Kebanyakan negara menerima konsep demokrasi ini kerana konsep ini lebih pragmatik.Malah,dapat dilihat bahawa dengan demokrasi jika dimanfaatkan sepenuhnya dapat menguntungkan syiar Islam.Ya, demokrasi bukan dari sistem Islam,tetapi ianya dilihat menguntungkan dalam perkembangan syiar Islam. Malah,di zaman Rasulullah s.a.w sendiri, sistem himayah ( perlindungan) sendiri telah digunakan Rasulullah dengan menjadikan Abu Thalib, bapa saudaranya sebagai perlindungan. sistem ini hanyalah wasilah ( jalan) dan bukannya matlamat. Maka, oleh yang demikian, Rasulullah sedikit pun tidak gentar apabila hilangnya perlindungan dari Abu Thalib.
Perkara ini adalah kerana Islam itu adalah ibarat air yang turun dari gunung. Jika ditutup di belah kanan, ianya akan pergi ke belah kiri. Jika ditutup di belah kiri, ia akan pergi ke bahagian kanan. Jika ditutup di bahagian kanan, ianya akan melompat menjangkaui halangan tersebut. Jika ianya menutup semua arah, ianya akan berkumpul dan membentuk satu tenaga yang kuat yang mampu memecahkan halangan itu.
pembentang kertas kerja yang pertama,lebih menumpukan kepada isu pergerakan Islam di dalam negara kita Malaysia. Di dalam negara kita, persaingan dapat dilihat kepada kumpulan yang membawa gerakan Islam dan kumpulan Islam yang ditaja. Ini adalah kerana para pemikir-pemikir dan orang-orang sekular dapat melihat bahawa mereka akan kalah jika mereka berhadapan dengan gerakan Islam.
Malah,di dalam negara kita,banyak menumpukan kepada perkara-perkara remeh.Isu qunut,jari gerak atau tak semasa tahhiyat. malah,semasa zaman penjajah lagi,sebagai contoh di Kelantan, rakyat berselisih faham mengenai membela anjing .Maka,ianya dapat dilihat merugikan Islam.
Kemudian,majlis diteruskan dengan pembentang kertas kerja kedua.Membincangkan tentang bagaimana kewujudan PKS di Indonesia. PKS merupakan parti berasaskan Islam dan telah berjaya membentuk pakatan dalam membentuk kerajaan bersama parti SBY ( Susilo Bambang Yudhoyono).di sini, PKS cuba untuk memastikan hanya perkara baik menjadi dasar kerajaan SBY.tidak mahu menjadi pak turut yang hanya mengiyakan sahaja kata-kata pemerintah.
Yang paling menarik,ialah bagaiamana politik di Turki. AK Party menang dengan cara tersendiri. di turki, AKP menang kerana sistem. maka ,inilah yang dikatakan sebagai sistem demokrasi dimanfaatkan . Walaupun AKP tidak mengatakan bahawa mereka ialah Parti berasaskan gerakan Islam,tetapi usaha-usaha mereka lebih banyak menguntungkan Islam. Turki dengan lantang mengkritik Israel di persidangan dunia.Turki menjadi pendokong kepada gerakan Lifeline for Gaza dan banyak lagi.

banyak lagi yang menarik dan akhirnya saya faham apakah yang cuba disampaikan. yang pertama, apabila gerakan Islam belum lagi menguasai kerajaan.yang kedua iaitu di indonesia, gerakan Islam menjadi kerajaan tetapi hanya suara yang kecil dan ketiga, gerakan yang menyokong Islam tetapi menguasai kerajaan.Menarik sekali.
satu perkara yang paling menarik ialah,solat Subuh mereka adalah seperti solat jumaat.subhanallah...

1 comments:
salam.untungnya kamu dpt gi..alhamdulillah kamu dh fhm..susa tol nk trgkn dlu...huhu...ini lngkahku..AYUH!! BANGKITKAN JIHAD!!!!
Post a Comment