. aku Ingin Bercinta

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Tuesday, February 9, 2010

aku Ingin Bercinta

Itulah tajuk ceramah di UPM semalam,oleh Ustaz Hasrizal. Banyak perkara yang membantu saya dalam meneruskan lagi perjalanan hidup di muka bumi ini. Di awal ceramah, pastinya rasa kagum dan takjub apabila melihat dewan penuh dengan kaum muslimat.hanya 1/6 sahaja lelaki. Malah tikar dibentangkan di tepi dewan untuk membolehkan mereka yang tidak mendapat tempat untuk duduk di atas tikar tersebut. Rasa syukur kepada Allah kerana masih ada lagi orang yang hatinya terbuka untuk datang ke majlis ilmu begini.

Apabila membicarakan tentang cinta,pelbagai ragam dan pendapat dikeluarkan oleh orang yang mendengarnya. Sama juga seperti universiti. Ada yang mengatakan universiti tempat menuntut ilmu, ada yang mengatakan universiti canggih dan lengkap, ada yang mengatakan universiti penjara pemikiran mahasiswa.Maka persoalannya..Salah universitikah ? begitulah sama untuk persoalan cinta. Cinta itu adalah fitrah, yang salah ialah pelakunya, bukan benda tersebut.

Malah cinta Rasulullah s.a.w kepada umat akhir zaman juga merupakan cinta. Mungkin bagi kita, cinta itu sangat pelik ; bercinta dengan orang yang entah bagaimana rupanya,namun disebabkan atas dasar keimanan, maka Rasulullah mencintai umat selepasnya.

Banyak juga perkara yang disentuh oleh ustaz. Quote yang paling menarik bagi saya ialah " berhati-hati dalam memberi dan menerima CINTA " . Itu belum lagi kuasa cinta. Kuasa cinta boleh menguatkan seseorang. Seorang ayah sanggup menyelamatkan anak yang terperangkap dalam bangunan yang disambar api. Seorang ibu sanggup tidak tidur malam untuk menjaga anaknya.Banyak lagi sebenarnya,tetapi saya tidak pandai mengulas.

" kita bukan sahaja perlukan kenangan terindah..tetapi juga perlukan kenangan terhalal.."

Seronok kerana akhirnya hajat saya termaqbul untuk mendengar ceramah secara live dari ustaz hasrizal.

Moga beliau berjaya dalam pembentangan kertas kerjanya di Jordan. InsyaAllah..

1 comments:

UMMU HAFSIN said...

:)
tak dapat gi..kne siapkan projek courseware networking...mlm ni pun ade ceramah kat UM...xdpt gi jugak...xsedap nak tinggal keje slagi xsiap....

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design