. Kerajaan Perpaduan ...

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Thursday, June 18, 2009

Kerajaan Perpaduan ...

sejak akhir-akhir ini angin politik di Malaysia bertiup kencang tentang perbincangan ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan. Sebaik sahaja tamat Muktamar Parti Islam Semalaysia pada awal bulan lalu, perkara ini terus menjadi perbualan hangat. Malah, tidak kurang golongan mahasiswa juga sudah mula mengenal satu perkataan - PERPADUAN-
dari segi perspektif mahasiswa, isu ini pastinya membawa kebaikan kepada semua secara amnya.Namun,ianya perlu lebih dihalusi.
Bukannya isu Boneka UMNO atau sesiapa,tetapi lihatlah kepada kata-kata di sebalik tok Guru Nik Aziz itu.
berita harian 18 /6/09
"Nik Abdul Aziz semalam bagaimanapun mengulangi kenyataannya bahawa idea kerajaan perpaduan tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia tiada dalam agenda rasmi Pas serta tidak dibawa ke meja perbincangan dalam Pakatan Rakyat.

"Saya ulangi kenyataan saya sebelum ini, isu perpaduan bukan datang dari Pas tetapi lontaran peribadi pihak tertentu. Kalau Perdana Menteri sebut dari Pas, itu tak betul kerana ia tak ada dalam agenda mesyuarat Pas dan Pakatan Rakyat, itu bukan pendirian rasmi Pas," katanya.

Beliau berkata, cadangan penubuhan kerajaan perpaduan boleh diperhalusi jika perkara itu dibincangkan dan mendapat persetujuan Pas serta parti lain dalam Pakatan Rakyat. Media seolah-olah melaga-lagakan antara N dengan N ( Nik Aziz & Nasharuddin).Perkara ini langsung tidak diketengahkan oleh beberapa media.

Bukankah jika semuanya bergabung - UMNO+MCA+MIC+PPP+PAS+PKR+DAP+HINDRAF = perpaduan. Inilah perpaduan yang sebenar. Malah, langkah PM kita, Dato Sri Najib untuk membuka pintu perbincangan bersama-sama dengan pihak pembangkang itu dilihat sebagai satu usaha yang bagus. Begitu juga dengan keinginan Tun Pak Lah yang turut berhasrat untuk berbincang bersama tentang perkara ini. ALangkah bahagianya jika semuanya bersatu di bawah 1 nama.Semua duduk bersama di Dewan Rakyat.Tidak ada lagi pembangkang dan kerajaan. yang ada cuma 1 pasukan sahaja.

Namun, untuk melaksanakannya, ia tidaklah semudah dengan hanya kata-kata. Setiap pihak harus menundukkan ego masing-masing. Beberapa perkara juga harus diambil perhatian terutama soal dasar parti. Malah, langkah Dato Seri Anwar yang amat yakin bahawa PAS boleh menyelesaikan masalah itu sesama mereka menunjukkan bahawa DSAI pastinya tahu bahawa campur tangan PKR ke dalam PAS akan membawa lebih mudarat.

Di sini,apa yang dapat saya lihat,hasrat Ustaz Nasha itu bagus,hasrat TG Abdul hadi juga bagus. Cumanya, adalah lebih bagus jika perkara itu di bawa di dalam perbicangan parti kemudian ke mesyuarat Pakatan Rakyat.Itulah sebenarnya yang TG Nik Aziz mahukan.Membuat satu dasar atas perbincangan bersama rakan terlebih dahulu, sebelum musuh.Bukankah mesyuarat itu merupakan sunnah nabi ?

Apakah kita sanggup meninggalkan rakan sepasukan kita malah mengkhianatinya.Bukankah lebih bagus jika kita sama-sama membawa mereka ke jalan yang benar setelah berbincang dengan mereka.

Ini kerana isu kerajaan perpaduan ini masih lagi samar-samar. Semoga negara Malaysia terus maju dan dapat mendaulatkan Islam dan meletakkannya di tempat tertinggi di hati masyarakat Malaysia.Islam itu agama, Melayu itu bangsa...


sekadar coretan untuk perkongsian bersama...

0 comments:

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design