. Minggu Pertama Minggu Menarik

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Sunday, December 20, 2009

Minggu Pertama Minggu Menarik

Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menghadiri Konsert Amal untuk mengutip dana bagi membantu saudara Nazrey Johani yang berhasrat untuk membina sebuah sekolah tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah.Konsert tersebut menampilkan artis seperti Inteam, Nice, Algebra dan Nazrey sendiri. Ternyata, hasrat murni saudara NAzrey itu tidak dipandang sepi oleh masyarakat. Sedih dan pilu bila mengenangkan nasib anak-anak di Sabah. Lebih lebih lagi, saya sendiri telahpun berkunjung ke sana dan serba sedikit tahu keadaan di sana.Di Uia ini juga, saya berkesempatan bertemu dengan sahabat lama saya, Syamim. Seronok dapat bertemu semula setelah lama tidak bersua.






"Esok,kumpul kat bank pukul 7." itu mesej dari saya kepada mereka yang nak pergi forum Iluvislam - Mencari Cinta Sempurna.Mungkin agak kelakar sedikit semasa dalam perjalanan dari UTM ke stesen LRT Damai,tapi itulah cabaran dan pengorbanan.Kami selamat tiba di KL Sentral pada jam 8.25 pagi. Sarapan roti sahaja,kemudian naik komuter.Lupa pula yang kalau naik di KL Sentral,alamat sendat la jawabnya. Tapi kami teruskan jua perjalanan.Tiba di Inspen, menguruskan soal pendaftaran mereka-mereka yang di bawah saya ( ayat x boleh blah)..mendengar forum yang cukup menarik.

Terutama sekali tentang persoalan, adakah cinta itu tujuan ataupun perjalanan. Saya sendiri tak pasti apakah jawapan yang sesuai kerana cinta itu subjektif, bak kata moderator.Setiap orang ada penilaiannya masing-masing.Akal juga sering menafikan kebenaran tentang sesuatu perkara. Contohnya, aqal sudahpun tahu kena pilih yang baik-baik, tetapi kita masih lagi enggan dek kerana hasutan nafsu.

Ustaz Dzulkhairi,bekas presiden GAMIS menyampaikan bicara tentang Ciri-Ciri orang yang mendapat halawatul iman, iaitu kemanisan iman.Yang Pertama, cintakan Allah dan Rasul melebihi dari segalanya.Yang Kedua,benci kepada kekufuran seperti bencinya dicampakkan ke dalam api neraka dan yang ketiga,cintakan seseorang itu kerana Allah.

Saya juga teringat sebuah hadith kalau tak salah,tentang 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah ketika mana saat tiada lagi perlindungan selain dariNya. Salah satunya ialah 2 orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Saya sendiri tak berani untuk menghuraikannya,kerna bimbang huraiannya saya bukan berdasarkan aqal.

Di sini juga ingin juga saya berkongsi beberapa pepatah kalau tak salah saya..

Bagaimana Hati itu boleh bersinar andai gambaran dunia masih terlekat padanya?Adakah cinta kita kepada Allah dan Rasul telah melebihi segalanya? itulah persoalannya.Bayangkan,ketika mana Bilal bin Rabah datang melawat Madinah, dan cucu Nabi Muhammad s.a.w meminta Bilal untuk mengazankan, satu Madinah keluar dan menangis mengenangkan saat indah ketika bersama dengan Rasulullah s.a.w. Masya Allah..sungguh mendalam sekali cinta para sahabat ketika itu....

Disamping itu,kita juga hendaklah mencari kepuasan spiritual yang sering hilang dalam diri kita. Kepuasan itu hanya tercapai dengan mengingati Allah. Ini selaras dengan firmannya di dalam Al Quran

" barangsiapa mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.."


Forum itu diakhiri dengan persembahan Muadz. Paling seronok apabila mendengar lagu Stand Up secara live. Alhamdulillah,Segalanya berjalan lancar.Adalah sedikit kekurangan,namun itu adalah perkara biasa. Tahniah buat krew iluvislam yang telah membuat program ini,dengan nama yang catchy,dan atas kejayaan menghasilkan sebuah tabloid yang bakal mewarnai dunia cetak di negara kita ini.



Allahuakbar !!

menuju perjalanan pulang,singgah sebentar di Mid Valley,ada education fair.Tapi sayang, lebih banyak tentang management,nursing,account, IT..apa lagi..balik lah..bersiap untuk ke Shah Alam...Syarahan Perdana Prof Yusuf Al Qardhawi...


suasana di Masjid Shah Alam cukup sesak.Sebaik sahaja selesai solat maghrib,saya bergerak ke depan untuk melihat sendiri wajah tokoh besar ulama dunia ini.Namun, saya hanya mampu melihat melalui pandangan tepi sahaja. Walaupun begitu,perasaan kecewa itu bertukar menjadi puas dan bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menatap sendiri wajah Prof Yusuf Al Qardhawi.

Beliau sempat memberikan syarahannya,dan diantaranya beliau berdoa agar Masjidil AQsa kembali dalam dakapan Islam. Malah,hijrah dan kemenangan itu bagi beliau ialah apabila seseorang itu berjaya mempertahankan prinsip pegangan walaupun diseksa,dihina dan sebagainya.

Malah, beliau juga menggesa agar pertubuhan dan gerakan islam menyusun strategi dengan baik demi kesejahteraan Islam. Malah,beliau sendiri menegaskan bahawa Islam adalah agama yang dibantu banyak denagn kekuatan semangat berjemaah,iaitu orang yang ramai.

Di dalam hati saya berdoa alangkah indahnya andai ramai yang datang pada malam ini bersatu hati untuk menentang mereka-mereka yang menentang Islam.Ketepikan ideologi dan fahaman yang berbeza,kerna kita perlu mencari titik kesatuan,bukannya titik perpecahan.

Selesai di sana, kami bergegas menuju ke Majlis Pelancaran Opick FC. mungkin kerana ramai yang datang ke Masjid Negeri menyebabkan tidak ramai yang datang ke sini,namun Opick tetap menghiburkan hati para peminatnya. Seronok...alhamdulillah..minggu yang pertama ini,macam-macam perkara dilakukan.Semoga saya berkesempatan lagi untuk mengikuti program-program seperti ini lagi...







0 comments:

Post a Comment

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design