. Melamar Bidadari dengan Solat Malam....

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Tuesday, April 14, 2009

Melamar Bidadari dengan Solat Malam....

Malam yang hening,
hati menghadap kepada Allah yang Maha Kuasa,
dan mata menitiskan air mata kerana takutkan kepada Allah.
Khalwat bersama Allah adalah kehidupan yang sesungguhnya
Bersegeralah melakukan solat malam,
Solat malam adalah kemuliaan orang mukmin



mesti ada yang kata " Saya tak rajin melakukan solat fardhu, bagaimana mampu merasakan kemuliaan solat malam?"

ini penjelasannya...

Hati manusia bagaikan cermin. Sesuatu yag tidak dapat dilihat kecuali jika diletakkan di hadapannya. Segala hal yang diletakkan di depan hati kamu maka ia akan menguasai sikap kamu. Jika di depan hati kamu adalah harta maka harta akan menguasai kamu sehingga menjadikan kamu rakus dan cinta terhadap harta.

Oleh itu, untuk mendapatkan bayangan Al Quran dan bayangan cinta kepada Allah, salah satu amalannya ialah dengan solat malam.

Pernah kita dengar, seorang pemuda telah menangis sebaik sahaja imam membacakan Allahuakbar ?? apakah jawapannya ?

" Ketika lidahku menyebut Allahuakbar maka hatiku diselimuti rasa takut jika apa yang diucapkan lidahku berbeza dengan apa yang ada di dalam hatiku..."

alangkah indahnya jika kita juga mempunyai perasaan seperti itu......

3 comments:

::Nurul:: said...

alangkah indahnya kalau kite mnyedari saat2 itu...
kdg2 kite tringin mmpunyai perasaan sperti itu...tetapi adakah kite mnyedari apabila perasaan itu hadir:)

zyan said...

Emmm...

ninie. said...

melamar putera dgn solat mlm...
::agama lg tinggi dr adat::

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design