. Kembali bernafas..

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Tuesday, February 9, 2010

Kembali bernafas..

Alhamdulillah..akhirnya saya diizinkan olehNya..dengan Cinta Nya saya dapat kembali menulis ke dalam blog ini. Sudah usang barangkali, dipenuhi dengan sawang-sawang jika hendak dibandingkan dengan kehidupan seharian. Dalam tempoh sebulan ini, tenyata saya banyak menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Berbicara tentang perancangan masa depan, assignment baru, perniagaan baru, membuatkan saya seakan-akan melupakan seketika kepada blog saya. Cuma saya tersedar dan saya berharap agar kesibukan ini bukan tanda Allah istidraj dari Allah...

Perniagaan Yang penuh dengan pancaroba

Alhamdulillah, saya sudah pun menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Berbekalkan modal yang saya ada, saya mengusahakan sendiri gerai menjual burger tersebut. Saya bersyukur kerana dipertemukan....dengan 3 orang insan yang mulia hatinya, yang sudi menolong saya.Qila,Nada, An...pada awalnya masing-masing tak percaya kerana saya baru merisik mereka pada 19 januari..dan kami mula berniaga pada 20 Januari..Kemudian kami berkembang lagi dengan mengambil Jerry dan Afif sebagai pekerja saya. Seronok,letih dan banyak lagi.

Mungkin ada yang berkata, jual tu tak untung dan sebagainya.Ya, setiap orang yang ingin menceburi bidang perniagaan pastinya ingin mendapat untung. Tetapi saya ingin memberi proses pembelajaran kepada mereka-mereka untuk sedar akan dunia perniagaan yang sebenar. Persaingan yang sihat, kemahiran menguruskan dan mempelajari benda baru itu penting.

bersikap rasional,prihatin dan mengambil Cakna

Setiap apa yang berlaku, ambil lah ia sebagai satu benda yang serius dan jika boleh diselesaikan dengan cara yang mudah, maka selesaikanlah dengan cara yang mudah. Buat apa nak berbisik-bisik di belakang padahal perkara itu sebenarnya boleh diperkatakan di hadapan? terus terang saja. Saya tidak ada masalah dengan pihak tersebut, tetapi seolah-olah saya ini langsung tidak boleh dibawah berunding dan berbincang.

Segala permasalahan yang berlaku, saya minta diambil berat. Saya nampak masalah itu, tetapi jika saya bersuara,saya dilabel kuat menekan,memaksa dan sebagainya. Saya menyuarakan itu kerana saya sendiri lihat permasalahan itu,walaupun ianya adalah sebuah masalah yang amat kecil.

Timbulkan rasa tanggungjawab dalam diri kerana kita ini adalah model akhlak Islam. Kadang-kadang,akhlak seseorang itu dilihat dari segi pakaiannya. Maka jagalah perkara tersebut. Jangan sesekali menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Jangan menggunakan perkataan "kebajikan" itu sebagai retorik semata-mata.Bersikap selalu memberi alasan, itulah antara punca kegagalan diri sendiri. Saya tidak pernah mempersoalkan keupayaan sesetengah pihak untuk mengawal anak buahnya,tetapi saya mahu anda-anda yang mempunyai kefahaman yang lebih sedikit dari orang lain untuk sama-sama merasai tanggungjawab besar yang diberikan.

Jeli Memahat Memori

Untuk program USR di Jeli, alhamdulillah saya ditempatkan bersama-sama dengan keluarga Izzat. Walaupun agak kekok, namun saya dapat menyesuaikan diri dengan keluarga tersebut. Saya juga tidak berkesempatan untuk memberikan kata-kata perangsang untuk mereka yang berada di sekolah. Saya ada mendengar luahan hati para peserta yang mengatakan kehadiran ke sekolah itu tidak seronok.Tetapi bagi mereka, ia adalah satu kepuasan dan mereka bersyukur kerana mereka tidak diketepikan.Inilah antara perbezaan mereka yang datang ke sana dengan ikhlas, terpaksa dan sebagainya.


0 comments:

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design