Dalam minggu ini juga, saya lebih kerap membaca blog-blog yang tersenarai di dalam bloglist saya. Ada yang sudah pandai berkias-kias, tetapi saya tetap dapat memahaminya. Maklumlah, mungkin selama setahun asyik membaca blog saya, membuatkan mereka sudah pandai membuat ayat kiasan. sungguh menarik. Alhamdulillah.
Berpeluang menemui Ustaz Hasrizal secara face to face itu cukup menarik. Saya melahirkan rasa kagum dan hormat terhadapnya yang tenang dalam menyampaikan hujah-hujahnya. Begitu juga dengan hasil karya Ustaz Mohamad Pahrol dan ustaz yang mengajar saya Tasawur Islam, Ustaz Al Ikhsan. Mereka memberikan contoh yang jelas dan mudah untuk difahami. Ini membuatkan mereka-mereka yang mempunyai hujah yang sempit dan tidak realistik mengaku sendiri yang mereka bersalah. Sedangkan sebelum ini, cuba sehabis mungkin menegakkan benang yang basah.
Isu Aurat - Hak atau tanggungjawab ??
Ada yang mengatakan menutup aurat itu tanggungjawab, dan ada pula yang mengatakan itu adalah hak.JIka ada yang berkata itu adalah hak individu,rimas,tak sampai seru, maka saya memberikan satu situasi. Di bilik bedah, seorang doktor dan juru-jururawatnya semuanya mengenakan pakaian yang menutup tubuh badan mereka. Sehingga yang hanya bisa dilihat ialah 2 biji matanya sahaja. Jika itu adalah hak individu, maka mengapa doktor dan juru-jururawat tidak berpakaian seperti biasa ? Di situasi yang amat serius dan kritikal, ciri-ciri Islam itu sebenarnya sudah lama ada.
Saya tak sampai seru lagi....
Untuk jawapan ini, satu sahaja hujahnya. Kita sendiri tak tahu bila kita mati. Kalau Allah menghantar malaikat menarik nyawa kita ketika kita sedang tinggi tahap keimanannya, alhamdulillah. Tetapi jika berlaku sebaliknya ? nauzubillah. Kalau begitu, mengapa Rasulullah telah memerintahkan supaya kita mendidik anak-anak untuk solat sejak kecil lagi.Fikir-fikirkanlah ...
Kalau Takut pada risiko. usah bicara tentang perjuangan ::

2 comments:
cam ne nak dapatkan seru??? susah sgt nak berubah nie... huhuhu plzz.. bagi nasihat dan pandangn sebagai seorang sahabat...
cmne nak dapat seru ? kembalilah kepada fitrah. itulah yang sering diungkapkan. kenapa kita selalu tenang apabila mendengar bunyi air mengalir ? kita tenang mendengar deruman ombak di laut..
kerana mereka juga makhluk Allah. mereka sentiasa berzikir memuji Allah. dan jauh di sudut hati kita sebenarnya amat merindui kelazatan nikmat bersama Allah.
Afdhal -
Dekatkan diri dengan program-program ilmu.dekatkan diri dengan solat jemaah.program-program ilmu kini dah banyak. boleh saja tengok di website tv9 kalau kita terlepas rancangan ilmiah.
ikthiar.Usaha , doa , tawakkal.itulah kuncinya. =)
mulakan dengn sedikit2...=)
Post a Comment