. Minggu yang banyak cite....

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Thursday, September 10, 2009

Minggu yang banyak cite....

alhamdulillah, akhirnya saya berpeluang sekali lagi untuk mencoret coretan kisah yang pastinya bermakna dan mungkin juga berguna untuk diri anda sekalian. Sepanjang tidak mengupdate blog ini, banyak kisah dan tauladan yang dapat dipelajari.

Beberapa perkara di kolej, assignment yang mula memenuhi benak fikiran kami , dan beberapa tanggunjawab am yang perlu diselesaikan, menyebabkan keaktifan blog ini agak berkurangan. Dan dalam tempoh 2 bulan ini, pastinya saya mengharapkan penyudah yang terbaik bagi mengakhiri karier saya sebagai seorang yang pernah menjadi pimpinan mahasiswa. Huraian mengenai kisah suka duka berada dalam organisasi kepimpinan itu akan saya huraikan di hujung semester dan InsyaAllah saya akan bukukan.

Permasalahan mengenai isu sahur di kolej betul-betul menguji kesabaran saya.1 perkara yang dapat saya lihat, masih ada lagi beberapa insan yang tidak faham antara keperluan, permintaan dan tanggungjawab. Meminta untuk dibuka atau disediakan itu bukanlah satu permintaan, tetapi lebih kepada satu tanggungjawab dan selari dengan keperluan. Mungkin ada yang tidak faham mengenai ungkapan ini. Biasalah...tetapi bagi mereka yang faham ,apa itu tanggungjawab dan keperluan, maka pastinya dia akan faham. Jangan berani mengambil risiko tentang sesuatu bidang jika tak berani disepak terajang, dimaki hamun dan sebagainya. Jika tak mahu, maka silakan untuk mencari tapak di tempat lain.

Kesan daripada perkara ini menyebabkan seorang sahabat saya berasa hati sebab saya tidak mengangkat panggilannya. Alhamdulillah, dia faham.

Di kala hati dilanda gelisah, pastinya WGS itu akan menemaninya saya untuk pergi ke sana ke mari. Terima kasih kepada Naz dan Zeeha,nasib ada kamera. Menenangkan hati di Masjid Wilayah itu bagaikan satu perkara yang saya tunggu-tunggu. Walaupun tidak lama di sana, namun tempoh masa yang singkat itu sedikit sebanyak dapat menangkan hati saya.


jalan jammed. Semua orang nak balek buke...
Subhanallah

Minggu lalu juga 2 test telahpun saya lalui. Kecuaian saya itu saya pandang secara positif, mungkin kegagalan pada masa kini akan membawa saya ke mercu kejayaan di masa akan datang. Dan sekali lagi, saya mengajak rakan-rakan saya melawat dan solat tarawikh di Masjid Sultan Mizan @ Masjid Besi. Subhanallah, masjid ini sungguh indah. Semoga bilangan jemaahnya juga ramai.
menu moreh malam tu....


Keesokan hari( Sabtu), Ceramah Motivasi oleh Dr Shukri Abdullah, menambahkan lagi nilai-nilai positif ke dalam pemikiran saya. " Let Go" , itulah antara perkara yang menarik minat saya. Biarkan apa yang berlaku di masa lalu terutama tentang subjek tertentu itu , dilupakan dan sentiasa di upgrade.

dah la kunci motor hilang. Memang pelik...erm..takpelah,alhamdulillah da jumpe...so..xpe la..

isnin lalu, dapat markah test1 termo.Alhamdulillah, walaupun x tinggi sangat, tapi boleh dikira kejayaan jugak ni. bukan senang woo...

letih mau taip panjang2.. so,,letak gambar saja ya..




Selasa malam tu buat roket...assignment kitorang kene terbangkan objek seberat 500 gram sejauh 80 meter. Tapi....x gerak pon.hehhee...kene ubah care....


kesimpulan dari post kali ini...


* Bersabarlah atas apa yang berlaku..
* Setiap yang berlaku ada hikmah. Syukur kita diuji tentang perkara itu dan ia dapat dikawal dan tiada mencederakan atau membahayakan nyawa siapa2..





2 comments:

ninie. said...

haha..
padan pon aritu napak kt basketball court..wat mende laa gelap2 reramai tuh..
anyway..congrats!!haha..

* dugaan sume ni..~

UMMU HAFSIN said...

salam. hm..wlau seberat mana ujian yg kta dh hadapi,tp ingatlh...Rasulullah n para sahabat baginda telah merasa beribu-ribu kali ganda kesusahan dpd apa yg kita rasa...

InsyaALLAH bila kta ingat mcm 2 kta akan bleh terima segala bntuk dugaan dlm hdup...

Wallahua'lam

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design