. Terpulang kepada pengarah....

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Thursday, July 9, 2009

Terpulang kepada pengarah....


ayat ni lah yang sudah menjadi 'trademark' kepada mereka mereka yang biasa mendengarnya...asalnya dari encik Noraimi sendiri...ayat tersebut memang mematikan akal pengarah-pengarah program..namun,pada masa yang sama ianya sebenarnya memberikan gambaran dan pengharapan yang tinggi buat mereka yang menilai dari sudut positif.

Bukan mudah untuk mencapai ke tahap yang boleh membanggakan baik di mata masyarakat mahupun di pihak pentadbiran. Namun, as a leader, we should make something that can make everyone happy although we are not in that situation.

Memilih untuk tidak mengadakan atau meninggalkan kerja itu juga sebenarnya adalah pilihan masing-masing.Pemilihan sesuatu perkara itu sebenarnya atas rundingan yang telahpun kita sama-sama putuskan. Untuk apa kita mengikut kata mereka yang tidak menghadiri majlis perbincangan berikut.

Langsung tak rugi mana pun. Malah,ceritera kali ini juga sebenarnya untuk mengajak kita sama-sama berfikir apakah keputusan yang kita buat itu benar dan tepat.

Memilih untuk mempertahankan blok C bagi saya adalah satu keputusan yang tepat. Walaupun sebenarnya tidak ada masalah sekiranya blok demikian ditutup, namun dari segi pembangunan aktiviti mahasiswa khususnya dalam bidang kerohanian akan terbantut.

Hidup ini penuh dengan pilihan.Antara 1 atau 2.Tiada yang ketiga.Kita juga sudah diberi rezeki yang melimpah ruah.Namun, Allah memberi peluang untuk kita memilih samada untuk mensyukuri nikmat tersebut atau untuk mengkufurinya. Ketika itu,kita akan berfikir,adakah wajar kita melayan Tuan yang telah memberi kita macam-macam kesenangan,rezeki,membantu di kala susah,tetapi akhirnya kita sendiri yang mengkufurinya.

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian,tanamkan dalam fikiran kita bahawa kita sedang memimpin sebuah perjumpaan yang kita inginkan.Kita berdiri dengan mudah,bercakap dengan lantang,orang ramai kagum dengan kita.Namun,itu bukan bermaksud kita harus riak,tetapi sebagai tanda kita bersyukur kepadaNya,

1 comments:

::Nurul:: said...

btul2..
sebaris ayat tu da ckup utk membuat
pengarah2 mati kutu..ttpi kat ctu pasti akan dpt blajar ssuatu...pd permulaannye mmg agak sukar dterima...tpi apabila hmpir saban hari mndengar ia akan buat kita berfikir lbeh dalam...baru kini dapat memahaminya...setiap kejadian pasti ade hikmhnya...

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design