. Berjalan.Melihat.Mentafsir

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Saturday, June 27, 2009

La Tahzan....Mereka tidak Faham...


Bersabarlah...Mereka tidak faham. Itulah sahaja yang dapat saya ungkapkan bagi menguatkan keyakinan ini. ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini. " Bukan tugas pelajar untuk mengimarahkan masjid. Tetapi pihak masjid lah yang perlu mencari idea baru bagi menarik minat pelajar untuk ke sana." mungkin ada hikmahnya di sebalik kata-kata ini. Tetapi, siapakah yang akan memakmurkan masjid kalau bukan mahasiswa mahasiswi sekalian. Siapa yang harus dipertanggungjawabkan untuk mengimarahkan masjid jika bukan mahasiswa/i sekalian ? Staf hanyalah berapa sahaja yang masih tinggal berdekatan di masjid.

Keadaan masjid sekarang bukan seperti dulu. Jika dulu, rumah staf di tepi masjid itu pastinya akan menjadikan masjid sebagai tempat beribadah utama sepanjang bulan ramadhan.

Adakah kita mengharapkan golongan siswi sahaja yang perlu diberi tugasan ini ? Ke manakah letaknya jiwa-jiwa muda pemberani yang berani menentang soal kenaikan harga sewaan kolej, tetapi soal mengimarahkan masjid di tolak tepi.

Di saat terlintasnya pemikiran seperti ini, harus diingatkan agar kita harus kembali mengingati Allah. Astaghfirullah.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



Inilah yang dapat kita lihatkan berlakunya pemisahan unsur spiritual dalam memacu kejayaan mahasiswa/i kini. Rasa kurang selesa,tidak selamat, dan akan dirobohkan memang diakui,tetapi adakah disebabkan perkara tersebut maka kita menolak unsur spiritual dalam menjadi aspek penting dalam membentuk sahsiah diri.

Apakah hanya di dalam Minggu Pertama setibanya di IPT kita mengenal surau, masjid? Ilmu itu dituntut dari buaian hingga liang lahad.

Disaat kecewa ini, Allah masih lagi sayangkan hamba-hambaNya. Allah telah memacu hati yang sedih dan kecewa ini dengan memberi ilham untuk membaca blog orang lain. Alhamdulillah, post terbaru dari Bella banyak membantu.

Serba sedikit dapat menguatkan diri ini. mereka tidak faham apa itu ertinya memakmurkan masjid. Mereka tidak faham mengapa pentingnya kita mengimarahkan masjid. Mereka tidak merasakan bahawa salah satu faktor mengapa Israel laknatullah terus berani menentang Palestin ialah kerana saf semasa solat subuh di sana dan di mana-mana jua masih lagi tidak penuh.


Ya Allah, semoga hati ini terus sabar dan tabah menghadapi dugaan ini..........

Friday, June 26, 2009

Letih..semua ada...

Minggu yang agak busy. program KESUMA, masalah blok C, MHS lagi..tersepit di celah-celah tiga perkara. Alhamdulillah,setakat ini masih lagi terkawal. Kadang kala emosi di luar kawalan. Kepada yang rasa-rasa pernah dimarahi saya, saya mohon maaf. Kadang kala saya mahukan anda yang membuat keputusan. Anda semua ialah tulang belakang kepada program tersebut. Saya hanyalah membantu, tetapi keputusan masih lagi di tangan anda-anda sekalian.

Mengenai blok C, alhamdulillah...insyaAllah pihak pengarah kampus akan melihat semula kes ini. Semalam, Encik Najib telah menebual saya mengenai penutupan blok c tersebut. Alhamdulillah, saya sudah jelaskan justifikasinya agar blok ini dikekalkan. Walaupun saya akui saya melakukan kesilapan dengan tidak membuat melalui dan salinan kepada pengetua, namun segala perbincangan di dalam surat tersebut telah dibincangkan antara kami. Semoga Allah merahmati dan melembutkan hati pengarah kampus.

Program MHS,KESUMA...risau...namun,insyaAllah...segalanya berjalan dengan lancar. Saya percaya kepada kebolehan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka. Mereka sudah boleh mula berdikari. Sudah masak dengan program. Saya tidak mahu membanding bedakan antara mereka dan zaman saya.kerana kedua-duanya berbeza. Sering kali hati kecil ini menangis sendirian, risaukan program ini ditangguhkan. Ketika saya melihat mereka sedang bekerja, memasak...hati ini sedih dan risau jika mereka berputus asa. saya bimbang, jika mereka berputus asa. Saya cukup bimbang, mereka tidak lagi bersemangat seperti itu. Saya bimbang jika mereka tidak merasakan kemanisan di dalam mengendalikan program seperti ini.

Namun, Alhamdulillah, di saat kerisauan melanda, Allah kirimkan khabar gembira kepada saya. Syukur tersangat-sangat.

semoga mereka terus tabah menjalankan gerak kerja walaupun tanpa saya.semoga mereka mengharungi 2 hari yang menggamit memori indah di sana. InsyaAllah, saya akan tiba di sana pada hari jumaat.

Saturday, June 20, 2009

KESUMA - mintalah pada Allah...nescaya Allah Maha Mendengar...

itu sahaja ungkapan yang paling sesuai untuk ditakrifkan tentang perjuangan ini. Di kala kita susah,diuji..kadang kala kita sendiri lemah dengan ujian itu. Walaupun berkali-kali berpesan pada hati..." Setiap ujian ada hikmah..." namun, siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan sahabat-sahabat lain.

Al iman yazid wa yankush ( iman itu adakalanya naik dan adakalanya turun). Kadangkala kita lupa, yang kita sering melupakan Dia...tetapi Dia tidak pernah untuk melupakan kita. Ingatlah, hati kita ini masih mudah untuk ditembusi oleh panahan syaitan dan iblis yang sentiasa menghasut untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

lagu ini cukup mendalam maksudnya..hayatilah... =)

klik pada perkataan di bawah...
Hijjaz - Indah Hidup Bersama Ilahi.mp3
Alangkah indah hidup ini
Hidup bersama Ilahi
Kehendak Allah difahami
Pandai menerima darinya

Bijak mengunakan nikmatNya
Ia dianggap ibadah
Semua diberi pahala
Tarbiah Allah berhikmah

Sabar dengan ujian
Tanpa hisab akan diganjari
Nikmat yang diberi
Memudahkan untuk berbakti

Merasai pemberianNya
Itulah tanda bersyukur
Akan ditambah lagi
Nikmat yang diberi

Tersiksa bermujahadah
Kerana ingin menempuh jalan
Untuk menuju Allah
Tarbiahnya Allah tunjukkan

C/o
Tawakal kepada Ilahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan dari-Nya
Bila taqwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan

Korban harta kerana Allah
Agar berdaulat kalimatullah
Setiap satu kebajikan
Semuanya digandakan


Thursday, June 18, 2009

Kerajaan Perpaduan ...

sejak akhir-akhir ini angin politik di Malaysia bertiup kencang tentang perbincangan ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan. Sebaik sahaja tamat Muktamar Parti Islam Semalaysia pada awal bulan lalu, perkara ini terus menjadi perbualan hangat. Malah, tidak kurang golongan mahasiswa juga sudah mula mengenal satu perkataan - PERPADUAN-
dari segi perspektif mahasiswa, isu ini pastinya membawa kebaikan kepada semua secara amnya.Namun,ianya perlu lebih dihalusi.
Bukannya isu Boneka UMNO atau sesiapa,tetapi lihatlah kepada kata-kata di sebalik tok Guru Nik Aziz itu.
berita harian 18 /6/09
"Nik Abdul Aziz semalam bagaimanapun mengulangi kenyataannya bahawa idea kerajaan perpaduan tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia tiada dalam agenda rasmi Pas serta tidak dibawa ke meja perbincangan dalam Pakatan Rakyat.

"Saya ulangi kenyataan saya sebelum ini, isu perpaduan bukan datang dari Pas tetapi lontaran peribadi pihak tertentu. Kalau Perdana Menteri sebut dari Pas, itu tak betul kerana ia tak ada dalam agenda mesyuarat Pas dan Pakatan Rakyat, itu bukan pendirian rasmi Pas," katanya.

Beliau berkata, cadangan penubuhan kerajaan perpaduan boleh diperhalusi jika perkara itu dibincangkan dan mendapat persetujuan Pas serta parti lain dalam Pakatan Rakyat. Media seolah-olah melaga-lagakan antara N dengan N ( Nik Aziz & Nasharuddin).Perkara ini langsung tidak diketengahkan oleh beberapa media.

Bukankah jika semuanya bergabung - UMNO+MCA+MIC+PPP+PAS+PKR+DAP+HINDRAF = perpaduan. Inilah perpaduan yang sebenar. Malah, langkah PM kita, Dato Sri Najib untuk membuka pintu perbincangan bersama-sama dengan pihak pembangkang itu dilihat sebagai satu usaha yang bagus. Begitu juga dengan keinginan Tun Pak Lah yang turut berhasrat untuk berbincang bersama tentang perkara ini. ALangkah bahagianya jika semuanya bersatu di bawah 1 nama.Semua duduk bersama di Dewan Rakyat.Tidak ada lagi pembangkang dan kerajaan. yang ada cuma 1 pasukan sahaja.

Namun, untuk melaksanakannya, ia tidaklah semudah dengan hanya kata-kata. Setiap pihak harus menundukkan ego masing-masing. Beberapa perkara juga harus diambil perhatian terutama soal dasar parti. Malah, langkah Dato Seri Anwar yang amat yakin bahawa PAS boleh menyelesaikan masalah itu sesama mereka menunjukkan bahawa DSAI pastinya tahu bahawa campur tangan PKR ke dalam PAS akan membawa lebih mudarat.

Di sini,apa yang dapat saya lihat,hasrat Ustaz Nasha itu bagus,hasrat TG Abdul hadi juga bagus. Cumanya, adalah lebih bagus jika perkara itu di bawa di dalam perbicangan parti kemudian ke mesyuarat Pakatan Rakyat.Itulah sebenarnya yang TG Nik Aziz mahukan.Membuat satu dasar atas perbincangan bersama rakan terlebih dahulu, sebelum musuh.Bukankah mesyuarat itu merupakan sunnah nabi ?

Apakah kita sanggup meninggalkan rakan sepasukan kita malah mengkhianatinya.Bukankah lebih bagus jika kita sama-sama membawa mereka ke jalan yang benar setelah berbincang dengan mereka.

Ini kerana isu kerajaan perpaduan ini masih lagi samar-samar. Semoga negara Malaysia terus maju dan dapat mendaulatkan Islam dan meletakkannya di tempat tertinggi di hati masyarakat Malaysia.Islam itu agama, Melayu itu bangsa...


sekadar coretan untuk perkongsian bersama...

Tuesday, June 16, 2009

Kenape jadi begitu...


Bismillah...semalam saya sempat bersembang bersama-sama seorang teman yang kini berada dalam situasi yang boleh disifatkan sebagai keadaan yang menyebabkan emosi yang tidak dapat dikawal lagi. Kesedihan,lemah semangat sudah mencapai tahap yang maksimum dalam sekelip mata...InsyaAllah..saya akan ccuba untuk membantunya..


Baiklah...Apabila berlakunya sesuatu kecelakaan,apabila sesetengah perkara tidak memihak kepada kita, apabila kita merasakan bahawa kita sudah melakukan yang terbaik dalam hidup kita, apabila kita sudah semakin yakin bahawa pertolongan kita kepada orang lain akan membuahkan perhubungan yang erat namun ia berlaku sebaliknya...apakah yang kita akan rasa ?

kecewa.rasa tak dihargai.tak disayangi.Lemah semangat.Tidak mahu mencuba lagi.

Sedarkah anda bahawa itulah bisikan syaitan yang tidak mahu anda berterusan melakukan perkara-perkara baik. Iblis dan syaitan akan sentiasa berusaha agar mereka berjaya membawa seramai yang mungkin ke lembah neraka.Di kala saat inilah,saat yang mudah bagi mereka mencucuk jarum bisanya untuk mengheret anak-anak adam bersama-samanyaIngatlah, bahawa Iblis dan syaitan amat patuh pada janjinya pada Allah untuk menyesatkan manusia.

Tidak dinafikan, saya sendiri kadang kala lemah apabila situasi-situasi di atas berlaku. kerana kita semua manusia. Dalam menghadapi keadaan seperti ini, perbanyakkanlah muhasabah ke dalam diri kita. perbanyakkan mengingati Allah.

Ingatlah janji Allah,," barangsiapa mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." ini sudah pun termaktub di dalam kitab kita. Tetapi..kita tidak menyedari..tidak menyelidikinya.

Semua orang tidak sayang kita ? kita sendiri tidak tahu samada seseorang itu sayang pada kita atau tidak. Mungkin si fulan mengambil berat tentang kita tetapi sekadar kawan,kita yang menjangkakan bahawa si fulan menyayangi kita. Kita sering katakan orang yang selalu memarahi kita, selalu menengking kita, selalu memaki hamun kita...dia membenci kita.

Siapakah kita yang tahu tahap ukuran itu ? Kasih sayang itu adalah subjektif. kita juga sering katakan bahawa Allah itu tak adil,sedangkan Allah amat menyayangi hamba-hambaNya.

jadi..bagaimanakah caranya apabila berhadapan dengan situasi ini ?

1. Ingatlah,,bahawa kasih Allah itu tiada tepinya.Rebutlah kasihnya dan sayangNya..jangan terlalu risaukan tentang kasih sayang manusia..

2. Setiap amal kita ada nilainya. Lihatlah kembali ke dalam diri.Mengapa kita tolong dia ? sebab apa ? niatkan lah untuk perkara-perkara yang baik. Maka, Allah akan ada bersama-sama kita sepanjang kita menjalankan amalan itu.

3. Apalah gunanya hidup jika tidak diuji oleh Allah ? Ingatlah..Allah itu Maha Adil..Allah akan memberikan ujian kepada kita memang sekadar kemampuan kita. Allah yakin dengan anda. Anda tidak yakin ke ?

4. Bersyukurlah kerana anda masih lagi duji. tandanya Allah masih mengambil berat terhadap anda. Cuba ( nauzubillah ) anda buat semua benda..tiada yang tegur..kan lagi susah...


5. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Carilah hikmah itu. Carilah dengan mata hati......

 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design