. Berjalan.Melihat.Mentafsir: February 2009

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Monday, February 16, 2009

Fikir dengan lebih meluas....

Bismillahirrahmanirrahim...



" Terima kasih kerana sedarkan aku, yang aku ni seorang kawan yang jahat "

inilah antara kiriman pesanan ringkas yang saya terima dari seseorang hamba Allah. Timbul persoalan di benak pemikiran saya, Bila pulak saya menghakimi baik buruk kawan-kawan saya ? Adakah disebabkan beberapa prinsip yang berbeza yang diamalkan saya, maka mereka mengatakan saya melabelkan mereka sebagai kawan yang jahat ?


Firman Allah :

Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebih baik...


( al-'ankabut : 46 )
Saya sedaya upaya saya berusaha untuk memastikan agar segala tuturan yang saya ungkapkan itu dapat difahami dengan sebaik-baiknya dan juga melalui cara yang sebaik mungkin. Namun, pastinya manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan. Kadang kala ketika keadaan sudah gagal dikawal, pastinya kesempatan ini diambil sepenuhnya oleh syaitan yang amat menanti peluang peluang seperti ini.





"Aku terkilan r pres...knape kite macam tak de fungsi..."

Bersabarlah...kerana saya sendiri masih lagi merangka keadaan yang sesuai berdasarkan beberapa nasihat yang berguna yang telah saya peroleh. Malah, dalam situasi yang sedikit bilangan penghuni, saya amat berharap agar lebih mudah untuk dikawal. "Bermulalah dari asas.." kata-kata ini akan saya jadikan sebagai batu loncatan ke arah memperkasakan jemaah yang sedia ada.


Dan pastinya, kita amat berharap agar segala perjalanan kita dalam menghadapi rintangan yang mendatang, dan motif utama ialah untuk mendapat keredhaan Allah.Yakinlah janji Allah sepertinya di nyatakan dalam Al Quran

"Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki."

saya amat berharap agar kita dapat menggunakan pendekatan yang lebih efisien bagi menyelaraskan dan memperkemaskan lagi organisasi dan jalinan ukhuwah kepada mereka yang berada di sekeliling kita.

Friday, February 13, 2009

:: Kekasih Gelapku ::


- klik pada lagu di bawah untuk mendengar -

Ku mencintaiMU, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaiMU, sedalam-dalam hatiku
Meskipun ENGKAU hanya kekasih gelapku...


Ku tahu ku takkan selalu ada untuk
MU
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikanMU waktu
Yang panjang dalam hidupku

Ku yakin bahwa Engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padaMU ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku...

Ku mencintaiMU lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaiMU sedalam-dalam hatiku
Meskipun ENGKAU hanya kekasih gelapku...

Ku mencintaiMU lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaiMU, sedalam-dalam hatiku
Meskipun ENGKAU hanya kekasih gelapku...

Ku mencintaiMU lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaiMU sedalam-dalam hatiku
Meskipun ENGKAU hanya kekasih gelapku...






Sunday, February 8, 2009

Seminar Perubatan Islam dan Pemakanan Menurut As Sunnah

Bismillahirrahmanirrahim....




Bertempat di masjid, program ini dihadiri oleh mereka-mereka yang peka dan mempunyai semangat ingin tahu dengan cara Islam dari segi perubatan dan pemakanan.

" Allah itu baik. Dan Allah hanya menyukai benda-benda yang baik." Pastinya dalam isu pemakanan ini, hadith yang paling popular sekali ialah mengenai hadith seorang musafir yang kusut masai yang berada di padang pasir yang luas lalu memohon pertolongan Allah . Namun, makanannya haram, pakaiannya haram, minumannya haram. Masakan Allah akan memaqbulkan doanya.

Ustaz Hambali memperkenalkan penceramah

Begitulah lebih kurang hadith itu.Kerna hadith ini telahpun kita sendiri pelajari di Sekolah Menengah, samada tingkatan 4 mahupun 5.Ini menunjukkan bahawa isu pemakanan ini merupakan isu yang amat penting sekali.


Nabi Adam tidak akan terkeluar dari syurga jika baginda tidak memakan buah khuldi.Malah, disebabkan mereka ( NAbi Adam dan Hawa) memakan buah tersebut, terlucutlah pakaian mereka. Jadi, boleh dikatakan, zaman kini, disebabkan pemakananlah kita lihat isu tak cukup kain ini cukup berleluasa . Yang menyedihkan lagi, ianya bukan sahaja melibatkan orang barat, malah melibatkan orang ISLAM.

Pengajaran lain dari hadith itu sendiri dapatlah kita simpulkan, bahawa itulah sikap manusia. Bila kesusahan, barulah mencari keredhaan Allah.Saya di sini mengingatkan sama sekali diri saya mengenai perkara ini.
Ustaz Khairuddin
Menyentuh tentang aspek halal dan haram, hukum asal bagi semua makanan ialah HALAL.Tak kisahlah samada ianya diperbuat dari apa. CUMA bila terzahirnya beberapa perkara seperti adanya benda-benda yang haram, maka hukumnya jatuh kepada HARAM.Begitu juga jika kita berkunjung ke satu-satu negara yang kita sedia maklum negara itu tidak mengamalkan sistem penyembelihan Islam, maka HARAM untuk dimakan daging-daging di kawasan tersebut.

Dan kita sama sekali tidak wajib untuk cek secara keseluruhan. Sebagai contoh, kita makan di kedai.Makan roti canai.Kita pun dok tanya "Roti di guna tepung apa ?", "kat mana kilangnya ?", "halal ke tak ni ?" dan banyak lagi. Alamatnya, tak makan la kita roti tu...


Namun, dari satu aspek, sekiranya kita terjumpa makanan yang cepat rosak jika tidak dimakan, maka kita boleh memakannya dengan niat tidak mahu ianya terbazir dan tidak mahu makanan itu rosak. Namun, sekiranya kita berjumpa dengan Tuan punya makanan itu, maka wajiblah kita untuk menggantinya semula.

Makanan Jangan DiLaknat

Ini antara peringatan daripada Rasulullah s.a.w. Apa -apa benda tak kira hidup mahupun mati, ianya mempunyai barakah.Namun, sekiranya kita melaknat, mencaci makanan tersebut, maka hilanglah barakah.Maka,makanan yang halal hanyalah halal semata. Tidak tayyib. Sedangkan yang kita cari ialah Halalan Tayyiban, Halal lagi Baik.

Dikisahkan bahawa suatu pagi, Rasulullah s.aw. bertanya kepada Aisyah apa yang ada untuk di makan pada pagi tersebut.Lalu Aisyah menjawab " cuka." Lalu Rasulullah s.a.w sebelum memakan cuka itu mengucapkan " Sebaik-baik makanan ialah cuka " berulang-ulang kali untuk memastikan cuka itu ada barakah.

Ini adalah kerana setiap makanan berinteraksi dengan pembuat, orang yang makan dan persekitaran. Pembuktian tentang molekul air yang dibaca ayat-ayat suci Al Quran dengan ayat-ayat makian sudah menceritakan segalanya.

Tapi,Sekarang Banyak Orang Bukan Islam Yang Jual.Camna ??

Ianya sebenarnya dapatlah di'cover'kan dengan beberapa cara untuk mengembalikan tayyibah makanan tersebut.Antaranya :

1.membaca kalimah Basmalah.
2.Makan secara berjemaah.
3. Makan menggunakan tangan kanan walaupun menggunakan sudu dan garfu


Tapi..Kalau ada Alternatif lain...Gunalah dan manfaatkanlah..

Seperti yang dinyatakan, makanan itu berinteraksi dengan kita. Kita berharap agar dapat mendapat barakah dari Iman si pembuat makanan, mendapat barakah dari suasana pekerjaan dan pembuatan yang banyak menggunakan kalimah Al Quran, pekerja-pekerja yang sentiasa mempunyai wudhu' semasa bekerja dan sebagainya.

Malah,kalau boleh, kita mahu mengutamakan peniaga-peniaga yang Islam.Tetapi, bukanlah Islam atas nama sahaja. Kita mahu Islam turut dari segi perlakuan. Kita mahu melihat peniaga yang memulakan perniagaan dengan menunaikan solat sunat,kita mahu peniaga yang memenuhkan masanya bekerja dengan berzikir dan sebagainya.Kita mahu peniaga yang hatinya sentiasa mengingati Allah. Bukan mementingkan keuntungan semata-mata.


Janganlah Terlalu berkira....


Orang Melayu jual mahal.Mahal 4 ke 5 sen je."Memanglah, tapi kalau beli banyak-banyak, banyak tu. 1 Juta takkan cukup kalau tiada 5 sen." Inilah realiti dan pemikiran masyarakat Islam masa kini. Malah,saya sendiri sering mengalami masalah ini. Namun, kali ini, kita hendaklah mengubah cara kita. Anggaplah 5 sen itu untuk membantu mereka membayar zakat perniagaan mereka.Sebab, orang Islam sahaja yang bayar zakat. Kan ??


Makanan ni pun macam cari calon isteri juga..

Imam Abu Hanifah pernah berkata " nak cari isteri, kena pilih betul-betul,kerna genetik akan mengalir dalam tubuh badan pasangan yang berkahwin dan hasilnya akan terlihat pada anak yang bakal dilahirkan."
Begitulah juga makanan. Apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita.Malah, masyarakat arab dulu melakukan takhnik dengan meminta Rasulullah s.a.w untuk mengemam kurma sebelum disapukan ke gusi dan lelangit bayi untuk mendapat barakah dari Rasulullah s.a.w . Begitu juga kita lihat Ummu Aiman yang meminum air kencing Rasulullah s.a.w dan banyak lagi kisah lain.

Ternyata seminar ini benar-benar membantu saya. Semoga ilmu ini dapat saya sebarkan kepada sahabat-sahabat lain.

Turut diadakan selepas itu ialah sesi rawatan Islam yang diberikan sendiri oleh Ustaz Khairuddin dan isterinya.
para peserta menunggu giliran untuk menjalani rawatan

Menghadiri Muktamar Agung PMI - Apa yang penting..KERJASAMA






Alhamdulillah, selesailah sudah teka teki mengenai tampuk pemerintahan yang baru bagi Persatuan Mahasiswa Islam UTMKL. Selaras dengan tema " Kepimpinan Merintis Perubahan " saya amat berharap agar kepimpinan yang baru ini dapat memperbaiki aspek-aspek kekurangan dan meningkatkan lagi kecemerlangan PMI. Pada program ini juga saya sempat bertemu semula dengan Brother Hendri,Saipul Somme yang rata-rata merupakan tulang belakang PMI, yang sentiasa bersedia untuk mengorbankan apa saja demi 1 matlamat - Islam. Turut kelihatan mantan Naib Presiden KSS, sister Mashitah turut sama menghadiri muktamar kali ini.



Ternyata sesi Perbahasan pada muktamar kali ini boleh dikatakan cukup padat dengan idea-idea dan komen-komen bernas. Tidak terkecuali saya sendiri yang melontarkan pertanyaan terhadap beberapa perkara. Saya sama sekali tidak menyalahkan pihak PMI terhadap apa yang berlaku. Malah, saya sendiri sedar bahawa tugas membawa Islam ini bukannya terletak pada PMI sahaja, malah seluruh persatuan. Saya amat memahami perkara ini. Saya merujuk terhadap beberapa perkara. Antaranya :


1. Masalah Komunikasi dengan JKM KSS

Saya di sini bertanyakan kepada Lujnah Dakwah dan Pendidikan mengenai apakah sebenarnya yang didefinisikan sebagai masalah itu. Ini adalah kerana sepanjang saya berada di dalam PEKERTI saya sering memohon bantuan dan khidmat dari wakil-wakil PMI untuk program Bicara Siswa.Saya bukanlah bercerita tentang tiadanya program PMI di KSS kerana saya sendiri sedar akan hakikat bahawa masyarakat kolej di KSS kurang memberi komitmen.Bagi saya, maklumkan saja tentang program yang berlangsung,maka saya akan cuba menyebarkannya kepada warga KSS.

2.Risalah PMI yang kurang
Mungkin pembahagian mengenai risalah ini perlu lebih efisien. Saya tahu bahawa PMI sendiri berkeinginan kalau boleh semua mahasiswa dapat membaca risalah keluaran PMI ini. Namun saya faham kekangan masa dan tidak semua boleh mencoret dan menggarap idea untuk dilontarkan kepada semua pembaca.Cumanya kita mahukan bahawa jika pada hari itu risalah itu dikeluarkan,maka sekurang-kurangnya pihak kami akan tahu dan akan cuba untuk mendapatkannya.

3. Pasukan Futsal Tidak dapat berjalan lancar kerana kurang Tenaga kerja dari KSS
Di sini juga saya agak pelik.Mengapa tiba-tiba KSS yang menjadi permasalahnnya.kerana bagi saya, sekiranya PMI ingin KSS menghantar satu pasukan futsal untuk bermain perlawanan persahabatan, saya kira ianya tidak menjadi masalah. Mungkin di kedua-dua pihak tidak ada nombor untuk dihubungi menyukarkan lagi riadah ini.

4. Pemberian Kad Hari Raya atau Hari Lahir kepada ahli
Alhamdulillah, soalan ini telahpun dijawab dengan begitu padat dan bernas oleh Brother Farhan. Pemberian kad telah ditukar kepada SMS. Satu perubahan yang selaras dengan kemajuan zaman kini yang kebanyakannya lebih tertumpu kepada penggunaan SMS.

Banyak lagi isu-isu, komen dan beberapa cadangan yang dilontarkan. Antaranya isu PRK yang lepas,isu tiadanya tercatat dalam laporan tahunan mengenai Program Kerjasama PMI,Comstar dan JKM KSS dan KSJ iaitu Sambutan Maulidur Rasul, program-program yang berkala dan sebagainya.

Namun, bukan perbezaan dan percanggahan idea yang kita ingini. Malah kesatuan hati-hati dan pemikiran untuk meletakkan kembali Islam itu di tempat yang mulia. Perkara ini ditekankan oleh sister Mashitah dalam sesi perbahasan dan ianya benar-benar menyelinap di pelusuk kalbu sidang dewan.



Namun, di sebalik komen itu semua,sebenarnya PMI telahpun berjaya melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa yang kebanyakannya ditabalkan sebagai Presiden-Presiden Persatuan dan MPP seperti Saudara Mansor, Saudari Wafak (MPP),saudara Azwan dan Fitri yang menjadi orang kuat Shoutul Mujahid yang kini dibai'ahkan sebagai Presiden SMART dan KSJ dan ramai lagi.Syabas diucapkan kepada saf kepimpinan PMI sesi 07/08.

Harapan saya agar tampuk pemerintahan yang baru ini mampu memperkasakan aktiviti-aktiviti berkala dan mengeratkan kerjasama antara PMI dengan persatuan-persatuan lain, PMI dengan HEP dan PMI dengan badan dakwah di luar lain seperti PMIUM, PMIUSM dan sebagainya serta dengan badan-badan NGO yang lain.

Dan,saya selaku wakil KSS akan cuba sedaya upaya saya untuk membantu dalam menjayakan program-program yang dianjurkan baik dari pihak PMI mahupun dari Persatuan-Persatuan lain.Kerna..bak kata Wonderpets.." apa yang penting....KERJASAMA..."

Kembali Kepada Asas.. Itu Kunci Kejayaan


Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah...Mujurlah saya sempat berchatting sebentar bersama bekas-bekas pemimpin pelajar..Permasalahan soal akhlak dalam kampus kini semakin menular.Budaya- budaya yang kurang senang di lihat mata juga semakin sukar dikawal.




" bukan lagi dok terlalu sibuk dengan program ntah apa2 yang kononya grand "

- ungkapan ini amat saya sokong sekali. Ini kerana pendekatan kali ini, sama sekali saya melihat dari segi satu aspek - mementingkan dalaman. kIta tidak mahu sibuk menghidupkan dan menganjurkan program yang besar-besar tetapi dalam masa yang sama pengisian untuk makanan hati tiada.

" letakkan matlamat yg betul bila kita pegang jwtan. berjaya atau x tu bukan persoalan yg penting kita buat bersungguh2 atau x "

Jalan ini pasti berliku...
kerna aku tahu..
ada kejayaan di penghujungnya
akan ku redah dan harungi jalan ini
akan aku bangkit semula...
Pandulah diriku ini dengan iman...

ALLAHU AKBAR..







Thursday, February 5, 2009

Carta Organisasi JKM KSS


MAJLIS TERTINGGI

PRESIDEN : Muhammad Afdhaluddin Mohd Yusof
TIMBALAN PRESIDEN : Nur Farhana bt Mohd Azam
SETIAUSAHA : Nurfatihah bt Raslan


MAJLIS EKSEKUTIF


BIRO KEROHANIAN DAN ETIKA

PENGERUSI : Mohd Hazrai b Mohd Zahar
TIMBALAN PENGERUSI : Hanis bt Shahruddin
SETIAUSAHA : Nur Sabrina bt Mohd Zamri


BIRO AKADEMIK DAN KEBAJIKAN

PENGERUSI : Mohd Afif b Jasmi
TIMBALAN PENGERUSI : Nurul Jannah bt Ahmad
SETIAUSAHA : Nursyafiqah bt Muhammad


BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN

PENGERUSI : Khairul Shazuan b Khairuddin
TIMBALAN PENGERUSI : Azyan bt Zulkifli
SETIAUSAHA : Noor Shakirah bt Ishak

BIRO INOVASI DAN PENYELIDIKAN

PENGERUSI : Nur Izni bt Mohamad
TIMBALAN PENGERUSI : Nur Farhana bt Abdul Jamil
SETIAUSAHA : Nurul Syafiqah bt Mohd Habib


BIRO KEUSAHAWANAN DAN KORPORAT

PENGERUSI : Mazwani bt Zakaria
TIMBALAN PENGERUSI : Nur Haryani bt Hamzan
SETIAUSAHA : Siti Nur Fadhilah bt Mohamad


BLOK - BLOK



APG
KETUA BLOK : Nabila Raihan bt Towait
TIMBALAN : Nur Farahin bt Jamalulail
SETIAUSAHA : Rahayu bt Hussein Kamal


APH
KETUA BLOK : Nazriah bt Rasul
SETIAUSAHA : Zaitun bt Kassim


APL
KETUA BLOK : Mohd Izzat b Othman


C
KETUA BLOK : Mohd Ridzuan b Abd Rahman

Menghadiri Program Palestin di KSJ...





Semalam saya sempat untuk berkunjung ke Kediaman Siswa Jaya bagi . Walaupun agak lewat,kerna mempunyai kelas dari pukul 8 - 10. 15 malam, namun saya sempat juga datang untuk merasai suasana keprihatinan penduduk UTM International Campus terhadap isu semasa. Antara program utamanya pada malam tersebut ialah Forum Perdana, Jualan Amal, Montaj dan banyak lagi.




Saya pastinya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada JKM KSJ yang telah menjemput kami khususnya penghuni KSS. Difahamkan sebanyak sebuah bas telah disediakan untuk para penghuni KSS menghadiri program iniIni sekaligus dapat mengukuhkan lagi jalinan antara JKM KSJ dengan JKM KSS. Siapa tahu mungkin akan diadakan satu program besar untuk mengendalikan sesuatu program ??

Menyentuh tentang isu di Gaza, saya merasakan dan amat berharap agar lebih ramai lagi warga UTM yang akan cuba sedaya upaya untuk keluar dari kepompong golongan-golongan yang membeli barangan yang menyalurkan dana ke Israel.




orang yang terlalu ramai...sehingga ada yang hanya mampu mendengar dari jauh...
 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design