. USR-UTM @ JELi 09...Kenangan Indah Menggamit Memori...

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Sunday, July 5, 2009

USR-UTM @ JELi 09...Kenangan Indah Menggamit Memori...

Alhamdulillah...program yang dirancang telah menampakkan hasilnya.Walaupun berlaku beberapa insiden yang tidak diingini, namun bagi saya itu adalah cabaran yang pastinya mengundang rasa manis di hati sanubari setiap ajk program mahupun peserta. Di sebalik ujian itu, ada hikmahnya.Bermula dengan hari bertolak,sebaik sahaja tamat Malam Kebudayaan MHS 09/10, saya bergegas ke belakang untuk turut sama membantu mereka untuk bertolak ke sana. Sedih,kerana saya sendiri ketika itu tidak pasti bilakah saya akan ke sana. Melihat mereka semua bersemangat,maka saya tabahkan hati."ada rezeki,sampailah saya di sana.."
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana pada malam itu juga, semasa post-mortem Malam Kebudayaan MHS,En Sharil telah membenarkan saya pergi bersama-sama dengan Encik Noraimi. Agak gembira, namun saya masih tak pasti bilakah Encik Noraimi akan bertolak. Esok atau lusa...
Pagi keesokannya, saya masih lagi 50-50 untuk mengemas barang.Hati saya masih ditumpukan pada MHS. langsung saya tidak memikirkan tentang USR-UTM@Jeli ini. Saya hanya mendapat perkhabaran dari setiausaha program, Azyan tentang keadaan terkini.itu sahaja.
" Afdhal,pukul 9 kita bertolak ya ?" tergamam seketika apabila menjawab panggilan dari Encik Noraimi. Lantas terus bergegas menyiapkan barang-barang yang perlu dibawa. Dalam pukul 10.30, kami bertolak.Tiba di Gua Musang pada jam 2 petang.Singgah sebentar di pondok tepi jalan untuk makan durian.4 biji RM 10.Sedap-sedap belaka.Makan 2 orang je pulak tu..Satu penyeksaan dalaman telah berlaku untuk menghabiskan durian yang banyak itu. " Cik,dah panas-panas ni..elok berendam kat air terjun gunung Stong.." Dalam pukul 3.30..kami tiba di sana.Apa lagi,terus berendam la.Bukan selalu dapat peluang pergi ke sana.

Program malam itu berjalan lancar. Majlis perasmian ok. Adalah beberapa masalah,namun itu teknikal sahaja.Keesokan pagi, program e-profile dan mengecat tadika diadakan. Melihat semangat yang ada di kalangan peserta,sedikit mententeramkan jiwa yang agak kecewa dan berserabut dengan satu insiden pada malam tadi. Di tadika KEMAS,saya sempat beramah mesra dengan adik-adik yang belajar di tadika di situ. Setelah mereka pulang, saya pergi ke luar untuk menolong Hazazi mengecat gelongsor. Petang, bergerak ke sekolah.Program dimulai dengan sesi perkenalan.

nampaknya,post kali ini saya akan cuba untuk membuat laporan seperti diari..hehehe


5.00 petang - bersiap untuk perlawanan persahabatan bola sepak. Padang yang licin menyebabkan kami ketinggalan 4-1 di separuh masa petama. Namun, atas pertolongan 2 orang kampung yang masuk ke team kami, kami hanya tewa 6-5.ok la tu...

7.00 petang - pulang dari bermain bola.singgah sebentar di rumah Paan ngan Ridzuan. Menjamu selera dengan 5 biji durian setelah bermain bola adalah satu perbuatan yang gila.Di tambah dengan hidangan mee goreng, cukup menyelerakan.Inilah untungnya dan indahnya masyarakat melayu. Tetamu dimuliakan setinggi mana yang mereka boleh. Terkenang di zaman saya memiliki keluarga angkat dalam program yang sama tahun lepas.Seronok, namun agak segan juga dek layanan bak raja di rumah.

9.00 malam- LDK yang pertama. Dengan menggunakan lagu tema Satu Hati...cukup menyemarakkan malam yang sunyi di SMK Kuala Balah.Saya selaku bukan fesi hanya berperanan untuk memainkan lagu-lagu bagi mengiringi program pada malam tersebut.Ilmu yang sedikit yang saya perolehi dari Ustaz Fauzi di MRSM dulu saya praktikkan sebanyak mana yang boleh.

3.00 pagi - Aktiviti Night Walk akan bermula. Perancangan sudah dirangka.Namun, akibat beberapa salah faham ,mereka hanya ditinggalkan di dewan.Satu insiden,semua bimbang, dan meninggalkan yang lain dalam terkapai-kapai.Bimbang mereka akan letih,saya membiarkan mereka baring untuk rehat.

5.30 pagi- peserta di SMK Kuala Balah dikejutkan dari tidur. Bersiap untuk solat subuh.Selepas solat,saya tertidur sambil terduduk.Tidur selama 1 jam di situ cukup membuatkan tengkuk berasa sakit.

8.30 pagi - peserta berkumpul di dewan untuk sesi ceramah bersama Encik Zulfikar, pegawai Psikologi UTMICKL.Namun, saya mengisi masa tersebut dengan membaca buku Aku Terima Nikahnya...menarik..dan saya terjumpa satu ayat baru..." jangan terburu-buru,tapi jangan bertangguh-tangguh.."

2.00 petang- selesai solat jumaat. Paan ajak kami makan di rumahnya sekali lagi.Kali ini,saya bersama Abu Zar,Z dan seorang warden SMK Kuala Balah pergi ke sana.Lauk yang disediakan adalah untuk 10-15 orang sedangkan yang datang hanyalah 5 6 orang.tetapi,Z telahpun memberikan harapan kepada mak angkat paan bahawa malam nanti akan ramai yang datang ke sana.

3.00 petang - LDK bermula.dan di sini juga saya mendapat perkhabaran yang kurang enak.Terpaksa bergegas keluar dari SMK KUala Balah atas urusan yang pastinya bagi saya adalah kecuaian yang amat teruk.

6.00 petang - sempat bermain bola sepak bersama adik-adik. 2 gol dari saya mengubat kekecewaan semalam. team saya menang 2-0.

7.00 malam - hati berbelah bahagi samada mahu pergi ke rumah Paan atau tak.Saya tekad untuk tidak pergi memandangkan terasa seolah-olah mengabaikan adik-adik. Dan pilihan saya itu boleh dikira tepat.

9.15 malam - saya terpaksa menekan button emergency memandangkan pengisian dari semalam tiada langsung yang berkaitan.Modul dari muka surat pertama hingga lah ke 18 tidak silap,saya habiskan malam itu juga. Malam itu juga menjadi saksi bahawa mereka mahu berubah.Walaupun sukar, namun iltizam dan semangat yang mereka tunjukkan jangan sesekali dipandang remeh. Jika tak semua pun, 5 6 orang pun sudah cukup. Gambaran keseluruhan malam itu menyebabkan saya digelar 'Abang Psiko' oleh Mustaqim,salah seorang peserta program tersebut.

6.00 pagi-bangun seperti biasa.Solat subuh, sarapan dan mula berkemas.

9.00 pagi - memberikan kata-kata perangsang buat kali terakhir untuk adik-adik yang tidak mengikuti seminar di dewan. Kemudian , emosi saya sudah lari dari mood asal.Menyebabkan saya agak berat hati untuk turun di sungai untuk aktiviti berkelah bersama keluarga angkat.Namun, bagi menjaga nama baik Universiti,saya turun juga untuk tempoh 30 minit.Kemudian,pulang semula ke asrama,menyambung membaca buku,kemudian tidur.

3 petang-bertolak pulang ke UTMKL...perancangan untuk kembali semula ke sana harus disiapkan dengan segera.Untuk memudahkan urusan...insyaAllah...


Pelbagai pengalaman,pahit manis perjuangan,dirasai bersama. Bagi mereka yang menjadi AJK program,tahniah dan syabas.Anda semua menunjukkan komitmen yang tinggi bagi hemat saya.

1 comments:

zyan said...

harapan, semoga kehadiran kita disana memberi kesan yang mndalam trhadap mereka..

'abg psiko'..hmm mmg brkesan.............

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design