. Perjumpaan Bersama Dato' Nizar...........

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Friday, April 24, 2009

Perjumpaan Bersama Dato' Nizar...........

Keadaan jalan penuh sesak. Kereta di sana sini parking merata. Apa yang sebenarnya berlaku ? keadaan di rumah yang special itu amat jarang sekali saya lihat. Tak pernah lagi seramai itu. Rupa-rupanya ada terpancar wajah seorang tokoh yang hadir di situ. Seorang Ir. sedang memberi penjelasan tentang apa yang berlaku di sebuah negeri. Riak wajahnya yang tenang cukup memancarkan bahawa beliau masih dapat mengawal emosinya.

Saya sendiri tidak menyangka dapat bertemu bertatap mata dengannya. Hujah-hujahnya cukup tip-top. Penguasaan bahasa Inggeris yang sebelum ini saya hanya baca dan dengar dari media-media ternyata benar. Hafalan dalil-dalil Naqlinya cukup bagus. Bukan mudah untuk mencari seorang iR yang seperti ini. Bukan mudah untuk mencari seorang YB seperti beliau. Gema takbir sebaik sahaja beliau tamat memberikan ceramahnya serta selepas bacaan doa itu menunjukkan sokongan padu yang diberikan kepada beliau....

Semoga segala usaha Dato' membuahkan hasil untuk Islam. Insya Allah..



1 comments:

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design