. Menghadiri Muktamar Agung PMI - Apa yang penting..KERJASAMA

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Sunday, February 8, 2009

Menghadiri Muktamar Agung PMI - Apa yang penting..KERJASAMA






Alhamdulillah, selesailah sudah teka teki mengenai tampuk pemerintahan yang baru bagi Persatuan Mahasiswa Islam UTMKL. Selaras dengan tema " Kepimpinan Merintis Perubahan " saya amat berharap agar kepimpinan yang baru ini dapat memperbaiki aspek-aspek kekurangan dan meningkatkan lagi kecemerlangan PMI. Pada program ini juga saya sempat bertemu semula dengan Brother Hendri,Saipul Somme yang rata-rata merupakan tulang belakang PMI, yang sentiasa bersedia untuk mengorbankan apa saja demi 1 matlamat - Islam. Turut kelihatan mantan Naib Presiden KSS, sister Mashitah turut sama menghadiri muktamar kali ini.



Ternyata sesi Perbahasan pada muktamar kali ini boleh dikatakan cukup padat dengan idea-idea dan komen-komen bernas. Tidak terkecuali saya sendiri yang melontarkan pertanyaan terhadap beberapa perkara. Saya sama sekali tidak menyalahkan pihak PMI terhadap apa yang berlaku. Malah, saya sendiri sedar bahawa tugas membawa Islam ini bukannya terletak pada PMI sahaja, malah seluruh persatuan. Saya amat memahami perkara ini. Saya merujuk terhadap beberapa perkara. Antaranya :


1. Masalah Komunikasi dengan JKM KSS

Saya di sini bertanyakan kepada Lujnah Dakwah dan Pendidikan mengenai apakah sebenarnya yang didefinisikan sebagai masalah itu. Ini adalah kerana sepanjang saya berada di dalam PEKERTI saya sering memohon bantuan dan khidmat dari wakil-wakil PMI untuk program Bicara Siswa.Saya bukanlah bercerita tentang tiadanya program PMI di KSS kerana saya sendiri sedar akan hakikat bahawa masyarakat kolej di KSS kurang memberi komitmen.Bagi saya, maklumkan saja tentang program yang berlangsung,maka saya akan cuba menyebarkannya kepada warga KSS.

2.Risalah PMI yang kurang
Mungkin pembahagian mengenai risalah ini perlu lebih efisien. Saya tahu bahawa PMI sendiri berkeinginan kalau boleh semua mahasiswa dapat membaca risalah keluaran PMI ini. Namun saya faham kekangan masa dan tidak semua boleh mencoret dan menggarap idea untuk dilontarkan kepada semua pembaca.Cumanya kita mahukan bahawa jika pada hari itu risalah itu dikeluarkan,maka sekurang-kurangnya pihak kami akan tahu dan akan cuba untuk mendapatkannya.

3. Pasukan Futsal Tidak dapat berjalan lancar kerana kurang Tenaga kerja dari KSS
Di sini juga saya agak pelik.Mengapa tiba-tiba KSS yang menjadi permasalahnnya.kerana bagi saya, sekiranya PMI ingin KSS menghantar satu pasukan futsal untuk bermain perlawanan persahabatan, saya kira ianya tidak menjadi masalah. Mungkin di kedua-dua pihak tidak ada nombor untuk dihubungi menyukarkan lagi riadah ini.

4. Pemberian Kad Hari Raya atau Hari Lahir kepada ahli
Alhamdulillah, soalan ini telahpun dijawab dengan begitu padat dan bernas oleh Brother Farhan. Pemberian kad telah ditukar kepada SMS. Satu perubahan yang selaras dengan kemajuan zaman kini yang kebanyakannya lebih tertumpu kepada penggunaan SMS.

Banyak lagi isu-isu, komen dan beberapa cadangan yang dilontarkan. Antaranya isu PRK yang lepas,isu tiadanya tercatat dalam laporan tahunan mengenai Program Kerjasama PMI,Comstar dan JKM KSS dan KSJ iaitu Sambutan Maulidur Rasul, program-program yang berkala dan sebagainya.

Namun, bukan perbezaan dan percanggahan idea yang kita ingini. Malah kesatuan hati-hati dan pemikiran untuk meletakkan kembali Islam itu di tempat yang mulia. Perkara ini ditekankan oleh sister Mashitah dalam sesi perbahasan dan ianya benar-benar menyelinap di pelusuk kalbu sidang dewan.



Namun, di sebalik komen itu semua,sebenarnya PMI telahpun berjaya melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa yang kebanyakannya ditabalkan sebagai Presiden-Presiden Persatuan dan MPP seperti Saudara Mansor, Saudari Wafak (MPP),saudara Azwan dan Fitri yang menjadi orang kuat Shoutul Mujahid yang kini dibai'ahkan sebagai Presiden SMART dan KSJ dan ramai lagi.Syabas diucapkan kepada saf kepimpinan PMI sesi 07/08.

Harapan saya agar tampuk pemerintahan yang baru ini mampu memperkasakan aktiviti-aktiviti berkala dan mengeratkan kerjasama antara PMI dengan persatuan-persatuan lain, PMI dengan HEP dan PMI dengan badan dakwah di luar lain seperti PMIUM, PMIUSM dan sebagainya serta dengan badan-badan NGO yang lain.

Dan,saya selaku wakil KSS akan cuba sedaya upaya saya untuk membantu dalam menjayakan program-program yang dianjurkan baik dari pihak PMI mahupun dari Persatuan-Persatuan lain.Kerna..bak kata Wonderpets.." apa yang penting....KERJASAMA..."

0 comments:

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design