tepat jam 1.30 pagi tadi, segerombolan pasukan Side Visit program Kesuma telah selamat tiba kembali ke KSS. Misi untuk melihat potensi dalam membangunkan masyarakat di sekitar parlimen Jeli.
Kami tiba di Masjid Jeli kira-kira jam 3.30 pagi. bermalam sementara di sana sebelum menunaikan solat subuh berjemaah sebelum meneruskan perjalanan menuju SMK Ayer Lanas.
Sebelum tu , berhenti makan dulu di sebuah gerai di hadapan SK Gemang.Pengetua KSS turun padang - semua ingat Pemuda UMNO...
kemudian, sedikit perbincangan diadakan bersama pengetua,ketua warden dan guru kaunseling di SMK Ayer Lanas. Perbincangan seterusnya di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jeli. YB Tok Pa tiada, begitu juga dengan YB Abdul Aziz Derashid. Cuma, p.a Yb sahaja yang ada. Ternyata, kawasan di Jeli ini sudah pun ada beberapa perkara yang ingin kami laksanakan di sana.Cumanya, mungkin disebabkan sudah menjadi kebiasaan program khidmat masyarakat dilakukan di sana, usaha kami ke sana dianggap sekadar untuk melakukan khidmat masyarakat yang sama.
Setelah selesai semua urusan, pastinya masa yang ditunggu-tunggu. Melihat keindahan dan bagaimana sebuah kerajaan negeri yang berlainan dengan negeri lain. Dasar yang berbeza dan corak pemerintahan yang berbeza. Semoga beberapa perkara yang telah saya bincangkan bersama Ketua-Ketua Blok, saudari SoLeHah, dan beberapa orang JKM itu akan mampu dilaksanakan di kolej kediaman kita. Misi - KSS KKI ( Kediaman Siswa Semarak Kolej Kediaman Islam) ; mengambil contoh dari MPKB BRI.
hari Ahad- hari bekerja bagi Kelantan. Kesemua anggota side visit dikehendaki mencari 5 alamat untuk penajaan program tersebut. Agak sukar juga kerana layanan yang diberikan oleh sesetengah pihak yang agak memandang rendah usaha ini.
Namun, itu bukanlah permasalahannya yang sebenar. Semoga program ini nanti akan berjaya InsyaAllah...
5 comments:
serius, b4 this aku mmg ingat ko takut kucing...
huhuhuuhh
ko silap owg la..hhaha
pencinta kucing betol...~
xpe2 aku ngaku silap... hahhahahah
mana nafis... x nampak pown...hehe :D
Post a Comment