Di atas ranjau yang berduri ini,Kau ingatkan semula tentang ikrarku. Sesekali ikrar itu goyang dek hasutan syaitan dan fitrah kehidupan, namun Kau perbetulkan aku agar terus setia menjadi kekasihMu.

Di saat aku mula risau tentang kehilangannya, Kau sedarkan aku tentang nikmatMu. Alunan nama-namaMu cukup menenangkan jiwaku.
Di saat aku mula risau tentang perkara itu, aku ingat semula..bahawa pertemuan dan perpisahan di jalan Allah itu adalah yang terbaik. Aku hanya mampu berdoa, agar kasih sayang dan rahmatMu terus mekar di sanubari mereka-mereka ini. Moga Kau terus Mengingatkan tentang kewujudan dan kekuasaanMu kepada mereka. Moga Engkau tanamkan ayat-ayat suciMu di dalam hati mereka agar mereka fahami.
Hari sudah semakin senja. Pesawatku sudah tersedia. Tarikh Terakhir sudah tercatat. Hanya menunggu masa,detik dan saatnya, aku akan pergi. Tapi aku mohon padaMu ya Allah, agar hati-hati ini bertaut pada kasih dan rahmatMu...Aku Mohon dengan sangat...
aku kini kembali ke alam yang lama. Alam yang aku rindui. Akan aku gunakan kesempatan ini sebaiknya.Tetapi aku tidak mahu berjalan sendirian,kerna biarlah bekas jejak peninggalanku ini ada yang menyambungnya. Tetapi jika difikiran mereka jejak-jejak ini tidak berguna, maka silakanlah untuk menghilangkannya agar tidak ada dalam sejarah di perkampungan ini, adanya manusia yang jahil bernama Muhammad Afdhaluddin.....
aku kemari mencari ilmu..dan ilmu itu sudah ada walaupun tak sehebat mana..tetapi dengan ilmu yang sedikit ini aku berbicara..kerna aku tau bahawa ilmu tanpa amal hanya sia-sia. Kata-kataku cukup memerahkan telinga, tapi itu aku punya cara, aku berdoa agar hati ini dilembutkan dengan cahaya, moga kefahamanku meresap ke hati mereka...


3 comments:
waahh afdhal..sedehh kot citer..pape pon gud luC disane..>_< Basyaa!!
haha,yan..ap yang sedihnye...
haah en yan..aku pon bce sdeyh..
ko pandai susun ayat la afdal...
Post a Comment