. :: Kurangkan Program Pilih Kasih & Menggunakan Duit Rakyat Sepenuhnya ::

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Friday, May 8, 2009

:: Kurangkan Program Pilih Kasih & Menggunakan Duit Rakyat Sepenuhnya ::

Harap anda dapat memberikan komen anda selepas sahaja tamat membaca post ini. Sebarang kemusykilan akan saya jawab...



Ini adalah satu pesanan direct saya kepada semua ahli JKM.Mengapa saya mengatakan demikian ? Ada ke kita guna duit rakyat ? Rakyat mana ?
Memang benar, duit itu bukanlah duit yang kita minta dari pak cik mak cik yang lalu lalang di tepi jalan, budak-budak yang membawa duit untuk pergi ke sekolah, tetapi peruntukan yang diberikan itu pastinya datang daripada kerajaan. Dan kerajaan mendapatkan wang tersebut daripada rakyat melalui banyak alternatif seperti cukai, harga petrol yang tinggi, bil bil telefon dan sebagainya.

Oleh yang sedemikian, maka saya merasakan bahawa duit rakyat itu harus dipulangkan semula kepada rakyat, tetapi menggunakan kaedah yang berbeza. Program-program seperti khidmat masyarakat dan sebagainya merupakan satu cara yang terbaik untuk memastikan duit itu diselamatkan daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Sebagai contoh, dengan meminta penajaan daripada wakil-wakil rakyat , Ahli-ahli DUN dan Parlimen, maka secara automatik kita dapat menyelamatkan 'wang' itu dari pergi ke orang yang salah dan ke tempat yang salah.

Namun, bukan itulah sebenarnya tujuan saya pada post kali ini. Yang paling penting ialah sikap pilih kasih apabila kita mengadakan program-program yang 'free' seperti itu. Tidak salah untuk memilih rakan-rakan untuk sama-sama pergi bersama, cumanya apabila saya dimaklumkan bahawa jemputan ialah terhadap bekas-bekas ahli JKM tetapi hanya beberapa orang sahaja bekas JKM yang dijemput. Jumlah JKM baru ialah seramai 23 orang, 3 muka lama. JKM yang lepas mempunyai jumlah seramai 30 orang. Tolak 3, tinggal 27.Tolak student DDC, tinggal 23 orang.Tolak yang L.I,rasanya lebih kurang tinggal 17 orang.

Di kalangan 17 itu yang hadir ialah seramai 4 orang.13 tempat kosong,ya tidak salah. Namun siapa yang mengisinya ? adakah dianya benar-benar memberi komitmen yang tinggi kepada kolej ? Saya tidak kisah sekiranya mereka yang dipilih itu memberi komitmen yang tinggi, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang seperti biskut chispmore " kejap ada kejap tak da?"

Mengapa saya mengutarakan perkara ini ? Kerana kita menggunakan wang rakyat. Wang rakyat harus dikembalikan kepada rakyat. " ala, rileks la...yang penting cukup.." memang yang penting cukup, tetapi atas kriteria apa kita memilih mereka ? Atas sebab kawan ? Kita sayangkan kawan, tetapi kawan itu belum tentu sanggup berdiri satu saf dengan kita untuk membantu bekerja bersama kita, membantu untuk memberi komitmen kepada pengetua,kepada kolej. Sejujurnya saya tidak kisah sekiranya mereka tidak mengendahkan kita sebagai pemimpin, tetapi yang paling penting ialah mereka sudi membantu pengetua dan Staf kolej yang lain.

Jika kita merasakan perkara itu elok untuk disebarkan, maka lakukan secara open. Tampal notis di setiap blok, siapa cepat bagi nama dapat pergi. Itu adalah lebih adil saya rasa kerana semua penghuni berpeluang merebut tempat yang masih kosong itu...
Sehinggakan saya sendiri tidak mengajak rakan saya yang kurang memberikan komitmen kerana saya amat takut mengenai perkara ini. Namun, apa yang sudah berlaku kita jadikanlah ia sebagai pengajaran....

0 comments:

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design