Hingga menyebabkan kamu tidak mengikuti jalan yang dimulai dari dulu.
Saya juga begitu.
Bermula dengan lain, tetapi yang lain itu telah menghantarku ke medan ini.
Dan aku mula faham , jika bukan aku, siapa lagi
Bukan mahu membangga diri atau merasa riak ( nauzubillah )
tetapi perkara ini merupakan satu fardhu kifayah
Aku tak mahu melihat kehancuran
Sebab itu kau menjadi pilihan
Walaupun ramai yang mencemuh, tapi aku tetap pertahankan
Kerna aku yakin , dan keyakinanku berlandaskan keimanan.
Matlamat itu, aku cuba perluaskan dan tarik matlamat mu itu kedalam dunia ini
kerna di dunia lamamu, cabarannya lain. Tetapi di dunia ini, lain.
Jika ada masalah, sudah aku cakap beberapa kali.Duduk dan ingat Allah
Allah itu Maha Penyelesai. Allah Maha Pemurah
Aku tak mampu untuk singgah di disitu
kerna ia akan membuatkan perasaan negatif disitu bertambah.
Sudah kukatakan kerap kalilah untuk berjumpa dengan dia.
pandangannya dan pandangannya berbeza tetapi itulah salah satu cara
untuk kita belajar meluaskan lagi skop pemikiran ini
Aku tidak mahu menjadi de factor leader seperti Anwar Ibrahim
Aku hanya mahu melihat kejayaan..kejayaan hasil buah fikiran kamu
Berani berkata-kata di hadapan mereka sudahpun cukup
Aku tak mahu melihat Kau lebih banyak diam dari yang lain
Kau itu front-liner.
Moga Allah terus membantumu...amin..

0 comments:
Post a Comment