. Munajat siswa, NLP and Book fair...

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Friday, April 24, 2009

Munajat siswa, NLP and Book fair...

alhamdulillah, KSS telah berjaya menganjurkan program Munajat Mahasiswa pada petang Isnin yang lepas.
Pengisian yang padat, mampat dan sendat....
Dimulai dengan majlis berbuka puasa dengan kuih-muih yang telah disediakan. Alhamdulillah, ramai juga yang hadir.
Terdapat juga rakan,sahabat,kawan,teman yang datang dari KSJ turut sama memeriahkan program. Antaranya Presiden KSJ,
saudara Mohd Hairul Fitri, Fareez, dan ramai lagi.
Majlis diteruskan dengan solat maghrib, solat hajat dan bacaan yassin. Selepas itu, para jemaah dihidangkan dengan santapan motivasi
bagi menghadapi peperiksaan serta beberapa tips dan amalan yang boleh dilakukan .
Antaranya ialah memakan makanan yang halal dan baik, membuat air penawar sendiri, menjaga hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia
dan paling penting menghubungi ibu bapa sebelum menghadapi peperiksaan. kerana doa ibu bapa terhadap anaknya merupakan salah satu doa yang diperkenankan.

Selain itu, pilihan waktu untuk berdoa juga perlulah waktu yang sesuai. Antaranya selepas solat fardhu, 1/3 malam terakhir,di antara 2 khutbah, selepas asar dan banyak lagi. Bolehlah merujuk kepada banyak kitab dan hadith yang ada di pasaran. So, dapatkan segera...=)


Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada ajk program yang bertungkus lumus menguruskan perkara ini ; Nabila Raihan, Zaitun, Siti Nur Fhadilah dan Nurul syafiqah. kepada JKM yang lain yang turut membantu, terima kasih dan tahniah.

Petang Rabu. Seramai 8-10 orang penghuni KSS menghadiri ceramah motivasi NLP.Padahal sepatutnya orang lain yang kena pergi.Hmm,,maklumat yang salah disampaikan kepada mereka-mereka yang sepatutnya pergi. Apa itu NLP ? carik la sendiri..hehehe, sedikit sebanyak ilmu yang diperoleh itu dapat saya aplikasikan dalam kehidupan saya. Law of attraction itu memang benar. Dan sememangnya sudahpun termaktub di dalam Al Quran. Sedikit rasa malu dan segan apabila melihat sarjana dan ahli falsafah barat lebih mengkaji tentang sesuatu perkara, namun hakikatnya ianya termaktub dalam kitab kita...
Beberapa kaedah yang ditunjuk, serta beberapa video yang ditunjukkan kepada kami semua itu menunjukkan kekuasaan akal yang diciptakan Allah. Tidak hairanlah kenapa kebijaksanaan manusia itu terletak pada akal, dan akal yang memainkan peranannya dalam mengawal tingkah laku dan akhlak kita dengan izin Allah.Walaupun niat asalnya untuk makan, tetapi setelah melihat dan menghayati ilmu yang diberikan, ianya cukup bermakna. Terima kasih Prof. =)

" makan makanan lebih tu. Niat untuk menyelamatkan rezeki..." - kata-kata yang saya takkan lupa..hehhee


sebelah petangnya, kami berkunjung ke pesta buku di PWTC. Berjalan membelek-belek buku je dah lame. Kenapa tetibe je nak pergi ke sini? Mungkin akibat semangat yang kuat setelah mendengar ceramah motivasi semalam . Sempat juga bertemu dengan penulis novel Tautan Hati, kak Fatimah ( x pasti name penuh die..) ..satu yang saya tertarik ialah beliau mengatakan bahawa beliau menulis novel atas satu prinsip iaitu Lailahaillallah Muhammadurrasulullah...menarik sekali. Saya juga berharap agar segala penulisan dan karya saya ini berlandaskan prinsip yang sama.Alhamdulillah, buku yang saya cari sudah ditemui. Apalagi, marilah kita memulakan sesi membaca buku...hehehe


0 comments:

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design