. Palestin menyatukan kita semua.

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Wednesday, May 12, 2010

Palestin menyatukan kita semua.

Baru baru ini telah diadakan perhimpunan perdana palestin bertempat di stadium melawati , Shah Alam.perhimpunan yang bertujuan untuk menyatakan sokongan kita terhadap masalah yang menimpa saudara-saudara kita di palestin. masalah yang tidak pernah selesai kiranya kerana palestin seperti keseorangan.disekat ke arah mana sahaja yang mereka tuju.

Maka, satu inisiatif dari pihak-pihak NGO di Malaysia telah membuktikan bahawa palestin masih lagi di hati kita sebahagian umat islam di malaysia ini. bermula dengan konvoi pertama mereka ke palestin untuk menyelami sendiri penderitaan yang dialami oleh rakyat palestin sehinggalah pada 15 mei ini,konvoi dari pelbagai negara yang diketuai oleh kerajaan turki untuk memasuki palestin melalui laut.

bagi mereka yang mengunjungi perhimpunan ini pada sabtu lalu, pastinya dapat melihat sendiri jiwa-jiwa yang sentiasa mengambil cakna terhadap isu palestin.difahamkan lebih 8000 orang menghadiri perhimpunan ini.tidak kira tua muda miskin kaya malah sebahagian warga asing turut sama hadir bagi menyatakan sokongan mereka terhadap usaha murni ini.

tiada slogan berbaur politik. itulah yang diterapkan di awal perhimpunan supaya memastikan bahawa perhimpunan ini bebas dari anasir-anasir jahat yang boleh memecahbelahkan hati-hati dan jiwa-jiwa yang hadir pada perhimpunan tersebut. Bukan memisahkan politik dari agama, tetapi di dalam sesetengah dan mungkin sebahagian besar perkara, bagi saya, kepentingan agama dan negara itu perlu diutamakan dari politik yang pastinya ada 'tangan' jahat cuba melaga-lagakan pelbagai pihak.


tiada slogan 1 malaysia, tiada slogan For All, tetapi yang hanya bergema di stadium ialah laungan takbir dan doa memohon agar dimenangkan mujahidin-mujahidin di Palestin.SLogan 1 Hati untuk Palestin. Maka jelas, agamalah yang menyatukan kita. Perkara ini sudahpun kita sendiri pelajari di sekolah menengah di dalam slibus subjek sejarah mahupun pendidikan agama islam.

Palestin telah menyatukan hati-hati pimpinan NGO di Malaysia. Walaupun kadangkala berbeza pendapat,tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh bersatu. Itulah salah satu hikmahnya yang dapat dilihat di perhimpunan ini. Malah, dengan kutipan bantuan sebanyak RM 1.1 juta itu juga menunjukkan bahawa masih ada yang mengambil cakna terhadap isu Palestin,masih ada rakyat Malaysia yang menyelami hati rakyat Palestin. Soalnya,dimanakah kita ? adakah kita termasuk di kalangan mereka ? tepuk dada tanya iman.

Tahniah juga diucapkan kepada HALUAN dan Shoutul Harokah. HALUAN,sebuah badan NGO ini mempunyai sayap yang khas untuk mengetengahkan isu palestin iaitu HALUAN Palestin. Shoutul Harokah pula menerapkan nilai-nilai cintakan palestin seperti tanah air sendiri melalui lagu-lagunya. Kedua-dua kumpulan atau organisasi ini sentiasa menyelitkan tentang palestin di dalam penyampaian mereka baik untuk di mana-mana pun.

Perhimpunan malam itu juga menghimpunkan ramai anak muda,siswa siswi yang turut telah berjanji setia untuk sama-sama membela palestin dengan apa cara sekalipun. Di mana anak muda dan pimpinan pimpinan mahasiswa yang lain ? ayuh bangkitlah dan dekatkanlah hati kita semua bersama negara Palestin. ingatlah sabda Rasulullah s.a.w bahawa barangsiapa yang tidak mengambil tahu tentang saudaranya, maka dia adalah bukan umatku. Ayuh terapkan di dalam doa,amal,wall post, photo dan macam-macam lagi mengenai permasalahn palestin.Permasalahan Palestin jauh dengan kita, kerana permasalahan akidah kita yang semakin lebih barat dari barat.

akhir kata, tahniah buat NGO Malaysia dan mereka yang hadir di stadium. Semoga usaha anda semua itu mendapat balasan yang setimpal di sisi Allah !







0 comments:

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design