.

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Sunday, August 2, 2009

Bismillah...
setiap detik rasa bersalah....
hmm...memang benar, kalau kita buat salah dengan manusia,kita kena setel sendiri..inilah antara bisikan hati saya sebelum melangkah masuk ke bulan Ogos.beberapa perkara yang saya masih lagi belum dapat siapkan dengan jayanya. Kerjasama dengan felo-felo di KSS sendiri masilh lagi belum ke tahap yang boleh membanggakan.Di mana silapnya? saya lebih melihat dalam konteks ahli saya sendiri dan saya sendiri. Jarang berhubung dan bertanyakan pendapat menjadi antara sebab mengapa hubungan ini kurang jayanya.

Berkaitan dengan memperkasakan pengaruh dan komitmen penghuni Raja Alang dalam KSS,dengan tempoh yang semakin singkat saya amat mengharapkan agar program Hari Wanita itu nanti dapat mengembalikan semula semangat kerjasama di antara penghuni Raja Alang dan penghuni di dalam kampus.


Dalam tempoh terdekat ini juga, beberapa keputusan yang penting turut menjadi permainan harian saya sejak akhir-akhir ini.Beberapa kali Pengurus yang menguruskan Konsert Antara Dunia (KAD 09') di KSS bertanya kepada saya samada saya mahu pergi atau tidak. Peluang yang datang tak diduga,namun keperbatasan beberapa perkara membuatkan hati saya berbelah bahagi. Saya memohon maaf kepada beliau.Siapa yang tidak mahu Shoutul Harokah datang ke Malaysia.

Dalam masa yang sama,assignment membuat reka cipta tong sampah membuatkan kepala menjadi semakin serabut. Sudahlah setahun sudah meninggalkan medan AutoCAD, kini kembali mengutip semula memori yang sudah hilang itu. Alhamdulillah, berkat kesabaran saya berjaya. Malah,saya turut menjumpai semula buku AutoCAD saya.

Program-program mula masih lagi belum bermulanya gerak kerja. Saya cukup risau,memandangkan dalam tempoh bulan Ramadhan nanti, tiada aktiviti yang boleh dilakukan.Ada, tapi tak banyak. Tak semua mempunyai daya ketahanan yang sama.Isu membawa semula Mambo ke KSS sedang dipergiatkan.

Banyak lagi perkara yang ingin saya perkatakan. Ketika inilah, penyusunan masa amat bermakna bagi memastikan semua perkara tidak terlepas begitu sahaja.
" Abang balik kejap je..." itu adalah antara kata-kata yang terluah dari adik bongsu saya,Amir Haziq. Terkedu seketika sebaik sahaja mendengar kata hatinya. Namun, saya bingkas berkata kepadanya " I got a lot of work to do..did'nt you have a homework ?" sambil dia tersenyum mendengarnya selepas mendengar perkataan homework. Ketika itu saya baru sahaja kalah dengan dia main congkak. Seronok bukan kepalang sebab dia menang.

Umi tetap sporting. Seolah-olah umi benar-benar faham keadaan dan kondisi anaknya ini. Sebab umi pun orang yang penting baik untuk sekolah mahupun PPIM. Kadang-kadang Along,kakak sulung saya mahu agar Umi gantikan dengan orang lain untuk pergi ke kursus-kursus yang dianjurkan." kan ramai cikgu cikgu muda muda kat sekolah tu..suruhlah je la diorang pegi..." Umi hanya tersenyum sahaja..


Pulang semula ke kampus, mengemas bilik dengan apa yang patut,hati saya merasakan perasaan serba salah itu terus menebal kepada beberapa orang sahabat saya.Hmm...seri wajah senyuman sudah tiada. Hanya bermasam muka ..hmm..tak tahu hendak dikhabarkan bagaimana....Mungkin ada tingkah laku yang mengguris hati..barangkali....

ape pun..hari ini saya kena siapkan jugak assignment tong sampah itu...ok...semoge berjaya...

wassalam...

p/s- pas ni saya nak buat post pasal isu yang hangat skang..hehehe

1 comments:

ninie. said...

1stly..really2 soryy................
soryy................
soryy................
soryy................
soryy................
soryy................xde niat pon...



" Abang balik kejap je...."
:: try la curi mase sket dlm 2hari ke tok duk lame kt umh...

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design