. Berjalan.Melihat.Mentafsir

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Sunday, January 10, 2010

Tiupan Angin bergelora....

Pagi yang indah.Bunyi-bunyi burung yang asyik dengan zikir mengagungkan kalimah Allah.Bunyi bunyi ekzos kereta dan motor yang sudah pagi-pagi lagi beroperasi. Seperti biasa, rutin harian di pagi hari. "Hari ni nak pulang kejap..". Pastinya ada sahaja berita menarik yang akan menarik minatku.Kemenangan skuad bola sepak selangor semalam masih lagi segar dalam ingatan. Bangkit dari ketinggalan 1 gol untuk menang dengan 2-1. Tiba-tiba,terasa ada tiupan angin yang kuat dari situ..tiupan dari sebuah jalan dan dari sebuah pokok yang boleh Dirasa buahnya....

angin itu seolah-olah memanggil-manggil diri ini untuk terus pergi ke sana..pergi melihat keadaanya. Jalan itu seolah-olah sedang menderita..mungkin dek kerana nasihat dari saya tempoh hari..membuatkan Jalan itu mula buntu. Buntu dengan tingkah lakunya.. dan seolah-olah kini membuat keputusan untuk melakukan sesuatu perkara yang saya kira ada baik dan ada buruknya...Bersabarlah, anda diuji dengan dugaan yang kuat lagi. Kadang kala saya kasihan dan sedaya upaya membantu..tetapi masih lagi gagal.. Mungkin kehadiran 'entiti' baru itu lebih mendamaikan hatimu...

Kemudian, angin itu membawa saya ke pokok itu.Pokok itu tiba-tiba menikam saya bertubi-tubi..Arghh..pedih rasanya.Tetapi ada hikmah...itu sahaja di dalam fikiran ini. Mungkin saja tikaman itu mahu melihat saya lebih rapat dengan Dia..mungkin tikaman itu untuk kebaikan semua.ya, saya terima sahaja..alhamdulillah, masih ada makhluk Allah yang mampu memberi mesej bermakna kepada hati ini. Andai kata sudah tidak ada yang datang menasihati, maka pastinya ia menjadi kebimbangan saya. Kemudian, saya berdialog sebentar bersama pokok itu...

" kenapa kamu tikamku ?"
" supaya kau sedar apa yang kau lakukan "
" apa yang telah aku lakukan? "
" ahh..buat buat tanya pula. Sendiri punya badan, takkan tak tahu..."
bingung...buat apa ya ? " apa..sungguh tak faham..."
" Kau sendiri tahu tentang perkara itu, tapi kau juga yang lakukannya.."

ahh..apa hal dengan pokok ni... " percuma aja kalau semuanya sudah kau tahu,tapi kau terus berbuat demikian.." " baiklah..aku berterus terang...aku tahu, kau selalu datang ke sini..memberi kata-kata semangat kepadaku...malah,aku mengucapkan terima kasih atas kata-katamu itu..tetapi aku juga tahu...kau sering juga singgah di taman di seberang sana. Entah apa yang kau buat, aku tak tahu...tetapi perbuatanmu itu mencurigakan banyak pihak.Tiap kali ada yang lalu di sini,semuanya menceritakan tentang kau.Bahkan hari-hari aku dengar mengenaimu. Itu sebab aku mencucuk kau.."


sudah dijangka dari awal lagi.tepat sekali..Allah,bagaimana harus aku terangkan kepada pokok ini..hmmm..hendak dibiarkan, melarat jadinya. Singgah di sana bukan untuk bersuka ria, tetapi ada tujuan di sebalik kunjungan. Ya , sering kali kadang-kadang tergelincir di taman itu..dan kadang kala aku sendiri yang berpura-pura menjatuhkan diri di taman itu.tapi aku masih tetap mengingatkan penghuni-penghuni taman itu..bahawa semua ini gurauan sahaja..tidak ada yang serius kerna masing-masing sudah tahu perkara itu...

saya bertanya " kenapa baru sekarang pokok mahu bertanya kepadaku? ". Diam seribu bahasa. Mungkin dia mahu mengkaji sebenar-benarnya khabar ini, baru bertanya,fikirku untuk terus mempositifkan minda. Sementara itu, aku memandang semula pada jalan dan taman itu.Kedua-duanya mengingatkan ku kisah beberapa bulan lalu. Di tengah-tengah medan berjuang, isu itu berkembang sehingga ada memberi sedikit kesan kepada fokusku pada medan itu. Tapi ramai yang tak tahu. Kerna aku tidak mahu semua orang tahu kisah itu. Cukup sekadar hanya maklumat yang sedikit.

aku bertanya lagi.."bukankah dulu aku pernah berkata padamu , kalau ada apa-apa perkara yang memusykilkan hati, terus saja di tanya..tidak perlu tunggu sehingga jadi begini. Aku sedia mendengarnya,walaupun mungkin pahit untuk menelannya. Tapi,takpelah..terima kasih atas nasihat kau wahai pokok"

Sesekali teringat semula kisah lama..6 7 bulan yang lalu...kerusi ditarik bagai mainan,ke sana ke mari..perlakuan itu mendapat teguran dari Hanis.Ya, terima kasih kerana mengingatkan...kadang kala terlalu excited sehingga menjadi kurang waras dalam tindakan...

Indahnya andai aku dapat khabarkan pada semua...
Indahnya andai semua perkara dapat dikhabarkan..
Terima kasih kerana mengingatkan,
Tetapi jangan lupa aku juga insan biasa,
Insan yang sering lupa apabila tiada yang menemaninya..
Tercari-cari jalan pulang..disepak dibuang ketepi..
hanya sebab gaya fikiran yang berbeza..
terkapai-kapai mencari cinta Allah..

aku bukan malaikat.
yang mulia itu.
Aku punya kekurangan.
Inilah kekuranganku.
Tetapi jangan risau..
aku telah berjanji pada diriku sendiri..
untuk tidak membawa benda lain selain sijil diploma,pengalaman..
dan kawan-kawan..
hanya kawan..
bohong jika kata janji itu kadang-kadang goyang..
tetapi janji itu tetap berdiri walaupun kelihatan semakin usang.,
kerana hanya tinggal 6 bulan sahaja...






Saturday, January 2, 2010

1 Minggu di Sabah...

hari ini, saya berhajat mahu menceritakan tentang pengalaman saya untuk ekspidisi ke Sabah. Awalnya, saya telahpun membuat persiapan dari segi peralatan,dan maklumat untuk pendakian. Malah,lebih bersemangat lagi, saya sendiri telah mem'post'kan peralatan-peralatan yang perlu di bawa. Memandangkan jarak rumah saya dengan UTM yang dekat, maka saya ditugaskan untuk mengadakan rundingan dengan pihak Universiti Malaysia Sabah untuk mengadakan lawatan sambil belajar di sana. Awalnya, rasa segan sebab saya memang agak lemah dalam bab-bab berurusan dengan orang lain. Namun, saya teringat pesan Encik Noraimi, tentang salah satu perkara yang dapat dipelajari di dalam JKM ialah berunding, maka saya kuatkan diri untuk memulakan rundingan. Alhamdulillah, saya dapat berurusan dan telahpun menyampaikan apa maklumat penting kepada saudara Fareez.

Hari Ahad, para peserta mendaftarkan diri di kSJ..memulakan latihan fitness. Agak kelakar juga kerana masing-masing masih lagi kekenyangan memakan daging korban beberapa hari sebelum ini.mangsa pertama...kaizer sopan..hehe..taim panjat-panjat bukit di titiwangsa..terjatuh...macam-macam gelagat..mane taknya..kene sit up, pumping dan banyak lagi... nak cerita semuanya..pergh..letih la jugak...malam-malam carik peralatan..kasut getah, bena clavar(xpasti betul ke x ejaan )..latihan kebudayaan...latihan kebudayaan? hmm...menarik..kami semua berkumpul di bilik kebudayaan KSJ..semua pakat main ketuk je...last-last sedap..aku sebagai pemain gong..wah..seronok..inilah pengajaran yang pertama - jangan menyerah sebelum mencuba..

ketika sesi training...team kami kalah...kene la pumping..sebab tak de perancangan..akhirnya..kami mampu memenanginya pada pusingan kedua...ini juga pengajaran kedua - rancang untuk berjaya dan semangat berpasukan itu penting.Walaupun banyak perkara -perkara menarik berlaku..tapi..saya rasa lebih elok saya memfokuskan pada pendakian saya ke puncak kinabalu.

Tapi sebelum tu, saya ingin menceritakan kehidupan bersama keluarga angkat di Beaufort, Sabah. Kami disambut dengan persembahan kulintangan yang menarik sekali. Sama sahaja seperti cak lempong, cuma ada lainnya dari segi instrumennya. Seperti biasa, kami dilayan agak istimewa. Saya bersama Shafeek, presiden RIC tinggal serumah.Ayah angkat kami merupakan pengerusi masjid di kawasan Kampung Berangkok tersebut. Hubungan silaturahim antara keluarga keluarga di sana terjalin oleh sebab mereka semua merupakan satu keluarga. Yang tu sepupu yang ni, yang ni adik beradik yang sana...pening kepala memikirkannya. Malam Pra Penyerahan anak angkat dimulai dengan bacaan yassin dan sedikit pemberian cenderamata kepada keluarga -keluarga angkat.

Satu perkara yang menarik di sana ialah makanan mereka seperti ambuyat,kinoball dan banyak lagi. Pada malam kedua kalau tak salah, ada majlis tahlil di rumah keluarga angkat Khairi. Kami dijamukan dengan daging kerbau, ambuyat dan banyak sekali. Paling mendapat perhatian pastinya ambuyat.Rasanya...erm..boleh tahan..kalau nak sedap...cicahlah dengan kuah kari, kuah kicap dan sebagainya. Cara makannya juga lain. Mula-mula digulung menggunakan buluh yang halus, kemudian dicicah dengan kuah apa-apa sahaja dan kemudian di telah begitu sahaja. Telan terus,jangan kunyah. Keesokan harinya,Kami dibawa ke Tamu, sama seperti Pasar Tani yang menjual pelbagai barangan dan makanan. Kemudian singgah di 2 kenduri kahwin. Ayah angkat kami kata, hari tu sahaja ada 5 jemputan tak kira waktu.Pagi,petang,malam semua boleh saja jalan. Kemudian, jam 2 petang, ada friendly futsal dengan belia kampung berangkok. Skuad lelaki menang 6-2 ngan 2-1..perempuan kalah 1-0..ok la tu..paling best bile main taim tu ada iman,radzi,khairi,kaizer..memang sedap la maen..lepas je habis tu..pegi dewan untuk training boria dan dikir barat..haha..alhamdulillah,malam tu kami telah membuatkan persembahan yang bagi saya lebih terbaik daripada jumlah latihan yang tak seberapa, dan dalam tempoh yang singkat. Esoknya,kami berangkat bergerak ke Kinabalu Park. Sebelum tu, berkumpul dulu di dewan untuk sesi terakhir. Agak sebak juga sebab seolah-olah kami telah membuat banyak salah..eh, bukan..seolah-olah mereka banyak salah dengan kami...sebak..serius..layanan yang diorang berikan amat tip top...semoga Allah sentiasa merahmati kampung berangkok...



Dalam perjalanan, saya duduk di belakang sekali..bersama-sama beg-beg diorang semua. Menarik..saya,ain,zeeha asik-asik kene betolkan beg-beg dorang nih..Sampai di Kinabalu Park, apa lagi..dah mula sejuk..asap dah mula keluar ikut mulut..haha..best..petang tu..pi makan kat Ranau, pi Poring Hot Springs..kemudian balik semula ke Kinabalu Park..Malam tu kenakan Encik Sharil..sume pakat baling tepung kat die...lepas mandi semua, saya mengenangkan mesej dari seorang kawan.. mesejnya seperti saya akan pergi untuk selamanya..hmm..bimbang juga...malam itu saya berasa sejuk sekali. sejak berada di Kinabalu Park lagi, saya sudah kesejukan. Pakai berlapis-lapis malam tu nak tido,still sejuk. Bilik kami tak perlukan air cond, sebab dah memang sejuk.Malam tu,pakai macam mana pakaian nak daki gunung..risau serangan asma sepanjang pendakian nanti.
Malam tu, baru first time makan kinoball..pergh..bole la..tapi kalau makan banyak-banyak..kenyang jadinya..


keesokan paginya..kami bangun..dalam pukul 5 camtu..solat...sebelum pi sarapan..amik gambar banyak-banyak..bende yang paling penting..post card yang tertulis Icame..I saw I conquered...ada gambar mt. kinabalu kat situ..itulah salah satu visualized dalm memotivasikan diri dan orang lain.
to be continued...

Friday, December 25, 2009

ini keluarga saya...jangan fikir saya tak da keluarga...

keluarga. itulah antara perkara yang ditanyakan acap kali oleh sesetengah pihak. Membuatkan saya kadang-kadang tidak faham,apa sebenarnya yang mereka mahukan.

Yang manakah yang lebih penting, ukhuwah dan kesefahaman ataupun kepatuhan kepada mereka?JKM itu adalah keluarga saya. Sebuah keluarga yang ada macam-macam pahit manis di dalamnya. Keluarga yang bebas untuk mengutarakan pendapat masing-masing. Keluarga yang sedia menerima teguran,nasihat dan pandangan dari pelbagai pihak. Keluarga yang menghargai pendapat kesemua ahli di dalamnya. Encik Noraimi sendiri kadang kala menyampaikan isi-isi penting yang cukup bermakna. Keluarga yang menghormati prinsip seseorang.


Memang, tak semua perkara di dalamnya kita ingat. Kadangkala,kita lupa hari lahir salah seorang ahli. Kita lupa jumlah adik beradiknya ada berapa dan sebagainya. Tetapi semangat saling tolong menolong, berkongsi idea,motivasi dan sebagainya membuatkan kami bahagia bersama keluarga ini. Mungkin ada ahli yang 'karam' di dalamnya, tetapi kami tetap cuba untuk menghulurkan pelampung untuk menyelamatkannya. Malah, ada ahli sendiri yang terjun ke dalam lautan.

Dalam menerima idea dan pandangan dari bukan ahli keluarga, ini tidak bermakna yang kita sebagai ahli keluarga kena menerima sebulat-bulatnya idea tersebut. Malah, saya sendiri sedar bahawa JKM sekarang sedang cuba untuk membentuk tali-tali ukhuwah untuk JKM yang baru dan kita seharusnya belajar untuk HORMAT kepada usaha mereka itu. Saya sebagai ahli yang lama hanya boleh sekadar memberi nasihat,dan tidak semestinya idea dan nasihat saya itu sesuai.ini adalah kerana hanya mereka yang tahu cara untuk menyelesaikan urusan rumah tangga keluarga ini.

Ketika ini saya melihat movie Princess Diary, dan di mana Puteri Mia telah membawa bersama-sama anak-anak yatim piatu untuk turut sama ke dalam perarakan yang sepatutnya untuk Puteri Mia sahaja. Turut dari kereta kudanya, dan terus datang ke sekelompok anak-anak yatim itu. Keprihatinannya kepada orang biasa, mendengar rintihan dari mereka itu adalah salah satu sifat pemimpin yang baik. Mendengar suara dari mereka, melibatkan diri dengan mereka dan bukan sekadar menerima idea dari orang-orang di dalam kerajaannya. Tetapi ada bagusnya juga kita mendengar suara dari kalangan ahli, tetapi biarlah dilakukan terhadap semua ahli.

Inilah keluarga saya. Saya mempelajari banyak perkara di dalam keluarga ini. Saya mempelajari dan kadangkala mengajar mereka. Sistem pengajaran yang berbeza, tidak perlu kepada paksaan yang akan membuatkan ahli semakin lari dari kita. Tetapi, setiap keluarga ada cara tersendiri dan tidak semestinya cara itu bagus di keluarga kita, bagus juga untuk keluarga lain. Kepintaran untuk menanamkan rasa tanggungjawab di dalam ahli keluarga itu penting.

Inilah keluarga saya. Maka, adalah tidak salah sekiranya ada ahli di dalam keluarga ini hadir ke rumah terbuka salah seorang ahli yang lain di dalam keluarga ini, iaitu saya sendiri. Maka,apakah wajar pihak lain mempersoalkan kehadirannya ke majlis tersebut. Apakah perlu diutamakan keluarga lain yang acap kali sahaja datang menjenguk.

Ini keluarga kami. Memang,ada kalanya cara yang bukan kami itu lagi bagus, tetapi seperti yang saya nyatakan, tak semestinya cara itu berkesan untuk kami.Entahlah....


AKhir kata,jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Penyusunan strategi itu penting dan usia keluarga yang baru dibentuk itu perlukan keserasian dan kefahaman. Rumah tangga suami isteri yang dah dibentuk lame pun boleh bergoyang,inikan pula yang baru...maka bersabarlah...beri mereka peluang untuk bernafas....

Sunday, December 20, 2009

Menjadi Pemimpin Yang "Menjadi" www.iluvislam.com

Konflik dalam kalangan pemimpin merupakan perkara biasa, bukan sahaja di Malaysia , malah di banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Namun, cara dan suasana konflik tersebut diselesaikan adalah yang lazimnya menarik perhatian.

Cara dan suasana konflik juga berbeza diantara satu sama lain. Agak mengecewakan apabila konflik sebegini biasanya berjaya diselesaikan dengan lebih baik dalam kalangan pemimpin bukan Islam berbanding pemimpin Islam itu sendiri. Walhal, panduan dari AlQuran dan Hadis sudah berada di tangan mereka untuk bertindak sebagai pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’.

Sebenarnya terdapat beberapa item yang memungkinkan pemimpin itu untuk benar-benar ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan. Bukan hanya terpimpin dengan selamat di dunia, malah juga di akhirat nanti. Sepertimana pesan seorang guru kepada anak muridnya ; ["Pemimpin yang baik,mampu menjadikan orang yang dipimpinnya sebagus atau lebih bagus dari ia"]

Item pertama pemimpin ialah iman.

Secara ringkas, iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin’.

Imun maknanya kebal daripada maksiat serta kebal daripada sogokan dan pujukan.

Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik.

Amin pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah.

Item kedua ialah ilmu kepemimpinan.

Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Apabila kepemimpinan itu ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap, maka, jika tidak ada ilmu berkaitan kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin oleh mereka.

Item ketiga ialah ’kepimpinan diri’.

Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud ; [“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin”].

Hal ini termasuklah dalam hal memimpin diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan menyalahkan orang lain demi keselamatan diri.

Item keempat ialah ‘kemahiran komunikasi’.

Kerenah orang-orang yang dipimpin mampu ditangani dengan kemahiran komunikasi yang ada. Antaranya ialah, bercakap dengan terang jelas dan nyata serta mudah difahami oleh mereka. Seterusnya, setiap pemimpin perlu berusaha menjadikan dirinya mudah untuk didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol.

Pemimpin juga perlu ikhlas kerana walaupun ikhlas adalah perkara abstrak namun, ia boleh dirasai dengan mata hati. Tindakan juga merupakan suatu cara komunikasi yang efektif berbanding banyak berkata-kata.

Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Item-item lain bagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’ juga ialah apabila sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

Selain itu, mereka juga sentiasa membesarkan Allah dalam setiap hal, memastikan hati dan penampilan luaran sentiasa bersih, serta lebih banyak memberi dengan ikhlas berbanding memberi kerana ingin mendapat lebih banyak. Insha-Allah dengan item-item ini, walau apa-apa sahaja konflik yang melanda kelak, pasti akan mampu diselesaikan dengan lebih baik oleh mana-mana pemimpin Islam. Wallahu’alam.

Minggu Pertama Minggu Menarik

Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menghadiri Konsert Amal untuk mengutip dana bagi membantu saudara Nazrey Johani yang berhasrat untuk membina sebuah sekolah tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah.Konsert tersebut menampilkan artis seperti Inteam, Nice, Algebra dan Nazrey sendiri. Ternyata, hasrat murni saudara NAzrey itu tidak dipandang sepi oleh masyarakat. Sedih dan pilu bila mengenangkan nasib anak-anak di Sabah. Lebih lebih lagi, saya sendiri telahpun berkunjung ke sana dan serba sedikit tahu keadaan di sana.Di Uia ini juga, saya berkesempatan bertemu dengan sahabat lama saya, Syamim. Seronok dapat bertemu semula setelah lama tidak bersua.






"Esok,kumpul kat bank pukul 7." itu mesej dari saya kepada mereka yang nak pergi forum Iluvislam - Mencari Cinta Sempurna.Mungkin agak kelakar sedikit semasa dalam perjalanan dari UTM ke stesen LRT Damai,tapi itulah cabaran dan pengorbanan.Kami selamat tiba di KL Sentral pada jam 8.25 pagi. Sarapan roti sahaja,kemudian naik komuter.Lupa pula yang kalau naik di KL Sentral,alamat sendat la jawabnya. Tapi kami teruskan jua perjalanan.Tiba di Inspen, menguruskan soal pendaftaran mereka-mereka yang di bawah saya ( ayat x boleh blah)..mendengar forum yang cukup menarik.

Terutama sekali tentang persoalan, adakah cinta itu tujuan ataupun perjalanan. Saya sendiri tak pasti apakah jawapan yang sesuai kerana cinta itu subjektif, bak kata moderator.Setiap orang ada penilaiannya masing-masing.Akal juga sering menafikan kebenaran tentang sesuatu perkara. Contohnya, aqal sudahpun tahu kena pilih yang baik-baik, tetapi kita masih lagi enggan dek kerana hasutan nafsu.

Ustaz Dzulkhairi,bekas presiden GAMIS menyampaikan bicara tentang Ciri-Ciri orang yang mendapat halawatul iman, iaitu kemanisan iman.Yang Pertama, cintakan Allah dan Rasul melebihi dari segalanya.Yang Kedua,benci kepada kekufuran seperti bencinya dicampakkan ke dalam api neraka dan yang ketiga,cintakan seseorang itu kerana Allah.

Saya juga teringat sebuah hadith kalau tak salah,tentang 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah ketika mana saat tiada lagi perlindungan selain dariNya. Salah satunya ialah 2 orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Saya sendiri tak berani untuk menghuraikannya,kerna bimbang huraiannya saya bukan berdasarkan aqal.

Di sini juga ingin juga saya berkongsi beberapa pepatah kalau tak salah saya..

Bagaimana Hati itu boleh bersinar andai gambaran dunia masih terlekat padanya?Adakah cinta kita kepada Allah dan Rasul telah melebihi segalanya? itulah persoalannya.Bayangkan,ketika mana Bilal bin Rabah datang melawat Madinah, dan cucu Nabi Muhammad s.a.w meminta Bilal untuk mengazankan, satu Madinah keluar dan menangis mengenangkan saat indah ketika bersama dengan Rasulullah s.a.w. Masya Allah..sungguh mendalam sekali cinta para sahabat ketika itu....

Disamping itu,kita juga hendaklah mencari kepuasan spiritual yang sering hilang dalam diri kita. Kepuasan itu hanya tercapai dengan mengingati Allah. Ini selaras dengan firmannya di dalam Al Quran

" barangsiapa mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.."


Forum itu diakhiri dengan persembahan Muadz. Paling seronok apabila mendengar lagu Stand Up secara live. Alhamdulillah,Segalanya berjalan lancar.Adalah sedikit kekurangan,namun itu adalah perkara biasa. Tahniah buat krew iluvislam yang telah membuat program ini,dengan nama yang catchy,dan atas kejayaan menghasilkan sebuah tabloid yang bakal mewarnai dunia cetak di negara kita ini.



Allahuakbar !!

menuju perjalanan pulang,singgah sebentar di Mid Valley,ada education fair.Tapi sayang, lebih banyak tentang management,nursing,account, IT..apa lagi..balik lah..bersiap untuk ke Shah Alam...Syarahan Perdana Prof Yusuf Al Qardhawi...


suasana di Masjid Shah Alam cukup sesak.Sebaik sahaja selesai solat maghrib,saya bergerak ke depan untuk melihat sendiri wajah tokoh besar ulama dunia ini.Namun, saya hanya mampu melihat melalui pandangan tepi sahaja. Walaupun begitu,perasaan kecewa itu bertukar menjadi puas dan bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menatap sendiri wajah Prof Yusuf Al Qardhawi.

Beliau sempat memberikan syarahannya,dan diantaranya beliau berdoa agar Masjidil AQsa kembali dalam dakapan Islam. Malah,hijrah dan kemenangan itu bagi beliau ialah apabila seseorang itu berjaya mempertahankan prinsip pegangan walaupun diseksa,dihina dan sebagainya.

Malah, beliau juga menggesa agar pertubuhan dan gerakan islam menyusun strategi dengan baik demi kesejahteraan Islam. Malah,beliau sendiri menegaskan bahawa Islam adalah agama yang dibantu banyak denagn kekuatan semangat berjemaah,iaitu orang yang ramai.

Di dalam hati saya berdoa alangkah indahnya andai ramai yang datang pada malam ini bersatu hati untuk menentang mereka-mereka yang menentang Islam.Ketepikan ideologi dan fahaman yang berbeza,kerna kita perlu mencari titik kesatuan,bukannya titik perpecahan.

Selesai di sana, kami bergegas menuju ke Majlis Pelancaran Opick FC. mungkin kerana ramai yang datang ke Masjid Negeri menyebabkan tidak ramai yang datang ke sini,namun Opick tetap menghiburkan hati para peminatnya. Seronok...alhamdulillah..minggu yang pertama ini,macam-macam perkara dilakukan.Semoga saya berkesempatan lagi untuk mengikuti program-program seperti ini lagi...







 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design