. Agama jangan sesekali dipisahkan dari pelajaran - surat kepada Ketua Pengarah Pelajaran...Datuk Alimuddin Mohd Dom

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Thursday, June 4, 2009

Agama jangan sesekali dipisahkan dari pelajaran - surat kepada Ketua Pengarah Pelajaran...Datuk Alimuddin Mohd Dom

4 subjek teras sahaja untuk SPM ? Ini adalah satu perkara yang saya rasa sungguh tidak logik. Agama Islam,Bahasa Melayu,bahasa Inggeris, Sains,Sejarah dan Matematik adalah merupakan perkara-perkara penting dan merupakan asas dalam membentuk modal insan yang berjaya. Sekiranya hendak diambil 4,maka apakah subjek-subjek berkenaan ?Pada hemat saya, kebarangkalian pengabaian subjek Sejarah dan Agama Islam akan ditolak tepi. Alasan yang mungkin kita dengar.."

kedua-dua subjek ini boleh dijadikan subjek elektif". Alangkah ruginya dan sungguh tidak bijak jika tindakan ini diambil. Apakah subjek Agama Islam tidak penting ? Dengan budaya cintakan dunia, hiburan melampau, pergaulan yang tiada batasan itu yang mengelilingi golongan muda kini, apakah wajar tindakan menganaktirikan dan mengetepikan subjek agama ini menjadi dasar baru kerajaan ?

Ditambah keadaan sekarang, tanyalah sendiri siapakah yang ingin membaca buku sejarah ? tanyalah pada remaja-remaja di sekolah siapakah banyak menghabiskan masa-masa mereka membaca buku sejarah ? saya memberi jaminan bahawa peratus pelajar yang selalu dan kerap membacanya adalah amat sedikit sekali. Maka tidak hairanlah ketika ini ramai yang buta sejarah. Ramai yang tidak tahu apa itu Dasar Ekonomi Baru, apa itu Dasar Penswastaan, siapa itu Dato' Maharaja Lela dan sebagainya. Apakah disebabkan kita mengejar kecemerlangan dalam bidang sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, maka ketiga-tiga subjek ini bakal menjadi subjek utama?

apa jadi dengan tulisan jawi ? mana perginya tulisan itu ? utusan melayu yang dulunya bersaiz seperti surat khabar utusan malaysia,kini hanya sekadar di pinggiran sahaja.

Agama itu memandu hidup. Jika subjek Al Quran, syariah, hadith semua dijadikan elektif tidak membebankan masalah, maka seharusnya subjek Agama Islam/ moral itu terus berada lebih utama dari subjek-subjek lain.

Dalam membentuk modal insan, keseimbangan antara rohani, emosi dan kecerdasan akal amatlah penting. Apa guna berjaya tinggi-tinggi tapi solatnya terabur ? Apa guna tahu bercakap bahasa Inggeris tetapi tidak tahu asal usul negara sendiri ?

Jadi, jangan sesekali membicarakan tentang modal insan JIKA subjek agama Islam/moral diketepikan. Jangan berani melaungkan "rakyat buta sejarah" jika kita sendiri yang membuatkan rakyat buta sejarah.

Timbul soal kokurikulum. kokurikulum itu luas maksudnya. Tidak semestinya hanya dengan bersukan.Maka, jika diubah silibus subjek pendidikan Jasmani dan kesihatan pun, sebenarnya merupakan tindakan yang kurang wajar. Sebaliknya tindakan yang perlu diambil ialah terus mengekalkan subjek berkenaan untuk dipelajari, cumanya diwujudkan satu subjek kokurikulum untuk memastikan para pelajar turut terlibat dengan aktiviti kokurikulum, bukan sahaja dalam sukan, malah berpersatuan, aktiviti khidmat masyarakat dan sebagainya.Cumanya subjek ini tidaklah perlu dimasukkan sebagai subjek untuk SPM,cumanya ianya dijadikan subjek wajib belajar. Luaskan pemikiran anda wahai penggubal dasar.

Adakah ianya membebankan kerajaan untuk memberi biasiswa kepada mereka-mereka yang cemerlang ? Maka, dengan adanya subjek kokurikulum ini, para pelajar yang seimbang antara akademik dan kokurikulumnya adalah lebih layak. Bukankah itu juga pendirian-pendirian setiap syarikat-syarikat dalam mengambil pekerja baru ? Mereka mencari pekerja yang seimbang, bukannya hanya pandai dalam akademik tetapi kurang berjaya dalam aktiviti kemasyarakatan.

Maka, sekali lagi saya tegaskan agar perkara-perkara ini diambil dengan serius.

1) 6 subjek teras dikekalkan. Kita tidak mahu subjek Bahasa Melayu, Agama Islam/moral,matematik dan sejarah diketepikan. Ini sekaligus akan melenyapkan dan menghalang hasrat PM kita sendiri untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, membuatkan rakyat buta sejarah, hilangnya modal insan dalam diri pelajar.

2) subjek kokurikulum dan PAFA harus dijadikan subjek wajib LULUS. Ikutilah langkah Maktab Rendah Sains Mara yang memberi 6 bulan pertama semasa tingkatan 4 adalah untuk aktiviti berpersatuan akademik, 6 bulan berikutnya untuk aktiviti sukan, dan 6 bulan pertama semasa tingkatan 5 untuk aktiviti unit beruniform.

Bagi subjek PAFA( Perkara Asas Fardhu Ain) pula, ianya haruslah menjadi subjek wajib Lulus. Jika gagal, maka mereka dikehendaki untuk mengulanginya. Kerajaan bolehlah memulakan subjek PAFA ini sejak dari tingkatan 4. Maka sekiranya ada pelajar yang masih gagal menghabiskan sebagai contoh dalam tempoh 7 bulan pertama, maka pada tingkatan 5 nanti mereka bolehlah mengulanginya semula. Fardhu Ain merupakan perkara yang wajib kita ketahui.


Maka,untuk semua syarikat atau jabatan yang sentiasa memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang, maka mereka perlulah meminta agar para pelajar menyertakan sekali salinan sijil samada mereka lulus ataupun tidak bagi matapelajaran PAFA dan kokurikulum tersebut. Maka , di sini lagi isu pening kepala memilih pelajar cemerlang dapat diatasi. Ianya bagaikan tapisan utama di sebalik tapisan-tapisan lain seperti kecemerlangan kokurikulum, dan kecemerlangan akademik.

Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar perkara ini difikirkan sebaik-baiknya oleh pihak Kementerian pelajaran. jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Kita tidak mahu isu ini menjadi seperti isu PPSMI.

Muhammad Afdhaluddin Bin Mohd Yusof,
Calon SPM 2006

0 comments:

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design