. Seminar Perubatan Islam dan Pemakanan Menurut As Sunnah

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Sunday, February 8, 2009

Seminar Perubatan Islam dan Pemakanan Menurut As Sunnah

Bismillahirrahmanirrahim....




Bertempat di masjid, program ini dihadiri oleh mereka-mereka yang peka dan mempunyai semangat ingin tahu dengan cara Islam dari segi perubatan dan pemakanan.

" Allah itu baik. Dan Allah hanya menyukai benda-benda yang baik." Pastinya dalam isu pemakanan ini, hadith yang paling popular sekali ialah mengenai hadith seorang musafir yang kusut masai yang berada di padang pasir yang luas lalu memohon pertolongan Allah . Namun, makanannya haram, pakaiannya haram, minumannya haram. Masakan Allah akan memaqbulkan doanya.

Ustaz Hambali memperkenalkan penceramah

Begitulah lebih kurang hadith itu.Kerna hadith ini telahpun kita sendiri pelajari di Sekolah Menengah, samada tingkatan 4 mahupun 5.Ini menunjukkan bahawa isu pemakanan ini merupakan isu yang amat penting sekali.


Nabi Adam tidak akan terkeluar dari syurga jika baginda tidak memakan buah khuldi.Malah, disebabkan mereka ( NAbi Adam dan Hawa) memakan buah tersebut, terlucutlah pakaian mereka. Jadi, boleh dikatakan, zaman kini, disebabkan pemakananlah kita lihat isu tak cukup kain ini cukup berleluasa . Yang menyedihkan lagi, ianya bukan sahaja melibatkan orang barat, malah melibatkan orang ISLAM.

Pengajaran lain dari hadith itu sendiri dapatlah kita simpulkan, bahawa itulah sikap manusia. Bila kesusahan, barulah mencari keredhaan Allah.Saya di sini mengingatkan sama sekali diri saya mengenai perkara ini.
Ustaz Khairuddin
Menyentuh tentang aspek halal dan haram, hukum asal bagi semua makanan ialah HALAL.Tak kisahlah samada ianya diperbuat dari apa. CUMA bila terzahirnya beberapa perkara seperti adanya benda-benda yang haram, maka hukumnya jatuh kepada HARAM.Begitu juga jika kita berkunjung ke satu-satu negara yang kita sedia maklum negara itu tidak mengamalkan sistem penyembelihan Islam, maka HARAM untuk dimakan daging-daging di kawasan tersebut.

Dan kita sama sekali tidak wajib untuk cek secara keseluruhan. Sebagai contoh, kita makan di kedai.Makan roti canai.Kita pun dok tanya "Roti di guna tepung apa ?", "kat mana kilangnya ?", "halal ke tak ni ?" dan banyak lagi. Alamatnya, tak makan la kita roti tu...


Namun, dari satu aspek, sekiranya kita terjumpa makanan yang cepat rosak jika tidak dimakan, maka kita boleh memakannya dengan niat tidak mahu ianya terbazir dan tidak mahu makanan itu rosak. Namun, sekiranya kita berjumpa dengan Tuan punya makanan itu, maka wajiblah kita untuk menggantinya semula.

Makanan Jangan DiLaknat

Ini antara peringatan daripada Rasulullah s.a.w. Apa -apa benda tak kira hidup mahupun mati, ianya mempunyai barakah.Namun, sekiranya kita melaknat, mencaci makanan tersebut, maka hilanglah barakah.Maka,makanan yang halal hanyalah halal semata. Tidak tayyib. Sedangkan yang kita cari ialah Halalan Tayyiban, Halal lagi Baik.

Dikisahkan bahawa suatu pagi, Rasulullah s.aw. bertanya kepada Aisyah apa yang ada untuk di makan pada pagi tersebut.Lalu Aisyah menjawab " cuka." Lalu Rasulullah s.a.w sebelum memakan cuka itu mengucapkan " Sebaik-baik makanan ialah cuka " berulang-ulang kali untuk memastikan cuka itu ada barakah.

Ini adalah kerana setiap makanan berinteraksi dengan pembuat, orang yang makan dan persekitaran. Pembuktian tentang molekul air yang dibaca ayat-ayat suci Al Quran dengan ayat-ayat makian sudah menceritakan segalanya.

Tapi,Sekarang Banyak Orang Bukan Islam Yang Jual.Camna ??

Ianya sebenarnya dapatlah di'cover'kan dengan beberapa cara untuk mengembalikan tayyibah makanan tersebut.Antaranya :

1.membaca kalimah Basmalah.
2.Makan secara berjemaah.
3. Makan menggunakan tangan kanan walaupun menggunakan sudu dan garfu


Tapi..Kalau ada Alternatif lain...Gunalah dan manfaatkanlah..

Seperti yang dinyatakan, makanan itu berinteraksi dengan kita. Kita berharap agar dapat mendapat barakah dari Iman si pembuat makanan, mendapat barakah dari suasana pekerjaan dan pembuatan yang banyak menggunakan kalimah Al Quran, pekerja-pekerja yang sentiasa mempunyai wudhu' semasa bekerja dan sebagainya.

Malah,kalau boleh, kita mahu mengutamakan peniaga-peniaga yang Islam.Tetapi, bukanlah Islam atas nama sahaja. Kita mahu Islam turut dari segi perlakuan. Kita mahu melihat peniaga yang memulakan perniagaan dengan menunaikan solat sunat,kita mahu peniaga yang memenuhkan masanya bekerja dengan berzikir dan sebagainya.Kita mahu peniaga yang hatinya sentiasa mengingati Allah. Bukan mementingkan keuntungan semata-mata.


Janganlah Terlalu berkira....


Orang Melayu jual mahal.Mahal 4 ke 5 sen je."Memanglah, tapi kalau beli banyak-banyak, banyak tu. 1 Juta takkan cukup kalau tiada 5 sen." Inilah realiti dan pemikiran masyarakat Islam masa kini. Malah,saya sendiri sering mengalami masalah ini. Namun, kali ini, kita hendaklah mengubah cara kita. Anggaplah 5 sen itu untuk membantu mereka membayar zakat perniagaan mereka.Sebab, orang Islam sahaja yang bayar zakat. Kan ??


Makanan ni pun macam cari calon isteri juga..

Imam Abu Hanifah pernah berkata " nak cari isteri, kena pilih betul-betul,kerna genetik akan mengalir dalam tubuh badan pasangan yang berkahwin dan hasilnya akan terlihat pada anak yang bakal dilahirkan."
Begitulah juga makanan. Apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita.Malah, masyarakat arab dulu melakukan takhnik dengan meminta Rasulullah s.a.w untuk mengemam kurma sebelum disapukan ke gusi dan lelangit bayi untuk mendapat barakah dari Rasulullah s.a.w . Begitu juga kita lihat Ummu Aiman yang meminum air kencing Rasulullah s.a.w dan banyak lagi kisah lain.

Ternyata seminar ini benar-benar membantu saya. Semoga ilmu ini dapat saya sebarkan kepada sahabat-sahabat lain.

Turut diadakan selepas itu ialah sesi rawatan Islam yang diberikan sendiri oleh Ustaz Khairuddin dan isterinya.
para peserta menunggu giliran untuk menjalani rawatan

0 comments:

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design