. Berjalan.Melihat.Mentafsir: May 2009

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Saturday, May 30, 2009

SPM...nak kurangkan subjek ????

akar pendidikan perlu diberi ruang berbicara, luah pendapat

Oleh Prof Madya Dr Mohd Noor Yazid

KELMARIN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa mulai tahun depan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 mata pelajaran, susulan kenyataannya seminggu lalu mengenai isu itu. Apa yang dilakukan itu adalah demi kebaikan pelajar, guru dan negara amnya.

Ini adalah tanggungjawabnya sebagai Menteri Pelajaran bagi memastikan perjalanan dan kesan positif bagi peperiksaan SPM, yang dianggap sebagai satu peperiksaan penting dalam sistem pendidikan menengah di negara kita.

Alasan yang diberikan Muhyiddin adalah dengan mengehadkan 10 mata pelajaran, akan membolehkan guru memberi tumpuan kepada pengajaran subjek teras; sekolah tidak menghadapi masalah kekurangan guru bagi sesetengah mata pelajaran dan memberi manfaat kepada ibu bapa kerana terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen.



Alasan yang diberikan itu adalah benar, tetapi tidak tepat bagi semua keadaan. Calon yang mengambil lebih 15 mata pelajaran tidak semata-mata bergantung kepada guru di sekolah dan tidak semuanya mengikuti kelas tuisyen.

Calon yang mengambil lebih daripada 15 mata pelajaran ini adalah sebilangan calon yang ‘terpilih’ saja. Bilangan yang mengambil lebih 10 mata pelajaran agak kecil, hanya kira-kira 10 peratus (48,000) daripada 500,000 calon SPM tahun lalu. Angka ini akan menjadi lebih kecil jika mengambil kira calon yang mengambil lebih 15 mata pelajaran.

Saya tidak sekali-kali menolak apa yang dinyatakan oleh Menteri Pelajaran itu, tetapi perbincangan dalam tempoh yang singkat sebelum menetapkan keputusan ini wajar dinilai semula. Sama ada hadkan kepada 10 mata pelajaran ini baik atau tidak perlu dibincangkan dengan lebih mendalam dan dilihat daripada pelbagai sudut dan persekitaran.

Pernyataan ‘mulai tahun depan semua calon SPM hanya dibenarkan mengambil 10 mata pelajaran’ agak keras sifatnya. Saya berpendapat kita harus menilai daripada beberapa sudut, pelbagai persekitaran dengan lebih mendalam dan penilaian lebih lama serta benar-benar terperinci.

Pakar pendidikan harus dibenarkan berbicara dan meluahkan pendapat serta pandangan secara terbuka, bebas dan berwawasan jauh. Kesan jangka panjang pendidikan mesti dijadikan objektif utama dan asas perkembangan ilmu mesti dilihat dengan teliti serta benar-benar terperinci dan tidak sekali-kali dipengaruhi faktor remeh yang bersifat sementara.

Saya ingin mengambil satu contoh mudah iaitu seorang pelajar aliran agama yang berminat dalam bidang sains akan menghadapi masalah dengan ketetapan baru ini. Sila lihat senarai subjek bagi memudahkan perbincangan.

Mata pelajaran Teras

1. Bahasa Melayu

2. Bahasa Inggeris

3. Pendidikan Islam/Moral

4. Sejarah

5. Matematik

6. Sains

Subjek Agama

1. Bahasa Arab Tinggi

2. Tasawwur Islam

3. Pendidikan al-Quran & as-Sunnah

4. Pendidikan Syariah Islam

Subjek Sains

1. Matematik Tambahan

2. Fizik

3. Kimia

4. Biologi

Seorang calon mesti mengambil subjek teras sebanyak enam iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik dan Sains. Dengan mengehadkan 10 subjek, seseorang calon hanya boleh mengambil empat lagi subjek iaitu Bahasa Arab Tinggi, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunah serta Pendidikan Syariah Islam.

Calon ini tidak lagi dapat mengambil subjek seperti Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan (apatah lagi bagi mengambil subjek seperti English For Science and Technology, Technical Drawing, Engineering dan sebagainya).

Apa yang berlaku seolah-olah kita sudah menyekat kebebasan individu yang berminat menggabungkan ilmu agama dan sains yang saya fikir sangat penting bagi menjadi insan seimbang yang mengenal alam dan penciptanya.

Perkembangan ini sudah berlaku dan berkembang dengan baik di sekolah aliran agama di mana kita dapati ramai calon yang mengambil lebih 15 mata pelajaran dengan menggabungkan subjek teras, agama dan subjek sains semakin besar bilangannya dan berkembang dengan pesat.

Subjek Sains (seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan) dan subjek agama (seperti Bahasa Arab Tinggi, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunah serta Pendidikan Syariah Islam) yang diajarkan di sekolah aliran agama harus dibenarkan diambil bersama bagi pelajar muda ini supaya mereka dapat benar-benar memahami alam dan Penciptanya.

Sains mampu menghuraikan inti pati yang terkandung dalam al-Quran. Asas pemahaman sains mesti dibentuk dari awal bukan menyekatnya pada peringkat awal. Jika pemisahan ini berlaku, umat Islam akan mula membentuk satu aliran pemikiran yang sepatutnya tidak berlaku. Satu golongan pelajar yang memahami agama (yang lebih khusus) dan tidak memahami al-Quran dan satu golongan lagi yang memahami sains dan teknologi tetapi tidak memahami agama Islam secara yang sepatutnya.

Persoalan ini sudah lama difikirkan oleh sarjana Islam yang akhirnya membawa kepada Persidangan Pendidikan Sedunia Islam di Makkah pada 1977. Dalam persidangan itu, dikenal pasti bahawa melalui penjajahan Barat selama ratusan tahun di negara yang didiami umat Islam, telah berlaku pembentukan falsafah pendidikan yang silap iaitu pemisahan di antara ilmu yang diistilahkan sebagai ‘Acquired Knowledge’ dan ‘Perennial Knowledge’.

Doktrin pemisahan ilmu ini berjalan ratusan tahun dalam zaman penjajahan Barat ke atas umat Islam. Apa yang ditanamkan adalah Islam dan Sains, berbeza dan terpisah. Oleh itu kita dapati bahawa mereka yang alim agamanya, amat cetek sainsnya, manakala yang mendalam sains dan teknologinya sangat cetek ilmu agamanya. Ketidakseimbangan ini membawa kerosakan besar kepada pembangunan umat Islam. Kesannya masih terasa dan dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Adakah kita berundur ke zaman silam yang memisahkan ilmu yang sepatutnya disepadukan. Kita tidak mampu melihat kesannya dalam masa singkat, tetapi perancangan yang benar-benar teliti mesti diatur bagi kegemilangan umat dalam jangka masa panjang dan pembinaan tamadun besar yang diredhai Tuhan. Berhati-hati dengan musuh umat, kerana mereka sedar bahawa ilmu yang sebenar adalah senjata yang sukar dikalahkan.

Jadi keputusan mengehadkan semua calon SPM hanya dibenarkan mengambil 10 mata pelajaran perlu difikir dengan benar-benar mendalam. Walaupun perkara ini nampak kecil, ketetapan ini memberi kesan besar dan amat sukar dilaksanakan di sekolah aliran agama kerana mereka juga mengambil subjek mengenai agama Islam dan ramai pula yang berminat (berpotensi besar berjaya cemerlang seperti yang sudah terbukti) dalam subjek sains.

Oleh kerana dua komponen subjek ini (agama Islam dan Sains) adalah sangat penting, maka kesan jangka panjang yang negatif perkembangan ilmu dan keseimbangan umat akan timbul akibat daripada keputusan ini. Carilah jalan mudah yang membawa kebaikan semua pihak dan keuntungan jangka panjang.



Penulis ialah pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu


**********************************************************************************

tambahan lagi ada cadangan untuk subjek teras dikurangkan. Agak-agaknya apa lagi yang boleh dibuat ?

kalau buang subjek agama....memang mintak bencana la..
kalau buang subjek sejarah... sejarahla buat kita kenal siapa Chin Peng...
Kalau buang subjek sains....sains dan agama itu tak patut dipisahkan...sains membawa kita lebih mengenali Tuhan sebenarnya kalau betul-betul kita hayati keindahan sains itu..


hmm...so ?cmne...


pada hemat saya...bagi mereka yang aliran agama...tak jadi masalah rasanya kalau bagi depa still amek lebih dari 10 subjek...sebab ramai je yang aktif..slalu yang tak aktif ni saya rasa kat skolah biasa...sebab kalau kat skolah asrama..kan memang slalu ada sukan tahunan sume..so..mane ade pelajar yang tak aktif..ada..tapi tak banyak...


so..fikir-fikirkanlah...

PerbincanganBersama YDP MPPUSM

Bismillah....semalam saya sempat berbual-bual melalui ym bersama dengan bekas presiden Badan Wakil Pelajar MRSM Muar @ senior saya..saudara Mohammad Shafiq bin Abdul Aziz. Cukup segak beliau di dalam blognya. Memang gaya seorang YB. Alhamdulillah..bakat kepimpinannya diserlahkan lagi di medan kampus dengan terpilih menjadi YDP MPP. Banyak perkara yang dibincangkan...antaranya isu PPSMI,GMMA, gerakan dan jemaah serta isu Chin Peng. Kupasannya cukup memuaskan hati saya. Memang layak di gelar pemimpin. Saya sendiri sempat berseloroh dengannya
" sah jadi PM nanti...hehehe"
Tanggungjawabnya sendiri cukup besar. Isu Desasiswa( kolej kediaman) menjadi salah satu misinya seperti yang tertera di blognya. Selasa ini beliau dijadualkan untuk berjumpa dengan TPM Malaysia. Cukup membanggakan. Saya tidak kisah beliau berlatarbelakangkan apa, cumanya beliau masih lagi menjadikan islam itu sentiasa di hatinya.Hujahnya berlandaskan hukum-hukum agama lagi. Mungkin..inilah golongan ProTaz ( profesional ustaz) memang ada di dalamnya. Semoga beliau mampu membawa agenda mahasiswa agar selaras dengan nilai-nilai islam. Sukar, tetapi jika digabungkan dengan team-team yang mahukannya, insyaAllah mampu dilaksanakan.


Kami juga turut berbincang untuk mengadakan lawatan rasmi ke MRSM Muar.hehhee..untuk terus memupuk dan menyemai benih-benih semangat perjuangan agar terus subur selaras dengan pertubuhan dan gerakan Islam. Islam itu semakin jauh..cukup merisaukan saya..

Friday, May 29, 2009

Harapanku padaMu subur kembali.......




Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Alloh Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu




cukup menyentuh jiwa dan memberi kata kata semangat pada diri saya...
Ya Allah ampunkanlah dosaku...dosa kedua ibu bapaku..dosa sanak saudaraku..dosa guru-guru dan pensyarah-pensyarahku..dosa rakan-rakanku..dosa pemimpin-pemimpin islam..dosa bakal penyeri hidupku..dosa zuriat-zuriatku...dan dosa segala muslimin dan muslimat...
teguhkanlah kami dengan agamaMu...

Thursday, May 28, 2009

Mari Belajar Cara Untuk Rosakkan Muslimah....

saya terbaca post ini pada blog Timbalan Bendahari Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Rahman Putra (jkm krp)sesi 2009 , panod...



Musuh islam menggunakan pelabagai cara utk merosakkan wanita muslimah dalam semua aspek kehidupan. Diantara cara yg mereka lakukan adalah:


1-Berita2 media massa, sama ada media cetak mahupun eletronik. Secara zahirnya, dapat saja pemberitaan itu dianggap sebagai langkah maju dlm membela kaum kewanitaan melalui tajuk2 yg diperlukan wanita dan kononye utk membela hak2 wanita. Namun, pada hakikatnya adalah eksploitasi n penindasan terhadap kaum wanita melalui penampilan wanita2 yg tidak memiliki rasa malu dan berakhlak rendah.
2-Menyeru kaum wanita utk menjalani kehidupan bebas.
3-Mengkempenkan hidup serba boleh serta keluar dari nilai2 syariat dan budaya islam
4-Meniru budaya glamour yg menyimpang dari nilai2 islam, seperti kehidupan para artis n penyanyi.
5-Mengikuti fesyen2 baru sama ade dlm pakaian, kasut dll
6-Menyeru wanita muslimah untuk berkerja diluar rumah dgn melampaui batas.
7-Mengajari wanita ttg cara2 menarik perhatian lelaki melalui penulisan syair dan asmara dlm ruangan majalah2..
8-Membuka account page2 tersendiri dgn tidak terkawal yg dpt mendedahkan identity yg melampau2 yg diingini secara tersembunyi. ex:myspace,frenster

Paul,seorang misionari jerman(1879) pernah berkata:

"Yakinlah anda dengan sepenuhnya bahawa kita tidak akan mampu mengalahkan islam kecuali jika wanita itu bersama kita dan berjalan dibarisan kita".

kesimpulanye.. wanita adalah golongan yg amat penting utk membentuk generasi2 yg akan datang.

dipetik drp Biro Informasi&penerbitan, melaka institusi usrah MMU.

Rasa Bertuhan...شُعُورُ الأُلُوهِيِّةِ


لَوْ كان الناسُ ,
يَعْرِفونَ ربَّهُم ,
تَنْكَسِيرُ قُلُوبُهم,
و تَلينُ أَرْواحُهُم,
لمَْ تَشاغِلْ قُلوبُهم يِذِكْرِ ما سِواهُ,
قُلُوبُهم و أَرواحهم معلَّقة بربِّها,

هو وَحْدَهُ...

لو كان الناس,
يَحْرِبُوْن ربهم,
يُعصمون شأنه,
يرتعيدُ وِجْدانُهم,
لو كانت كلُّ هذه دائماً,
في سمعهم و أبصارهم و في عِلْمِهم,

في عِلْمِهم....

لَصَارَاللهُ دائما في قلوبهم,
وَلأَصْبَحَ الناس خاضعين متواضعين,
لَصَارَاللهُ دائما في قلوبهم,
وَلأَصْبَحَ الناس خاضعين متواضعين في أرضِ ربِّهم..


لَوْ كان شعور الأُلوهيَّةِ يَمْلَؤُ قلوبهم,
تموتُ أَحْلاقُهم..
يُسَيْطِيرُ الْخَوفُ على قِيانِهم,
فَيَنْشَغِلونَ بِأُمُورِ أَنْفُسِهم,

ولم يَلتَفِتُ إلى أُمُورِ الناس,
خَوْفًا أَن يَقَعُ في نَمِيْمَةِ غيرِهم,

أُهْ.........

لو كان اللهَ يَدُوْمُ في قلوبِهم,
وَشُعُوْر الألُوهِيَّةِ يَمْلَؤُ ضَمَائرًا,
سَيَذْكُرُونَ نِعمَهُ,
نِعْمَ ربّهم الكثيرا,
فَيَزْدادُ شُعُوْر الحبّ والفوز..

حُبُّهُ على نِعامِه و أَطْفيهِ,
وخُفُّهُ أَنْ تُذْهَبَ هذه...

ومن عِقآبه عِندَ ارْتِكَ بالذُنُوب...

وَهْكَذَا إذا أَصْبَحَ العِباد,
يَعرِفُون ربَّهم قلوبُهم مَشْغُلَةٌ بربّها وَحْدَهُ,
اَلدُّنْيا و نَعِيْمُها لا تُأَثِّرُ فيهم,
مَهمَ أَنْ كلها في أَيْدِيهِم...

أَ...أَ...أَ...
لاَ صَارَاللهُ دائمًا في قلوبهم,
وَلأصْبَحَ النّاس خاضعين متواضعين في أرضِ ربِّهم..

لو كان اللهَ يَدُوْمُ في قلوبِهم,
وَشُعُوْر الألُوهِيَّةِ يَمْلَؤُ ضَمَائرًا,
سَيَذْكُرُونَ نِعمَهُ,
نِعْمَ ربّهم الكثيرا,
فَيَزْدادُ شُعُوْر الحبّ والفوز..

حُبُّهُ على نِعامِه ذذذو أَطْفيهِ,
وخُفُّهُ أَنْ تُذْهَبَ هذه...

ومن عِقابِه عِند ارْتِكَ بالذُنُوب


Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati n jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya

Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran
Penglihatan dan pengetahuannya


Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia ini tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya.....2x

Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat

Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabnya

Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhan
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya



Wednesday, May 27, 2009

Mencari Yang Halal itu tak SuSah...Tapi MungKin beLum Tiba MaSanya...

Semalam...semasa menonton tv...saya sempat berbincang dengan seseorang (lalalalal ~)mengenai mencari yang halal untuk hati...." Nak tengok tv..nak amek ayat-ayat berguna...hehhehe" kata saya..

kadang-kadang rezeki itu ada di depan mata kita..tetapi sering kita tak sedar...itu dari segi konteks rezeki...ya..manusia memang ada khilafnya...nikmat yang pelbagai datang setiap hari sering kita lupakan... erm..berbalik kepada topik utama...

Mencari yang Halal..hhehehe.. Kadang-kadang seolah-olah kita telah jumpe yang halal itu...tetapi kita sendiri tidak mahu tergopoh gapah mengenai perkara ini. Ya lah, hal-hal penting seperti ini pastinya memerlukan petunjuk dari Allah s.w.t... 

bayangkan sebuah istana untuk dibina sepanjang hayat, tetapi tanpa petunjuk dan keredhaan Allah di sisinya..alangkah ruginya kita...

Lihatlah, betapa pentingnya kita untuk sentiasa menghubungkan dan mengharapkan kesemua yang berlaku pada diri kita kepada Allah s.w.t... ia bukanlah perkara yang mudah, namun..ia mampu dilakukan... Bukan itu sahaja,malah kita sering risau takut-takut hati kita telah tergelincir dari landasan yang benar... Mencari yang halal,jangan dimuatkan dengan unsur-unsur haram...inilah perkara yang sering bermain di fikiran saya...ya..agak awal untuk memperkatakannya..namun tak salah untuk merancang kehidupan yang lebih sempurna.Sering saya berkata dalam hati ;

" Kalau betul dia orangnya..jangan risau...Allah itu maha pemurah " Walaupun saya sedaya upaya lari dari kemelut ini...kerna terlalu berfikir tentang perkara ini seolah-olah meletakkan saya di dalam satu dunia yang lain...

"Kita mahu yang terbaik..Oleh itu kita kena jadi yang terbaik.."


saya terus bersandarkan dengan kata-kata semangat ini..ia selalu memotivasikan diri saya...malah,kita juga ingin menjadi hamba yang terbaik di kalangan yang terbaik..sering saya melihat rakan-rakan yang begitu khusyuk membaca doa selepas solat fardhu...kekhusyukan mereka dalam berdoa itu menenangkan fikiran saya...ketenangan yang terpancar pada riak wajah mereka itu selalu mengingatkan zaman persekolahan saya. Zaman di mana saya lebih mengenali dan bergantung sepenuhnya kepada Tuhan. Zaman di mana saya belajar untuk menjadi seorang yang lebih sabar. Zaman di mana semua orang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.

Di zaman ini jugalah saya memahami apa itu erti tanggungjawab dalam memimpin. Memang, saya bukanlah pemimpin yang hebat. Bukan mudah apabila kita berada di dalam satu-satu organisasi. Kita mempunyai banyak idea sebelum memasukinya..namun,setelah berada di dalamnya...seolah-olah kita lupa dengan idea-idea kita itu...

Kehidupan di universiti ini cukup berbeza. Kita sendiri perlu dekat denganNya. Kita sendiri perlu memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Kita sendiri perlu mencari rakan-rakan yang boleh membawa kita ke akhirat.Alangkah indahnya pada awal semester 1 dulu. Saya bersyukur saya tinggal di blok yang bersebelahan dengan masjid. " senang skit nak solat"..

namun..sekarang...sudahla tinggal satu blok dengan masjid...namun saya masih lagi belum mendidik jiwa saya untuk kembali kuat seperti dulu. Inilah akibatnya apabila berjauhan dengan Tuhan . Sering kali kita lupakan Dia. Sedangkan Dia tak pernah melupakan kita.

Malah, saya lebih banyak memberontak. Pemberontakan jiwa yang kosong ini membuatkan beberapa orang tidak senang dengan saya. APa yang perlu dihairankan, lumrah hidup ada yang suka dan ada yang benci. Cumanya, saya bermohon agar Allah mengampunkan dosa saya dan mereka-mereka yang kurang senang dengan saya diberi kekuatan untuk menegur kesalahan saya...






saya sendiri telah membaca buku ini..dan ternyata isinya cukup menarik dan membangun jiwa saya untuk lebih dekat kembali kepada Al Quran...kadangkala kita sering mahukan sesuatu...tetapi berbeza di hati kita...Kita mahukan kejayaan...tetapi di hati kita sering berfikir tentang cabaran-cabaran...Kita sering memohon untuk memperoleh pasangan yang baik...penyejuk mata dan hati..namun kita sering berfikir mengenai kekurangan kita...

"Kita adalah apa yang kita fikirkan..." Ingatlah perkara ini sampai bila-bila..kerana aura yang ada dalam diri kita akan bertindak balas dengan apa yang kita fikirkan...

Saturday, May 23, 2009

PadaMu ku Bersujud




Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Islam itu Mudah...

Sudah lama saya perhatikan rakan-rakan saya mengenai perkara ini. Bukannya apa, cuma mahu sekadar kepastian kerana hidup kita ada kaitan dengan agama. Islam itu memandu kita ke arah yang benar...

Salaam..

hmm..persoalan yg menarik...

tp, sebelum tu:"la tas'al anil ashyaa, in sa'altum, tasu'kum"...(betulkan if salah).. maksudnya: jangan kamu tanya tentang apa2 perkara, jika kamu tny, ia akan menyusahkan kamu..

ustaz sy slalu tegur dlm lecture, mana2 plajar wanita yg belum mula amal pakai armsock, pakai la... aurat kamu tu terdedah bila kamu angkat tgn...

so,kat sini, berdasarkan pemahaman sy, pakai arm sock tu menutup aurat..

kalo dikatakan ia mengikut bentuk tubuh, coz ketat, itu bkn masalah utama jika arm sock tu dipakai di bahagian dalam baju kurung or jubah, dn bukannya dgn baju T...

kalo nk amik kira ketat, camner plak dengan sarung kaki or stokin?

kaki kita aurat jugak kan,,...stokin/sarung kaki kita pakai ketat gak kan? ikut bentuk kaki kan? kalo kita pakai, x tutup aurat la eh kalo nak dikira ketat nih...
camner tu? ada ke sarung kaki yg longgar...

hmm..Islam itu mudah...tp x boleh dipermudahkan..
namun, Islam itu juga x perlu disusahkan...
wallahualam
jawapan ini saya jumpa di dalam thread di iluvislam.com...ada lagi banyak pendapat lain.. klik di sini...


kalau musykil sangat..tanyalah ustaz...hihihihi

Thursday, May 21, 2009

indahnya Islam...

Maaf Saya Tidak Suka Buku Ustaz!

kalau la kita buat buku..pikir bagai nak rak...nak naik sakit kepale...tetibe dapat tau ada orang koyakkan buku kita..kata buku kita x menarik..bosan...apa kita rasa ?mari kita lihat..luahan hati seorang insan...dan bagaimana seorang lagi menjawabnya...



Salam..

Maaf saya tidak pasti di mana saya nak buat komen tentang buku terbitan ustaz… saya ingin memohon maaf kerana saya tak tahu bagaimana caranya untuk saya minat membaca buku ustaz… saya sudah baca Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga… tetapi saya tidak tahulah kenapa saya tidak suka dengan cara dan gaya penulisan ustaz. Saya bukanlah orang yang bijaksana… cuma insan biasa yang lemah dan banyak kekurangan… Saya tidak berniat utk merendah-rendahkan kebolehan dan kemampuan ustaz. Tetapi sebagai pembaca saya rasa ada hak untuk bersuara…

Wassalam…

Berikut pula adalah komen saya kepada beliau:

Waalaikum al-Salaam wa Rahmatullah wa Barakatuh,

Terima kasih di atas komen anda (saya gunakan perkataan ‘anda’ untuk meneutralkan konotasi jantina).

Sebenarnya, anda tidak perlu mencari jalan untuk berminat membaca buku saya. Jika anda tidak berminat dengannya, ia sangat normal dan tidak ada apa yang tidak kena. Tinggalkanlah buku saya, tetapi jangan tinggalkan sikap membaca. Tinggalkan buku saya, dan carilah buku yang anda suka. Tidak ada sesiapa pun yang mewajibkan sesiapa untuk suka kepada buku saya.

Biar pun anda tidak suka dengan buku saya, tetapi saya yakin kita sama-sama suka dengan buku Tuhan. Maka jadikanlah al-Quran sebagai bacaan utama kita.

Salam hormat.


petikan ini dipetik dari website saifulislam.com Mudah sekali pemikiran jika benar-benar berlandaskan iman dan akidah..Alangkah beruntungnya saya jika saya juga mempunyai sikap sedemikian...kata kata yang sungguh tidak menyakitkan hati malah ianya menenangkan jiwa...

Wednesday, May 20, 2009

Hishamuddin Rais - Republikan Dari Perak

Mari sejenak kita merenuung artikel ini. BUkan selalu kita mahu berbicara soal politik kerana ianya dianggap najis oleh sesetengah pihak. Tapi, tak salah jika kita perhatikan dan fahami ia dengan hati yang terbuka dari seorang yang "BEBAS" dari pengaruh mana-mana pihak.

Apa yang sedang berlaku di Perak ini amat baik sekali. Kelam kabut dan kacau bilau yang sedang kita lihat berlaku di Perak ini sekali imbas dilihat tidak mendatang faedah kepada orang ramai. Ini satu pandangan yang salah.


Apa yang berlaku di Perak ini adakah satu rahmat untuk seluruh warga Malaysia. Hujan emas sedang turun mencurah-curah di Perak.

Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai. Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tetiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman.

Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihat sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan dikalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.

Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri.

Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga. Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul. Raja adil raja di sembah – raja zalim raja di sangkah telah menjadi realiti di Perak.

Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka didalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga Malaysia telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam Perlembagaan Perak.

Hasil dari krisis ini, warga Perak khususnya telah


mengetahui peranan Raja, peranan Menteri Besar, peranan Tuan Speaker dan had-had yang diwujudkan melalui Perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini. Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada dalam tangan mereka.

Najib Razak berniat merancang ‘rampasan kuasa’ di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdulah Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa ingin dijadikan sebagai tiupan sangka kala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat. Tiupan sangka kala ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 March. Harapan ini jelas telah pancet.

Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Pemanjangan krisis ini amat baik untuk Pakatan Rakyat. Lagi lama Perak menanah lagi subur sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat. Hari ini MCA, Gerakan dan PPP – komponen Barisan Nasional – telah mula bersuara seirama dengan nada Pakatan Rakyat. Ini adalah tanda-tanda politik sehat dimana elemen-elemen demokrat didalam Barisan Nasional telah mula bersuara.

Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.

Malah dari dalam United Malays National Organisation sendiri kita telah mula mendengar suara-suara yang tidak mempersetujui langkah dan tindak tanduk yang telah diambil oleh Najib Razak. Ini adalah tanda-tanda bahawa masih wujud elemen sehat dan sentimen demokrat di dalam United Malays National Organisation.


Suara-suara ini bukan suara musuh tetapi suara sahabat.

Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan diantara parti Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan. Perak adaklah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengenepikan ajenda sampingan dan menerkam kepada ajenda induk. Kebijaksaan berpolitik di Perak akan dapat membezakan yang mana kayu dan yang mana hutan.

Setiakawan ini telah dilihat dengan amat jelas sekali didalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. DAP yang selama ini dimomokan sebagai parti keCinaan telah diterima oleh orang Melayu. Pas yang selama ini dimomokan dengan hukum hududnya telah menerbus masuk ke dalam kawah Cina. Ini adalah perkembangan yang amat menakutkan untuk United Malays National Organisation.

Dua buah parti ini selalu digunakan sebagai senjata ampuh oleh United Malays National Organisation untuk memecah belahkan orang ramai. Di Perak orang Melayu tidak lagi waswas dan gentar untuk menerima DAP. Di Perak orang Cina tidak lagi takut untuk menerima Pas. Setiakawan seperti ini pasti akan menakutkan sesiapa sahaja yang mengamalkan politik rasis dan perkauman.

Dalam kancah pertempuran pucuk pimpinan juga akan diduga. Krisis di Perak telah memunculkan dua ikon kepimpinan yang unggul – Nizar dan Siva. Kalau di permulaan era Reformasi dahulu yang muncul hanya Anwar Ibrahim yang pada mulanya masih dilihat sebagai perwakilan ikon Melayu. Anwar mengambil masa yang agak lama untuk menyakinkan warga bukan Melayu bahawa Reformasi adalah agenda untuk semua.

Berbanding dengan krisis Perak secara sepontan Nizar dan Siva telah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua bangsa. Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar Ibrahim. Ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.

Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya dari apa yang berlaku pada tahun 1998 dahulu. Pada malam 20 September 1998 Anwar Ibrahim telah di tangkap di rumahnya. Episode penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi. Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Muhamad.

Di Perak episode ini berulang lagi. Pada 7 Mei yang lalu sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi Tuan Speaker dan dikurung agar kuasa dapat dirampas. Kini sekali satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang di wakili oleh Najib Razak.

Sama ada Dun dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara. Aktivis dan angkatan muda dari Pakatan Rakyat wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.

Ombak Perak ini wajib terus di kembangkan. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan di bakar. Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum di adakan. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini lebih subur politik Malaysia. (TT)

Tulisan ini boleh diambil untuk digunakan ke jalan yang baik.


semoga negara kita kembali aman.Amin.....



Monday, May 18, 2009

Tahniah dan teruskan...Betul dan Mantapkan Niat..



Bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah...saya ucapkan tahniah kepada warga JKM KSS sekalian yang telah banyak berkongsi minda dan cara pemikiran mereka melalui blog-blog masing-masing. Ada yang menceritakan tentang kehidupan seharian, ada yang dipenuhi dengan tag-tag yang melimpah ruah..dan banyak lagi..namun..
di sebalik itu semua, satu ilmu dan nilai yang sering anda sendiri tidak sedar..iaitu keberanian dan kebolehan untuk menulis sudah ada di dalam diri anda. Teruskan usaha itu. Namun,pastikan post-post mengenai isu semasa, post mengenai soal agama kita turut dimuatkan di dalam blog kita. Ini adalah kerana, setiap sesuatu perbuatan itu mempunyai sebab tersendiri. Ini selaras dengan hadith Dari Amirul mu'minin Abu Hafs yaitu Umar bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul 'Uzza
bin Riah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi
al-'Adawi r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda 3:
"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi
setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah
dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya
itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak
dikawininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu."
(Muttafaq (disepakati) atas keshahihannya Hadis ini)


Hadis di atas adalah berhubungan erat dengan persoalan niat. Rasulullah s.a.w.
menyabdakannya itu ialah kerana di antara para sahabat Nabi s.a.w. sewaktu mengikuti
untuk berhijrah dari Makkah ke Madinah, semata-mata sebab terpikat oleh seorang wanita
yakni Ummu Qais. Beliau s.a.w. mengetahui maksud orang itu, lalu bersabda sebagaimana di
atas.
Oleh kerana orang itu memperlihatkan sesuatu yang bertentangan dengan maksud
yang terkandung dalam hatinya, meskipun sedemikian itu boleh saja, tetapi sebenarnya tidak
patut sekali sebab saat itu sedang dalam suasana yang amat genting dan rumit, maka
ditegurlah secara terang-terangan oleh Rasulullah s.a.w.

Bayangkanlah, betapa anehnya orang yang berhijrah dengan tujuan memburu wanita
yang ingin dikawin, sedang sahabat beliau s.a.w. yang lain-lain dengan tujuan
menghindarkan diri dari amarah kaum kafir dan musyrik yang masih tetap berkuasa di
Makkah, hanya untuk kepentingan penyebaran agama dan keluhuran Kalimatullah.
Bukankah tingkah-laku manusia sedemikian itu tidak patut sama-sekali.



Pastikan niat utama kita adalah untuk menyampaikan dakwah. Kerana itu merupakan perkara utama dari kita lahir sehinggalah ke liang lahad. Walaupun kadangkala post-post itu agak mengarut, namun kita berharap agar para pembaca blog kita mengambil nilai-nilai positif di dalamnya.







Jadikanlah ianya sebagai satu wadah anda.Ingatlah..kita akan ditanya mengapa kita buat blog tetapi kita tidak manfaatkannya.Niatkanlah di hati ..

." Ya Allah,semoga dengan adanya blog ini...akan membuatkan diriku dan juga diri orang lain lebih dekat denganMU..lebih mengenali MU...semoga mereka memperoleh manfaat dari blog ini...
malah, di dalam kitab Riyadus Solihin...soal niat ni sahaja sudah diceritakan panjang lebar...jadi..ini dapat disimpulkan bahawa niat itu cukup penting...sering kali di kem-kem..kita diingatkan..agar memperbetulkan niat kita..apabila nampak seolah-olah sudah tergelincir sedikit dari landasan kebenaran...




rujukan - Riyadhus Shalihin (Taman Orang-orang Shalih)

Sunday, May 17, 2009

Amar - Amani...

best-best...



ni video lagi 1..best gak..




Hargai Orang-Orang Anda...Tanpa Mereka..Siapalah Anda



Tak salah jika perkara yang baik kita peroleh dari mereka .Betul tak ? Ya, memang ada banyak contoh lain. Tetapi, bagi saya, bagi menghadapi Gen-Y, kita harus menukar serba sedikit cara penyampaian kita tetapi diselitkan juga mesej-mesej Islam yang ingin disampaikan.

Post saya kali ini pastinya saya mendapat idea selepas melihat kemenangan Manchester UNited dalam saingan merebut EPL.Saya mempelajari beberapa perkara tentang soal kepimpinan. Ya, perkara seremeh inilah yang sering pemimpin-pemimpin abaikan.




Banyak perkara yang membezakan bola sepak Malaysia dan luar negara.
Pertamanya, saya melihat perkara ini.Kita hendaklah menghargai seseorang yang telah berusaha keras untuk sesuatu kejayaan. Penyokong-penyokong Man U mempunyai lagu sendiri untuk menghargai bakat dan kelincahan C.Ronaldo. Setiap kali bola singgah di

kakinya, semakin kuat sorakan untuknya. Begitu juga semasa beliau mahu mengambil free-kick. Jika dikaitkan dengan kehidupan seharian kita yang kita pelajari, memang itu sudah menjadi tangggungjawab kita untuk saling menghargai jasa dan keringat seseorang.


Perkara yang kedua. Menghargai mereka yang menyokong anda.

Sebaik sahaja Tevez dikeluarkan, penyokong Man U mengejek usaha Sir Alex Fergie yang mengeluarkannya. Namun,Tevez tidak mengecewakan peminat-peminatnya. Lambaian tangannya kepada peminat Man U disambut dengan tepukan yang gemuruh bagi menghargai sumbangannya sepanjang perlawananan. Malah, begitu banyak sepanduk menginginkan Tevez terus kekal bersama Man U.


perkara ketiga. Lafazkan kata-kata penghargaan kepada mereka secara face to face. Sebaik sahaja tamat perlawanan, Sir Alex berjumpa dan memeluk setiap pemain-pemainnya bagi menghargai usaha,keringat dan apa sahaja yang mereka lakukan untuk merangkul kejayaan tersebut.
Bukan sekali sahaja, malah selepas itu Sir Alex terus berjumpa mereka di bilik persalinan untuk terus memberi penghargaan kepada mereka.itulah saya rasa antara punca dan faktor kemenangan mereka.


Umpama Lidi. Kalau satu je, senang la patah. Tapi , kalo banyak, kan susah sedikit. Begitulah juga kita sebenarnya. Ummat Islam itu diibaratkan dalam hadith sebagai satu badan. Sakit di satu bahagian, seluruh badan merasainya. Zaman sekarang kita seolah-olah memandang hina mereka yang selalu mengambil berat tentang kita. Padahal,kita semua adalah bersaudara.Ummat Islam itu bersaudara. Teguhkanlah dan berpeganglah kepada kalimah.Sematkan ia di dalam diri.



Oleh itu, marilah kita bersama-sama berpegang teguh, saling bekerjasama dan banyak lagi yang sama-sama.hehehe

Saturday, May 16, 2009

Hari Guru....


Ustaz fauzi..2 dari kiri..line paling bawah..

Hari ini..sempena hari guru..jom saya kongsikan serba sedikit..mengenai sorang guru yang boleh dikatakan cukup rapat ngan saya..

Ustaz Fauzi..

Nama diberi Ustaz Mohd Fauzi bin Idris. Asal dari Kedah. Mane tau ? cek tau la...kat umah dia ada bendera Kedah...besaq na..die ajar subjek Pendidikan Agama Islam dari form 4 sampai form 5..

Awal-awal dlu dia ada cakap
Ustaz ni kurang Ajar...
hhaha..mesti pening bile first-first dengar..memang pon..Ustaz kurang ajar..sebab ustaz slalu Busy dengan kerja laen...tapi dia x lupe kitorang...
Result sume gempak2...ustaz Fauzi jugak warden kat skolah..seorang warden yang tegas,.lebih-lebih lagi bila membabitkan hal-hal ketuhanan..kalo ada student yang macam mempersendakan hukum agama..memang silap la..

Ustaz Fauzi jugaklah yang banyak ajar cara untuk bertanding hafazan...patut la dlu kalah taim form 3..sebab baca laju...ustaz cakap " baca dengan tenang..."malam tu berlatih...baru la faham..alhamdulillah, dapat naib johan...ok la..sebab yang johan tu Budak MAAhad..markah 96%..memang hebat la...


Masuk bulan Ogos 2005...Pencalonan untuk BWP ( Badan Wakil Pelajar )..taim tu...rezeki Allah, dapat undian tertinggi..tak sangke pon..lepas tu..kene tentukan..jawatan-jawatan yang penting tu...memang sume pening taim pilih tu..Cikgu-cikgu semua nak letakkan saya sebagai Presiden...begitu juga sebahgian kawan-kawan..sebab dapat undi tinggi..tapi Ustaz yang taim tu jadi Guru Penasihat BWP, letakkan saya kat jawatan Exco Kerohanian...erm..pelik jugak..sebab dalam 14 orang yang menang tu.. ada Zainal..Meer..Ammar..Sumenye memang 'hardcore' la bab-bab agama ni..aku ni ? macam 'ustaz celup' je...tapi Ustaz cakap " Ustaz tau Afdhal je yang boleh buat.." lebih kurang la die cakap gitu..sebab taim tu aku tanye ustaz..lagipun..terima jelah..sebab taim manifesto..memang tak target pun nk pegang jawatan ape-ape...

Malam waktu ustaz nak umumkan sapa Presiden..aku berdiri sebelah Ustaz...n ustaz umumkan Ammar..Ammar menangis taim tu..sebab die tahu beratnye jawatan n amanah tu..aku yang ustaz dah bagi penerangan sebelum ni...g la tenangkan hati die..
team sahsiah

seronok waktu tu...lebih-lebih lagi taim Kem Sahsiah...aku diberi kepercayaan oleh ustaz untuk teman ustaz lame sket..walaupun taim tu..tesis aku x siap-siap lagi..Kat Kem tu..ustaz ajar banyak benda..best...sampai ....erm..x tau nk cakap camne..


Ustaz selalu kecewa bila tengok student tak hargai masa kat surau..buat bising kat surau...Ustaz kata dorang ni x hormat Rumah Allah...memang...taim kat skolah..semangat batch tu kuat sangat...so..kalo ustaz x g tu..ase cm len sket la..

Ustaz jugak boleh tahan la cool die..sebab ape ? sebab ustaz yang slalu jadi penghibur...walaupun dalam keadaan ustaz kecewa..ustaz selalu buat cite-cite lawak kat semue Guru...

Gagasan idea ustaz memang menarik...semua benda boleh jadi happy...perancangannya untuk menghidupkan surau dan jemaah islam di MRSm cukup membanggakan...Dulu mungkin saya tak faham..tetapi skarang saya faham mengapa ustaz cakap Exco Dakwah itu lagi tinggi dari jawatan PResiden...

Pembentukan kumpulan usrah, penganjuran majlis tadarus Al Quran untuk mencari pelapis dalam pertandingan hafazan,berzanji,tadarus al quran, tulisan khat dan kuiz telah banyak memberi impak kepada dunia MRSM ketika itu...

Sebab tu..saya selalu datang ke MRSM..nak ziarah ustaz...nak tolong junior-junior..untuk terus sambung legasi yang kami telah belajar dari ustaz..untuk pastikan misi ustaz tercapai..misi untuk mendaulatkan syiar Islam di MRSM Muar..ada yang kata..Utamakan dakwah di kampus..tapi bagi saya..ya,memang benar..tapi apalah salahnya jika saya turun ke peringkat lebih bawah lagi..sebab saya peroleh ketenangan di sana..saya peroleh semangat saya di sana...jangan sesekali memperlekehkan kenapa saya turun ke sana...Saya tidak mahu junior-junior saya melakukan kesilapan yang sama..jika itu bukan namanya dakwah..maka perbetulkanlah saya...bukan mengetepikan saya...

Friday, May 15, 2009

video-video Sampingan

jangan fikir saya taksub..saya cuma mahu berlatih untuk melakukan sepakan sebegitu..sebab ianya menarik....











Terapkan kepentingan huruf jawi - MB


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kepentingan huruf jawi perlu diterapkan kembali dalam masyarakat supaya ia tidak hilang begitu sahaja.
Berucap di Majlis Penutup Program Bulan Pengimarahan Masjid dan Perlancaran Bulan Pendidikan Negeri Selangor dekat sini, baru-baru ini, beliau berkata kerajaan negeri akan memperkasakan kepentingan huruf jawi dengan mengadakan lebih banyak kelas-kelas jawi dan Sekolah Bimbingan Jawi dan al-Quran bagi memastikan generasi muda tidak meninggalkan warisan Islam ini.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato' Mohamed Khusrin Munawi dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Misri Idris

saya pun ingat nak terapkan balik tulisan jawi di kolej. Cuma mahu fikirkan cara yang lebih ekslusif bagi menarik minat kaum muda kepada tulisan jawi semula.

Thursday, May 14, 2009

Mempertahankan Maruah Itu Perjuangan

saifulislam.com

“Pelajar-pelajar sekolah agama, jangan ingat dengan hanya sekolah agama kamu sudah terjamin masuk ke syurga!” bebel penceramah itu.

Saya pun tidak tahu apa motifnya.

Apa yang pasti, telinga saya sudah panas dan darah sudah hampir mendidih.

Kebetulan pula saya duduk di barisan hadapan sekali. Betul-betul di depan muka penceramah itu.




“Saya pernah jumpa pelajar Sekolah Izzuddin, minum arak, tak mabuk. Minum air sejuk, mabuk!” katanya sambil ketawa kecil.

“That’s it!” tanpa sedar saya menghempas fail ke atas meja dan terus bangun meninggalkan majlis.

Dewan menjadi kecoh. Kesemua rakan saya yang menyertai kursus itu bangun sama. Kami menuju ke surau. Berwudhu’, untuk menyejukkan hati memadam api amarah.

Ketika itu saya dan lima lagi rakan mewakili sekolah untuk hadir ke sebuah kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh sebuah Kesatuan Pelajar Islam Negeri. Sepanjang tahun 1991 itu memang banyak kursus yang saya sertai. Tetapi kursus yang satu ini pelik sedikit. Bukan kursus itu yang pelik, tetapi penceramah-penceramahnya yang bercakap seperti orang mabuk.

Tidak ada sebarang sikap atau perkataan yang kami tunjukkan sebagai justifikasi kepada kenyataan penceramah yang satu itu tadi untuk menyindir-nyindir kami. Kebetulannya, daripada lebih 100 orang peserta, hanya dua sekolah agama sahaja yang menyertainya iaitu kami dari Sekolah Izzuddin Shah dan peserta tuan rumah, SMKA Sultan Azlan Shah, Bota. Sedari awal program, kami menjadi sasaran sindiran pelbagai pihak.

URUSETIA YANG SETIA

“Apa kita nak buat sekarang?” tanya Marul kepada saya.

“Kita tunggu sampai habis sesi ini, kemudian baru masuk semula ke dewan,” saya mencadangkan.

“Eh, tu nampak macam urusetia je. Nak brainwash kitalah tu” kata Adzhar.

Memang tidak salah lagi, pihak urusetia datang kepada kami dengan muka seperti nak makan orang.

“Kamu semua, sila masuk semula ke dewan” katanya.

“Waalaikum al-Salaam!” saya menjawab salam yang tidak diberinya.

“Orang tua tu ada lagi ke di dewan?” saya bertanya.

“Itu bukan soalnya. Tetapi tindakan kamu keluar dewan telah mencacatkan majlis. Meja depan semua kosong” katanya lagi.

“Oh ho ho… kami pula yang dituduh merosakkan majlis. Kata-kata penceramah tu tadi, menambahkan seri majlis ke? Menambah iman dan amal?” saya sudah kepanasan.

“Alaa… pekakkan sahajalah telinga. Sikit-sikit nak kecil hati” ujar beliau.

“Wrong answer! Eh akhi, mempertahankan maruah itu jihad. Anta pun tahu, kan? Kalau kami buat salah, betulkan. Tapi bukannya dengan menyindir-nyindir tak tentu pasal. Kami berada di surau ini, selagi orang tua itu ada di dewan. Full stop!” saya memberi kata muktamad mematikan dialog.

“Ya, ya! Kira dah baguslah kami ni sekadar bangun dan tinggalkan majlis. Kalau kami jawab menjawab tadi, lagi rosak majlis. Tinggalkan kami di sini ya” kata Aswan pula.

Beliau bangkit meninggalkan kami di surau dan program diteruskan tanpa kehadiran kami.

si Polis Cinta

“Ingat neraka! Kau tak takut neraka ke?” sms seorang siswi kepada teman sekuliahnya.

“Haram! Haram! Bercouple itu haram!” bentak seorang yang lain.

Ada sekumpulan warga kampus yang kerjanya adalah menyerang orang bercinta. Serangan mulut, serangan kasut, serangan sms, serangan surat layang! Mereka pantang melihat orang bercinta dan bercouple. Tersirap darah dan berasap telinga setiap kali sampai ke pengetahuan mereka, ada kenalan yang bercinta.

Mereka adalah pembanteras cinta





Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar memang tanggungjawab kita bersama.

Benar sekali.

Perkara-perkara yang salah dan mendurhakai Allah tidak harus dibiarkan. Apabila Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan manusia agar menjauhkan diri daripada zina, maka perintah itu bermaksud bukan zina sahaja yang menjadi isu, malah tindak tanduk serta perbuatan yang menjurus kepada zina juga harus dihindarkan.

Zina dan maksiat itu berunsurkan ketagihan dan berjangkit. Pantang disentuh, sulit sekali mahu melepaskannya.

Budaya mabuk cinta, berdua-duaan di sana sini memang membimbangkan. Salahnya perbuatan itu bukan subjek yang memerlukan banyak perdebatan. Yang Halal itu jelas, yang Haram juga jelas.

Namun keghairahan pasukan POLIS CINTA yang begitu emosional menyerang warga sekitarnya hingga kelihatan bagai ada yang tidak kenal, sungguh menghairankan. Semenjak saya menulis dua tiga artikel tentang keburukan pergaulan bebas dan bercinta tanpa asas Taqwa, saya menerima begitu banyak email daripada POLIS CINTA yang meluahkan rasa muak dan bencinya mereka kepada orang-orang yang bercouple di kampus. Saya cuba untuk tidak berprasangka, tetapi bahasa-bahasa kesumat itu menimbulkan keraguan di hati saya tentang motif mereka menyerang cinta.

Apakah berkepit-kepit itu masalah yang sebenar (real problem), atau ia hanya masalah yang diperlihatkan (presenting problem)? Apakah tidak pernah kita bayangkan bahawa ia hanya tip of the iceberg? Bahawa masalah kita bukan sekadar masalah anak muda gila bercinta, tetapi gila bercinta itu hanya simptom kepada krisis yang lebih besar lagi serius!

Jika kita hanya mahu memuaskan hati sendiri dengan menghamburkan kemarahan kepada anak-anak muda yang bergelumang dengan dosa ini, kita bisa sahaja terus menerus marah. Sama ada marah secara bertanggungjawab dengan bersemuka, atau mengambil jalan kotor dengan melayangkan surat-surat atau sms amarah dari atas dan bawah, kiri dan kanan, depan dan belakang.

Menyapu amarah dengan amarah.

Namun, jika kita ada nilai empati, cuba untuk memahami masalah sebenar berbanding apa yang sekadar terlihat di mata, usaha membasmi budaya pergaulan bebas dan cinta murahan, memerlukan setiap da’ie untuk melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Apa yang dimahukan, bukan sekadar kemungkaran yang disanggah, tetapi diUBAH kepada kebaikan.


Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

Kemusykilan perilaku anak muda khususnya yang bersabit dengan cinta, hakikatnya adalah produk kepada sistem nilai mereka, cara mereka memandang kehidupan serta akidah kepercayaan yang tertanam di jiwa. Dalam suasana hakisan akidah umat hari ini, soal keghairahan anak muda bercinta, kepasrahan mereka membiarkan cinta menghancurkan diri dan kehidupan, adalah perkara-perkara yang berada di dalam jangkaan kita.

Justeru wahai pendakwah, sebelum menggari tangan manusia yang mabuk cinta, ketahuilah bahawa usaha untuk membetulkan tingkah laku usaha harus bersifat inside-out, dan tidak sekadar carrot and stick dari luar ke dalam.


Untuk mengembalikan kelompok anak muda yang dibius cinta hingga buta terhadap dosa, bukanlah dengan berleter soal cinta. Sistem nilai mereka harus dibetulkan, cara memandang mereka mesti diluruskan, akidah dan kepercayaan mereka mesti dimurnikan.

Ada manusia memandang cinta dengan pandangan mata biasa. Cinta mungkin remeh di pandangannya kerana terlepas pandang berkaitan dengan ‘kuasa cinta’. Ada manusia yang memandang cinta dengan pandangan akal. Cinta dianggapnya sebagai tindak balas kimia, perlu untuk kesejahteraan dan perkembangan tamadun manusia. Sungguh berfalsafah dan ilmiah pandangan ini, tetapi ia sepi dari sentuhan rasa (emosi).

Segelintir manusia melihat cinta dengan hati dan iman, dan kegagalan menggunakan mata, akal dan hati untuk melihat, pasti berakhir dengan melihat cinta dengan pandangan nafsu.



Benar sekali kata bijak pandai, “WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET”.

Dan benar sekali sambungan bidalan itu, “WHO YOU ARE DETERMINES HOW YOU SEE”.

Manusia yang mabuk cinta harus kembali disedarkan tentang siapa diri mereka. Membangkitkan jiwa seorang hamba adalah agenda besarnya. Agar dengan jiwa hamba itu, pandangan hidupnya akan melihat kehidupan ini sebagai sebuah kehambaan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’aala. Lalu, apa yang selayaknya untuk seorang hamba, itulah yang menjadi pilihannya. Apa yang penting di sisi Tuannya (Tuhannya), pentinglah ia di sisi si hamba ini.

Itulah sistem nilai. Pegangan manusia tentang apa yang baik, berguna, bermanfaat dan seterusnya berharga dalam hidup ini. Jika seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang asyik maksyuk bercinta tidak mempunyai sebarang keinginan terhadap ganjaran akhirat, tidak punya sebarang kegerunan terhadap balasan akhirat, bisakan cintanya yang lazat itu dibuang untuk mengejar kelazatan yang jauh di alam Sana. It doesn’t make sense!

SEMINAR USTAZ CINTA

“Apalah ustaz, koman betul. Ceramah tentang cinta!” usik seorang teman.

Sulit untuk saya jelaskan.

Biar pun sudah banyak kali saya dipanggil mengisi ’seminar pengurusan cinta’, ia bukanlah deklemasi ayat-ayat cinta yang mengheret pesertanya terbang ke langit sembilan. Cinta itu tajuk yang catchy, tetapi hakikatnya ia adalah sebuah agenda mengubah dari dalam ke luar. Mengubah kepercayaan, mengubah pandangan hidup dan mengubah nilai pegangannya. Biar pun langkah-langkah itu perlahan, ia adalah perlahan yang menjadi keperluan.

Itu untuk saya.

Manakala bagi polis-polis cinta yang begitu ghairah menyerang golongan yang dikategorikan sebagai bermasalah ini, ketahuilah bahawa tiada jalan pintas untuk membetulkan keadaan ini. Teruskan langkah-langkah banteras yang anda lakukan, namun jangan sisihkan proses membetulkan mereka secara dalam ke luar. Lapangkan dada, sabarkan jiwa, kayakan hikmah, ikhlaskan hati, niatkan segalanya kerana ALLAH… bukan pemuas nafsu amarah.

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan itu) [al-Ghasyiyyah 88: 21-22]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Monday, May 11, 2009

Mungkin sudah tiba masanya....

mungkin sudah tiba masa untuk berundur diri...
sebelum kecelaruan bertambah
Sebelum semua orang menjadi mangsa...

Masa yang terbaik untuk
RESIGN...

Pemimpin Yang ADiL....







Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya



Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini

Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Putra Aiman, Pahrol Md. Juoi, ITO Lara (Hijjaz
Records)
Susunan Muzik : Firdaus
Penerbit : Munif Ahmad
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.


Friday, May 8, 2009

:: Kurangkan Program Pilih Kasih & Menggunakan Duit Rakyat Sepenuhnya ::

Harap anda dapat memberikan komen anda selepas sahaja tamat membaca post ini. Sebarang kemusykilan akan saya jawab...



Ini adalah satu pesanan direct saya kepada semua ahli JKM.Mengapa saya mengatakan demikian ? Ada ke kita guna duit rakyat ? Rakyat mana ?
Memang benar, duit itu bukanlah duit yang kita minta dari pak cik mak cik yang lalu lalang di tepi jalan, budak-budak yang membawa duit untuk pergi ke sekolah, tetapi peruntukan yang diberikan itu pastinya datang daripada kerajaan. Dan kerajaan mendapatkan wang tersebut daripada rakyat melalui banyak alternatif seperti cukai, harga petrol yang tinggi, bil bil telefon dan sebagainya.

Oleh yang sedemikian, maka saya merasakan bahawa duit rakyat itu harus dipulangkan semula kepada rakyat, tetapi menggunakan kaedah yang berbeza. Program-program seperti khidmat masyarakat dan sebagainya merupakan satu cara yang terbaik untuk memastikan duit itu diselamatkan daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Sebagai contoh, dengan meminta penajaan daripada wakil-wakil rakyat , Ahli-ahli DUN dan Parlimen, maka secara automatik kita dapat menyelamatkan 'wang' itu dari pergi ke orang yang salah dan ke tempat yang salah.

Namun, bukan itulah sebenarnya tujuan saya pada post kali ini. Yang paling penting ialah sikap pilih kasih apabila kita mengadakan program-program yang 'free' seperti itu. Tidak salah untuk memilih rakan-rakan untuk sama-sama pergi bersama, cumanya apabila saya dimaklumkan bahawa jemputan ialah terhadap bekas-bekas ahli JKM tetapi hanya beberapa orang sahaja bekas JKM yang dijemput. Jumlah JKM baru ialah seramai 23 orang, 3 muka lama. JKM yang lepas mempunyai jumlah seramai 30 orang. Tolak 3, tinggal 27.Tolak student DDC, tinggal 23 orang.Tolak yang L.I,rasanya lebih kurang tinggal 17 orang.

Di kalangan 17 itu yang hadir ialah seramai 4 orang.13 tempat kosong,ya tidak salah. Namun siapa yang mengisinya ? adakah dianya benar-benar memberi komitmen yang tinggi kepada kolej ? Saya tidak kisah sekiranya mereka yang dipilih itu memberi komitmen yang tinggi, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang seperti biskut chispmore " kejap ada kejap tak da?"

Mengapa saya mengutarakan perkara ini ? Kerana kita menggunakan wang rakyat. Wang rakyat harus dikembalikan kepada rakyat. " ala, rileks la...yang penting cukup.." memang yang penting cukup, tetapi atas kriteria apa kita memilih mereka ? Atas sebab kawan ? Kita sayangkan kawan, tetapi kawan itu belum tentu sanggup berdiri satu saf dengan kita untuk membantu bekerja bersama kita, membantu untuk memberi komitmen kepada pengetua,kepada kolej. Sejujurnya saya tidak kisah sekiranya mereka tidak mengendahkan kita sebagai pemimpin, tetapi yang paling penting ialah mereka sudi membantu pengetua dan Staf kolej yang lain.

Jika kita merasakan perkara itu elok untuk disebarkan, maka lakukan secara open. Tampal notis di setiap blok, siapa cepat bagi nama dapat pergi. Itu adalah lebih adil saya rasa kerana semua penghuni berpeluang merebut tempat yang masih kosong itu...
Sehinggakan saya sendiri tidak mengajak rakan saya yang kurang memberikan komitmen kerana saya amat takut mengenai perkara ini. Namun, apa yang sudah berlaku kita jadikanlah ia sebagai pengajaran....

::Blog itu satu jalan untuk menyebarkan dakwah..::

alhamdulillah, sudah lama sekali saya tidak mengupdate blog asbab minggu peperiksaan. Kita mulakan perbicaraan kita kali ini dengan kegunaan blog. Ramai yang menggunakannya.. tetapi ramai yang tidak memanfaatkannya. Mengapa saya berkata demikian ?


Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.
"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)

"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar" (Ali-'Imran:179)


Hati saya terpukul dek post Brother Farhan tentang Tirai Blog Pejuang. memang benar, kita terlalu sibuk mengupdate mengenai kisah hidup kita , tetapi kita lupa untuk menyebarkan dakwah dan mesej-mesej Islam di dalamnya. Seharusnya, perkara ini berjalan serentak; kehidupan dan juga dakwah perjuangan.

Bagi yang rasa-rasanya masih baru dengan dunia blog, tidak salah saya kira jika mengambil artikel atau mana-mana cerpen dari blog atau website untuk dipamerkan di blog anda. Yang penting usaha, bukanlah hasilnya.


Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud” serulah (manusia) ke jalan tuhanmu dengan berhikmah dan berbahaslah dengan cara yang lebih baik”.



Saya turut merasakan bahawa kaedah blog ini merupakan salah satu cara berhikmah di dalam dunia sekarang ini.Ini kerana kita berbicara dengan tidak terlalu panjang, malah terus fokus kepada tujuan.kerana kita ini masih lagi belum bijak dalam selok belok menyampaikan beberapa perkara seperti ini. Tetapi, jangan sesekali menjadikan ia sebagai satu tembok besar yang memisahkan kita dengan dunia perjuangan sebagai seorang khalifah.

Saya sendiri masih lagi banyak kesilapan, dan saya amat berharap agar zaman kegemilangan di mana hati,masa saya banyak kepada mengabdikan diri kepada Allah akan kembali semula. Siapa Tahu ? kerana Hanya tuhan yang tahu...

Tuesday, May 5, 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG



" Barangsiapa yang tidak rela terhadap taqdir-Ku


dan tidak sabar terhadap cubaan-Ku

dan tidak bersyukur terhadap nikmat yang diberikan

oleh-ku, carilah Tuhan selain dari-Ku "

( Hadith Qudsi )


Monday, May 4, 2009

TermoDINAMik.......

bangun dari tidur..
dapat 1 perkhabaran...
termo da kuar markah...

n then....

...............................................................................

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design