
Minggu raya kali ini pastinya menjadi minggu yang cukup menarik. Alhamdulillah, raya kali ini saya dapat menziarahi kawan-kawan saya.Terima kasih kepada Meer ngan Imran yang dah ajak..kalo x...hmm...susah la jugak kan..
hari Khamis..bermulalah ekspedisi...pergi rumah Aqilah,rumah kawan meer,ngan rumah eira..seronok juga dapat datang rumah dorang. Ye la, dah lame x jumpe.kalo stakat kat facebook tu, x kesah la..ni real-life. seronok. KL-Klang-Johan Setia-Sijangkang-Morib.
Sabtu pulak, saya berkesempatan untuk menziarahi Aina, G-ha, Athika Ahmadi,Raja, Asma'. Memang raya sakan la .Dari tengahari sampai tengah malam. Sentul-Klang-Kapar-Meru-Sungai Buloh-Kuang.
Sempat la juga singgah di Pantai Remis. Cuaca yang agak panas mengurangkan sedikit keseronokan.Tenang dan damai sepanjang berada di sana. Suasana kampung sebegitu cukup menenangkan fikiran yang sedang berputar-putar memikirkan benda-benda yang harus difikir. Harus? ya kot....
Di sebalik cuaca yang panas itu, namun dek kehalusan hembusan angin membuatkan bahang kepanasan itu tiada...lega...
bukannya mudah untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama. Seronok tak terhingga. Walaupun bukanlah selalu bertegur sapa di sekolah dulu, tetapi keseronokan untuk kembali duduk bersama-sama sambil bertanyakan khabar masing-masing itu cukup menarik....
0 comments:
Post a Comment