. Kalau La gini..kalau la gitu...kalau itu..kalau ini...

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Monday, June 1, 2009

Kalau La gini..kalau la gitu...kalau itu..kalau ini...



tepat pukul 9.00 pagi. " erm, nak check ke x ? " kejap lagi la..bisik hati... bagi tenang dan kuatkan semangat dulu.."check petang la.." erm..ok jugak...xpe2...
pukul 10.00 pagi.."afdhal..kuatkan semangat..jangan sedih..semua ni ada hikmah.." saya berbisik kepada hati saya.berkali - kali saya menanamkan dalam diri saya...kuatkan semangat ...ada hikmah.. Malah, saya sendiri selalu berpesan kepada anak buah saya, kepada rakan-rakan saya..

" Apa makna beriman jika tak diuji.."

saya memberanikan diri menerima kenyataan.Bismillah.Tengok...keputusan di luar jangkaan. Saya langsung tidak menjangkakan perubahan yang mendadak telah berlaku.
Satu keputusan di luar jangkaan yang teramat. Jatuh...jatuh tersangat-sangat...Perasaan bercampur baur...sedih..terkejut..marah...

namun saya terus mengukuhkan pendirian dalam diri. " Ini takdir Allah. Tak mudah untuk berjaya.Ada hikmah di dalam kejadian ini.Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya." bisik hati saya dalam menangani perasaan hati yang pilu ini.

" Afdhal,kuatkan semangat. Ini takdir Allah afdhal..." berterus-terusan saya mengingatkan diri saya. Namun..kadang kala saya tewas pada bisikan syatan.
" Kalau dulu aku stadi betul-betul...mesti x camni.."
" kalau aku x main YM..mesti x jadi camni.."
"
kalau tak tengok cite Ghajjini ari tu..mesti result ok.."
"
kalau nak tengok result termo...mesti dinamik dapat ok sket.."
"
kalau aku tak maen sms orang..mesti x jadi camni.."


banyak lagi..perkataan kalau ini terlintas dalam fikiran..

namun...saya berusaha sedaya upaya untuk menangkis perasaan itu. Dari pukul 10 hingga 1 fikiran melayang-layang memikirkan masa depan dan masa yang lalu.Waktu hantar Umi ke sekolah pun..saya masih lagi memikirkan soal ini.

" bagaimana pula dengan perancangan aktiviti untuk sem depan ?" " bagaimana dengan aktiviti yang lain-lain " ..perkara berkaitan dengan tanggungjawab ini semakin memeningkan kepala. Syukur alhamdulillah...saya seolah-olah mendapat petunjuk untuk menonton tv9.sebuah drama indonesia.Pelakon-pelakonnya ramainya pelakon yang membintangi sinetron yang bagus dan ada mesej-mesej yang bagus.


Semasa menonton...ada satu babak yang cukup menyentuh jiwa saya . saya tak pasti tentang apa..namun dialognya lebih kurang berbunyi begini.

" Kamu tak boleh putus asa kaya(macam) gini. Allah tidak suka orang yang putus asa."


jiwa saya terpukul dek terdengar dialog itu. Ia benar-benar menembus fikiran dan hati saya.kemudian saya ikuti lagi..

" lebih baik kita solat.Mana tau, Allah kasi pada kita petunjuk." dialog kedua ini amat bertepatan dengan sepotong ayat al quran yang menyarankan supaya apabila menghadapi masalah, bersabar dan bersolatlah.

Kemudian, fikiran saya teringat kepada iklan Cafe Aqeel Hayy. Ustaz Aqeel berkata di dalam iklan itu " Allah itu sentiasa bersama dengan orang yang sabar."


petang tadi..saya terbaca pula artikel tentang "Berkalau-kalau Amalan Syaitan." di website ustaz Hasrizal.



Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Apakah hikmah di sebalik kejadian yang berlaku itu?

Saya mengambil masa hampir 10 tahun untuk memahaminya. Berfikiran positif, tidak pernah berakhir dengan kecewa. Alhamdulillah dan Alhamdulillah, atas segalanya.




Semoga saya dijauhkan dari sifat itu lagi. Kerana saya yakin,Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Think positive...

5 comments:

pehin89 said...

kalauuu... hmmm.. btul2..slalu mcm xredha apa yg berlaku kan...apa la diri ini.. T.T

Banun said...

erm rtikel yg bek tuk dkongsi.smoga kita trus tabah ats ap yang menimpa. :-) senyumlah, namun ia bukan bererti kita mengendahkan segalanya ambillah iktibar yg ad..kdng2 kita khilaf. teruskanlah melangkah, bersugguh-sugguh dlm bertwakkal pada-Nya yang Maha Pengasih Maha Penyayang. smga kita djauhkan dri sifat ptus asa..Think positive..huuu..stuju

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

setuju. :) kalau xkan bawa perubahan apa2. kalau dah berlaku, kita hanya boleh berusaha untuk ke depan. bukan terkenang2 yang belakang :)

ninie. said...

sabo2..ade hikmah sume tu..
dont be sad!:) caiyokk press!hehe

zyan said...

hmm...btol2.kite kene bnyk3 bersabar walupon pd hakikatnye kite tidak mampu..
la tahzan innallaha maana(^_^)

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design