. Berjalan.Melihat.Mentafsir: 2009

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Friday, December 25, 2009

ini keluarga saya...jangan fikir saya tak da keluarga...

keluarga. itulah antara perkara yang ditanyakan acap kali oleh sesetengah pihak. Membuatkan saya kadang-kadang tidak faham,apa sebenarnya yang mereka mahukan.

Yang manakah yang lebih penting, ukhuwah dan kesefahaman ataupun kepatuhan kepada mereka?JKM itu adalah keluarga saya. Sebuah keluarga yang ada macam-macam pahit manis di dalamnya. Keluarga yang bebas untuk mengutarakan pendapat masing-masing. Keluarga yang sedia menerima teguran,nasihat dan pandangan dari pelbagai pihak. Keluarga yang menghargai pendapat kesemua ahli di dalamnya. Encik Noraimi sendiri kadang kala menyampaikan isi-isi penting yang cukup bermakna. Keluarga yang menghormati prinsip seseorang.


Memang, tak semua perkara di dalamnya kita ingat. Kadangkala,kita lupa hari lahir salah seorang ahli. Kita lupa jumlah adik beradiknya ada berapa dan sebagainya. Tetapi semangat saling tolong menolong, berkongsi idea,motivasi dan sebagainya membuatkan kami bahagia bersama keluarga ini. Mungkin ada ahli yang 'karam' di dalamnya, tetapi kami tetap cuba untuk menghulurkan pelampung untuk menyelamatkannya. Malah, ada ahli sendiri yang terjun ke dalam lautan.

Dalam menerima idea dan pandangan dari bukan ahli keluarga, ini tidak bermakna yang kita sebagai ahli keluarga kena menerima sebulat-bulatnya idea tersebut. Malah, saya sendiri sedar bahawa JKM sekarang sedang cuba untuk membentuk tali-tali ukhuwah untuk JKM yang baru dan kita seharusnya belajar untuk HORMAT kepada usaha mereka itu. Saya sebagai ahli yang lama hanya boleh sekadar memberi nasihat,dan tidak semestinya idea dan nasihat saya itu sesuai.ini adalah kerana hanya mereka yang tahu cara untuk menyelesaikan urusan rumah tangga keluarga ini.

Ketika ini saya melihat movie Princess Diary, dan di mana Puteri Mia telah membawa bersama-sama anak-anak yatim piatu untuk turut sama ke dalam perarakan yang sepatutnya untuk Puteri Mia sahaja. Turut dari kereta kudanya, dan terus datang ke sekelompok anak-anak yatim itu. Keprihatinannya kepada orang biasa, mendengar rintihan dari mereka itu adalah salah satu sifat pemimpin yang baik. Mendengar suara dari mereka, melibatkan diri dengan mereka dan bukan sekadar menerima idea dari orang-orang di dalam kerajaannya. Tetapi ada bagusnya juga kita mendengar suara dari kalangan ahli, tetapi biarlah dilakukan terhadap semua ahli.

Inilah keluarga saya. Saya mempelajari banyak perkara di dalam keluarga ini. Saya mempelajari dan kadangkala mengajar mereka. Sistem pengajaran yang berbeza, tidak perlu kepada paksaan yang akan membuatkan ahli semakin lari dari kita. Tetapi, setiap keluarga ada cara tersendiri dan tidak semestinya cara itu bagus di keluarga kita, bagus juga untuk keluarga lain. Kepintaran untuk menanamkan rasa tanggungjawab di dalam ahli keluarga itu penting.

Inilah keluarga saya. Maka, adalah tidak salah sekiranya ada ahli di dalam keluarga ini hadir ke rumah terbuka salah seorang ahli yang lain di dalam keluarga ini, iaitu saya sendiri. Maka,apakah wajar pihak lain mempersoalkan kehadirannya ke majlis tersebut. Apakah perlu diutamakan keluarga lain yang acap kali sahaja datang menjenguk.

Ini keluarga kami. Memang,ada kalanya cara yang bukan kami itu lagi bagus, tetapi seperti yang saya nyatakan, tak semestinya cara itu berkesan untuk kami.Entahlah....


AKhir kata,jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Penyusunan strategi itu penting dan usia keluarga yang baru dibentuk itu perlukan keserasian dan kefahaman. Rumah tangga suami isteri yang dah dibentuk lame pun boleh bergoyang,inikan pula yang baru...maka bersabarlah...beri mereka peluang untuk bernafas....

Sunday, December 20, 2009

Menjadi Pemimpin Yang "Menjadi" www.iluvislam.com

Konflik dalam kalangan pemimpin merupakan perkara biasa, bukan sahaja di Malaysia , malah di banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Namun, cara dan suasana konflik tersebut diselesaikan adalah yang lazimnya menarik perhatian.

Cara dan suasana konflik juga berbeza diantara satu sama lain. Agak mengecewakan apabila konflik sebegini biasanya berjaya diselesaikan dengan lebih baik dalam kalangan pemimpin bukan Islam berbanding pemimpin Islam itu sendiri. Walhal, panduan dari AlQuran dan Hadis sudah berada di tangan mereka untuk bertindak sebagai pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’.

Sebenarnya terdapat beberapa item yang memungkinkan pemimpin itu untuk benar-benar ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan. Bukan hanya terpimpin dengan selamat di dunia, malah juga di akhirat nanti. Sepertimana pesan seorang guru kepada anak muridnya ; ["Pemimpin yang baik,mampu menjadikan orang yang dipimpinnya sebagus atau lebih bagus dari ia"]

Item pertama pemimpin ialah iman.

Secara ringkas, iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin’.

Imun maknanya kebal daripada maksiat serta kebal daripada sogokan dan pujukan.

Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik.

Amin pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah.

Item kedua ialah ilmu kepemimpinan.

Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Apabila kepemimpinan itu ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap, maka, jika tidak ada ilmu berkaitan kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin oleh mereka.

Item ketiga ialah ’kepimpinan diri’.

Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud ; [“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin”].

Hal ini termasuklah dalam hal memimpin diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan menyalahkan orang lain demi keselamatan diri.

Item keempat ialah ‘kemahiran komunikasi’.

Kerenah orang-orang yang dipimpin mampu ditangani dengan kemahiran komunikasi yang ada. Antaranya ialah, bercakap dengan terang jelas dan nyata serta mudah difahami oleh mereka. Seterusnya, setiap pemimpin perlu berusaha menjadikan dirinya mudah untuk didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol.

Pemimpin juga perlu ikhlas kerana walaupun ikhlas adalah perkara abstrak namun, ia boleh dirasai dengan mata hati. Tindakan juga merupakan suatu cara komunikasi yang efektif berbanding banyak berkata-kata.

Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Item-item lain bagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’ juga ialah apabila sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

Selain itu, mereka juga sentiasa membesarkan Allah dalam setiap hal, memastikan hati dan penampilan luaran sentiasa bersih, serta lebih banyak memberi dengan ikhlas berbanding memberi kerana ingin mendapat lebih banyak. Insha-Allah dengan item-item ini, walau apa-apa sahaja konflik yang melanda kelak, pasti akan mampu diselesaikan dengan lebih baik oleh mana-mana pemimpin Islam. Wallahu’alam.

Minggu Pertama Minggu Menarik

Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menghadiri Konsert Amal untuk mengutip dana bagi membantu saudara Nazrey Johani yang berhasrat untuk membina sebuah sekolah tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah.Konsert tersebut menampilkan artis seperti Inteam, Nice, Algebra dan Nazrey sendiri. Ternyata, hasrat murni saudara NAzrey itu tidak dipandang sepi oleh masyarakat. Sedih dan pilu bila mengenangkan nasib anak-anak di Sabah. Lebih lebih lagi, saya sendiri telahpun berkunjung ke sana dan serba sedikit tahu keadaan di sana.Di Uia ini juga, saya berkesempatan bertemu dengan sahabat lama saya, Syamim. Seronok dapat bertemu semula setelah lama tidak bersua.






"Esok,kumpul kat bank pukul 7." itu mesej dari saya kepada mereka yang nak pergi forum Iluvislam - Mencari Cinta Sempurna.Mungkin agak kelakar sedikit semasa dalam perjalanan dari UTM ke stesen LRT Damai,tapi itulah cabaran dan pengorbanan.Kami selamat tiba di KL Sentral pada jam 8.25 pagi. Sarapan roti sahaja,kemudian naik komuter.Lupa pula yang kalau naik di KL Sentral,alamat sendat la jawabnya. Tapi kami teruskan jua perjalanan.Tiba di Inspen, menguruskan soal pendaftaran mereka-mereka yang di bawah saya ( ayat x boleh blah)..mendengar forum yang cukup menarik.

Terutama sekali tentang persoalan, adakah cinta itu tujuan ataupun perjalanan. Saya sendiri tak pasti apakah jawapan yang sesuai kerana cinta itu subjektif, bak kata moderator.Setiap orang ada penilaiannya masing-masing.Akal juga sering menafikan kebenaran tentang sesuatu perkara. Contohnya, aqal sudahpun tahu kena pilih yang baik-baik, tetapi kita masih lagi enggan dek kerana hasutan nafsu.

Ustaz Dzulkhairi,bekas presiden GAMIS menyampaikan bicara tentang Ciri-Ciri orang yang mendapat halawatul iman, iaitu kemanisan iman.Yang Pertama, cintakan Allah dan Rasul melebihi dari segalanya.Yang Kedua,benci kepada kekufuran seperti bencinya dicampakkan ke dalam api neraka dan yang ketiga,cintakan seseorang itu kerana Allah.

Saya juga teringat sebuah hadith kalau tak salah,tentang 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah ketika mana saat tiada lagi perlindungan selain dariNya. Salah satunya ialah 2 orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Saya sendiri tak berani untuk menghuraikannya,kerna bimbang huraiannya saya bukan berdasarkan aqal.

Di sini juga ingin juga saya berkongsi beberapa pepatah kalau tak salah saya..

Bagaimana Hati itu boleh bersinar andai gambaran dunia masih terlekat padanya?Adakah cinta kita kepada Allah dan Rasul telah melebihi segalanya? itulah persoalannya.Bayangkan,ketika mana Bilal bin Rabah datang melawat Madinah, dan cucu Nabi Muhammad s.a.w meminta Bilal untuk mengazankan, satu Madinah keluar dan menangis mengenangkan saat indah ketika bersama dengan Rasulullah s.a.w. Masya Allah..sungguh mendalam sekali cinta para sahabat ketika itu....

Disamping itu,kita juga hendaklah mencari kepuasan spiritual yang sering hilang dalam diri kita. Kepuasan itu hanya tercapai dengan mengingati Allah. Ini selaras dengan firmannya di dalam Al Quran

" barangsiapa mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.."


Forum itu diakhiri dengan persembahan Muadz. Paling seronok apabila mendengar lagu Stand Up secara live. Alhamdulillah,Segalanya berjalan lancar.Adalah sedikit kekurangan,namun itu adalah perkara biasa. Tahniah buat krew iluvislam yang telah membuat program ini,dengan nama yang catchy,dan atas kejayaan menghasilkan sebuah tabloid yang bakal mewarnai dunia cetak di negara kita ini.



Allahuakbar !!

menuju perjalanan pulang,singgah sebentar di Mid Valley,ada education fair.Tapi sayang, lebih banyak tentang management,nursing,account, IT..apa lagi..balik lah..bersiap untuk ke Shah Alam...Syarahan Perdana Prof Yusuf Al Qardhawi...


suasana di Masjid Shah Alam cukup sesak.Sebaik sahaja selesai solat maghrib,saya bergerak ke depan untuk melihat sendiri wajah tokoh besar ulama dunia ini.Namun, saya hanya mampu melihat melalui pandangan tepi sahaja. Walaupun begitu,perasaan kecewa itu bertukar menjadi puas dan bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menatap sendiri wajah Prof Yusuf Al Qardhawi.

Beliau sempat memberikan syarahannya,dan diantaranya beliau berdoa agar Masjidil AQsa kembali dalam dakapan Islam. Malah,hijrah dan kemenangan itu bagi beliau ialah apabila seseorang itu berjaya mempertahankan prinsip pegangan walaupun diseksa,dihina dan sebagainya.

Malah, beliau juga menggesa agar pertubuhan dan gerakan islam menyusun strategi dengan baik demi kesejahteraan Islam. Malah,beliau sendiri menegaskan bahawa Islam adalah agama yang dibantu banyak denagn kekuatan semangat berjemaah,iaitu orang yang ramai.

Di dalam hati saya berdoa alangkah indahnya andai ramai yang datang pada malam ini bersatu hati untuk menentang mereka-mereka yang menentang Islam.Ketepikan ideologi dan fahaman yang berbeza,kerna kita perlu mencari titik kesatuan,bukannya titik perpecahan.

Selesai di sana, kami bergegas menuju ke Majlis Pelancaran Opick FC. mungkin kerana ramai yang datang ke Masjid Negeri menyebabkan tidak ramai yang datang ke sini,namun Opick tetap menghiburkan hati para peminatnya. Seronok...alhamdulillah..minggu yang pertama ini,macam-macam perkara dilakukan.Semoga saya berkesempatan lagi untuk mengikuti program-program seperti ini lagi...







Thursday, October 29, 2009

saya belum mampu untuk cakap ape2...sebab sumenye memang xpasti...kalo diikutkan hati..mau saja diselesaikan konflik ini dengan jalan yang lebih mudah.Ikat....tapi dalam bab ni...kebergantungan kepada Allah itu penting....

Wednesday, October 21, 2009

Senario Berpersatuan

Berpersatuan??mungkin ada di kalangan anda yang pernah menyertainya atau sedang menyertainya..kadang-kadang ada manusia yang serta ingin mencari pengaruh, ada pula yang gilakan kuasa, ada pula yang suka-suka??hmm, macam-macam jenis manusia yang ada..
masing-masing ada niat tersendiri..

berpersatuan mestilah ada organisasi,ketua,timbalan ketua dll..dan bagi persatuan yang berstatus tinggi pula mestilah ada Majlis Tertinggi dan yang islamik pula ada Majlis Syura sebagai contoh bagi menentukan dasar persatuan..

manusia kadang2 tidak dapat lari dari tabiat semula jadinya..sifat hasad,ego,angkuh,tamak dan mudah bersangka buruk contohnya selalu ada dalam diri mereka dan penyakit ini juga yang cuba dihindari oleh golongan mukmin..ada pula yang ikhlas berdakwah melalui persatuan tetapi amat jahil ilmu agamanya..mari kita fikir,bagaimana jika golongan2 manusia ini menyertai persatuan anda??dan ia juga yang menentukan dasar utama persatuan anda??

pengalaman menyertai berbagai persatuan kadang2 mematangkan diri kita. dari situ kita boleh menilai,melihat dan merenung perilaku2 manusia dan mengambil iktibar agar terhindar dari perlakuan mereka itu..dengan pengalaman itu,ia boleh mendatangkan sifat mengalah selagi mana tidak berseberangan dengan prinsip,mudah bertolak ansur dan pemaaf..





ya,kadang2 berpersatuan ini akan menyebabkan anda berkecil hati dan kecewa.mungkin kerana pendapat anda ditolak oleh majoriti ahli dan mungkin juga anda terasa hati dipinggirkan oleh ahli lain. Tetapi inilah hakikat berpersatuan,kesabaran,toleransi dan memberi maaf itu amat penting bagi mengekalkan kedudukan anda dalam persatuan itu..Yakinlah,jika pendapat anda benar dan majoriti salah,kebenaran pasti datang..
Pengalaman pendapat ditolak itu adalah lumrah biasa..mungkin hari ini mereka menolak kebenaran itu atas alasan yang tertentu,tetapi janganlah bersedih kerana tak mustahil suatu hari nanti pendapat yang anda rasa benar itu akan diterima semula..

sekian,perkongsian setakat ini..

Monday, October 19, 2009

jika.................






xterkata apa-apa lagi..................

Sunday, October 4, 2009

Bile la agaknye.....

setiap hari dok bace..bace ulang kali...ntah..tak tau sebab apa...tapi tetap nak bace jugak..sebab.......hmmmm. Mungkin ramai yang mengikuti perkembangan blog ini dari awal semakin pelik dengan post-post yang dihasilkan. entah,diri yang menulis turut hairan. Tidak mudah sebenarnya untuk membiasakan sesuatu selepas sesuatu. Boleh,tetapi memerlukan beberapa kaedah yang lebih berkesan.

huish.apela merepek ni...erm, ape-ape pun , trime kaseh kepada kamoo yang banyak menolong saya menangani situasi ini. Sebab mungkin kita pernah kerje sebulan bersame membuatkan keep in touch antara satu sama lain itu lebih dari dengan orang lain.Walaupun masih lagi sengal-sengal dengan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kontroversi, mungkin pengalaman kamoo yang lama itu membuatkan kamu lebih redha.... Buat kamu,ya..saya akui..saya tidak mahu kehilangan kawan-kawan seperti kamu...semakin hari usia ini semakin tiba ke penghujungnya...

bile-bile mase saje penamatan tempoh semakin ketua itu akan berakhir...sebak,pilu,sedih semua bercampur di dalam diri ini...Banyak perkara yang saya belajar sepanjang tempoh setahun ini yang semakin hampir..seronok..itulah ungkapan yang secara luarannya...saya tidaklah sehebat mana,kadang-kadang tewas juga di medan ini...


tetapi, teruskanlah apa yang telah anda lalui sekarang, janganlah bersifat mudah putus asa dengan segala apa yang dilalui selama setahun ini..ingat,jangan jadikan generasi selepas kamu merasa seksa seperti maana yang kamu lalui...sedih...sebab tak dapat bekerja bersame2 lagi...video amar-amani itu pastinya membuatkan ramai tersenyum...sebab,banyak senda guraunya...

tak mahu tulis panjang-panjang..mata dah berair....

Sunday, September 27, 2009

Minta Maaf

erm..saya mintak maaf tidak dapat menerima pemberian seikhlas hati itu....
kerna saya sendiri tak pasti apakah yang sebenar-benarnya ada dalam diri...
tapi..diri ini tidak mampu untuk sampai ke 'tahap' itu lagi..
kerna perjalanan hidup ini masih lagi jauh..
dan tidak ada kepastian tentang apa yang akan terjadi..
Sekiranya sudah pasti dan ada yang terjamin...
Maka pastinya lebih mudah keputusan itu dibuat..

dan...saya sememangnya cuba untuk mengelakkan sehingga sampai ke tahap ini..
kerna ia pastinya akan memberi kesan dalam kehidupan seharian kamu..
kamu saya bimbang tidak punya cukup 'kekuatan' untuk berdepan dengan semua ini..
memang..pengalaman mematangkan...tapi...biarlah pengalaman itu dilalukan pada jalan yang lebih baik...

Minta maaf sahabat...
kamu memang sahabat yang amat baik..
saya amat terhutang budi sama kamu...

raya..raya..raya...


Minggu raya kali ini pastinya menjadi minggu yang cukup menarik. Alhamdulillah, raya kali ini saya dapat menziarahi kawan-kawan saya.Terima kasih kepada Meer ngan Imran yang dah ajak..kalo x...hmm...susah la jugak kan..

hari Khamis..bermulalah ekspedisi...pergi rumah Aqilah,rumah kawan meer,ngan rumah eira..seronok juga dapat datang rumah dorang. Ye la, dah lame x jumpe.kalo stakat kat facebook tu, x kesah la..ni real-life. seronok. KL-Klang-Johan Setia-Sijangkang-Morib.


Sabtu pulak, saya berkesempatan untuk menziarahi Aina, G-ha, Athika Ahmadi,Raja, Asma'. Memang raya sakan la .Dari tengahari sampai tengah malam. Sentul-Klang-Kapar-Meru-Sungai Buloh-Kuang.

Sempat la juga singgah di Pantai Remis. Cuaca yang agak panas mengurangkan sedikit keseronokan.Tenang dan damai sepanjang berada di sana. Suasana kampung sebegitu cukup menenangkan fikiran yang sedang berputar-putar memikirkan benda-benda yang harus difikir. Harus? ya kot....

Di sebalik cuaca yang panas itu, namun dek kehalusan hembusan angin membuatkan bahang kepanasan itu tiada...lega...

bukannya mudah untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama. Seronok tak terhingga. Walaupun bukanlah selalu bertegur sapa di sekolah dulu, tetapi keseronokan untuk kembali duduk bersama-sama sambil bertanyakan khabar masing-masing itu cukup menarik....

Friday, September 25, 2009

Kembali Update

Sudah lama rasanya saya tidak update blog ini..


di sini...saya menggesa kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan soal kepimpinan yang melibatkan memilih calon ataupun gagasan kumpulan-kumpulan kecil...agar mengembalikan kesucian politik dan pemerintahan itu. Kita tidak lagi mahu mempunyai pemimpin yang ..

1.hanya pandai berkata dari perbuatan. Action is speak louder than words.
2.Melakukan sesuatu kesalahan dengan alasan " geng diorang bleh buat, malah lagi teruk dari yang ni..". Kita tidak mahu memilih dan mempunyai kepimpinan yang dipilih atas dasar untuk sekadar 'mengurangkan darurat'.Disebabkan atas dasar itulah,pemimpin yang dipilih mula membangga diri dengan jumlah sokongan yang diperoleh.
3.Tidak ada pendirian dan hanya mengikut kata-kata dari mereka yang pernah berpengalaman. Zaman mereka adalah zaman mereka, tetapi zaman kita bermaksud kita yang mencorakkannya. Pandangan itu boleh diambil,cuba diasimilasikan dengan keadaan pada zaman kita.Bagi yang sudah melepaskannya, sudahlah.Jangan sesekali memaksa pimpinan yang baru itu mengikut kehendak hatinya.
4.Mengeksploitasikan sesuatu kejadian.Bak kata pepatah,meneguk di air keruh.
5. Cintakan kedamaian dan ketenangan. Perbezaan ideologi itu cukuplah sekadar di sesetengah tempat.Di tempat lain,satukanlah semuanya.


cukuplah sekadar ini....hehhehe





Tuesday, September 22, 2009

raya..raya..raya....

orang beraya..semue beraye..hahah..2 3 ari sebelum raye.,baru ada feel nak raya..tu pun..bile tengok ada beberapa insan terpilih memberi kad-kad ucapan raya..hahaha..alhamdulillah...malam raya..menghabiskan masa menonton qalesya...banyak mesej-mesej yang ada dalam drama tu...pukul 3 pagi...hujan baru mau stat..tapi..xla lebat...motor nafis pulak xle start..jiran rumah sebelah da intai2...ye la..pakai baju gelap...(jacket...and sluar itam)..mesti la die syak...last2..alhamdulillah..motor leh stat..so...boleh la g ke jalan tar...hehehe
sempat la jugak belek2 kain...songkok dan banyak lagi...1 jam la ronda2 kat sana..beli songkok...yang len...umi suda belikan...


taun ni raya sederhana jer..and paling menarik...makan tengahari raya pertama ialah maggi kari meletop..hahah..sungguh x disangke2...petang i2...gi umah mak long nab di beranang...nampak ketupat..pergh..terus serbu...

hari kedua raya ialah hari yang paling dasyhat.Alhamdulillah, murah rezeki. 5 kali makan nasik...1st..kol 8.30 pagi...next...10.30 pagi...next...1.30 tghari...next...5 petang..n then 9 malam...smue nye kat tempat laen2...

lagi? hari ini..(raya ke3)...esaimen hampir siap...tadi pi jolok buah...mangga epal..wah~~cicah sama asam...amat sedap...

apa-apapun..kite patot besyukur..sebab masih lagi dikurniakan rezeki...kadangkala kita sendiri tak sedar kita ni slalu tak bersyukur..tapi..bile still ada ase sebegini..kita patot besyukur..ya..


taim raye ni...dengar la plak cite sal RM 250..knape???hahaha..lupakan saja..anda sndri bleh mengkaji semuenye...kepada semue yang memberi kad raye..terime kaseh...

sori yani...x dapat singgah ke paroi...saya terlelap di dalam perjalanan ke Gemas..hehehe


ok..slamat hari raya..keje tetap keje...ye...

Thursday, September 10, 2009

Minggu yang banyak cite....

alhamdulillah, akhirnya saya berpeluang sekali lagi untuk mencoret coretan kisah yang pastinya bermakna dan mungkin juga berguna untuk diri anda sekalian. Sepanjang tidak mengupdate blog ini, banyak kisah dan tauladan yang dapat dipelajari.

Beberapa perkara di kolej, assignment yang mula memenuhi benak fikiran kami , dan beberapa tanggunjawab am yang perlu diselesaikan, menyebabkan keaktifan blog ini agak berkurangan. Dan dalam tempoh 2 bulan ini, pastinya saya mengharapkan penyudah yang terbaik bagi mengakhiri karier saya sebagai seorang yang pernah menjadi pimpinan mahasiswa. Huraian mengenai kisah suka duka berada dalam organisasi kepimpinan itu akan saya huraikan di hujung semester dan InsyaAllah saya akan bukukan.

Permasalahan mengenai isu sahur di kolej betul-betul menguji kesabaran saya.1 perkara yang dapat saya lihat, masih ada lagi beberapa insan yang tidak faham antara keperluan, permintaan dan tanggungjawab. Meminta untuk dibuka atau disediakan itu bukanlah satu permintaan, tetapi lebih kepada satu tanggungjawab dan selari dengan keperluan. Mungkin ada yang tidak faham mengenai ungkapan ini. Biasalah...tetapi bagi mereka yang faham ,apa itu tanggungjawab dan keperluan, maka pastinya dia akan faham. Jangan berani mengambil risiko tentang sesuatu bidang jika tak berani disepak terajang, dimaki hamun dan sebagainya. Jika tak mahu, maka silakan untuk mencari tapak di tempat lain.

Kesan daripada perkara ini menyebabkan seorang sahabat saya berasa hati sebab saya tidak mengangkat panggilannya. Alhamdulillah, dia faham.

Di kala hati dilanda gelisah, pastinya WGS itu akan menemaninya saya untuk pergi ke sana ke mari. Terima kasih kepada Naz dan Zeeha,nasib ada kamera. Menenangkan hati di Masjid Wilayah itu bagaikan satu perkara yang saya tunggu-tunggu. Walaupun tidak lama di sana, namun tempoh masa yang singkat itu sedikit sebanyak dapat menangkan hati saya.


jalan jammed. Semua orang nak balek buke...
Subhanallah

Minggu lalu juga 2 test telahpun saya lalui. Kecuaian saya itu saya pandang secara positif, mungkin kegagalan pada masa kini akan membawa saya ke mercu kejayaan di masa akan datang. Dan sekali lagi, saya mengajak rakan-rakan saya melawat dan solat tarawikh di Masjid Sultan Mizan @ Masjid Besi. Subhanallah, masjid ini sungguh indah. Semoga bilangan jemaahnya juga ramai.
menu moreh malam tu....


Keesokan hari( Sabtu), Ceramah Motivasi oleh Dr Shukri Abdullah, menambahkan lagi nilai-nilai positif ke dalam pemikiran saya. " Let Go" , itulah antara perkara yang menarik minat saya. Biarkan apa yang berlaku di masa lalu terutama tentang subjek tertentu itu , dilupakan dan sentiasa di upgrade.

dah la kunci motor hilang. Memang pelik...erm..takpelah,alhamdulillah da jumpe...so..xpe la..

isnin lalu, dapat markah test1 termo.Alhamdulillah, walaupun x tinggi sangat, tapi boleh dikira kejayaan jugak ni. bukan senang woo...

letih mau taip panjang2.. so,,letak gambar saja ya..




Selasa malam tu buat roket...assignment kitorang kene terbangkan objek seberat 500 gram sejauh 80 meter. Tapi....x gerak pon.hehhee...kene ubah care....


kesimpulan dari post kali ini...


* Bersabarlah atas apa yang berlaku..
* Setiap yang berlaku ada hikmah. Syukur kita diuji tentang perkara itu dan ia dapat dikawal dan tiada mencederakan atau membahayakan nyawa siapa2..





Wednesday, September 2, 2009

~~entah..~~



takde program..dah 2 bulan...g jumpe smue..cakap sume...
ada jawatan dalam persatuan lain...g jmpe sume..cakap lagi ..ingatkan tentang mana yang utama..
ada yang abaikan akademik..g jumpe sume..cakap...imbangkan..pentingkan akademik..n jadikan amal dalam organisasi tu satu ibadah untuk menolong orang..insyaAllah akan dibalas..
diabaikan...g carik sape yang dok arrange...ckap ngan orang tu ..ok boleh..tapi xnak g..
jadi profesional..tapi tanggungjawab yang utama terabai..
ok..nanti bincang...sampai kesudah tak bincang2...

bila tanya ..dowg ni cmne.."ntah.."...
bila tanya ...da buat ? .." da buat da.."
Bila cakap...x leh cmni..." belum ready lagi..xnk la ubah sebab ikot2..."
bila cakap.... sengal... " ak je la sengal,orang len sume leh lak puji2..."
bila bagi pluang cakap... xnk..
xbg..bising2..

orang len dok tnye..."die tu mane..xnmpk muke pn.."..aku nak jawab ape ?
orang tnye..." kalo ngan yang laen ok..." aku nak jawab ape ?
orang ckap.." slow la korang buat keje.." aku nak jawab ape ?
orang dok caci smue...mane pergi ? asal diam ?

cite biaq suma commit.. tapi depa x...aku nak cakap ape kat yang laen ?

bila suma suka pn masalah...bila suma x suka pon masalah...

ad yang xkene..habaq mai la...dok simpan2..mane tau..





Monday, August 17, 2009

Kursus Pemantapan JKM....


sesi bergambar..hehehe

yang penting - helmet.hahaha




~ sedang menyalin nombor driver bas ~
Pada 7-9 Ogos yang lalu, JKM KSS sekali lagi diberi pendidikan dan peluang untuk sama-sama berkursus di Kalumpang, Hulu Selangor..tempat yang menarik dan pengisian yang mantap.Seramai 22 (kalau x salah) peserta yang terdiri daripada JKM dan wakil-wakil Blok KSS. Kursus ini secara dasarnya untuk sama-sama sit down together to get and try to find the main problem of our organization. It's look like a simple and waste 'kursus', but for they who are knows and understand about all the thing that Encik Noraimi said, its will be ok...

Walaupun ada yang tidak pergi,demam,dan macam-macam lagi 'alasan'..namun di situ sudah kita dapat lihat, siapakah yang memahami apa yang selama ini cuba disampaikan oleh Encik Noraimi...

hari Pertama- Kalau ikut mahu saja saya sampaikan kad ucapan itu kepada semua..namun apakan daya...yang tak dapat...jgan sedih2...anda dihargai..dan saya amat menghargai anda....kadang-kadang butir-butir kaca mengalir di pipi kerna melihatkan kebersamaan anda dalam melakukan satu-satu perkara....

Hari kedua- Seperti biasa, Poco-poco bagaikan menjadi acara wajib dan sinonim ngan KSS. poco-poco = KSS ??hahaha...Sesi post-morterm...banyak benda ...penuh whiteboarf..tapi bagus saya ucapkan..dan tahniah kepada masing-masing.Walaupun ada yang mengambil inisiatif untuk berdiam dan tidak menimbulkan suasana tegang, namun keadaan masih lagi dirasakan hangat."Tengok-tengok Presiden tidor..." antara agenda semasa di Jeli hari tu. Kesilapan saya...saya mohon maaf kepada semua. Bagi yang menyaksikan 'drama' pada pagi tu..mereka akan faham kenapa saya tak datang...


Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana saya masih lagi di uji Allah. Kulit saya secara tiba-tiba gatal-gatal.orang kata ulat bulu..ape-ape je lah.Tengahari boleh tahan lagi. Masuk ke sesi petang, keadaan semakin menjadi teruk.Saya mengambil keputusan untuk mandi seketika dan menggantikan baju MRSM Muar yang saya pakai. Alhamdulilah, keadaan berkurang.

Perancangan aktiviti, Mentor-menti..mandi sungai...main bola tampar..aktiviti sepanjang petang tersebut.


Malam, sesi LDK. saya tidak mahu mengulas mengenai apa yang berlaku..Rumah Kami..( owh...sudah terase sebak di sini..), Tiup Belon,Kapal..main campur-campur kertas warna....banyak perkara yang masih lagi dalam awasan dan perlu dijaga sebaiknya.
Tentang kelemahan, bolehlah sesiapa yang nak tau boleh tanya direct...perkara yang lain :

1. betapa sukarnya untuk membuat keputusan. Ada yang menyokong,ada yang membantah,ada yang sekadar ikut.kadang-kala, inilah yang harus kita lalui. Dan bagi setiap pengarah mahupun apa sahaja jawatan, apa yang anda lakukan, andalah yang harus bertanggungjawab. Take a risk. Saya sendiri harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas ahli JKM,penghuni KSS dan banyak lagi.

2.Kite merancang,Allah merancang,perancangan Allah lebih baik. Jika tidak menjadi apa yang kita rancang, dan menghadapi masalah,maka duduk dan selidikilah semula tentang perkara tersebut. dan ingat, Semua itu ada hikmahnya...

3.Pecahkan ketakutan yang ada. Nothing is immpossible and impossible is about nothing. Untuk apa takutkan benda-benda sedemikian ? Berfikir secara positif,kita akan dapat yang positif...

4. Pentingnya kepada patuh kepada peraturan dan berfikir masih lagi dalam peraturan. Halusi setiap arahan yang diberikan.


5. Berkaitan kerjasama, keberanian, kebersamaan, sikap ambil peduli dan banyak lagi..bolehlah persoalan ini terus diajukan kepada saya. Saya akan bercerita lebih panjang lagi...


HAri ketiga- Aktiviti mandi sungai sampai beku.sampai ada yang dah bangun terus baring atas batu...hehehhe... Bagi ikan makan, seronok...



Kesimpulannya, banyak benda baru yang harus dipelajari dan dapat diperoleh dari program ini....

Sunday, August 2, 2009

Bismillah...
setiap detik rasa bersalah....
hmm...memang benar, kalau kita buat salah dengan manusia,kita kena setel sendiri..inilah antara bisikan hati saya sebelum melangkah masuk ke bulan Ogos.beberapa perkara yang saya masih lagi belum dapat siapkan dengan jayanya. Kerjasama dengan felo-felo di KSS sendiri masilh lagi belum ke tahap yang boleh membanggakan.Di mana silapnya? saya lebih melihat dalam konteks ahli saya sendiri dan saya sendiri. Jarang berhubung dan bertanyakan pendapat menjadi antara sebab mengapa hubungan ini kurang jayanya.

Berkaitan dengan memperkasakan pengaruh dan komitmen penghuni Raja Alang dalam KSS,dengan tempoh yang semakin singkat saya amat mengharapkan agar program Hari Wanita itu nanti dapat mengembalikan semula semangat kerjasama di antara penghuni Raja Alang dan penghuni di dalam kampus.


Dalam tempoh terdekat ini juga, beberapa keputusan yang penting turut menjadi permainan harian saya sejak akhir-akhir ini.Beberapa kali Pengurus yang menguruskan Konsert Antara Dunia (KAD 09') di KSS bertanya kepada saya samada saya mahu pergi atau tidak. Peluang yang datang tak diduga,namun keperbatasan beberapa perkara membuatkan hati saya berbelah bahagi. Saya memohon maaf kepada beliau.Siapa yang tidak mahu Shoutul Harokah datang ke Malaysia.

Dalam masa yang sama,assignment membuat reka cipta tong sampah membuatkan kepala menjadi semakin serabut. Sudahlah setahun sudah meninggalkan medan AutoCAD, kini kembali mengutip semula memori yang sudah hilang itu. Alhamdulillah, berkat kesabaran saya berjaya. Malah,saya turut menjumpai semula buku AutoCAD saya.

Program-program mula masih lagi belum bermulanya gerak kerja. Saya cukup risau,memandangkan dalam tempoh bulan Ramadhan nanti, tiada aktiviti yang boleh dilakukan.Ada, tapi tak banyak. Tak semua mempunyai daya ketahanan yang sama.Isu membawa semula Mambo ke KSS sedang dipergiatkan.

Banyak lagi perkara yang ingin saya perkatakan. Ketika inilah, penyusunan masa amat bermakna bagi memastikan semua perkara tidak terlepas begitu sahaja.
" Abang balik kejap je..." itu adalah antara kata-kata yang terluah dari adik bongsu saya,Amir Haziq. Terkedu seketika sebaik sahaja mendengar kata hatinya. Namun, saya bingkas berkata kepadanya " I got a lot of work to do..did'nt you have a homework ?" sambil dia tersenyum mendengarnya selepas mendengar perkataan homework. Ketika itu saya baru sahaja kalah dengan dia main congkak. Seronok bukan kepalang sebab dia menang.

Umi tetap sporting. Seolah-olah umi benar-benar faham keadaan dan kondisi anaknya ini. Sebab umi pun orang yang penting baik untuk sekolah mahupun PPIM. Kadang-kadang Along,kakak sulung saya mahu agar Umi gantikan dengan orang lain untuk pergi ke kursus-kursus yang dianjurkan." kan ramai cikgu cikgu muda muda kat sekolah tu..suruhlah je la diorang pegi..." Umi hanya tersenyum sahaja..


Pulang semula ke kampus, mengemas bilik dengan apa yang patut,hati saya merasakan perasaan serba salah itu terus menebal kepada beberapa orang sahabat saya.Hmm...seri wajah senyuman sudah tiada. Hanya bermasam muka ..hmm..tak tahu hendak dikhabarkan bagaimana....Mungkin ada tingkah laku yang mengguris hati..barangkali....

ape pun..hari ini saya kena siapkan jugak assignment tong sampah itu...ok...semoge berjaya...

wassalam...

p/s- pas ni saya nak buat post pasal isu yang hangat skang..hehehe

Thursday, July 30, 2009

Duhai Hawa Sanggupkah Anda Bermadu?

dipetik dari iluvislam.com

p/s - just untuk berkongsi...artikel...hehehe..xd niat laen...

Kenapa wanita enggan berpoligami?

Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan). Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.



Kenapa para isteri menolak poligami?

Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan. Siapa yang sanggup terjun ke 'lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.

Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.

Lelaki sering menjadikan 'Sunnah Nabi' sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan. Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi. Dan mungkin juga, ada satu pihak menangis demi membahagiakan pihak yang lain. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri. Apaila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain.

Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya. Namun masih ramai yang tidak menerima secara positif. Syaitan sudah bersumpah untuk membawa anak cucu adam bersama mereka ke neraka kelak, maka syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan dan memberi perkhabaran palsu kepada manusia.

Syaitan sering membisikkan perkara-perkara yang negatif ke dalam diri manusia maka siapa yang tidak kuat imannya sering tergoda dan terpengaruh. Malah percaya dengan bisikan syaitan lalu takut dan ragu-ragu untuk berbuat kebaikan dan ketaatan kepada Allah malahan bersenang hati untuk melakukan kejahatan yang bertentangan dengan tuntutan Agama. Selain itu, manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati.

Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’. Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah. Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati. Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula. Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.

Kesimpulannya:

Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu. Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa jua ujian dan dugaan mendatang, sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.

Pernikahan adalah ibarat sebuah bahtera yang berlayar dilautan luas. Suami adalah nakhoda dan isteri (isteri-isteri) adalah pembantu. Jika nakhoda itu bijak mengemudi kapal, bistari mengawal anak-anak kapal, berfikir sebelum membuat sebarang keputusan, tahu arah yang ingin dituju tanpa was-was, InsyaAllah kapal tidak akan sesat dan selamat sampai ke destinasi yang ingin di tuju.

Namun, harus diingatkan juga, tanpa bantuan dan persefahaman dari pembantu kapal, bahtera itu mungkin berada statik tiada kemajuan atau lebih teruk dari itu, bahtera itu mungkin akan karam. Hancur dan musnah. Dalam pernikahan, mesti ada tolak ansur, perlu ada give and take. Baik isteri mahupun suami haruslah saling menghormati dan saling menghargai. Harus ada yang mendengar bila satu pihak bercerita dan begitu pula sebaliknya.

Perhubungan dua hala adalah penting. Komunikasi antara suami isteri serta anak-anak perlu dijaga, agar jika ada sebarang masalah yang timbul, dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan baik. Lebih penting dari itu, niat bernikah juga kena betul. Jangan diselewengkan. Jika niat ikhlas kerana Allah dan agama, insyaAllah walau apa jua dugaan mendatang, tiada apa yang mampu menggoyahnya. Tidak kira suami bernikah satu atau empat, jika asas agama adalah kukuh, kebahagiaan dalam berumah tangga sedikit pun tidak akan goyah.

Hidup di dunia sementara, kehidupan di akhirat itu kekal abadi. Jadi, harus disematkan dalam diri dan jiwa, cita-cita yang paling utama adalah bahagia di syurga kerana itulah yang paling abadi. Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.

Madu jangan terus ditelan, hempedu jangan terus dibuang, kerana di sebalik manis dan pahit itu, mungkin ada racun atau penawar yang tersembunyi.

Monday, July 27, 2009

Maybe ada sebab dia jauhkan diri dari kite.....

y not kte yg g tny?
kalo leh..yg dh kenal tu...jgn la ignore mcmtu..
psahabatn senang pupuk....
kalo die yg mule kan dlu...kte mgalah..try cri jalan pyelesaian cne..
setel bek2 la.
kbykkn org..ikot kpalemasing2..masing2 nk tunjuk ego.

kkdg org mgalah tu aa tnda berani..


tp...kalo x pk gk..xleh

mungkin...itu TERPENTING lam idup kite..
yg tidak itulah kkdg terbaik wat kite..
tu la..mende yg kecik jgn tlepas pandang...kecik bole jdi terbesar..



satu diskusi yang bermula agak lewat malam.Setelah keletihan bersukan sepanjang hari,tettidor awal.Seronok,perbincangan yang menarik.Menyentuh beberapa isu yang sering kita terlepas pandang.

Mem ' busy ' kan diri dengan perkara lain,dengan assignment,dengan tugas dan tanggungjawab,adalah jalan yang baik, namun kadang kala fikiran itu akan melayang memikirkan 2 perkara ini..( 2 ??)


Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat
Kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari..
Rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi..


Friday, July 24, 2009

Small Deeds

Kadang kadang kita dok kejaq amalan yang besar-besar..derma nak RM 1juta..nak tolong orang yang ada pangkat je...tapi..kita sering terlepas dengan perkara yang kecik..tidak hairan lah telah termaktub dalam hadith yang mengatakan bahawa mengalihkan batu di jalan juga merupakan sekecil-kecil ( tak pasti) iman. Sebenarnya, benda-benda kecik la yang banyak tolong kita.Tapi, kita yang selalu tak nak buat. Sebab tu Allah lagi suka amalan yang istiqamah,walaupun sedikit...



Ever been on a drive? Inside in your ride
And your looking through the glass, see a car on the side
The engine's broken and the car is smoking
And the dude is shaking cause the heat is baking
Or this cat's (guy) gotta flat, and the spare's all whack
No jack in the back, and no clue where he's at
There ain't no real rush, but you roll right by
Not even asking the guy if he needs a supply
He might be alright, and to pass ain't a sin
But within you feel bad the state that he's in
How hard would it been, just to ask “you ok”?
That might be the deed that you need to succeed
That might be the deed that will so please Allah
That your forgiven the sinning you did when you was living
It's a small little thing, that can cling and just ring
And will bring the blessing from Allah Who's the King
We pass on the deeds cause they seem all small
But it might be the deed that's the best of them all
Mad when see all the passes I took
On these small little deeds I just overlook

[Chorous]
I just can't believe
Small little deeds that I overlook, can you see?
Little deeds that I overlook, and you read
I read about it in my holy book, it says
Small deeds never overlook

Picking up trash on the path in a flash
Taking glass from the grass, as you pass to your class
A smile goes a mile and is sure worthwhile
When a brother's hostile, and has been for awhile
Put a dollar every day in the sadaqah (charity)
It may be small but you do it for the baraka (blessing)
I know you're saving for the Polo and the Nautica
A poor student but you do it just to please Allah
Things like praying for an ailing brother, under the weather
Obeying yo your lovely mother, it's for the better
Stay and help your baby brother, put on a sweater
Even saying good to one another when you're together
Advice to another sister about a mister
Your wife always go and kiss her, tell her you miss her
At night do quiet dikhr (mentioning God), and pray the witr
Invite a guy who wants to bicker, to share a snicker
Grand plans expand in our small little hands
But we overlook demands that just seem like strands
We get jammed on exams, cause we skip the small things
Small baby deeds come, bring the blessings!

[Chorous]
I just can't believe
Small little deeds that I overlook, can you see?
Little deeds that I overlook, and you read
I read about it in my holy book, it says
Small deeds never overlook

Wednesday, July 22, 2009

Adik Remajaku...




Teguhmu membangun Ummah
Pendirianmu membela maruah
Tafakurmu mendamba hidayah
Dikaulah remaja yang sempurna

Usia mudamu hanya sekali
Penuhilah ia dengan berbakti
Ajaran Rasul hendaklah diikuti
Perintah Allah wajib dipatuhi

Bersyukurlah atas rahmatNya
Bersabarlah dengan dugaanNya
Bertakwalah dirimu kepadaNya
Pahala berganda ganjarannya

Andai nafsu dapat kau tahan
Tangisanmu hanya kerana Tuhan
Hatimu terpaut pada rumahNya
Nikmat Syurga akan kau rasa

Perjalananmu masih jauh
Wahai adikku aturlah langkah
Gunalah dengan kelebihan yang ada
Demi keagungan agama dan bangsa


Biarkan dia...

Sesekali teringat kisah silam...menarik...bukan mudah untuk sampai ke tahap itu..namun,tak semua yang kita jangka akan kekal untuk selamanya melainkan Allah semata. Saat gembira itu pastinya cukup manis dalam hidup,apatah lagi di usia semuda ini 'kejayaan' yang diluar dari jangkaan berjaya diperoleh.

Namun, kejayaan itu bagaikan mula hilang sedikit demi sedikit. Pelik,apakah salahku ? erm..atau..ada gangguan lain yang menyebabkan kejadian itu berlaku..begitu banyak sekali soalan dan sangkaan yang cukup membuatkan hati gundah dan risau tak keruan. Tidak perlu perlakukan sehingga begitu rupa. Sikap yang aneh itu pastinya membuatkan mulut terdiam seribu bahasa.. Moga Kasih Allah sentiasa bersamanya....

Akademik tetap tujuan utama,
mengharungi hidup di tengah kota,
walaupun sakit kepala ku rasa,
namun di hati lebih terluka...

Biarkan dia..mungkin Allah simpan untuk insan yang lebih baik dan sesuai..Allah kan Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya...

Hari berganti hari,
kadang-kadang sedih kerana satu persahabatan itu secara tiba-tiba terhenti tanpa bicara. Kawan@ teman yang selalu menjadi alternatif lain untuk mendapatkan beberapa rangsangan dan motivasi untuk belajar kini tiada lagi.

Pergi tanpa bicara itu membuatkan masing-masing beraksi seperti langsung tidak kenal antara satu sama lain." Biarkan dia..mungkin dia lebih gembira sebegitu..lebih tenang...Semoga Kasih dan Rahmat Allah bersamamu wahai sahabat..."



Friday, July 17, 2009

Egois

video yang menarik. Jen tu junior saya. Pewaris jawatan Exco Dakwah BWP MRSM Muar. Kreatif sekali..lirik yang mendalam.




Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia



Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan

Lagu : Wan Shah (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Atie (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.



apa yang saya dapat dari lirik ini ialah...kalau kita dah termarah orang ke..kene g balek ckap kat die...tunjukkan sebenarnya dia tu bernilai sebab dunia ni banyak aspek. Mungkin kalau kite tengok video tu budak tu suke main game, so..kite leh buat pertandingan game tu. Tapi kita terapkan la nilai-nilai islam untuk pertandingan tu. Macam kata atuk Cikgu Syuhada..hehehe... " biarlah kita berkawan dengan seseorang tu,kita terapkan sekali nilai-nilai yang baik dalam diri die.."

Thursday, July 16, 2009

Tombo Ati...

Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani




Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi


Wednesday, July 15, 2009

Ketika Cinta Tak BErtasbih....






Ada masa, hati terasa tersiksa, jiwapun merana dan hidup tarasa tak berarti bila cinta di dustai. Sungguh sangat menyakitkan bila cinta terbalas dusta, apalagi setelah kita serahkan segala apa yang kita miliki kepada seseorang yang kita cintai. Dunia terasa menghimpit, hidup seakan terjepit dan hari-hari di selimuti perasaan yang sakit. Bertanya dalam hati, apa salahku?, hingga ia tega melukai hati dan mengkhianati cinta yang mulai tumbuh bersemi. Kekecewaan menghunjam, kebencian datang, dan demdampun tak bisa ditahan.

Itulah ekspresi rasa sakit hati yang sering hadir bagi siapapun yang cintanya terbalas dusta. Siapapun pasti memahami, batapa tidak enaknya dikhianati. Setelah kebersamaan berjalan sekian lama, kita pupuk perasaan cinta itu hingga ia mengkristal menjadi sebuah keyakinan, kepercayaan dan pada akhirnya rela memberikan sesuatu yang seharusnya dipertahankan, yakni kehormatan. Tetapi justru kenyataan berbicara lain, pengorbanan yang selama ini di berikan justru berbuah kekecewaan.
Kekecewaan, inilah kata yang sangat tidak di harapkan. Banyak diantara kita tidak mampu menahan rasa ketika ia datang. Hingga keindahan hidup yang kita bayangkan terhapus sudah. Jika hati telah kecewa kemana lagi obat hendak dicari, hidup didera sakit hati dan rasanya sudah tidak punya harga diri. Dan akhirnya karena ketidakmampuan hati menahan diri ia mencari jalan keluar untuk membebaskan rasa sakit hati, hingga terkadang dukunpun beraksi.

Sungguh, tak dapat di lukiskan derita akibat sakit hati. Tetapi betulkah ia tak dapat di obati?. Bukankah setiap penyakit ada obatnya!. Penyembuhan penyakit hati memang tidak semudah penyembuhan penyakit badan. Ia butuh waktu yang lama untuk sembuh, karena ia langsung menusuk kejantung hati. Menyatu dalam bingkai rasa dan menempel di dinding jiwa.

Adalah wajar kita sakit hati ketika cinta di dustai, siapapun pasti mengerti ini adalah persoalan yang tidak mudah untuk dicarikan solusi. Tetapi kita juga harus bertanya; kenapa kekecewaan itu sulit untuk di hilangkan?. Jawaban sementara adalah; karena kita terlalu berlebihan memberikan cinta kepada seseorang, bahkan melebihi cinta kita kepada Allah. Padahal kita dianjurkan untuk bersikap pertengahan dalam segala hal. Termasuk di dalamnya ketika kita mencintai seseorang. Seorang penyair berkata; “Cintailah seseorang sekedarnya saja, sebab siapa tahu satu saat engkau akan membencinya dan bencilah seseorang sekedarnya saja, sebab siapa tahu satu saat engkau akan mencintainya. Wallahu ‘alam

*****
Betapa banyak duka nestapa dan rasa pahityang dirasakan oleh orang yang di mabuk cinta.Mabuk asmara adalah penyakit yang berbahaya, merusak jiwa, mendatangkan perasaan gelisah dan gundah gulana. Siapa saja yang mengarungi samudra cinta pasti akan di permainkan oleh riak gelombang. Kebinasaan lebih dekat kepadanya dari pada keselamatan.

nurisfm.blogspot.com

Monday, July 13, 2009

MaRI uLANGkaji I.Islam....

Pada zaman jahiliah,Perkahwinan itu ada 11 jenis...

1. Kontrak - Melalui orang tua.Kalau suka, terus bayar Mahar.Sah sebab adanya kontrak(akad)
2.Al istibda' - isteri bagi kat laki lain utk dapatkan anak yang baik.
3.Mut'ah - ada tempoh tertentu.tamat tempoh,laki tu bagi imbuhan kat isteri
4.Tabadul al zawjat - tukar isteri dengan orang lain suka sama suka
5.Kahwin Beli - laki bayar utk dapatkan perempuan.biasanya dalam kabilah yang berbeza

6.Al daizan - isteri itu adalah waris dari si suami yang dah meninggal
7.al Maqt - adik bradik laki kawin dengan mak sendiri selepas ayah meninggal
8. Kohabitasi percubaan - try dulu.Kalo ok, baru kawin.
9.Gundik
10. Mukhadanah - 1perempuan 10 lelaki.
11.Pelacuran


cukup la tu..sikit2 je...renungkan..betapa indahnya islam yang datang...

Saturday, July 11, 2009

photo @ Jeli 09...

malam bertolak...saya tak dapat bertolak awal sebab taim tu MHS...habis je malam kebudayaan..bergegas tolong mereka angkat barang...memberi semangat kepada mereka untuk buat yang terbaek..agak sedih tapi kena sembunyikan...hehehe

petang sebelum majlis perasmian...semue bergaye...ajk perempuan sume dok pakai baju merah...hahaha..turun dari van macam Puteri UMNO...1 undi untuk kelantan...

Sesi perkenalkan diri...nama dulu kini selamanya dipanggil afdhal...

Petang- sesi training sebab ada friendly...



- team yang main bola -

Dah kalah, g rumah mak angkat paan.Bantai 5 6 biji durian.Tambah agi dengan mee goreng. Sedap2...


Malam setelah sesi LDK....


erm...knape jari begitu ?? no komen pliz...hahhaha



Bersama Adik Zaim...pendiam..pemalu...cube untuk merancakkan suasana...







Sesi berfikir dan mengajak mereka merenung masa depan. Semoge usaha kami ini diberkati dan diredhai....



Thursday, July 9, 2009

Terpulang kepada pengarah....


ayat ni lah yang sudah menjadi 'trademark' kepada mereka mereka yang biasa mendengarnya...asalnya dari encik Noraimi sendiri...ayat tersebut memang mematikan akal pengarah-pengarah program..namun,pada masa yang sama ianya sebenarnya memberikan gambaran dan pengharapan yang tinggi buat mereka yang menilai dari sudut positif.

Bukan mudah untuk mencapai ke tahap yang boleh membanggakan baik di mata masyarakat mahupun di pihak pentadbiran. Namun, as a leader, we should make something that can make everyone happy although we are not in that situation.

Memilih untuk tidak mengadakan atau meninggalkan kerja itu juga sebenarnya adalah pilihan masing-masing.Pemilihan sesuatu perkara itu sebenarnya atas rundingan yang telahpun kita sama-sama putuskan. Untuk apa kita mengikut kata mereka yang tidak menghadiri majlis perbincangan berikut.

Langsung tak rugi mana pun. Malah,ceritera kali ini juga sebenarnya untuk mengajak kita sama-sama berfikir apakah keputusan yang kita buat itu benar dan tepat.

Memilih untuk mempertahankan blok C bagi saya adalah satu keputusan yang tepat. Walaupun sebenarnya tidak ada masalah sekiranya blok demikian ditutup, namun dari segi pembangunan aktiviti mahasiswa khususnya dalam bidang kerohanian akan terbantut.

Hidup ini penuh dengan pilihan.Antara 1 atau 2.Tiada yang ketiga.Kita juga sudah diberi rezeki yang melimpah ruah.Namun, Allah memberi peluang untuk kita memilih samada untuk mensyukuri nikmat tersebut atau untuk mengkufurinya. Ketika itu,kita akan berfikir,adakah wajar kita melayan Tuan yang telah memberi kita macam-macam kesenangan,rezeki,membantu di kala susah,tetapi akhirnya kita sendiri yang mengkufurinya.

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian,tanamkan dalam fikiran kita bahawa kita sedang memimpin sebuah perjumpaan yang kita inginkan.Kita berdiri dengan mudah,bercakap dengan lantang,orang ramai kagum dengan kita.Namun,itu bukan bermaksud kita harus riak,tetapi sebagai tanda kita bersyukur kepadaNya,

Wednesday, July 8, 2009

Sabar dengan Dugaan...........

daripada ahmad nizam awang

Assalaamu'alaikum w.b.t……. Di sini ada kumpul beberapa hadith nabi yang berkenaan dengan ujian dalam kehidupan. Semoga kita dapat lebih tabah lagi menghadapi ujian-ujian terutamanya ujian keimanan dalam hidup kita.

Pertamanya kita mesti faham bahawa hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, sesuai dengan Firman Allah S.w.t yang bermaksud:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." – Surah AlBaqarah : Ayat 214

Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun," – Surah AlMulk : Ayat 2

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan mu)." – Surah AsSyuura : Ayat 30

Walaubagaimana pun, Allah amat menyintai orang2 yang sabar menghadapi ujianNya. FirmanNya, "Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar." – Surah Aali Imran : Ayat 146

Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian2 yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah. "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdo´a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma´aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." – Surah AlBaqarah : Ayat 286


Koleksi hadith-hadith

* Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " – Hadith riwayat Imam Tirmizi

* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." – Hadith riwayat Imam Tirmizi

* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: "Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " - Hadis riwayat Imam Bukhari

* Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: " Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir". – Hadith riwayat Muslim

* "Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

"Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah." – Hadis riwayat Thobrani

"Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya." – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

"Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai dengan kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga ia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya." – Hadith riwayat Bukhari

"Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh." (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)

"Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah." - Hadis riwayat Bukhari

"Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah." – Hadith riwayat Bukhari

* Dalam hadith qudsi Allah berfirman : "Siapa yang tak rela menerima ketentuanKu, silakan keluar dari bumiKu!"


Jenis-jenis kesabaran

Ibnu Qoyyim Aljauzi dalam kitab Madarijus Salikin mengatakan, "Sabar adalah menahan jiwa dari berkeluh kesah dan marah, menahan lisan dari mengeluh, serta menahan anggota badan dari berbuat tashwisy (yang tidak lurus). Sabar ada 3 jenis, sabar dalam berbuat ketaatan kepada Allah S.w.t, sabar dari melakukan maksiat, dan sabar dari ujian Allah."


Syair Imam Syafie berkenaan sabar

Bersabar lah yang indah

Alangkah dekatnya kelapangan

Barangsiapa muraqabah (merasa dekat dengan) Allah dalam seluruh urusan, ia akan berhasil

Barangsiapa yang membenarkan Allah, tidak akan terbawa gangguan

Dan barangsiapa yang mengharapkanNya, Dia akan ada di mana orang itu mengharap

(Manaqib AsSyafie , AlBaihaqi 2/362)


Penutup

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk." - Surah al-Baqarah, ayat 45

Tuesday, July 7, 2009

Post Morterm - Menarik...



alhamdulillah...selesai segalanya...semuanya bagi saya memainkan peranan yang baik di dalam post mortem arini. Dari isu politik,sehinggalah ke isu plaster.Cukup menarik sebenarnya bagi saya.

Untuk post mortem ini,selaku pakar bab hentam menghentam ini...(sekarang da x..)saya mengambil dasar lebih kepada berkecuali...kat sini..kesian juga kepada yang menjadi fesi di sekolah...sedih..kurang kasih sayang...saya sendiri akui...tetapi..sekurang-kurangnya apabila kita di sekolah..rasa segan dan tanggungjawab itu telah bertukar sekadar menjaga hubungan dengan adik-adik fesi.

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi anak angkat. Sekiranya anda rajin menghubungi mak ayah kandung anda,maka permasalahan ini pastinya tidak akan timbul. Namun, bagi mereka yang jarang call mak ayah, di tambah hanya menge'call' pada waktu-waktu kecemasan..ini merupakan tugas yang mencabar...saya sendiri tidak pernah meng call mak angkat saya di sg lembing. Perasaan segan itu masih ada.Maka, oleh yang demikian,janganlah terlalu bersedih kerana tidak mendapat keluarga angkat.

Ada hikmah di sebalik semua itu.... Kadangkala kita memang menginginkan sesuatu...tetapi tidak peroleh..Buat Yan,Yani,Jannah,Pika,nini...jangan sedih.,,anda patut gembira kerana anda semua mempunyai 10-11 keluarga angkat.Ianya terletak kepada bagaimana anda menarik minat dan mengekalkan hubungan anda bersama adik-adik fesi yang lain...

saya tidak berniat untuk berceloteh panjang...
tetapi...marilah sama-sama kita fikirkan moto hidup Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, moderator Saifulislam.com..


erti hidup pada memberi........
 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design