. Kenapa Saya Buat kerja tu..tapi tinggalkan kerja ni..

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Friday, March 5, 2010

Kenapa Saya Buat kerja tu..tapi tinggalkan kerja ni..

Ali seorang pekerja yang rajin. baik di pejabat mahupun di rumah. Kadangkala Ali juga menjadi sedikit malas. namun, pada suatu hari, beliau berhasrat untuk mengecat rumahnya. lalu, beliau pergi ke kedai, beli barang-barang untuk keperluan mengecat. angkat barang,alih barang. Sekarang masa untuk mengecat.Pada pagi itu, Ali bertekad untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat dalam masa sehari. Beliau dah bersedia dah.tetapi, pagi tu..

" Li,meh datang sini Li. tolong aku...sume orang takde ni.."Ali jadi serba salah,tetapi hanya untuk seketika. beliau serba salah. Beliau mahu menyiapkan kerja-kerja mengecat rumahnya pada hari ini. bukan apa, beliau dah diamanahkan oleh orang tuanya untuk menjaga rumah tersebut sebaiknya. Tapi, entah macam mana silapnya, beliau terus bersetuju untuk menolong rakannya tadi.


Apakah Ali tak sedar yang beliau sedang mencari nahas ? tidak sedar akan tanggungjawab yang dipikul selama bertahun tahun. Kononya sudah faham semua perkara, tetapi sayang hanya beberapa sahaja. sedangkan Ali dah menerima tanggungjawab untuk menjaga rumah itu lebih lama dari tanggungjawab menolong rakannya. Ya, tak salah menolong rakannya, tetapi harus juga diingat, dalam bab-bab ibadah, diri kita terlebih dahulu diutamakan.

ali dah menangguhkan kerja untuk mengecatnya sejak 2 3 bulan yang lalu. Ada keinginan, tetapi tiada hasilnya. Bila nak buat, datang kerja lain. So, camne nak buat bila dah ada kerja bertimbun ?

Ali tak sedar agaknya, yang beliau hanya keseorangan ketika melakukan kerjanya. Kawan-kawan yang sering dibantunya, meninggalkannya keseorangan. Kawan seperti itukah yang perlu ditolong ?

kalau Takut Pada Risiko,Usah Bicara tentang perjuangan.

0 comments:

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design