ditulis oleh: ukhtina Arytha Rusianty; melalui Isma Nur Fitria
Dkutip dari notes ukhtina Fitri Aulia 'Abdullah'

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fathimah Az-Zahra dan 'Ali bin Abi Thalib kw?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...
 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design