Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::
"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim
Alhamdulillah, sekali lagi saya diberi peluang untuk menyertai pertandingan debat ini. Sudah 2 tahun tak menyertainya, dan kali pertama dan terakhir sebelum ini ialah ketika tahun 1 Diploma, mewakili Pasukan Aero Junior. Selama seminggu ini..otak saya telahpun dikerah seolah-olah berfikir seperti seorang menteri. Dengan tajuk-tajuk yang menarik dan begitu "membebankan", tetapi dengan berkat usaha dan sokongan dari rakan-rakan dari proksi yang sama, serta dari "senior-senior" dengan izin telah banyak membantu melancarkan lagi perjalanan saya di dalam arena perdebatan ini.
Banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang mengikuti pertandingan ini. Mana tidaknya,langsung tidak mempunyai ilmu dalam dunia debat.Seperti bidan terjun juga lah.
Banyak juga ilmu baru terutama sekali dari aspek fakta-fakta yang boleh saya katakan kebanyakan dari kita sendiri tidak tahu. Malah, saya juga dapat merasakan betapa sukarnya menjadi pendebat yang hebat kerana memerlukan daya penyelesaian masalah yang tinggi. Dunia perdebatan dengan sama dengan dunia post mortem dengan izin. Dunia perdebatan memerlukan penyelesaian kritis dan pantas. Malah teknik mengolah isi dan konsep yang disampaikan. Namun,memandang saya sendiri tidak terlalu mensasarkan ke peringkat yang lebih tinggi, kerana bagi saya, Kemenangan itu bermula dari dalam fikiran. dan saya sendiri bersaing dengan diri saya sendiri, bukan dengan yang lain. Malah, melihat dari gaya-gaya mereka,membuatkan saya sekurang-kurangnya berasa bangga kerana di sebalik isu mahasiswa lesu dan sebagainya, masih ada lagi yang mampu bergiat aktif dalam dunia perdebatan ini.
Ternyata, saya semakin seronok dengan kehidupan di Skudai.Cuma saya mohon diberi kekuatan kepada Allah untuk dapat menyeimbangkan antara penglibatan saya dalam pelbagai program dengan akademik. Mohon juga para pembaca meng-amin-kan juga ya =)
Saya juga dapat merasakan kepeningan yang mencapai tahap maksimum.Bayangkan,kita yang berdebat di peringkat dalaman UTM pun dah pening, apa lagi para wakil-wakil rakyat di parlimen ? itulah yang sering saya ungkapkan, kita mudah berkata dan bercakap apabila tak memegang apa-apa jawatan di dalam organisasi,namun apabila kita sendiri berada di dalam,barulah kita tahu betapa sukarnya memegang tampuk pemerintahan itu. =) ni lah antara kumpulan yang best tgk debat diorang.hehehe.Kumpulan-kumpulan Kuda.
Alhamdulillah..telah selesai beberapa situasi genting dalam minggu yang penuh suka duka ini. Minggu ini juga, alhamdulillah saya bersyukur kerna Allah masih memberikan peluang untuk menghirup udaranya yang segar,melihat keindahan alam ciptaanNya, melihat 1001 Perangai makhluk yang bernama manusia dan banyak lagi.
Komitmen dan fitnah. 2 perkara berbeza ini cuba saya ulas mengikut pengalaman saya sebagai orang muda, yang cetek pengalaman dan skala umur yang kecil; baru berumur 20 tahun. Sebelum itu, suka untuk saya menceritakan kepada sekalian pembaca samada menyukai atau tidak saya. Sebuah kisah yang cukup menarik minat tetapi saya simpulkan sahaja kesudahannya ; Usamah bin Zaid menjadi panglima perang dalam usia yang muda. Sultan Muhammad Al Fateh, pembuka kota konstantinopel juga berjaya semasa usia muda.diulang, usia MUDA. adakah disebabkan muda, maka kreativitinya disekat? adakah disebabkan usian Usamah yang masih muda, semua tenteranya tidak mahu mengikutnya? salah sama sekali. Sebagai orang muda, gerak kerja kita hendaklah pantas. Orang muda menggunakan kereta Formula 1, bukan kereta A1. Jika tidak boleh berkhidmat dengan ketua yang muda, maka silakan mencari organisasi lain.Silakan berkhidmat dengan orang-orang yang boleh membahagiakan anda. Tidak ada sebab untuk terus bekerja dengan orang yang tidak mempunyai persefahaman dengan kita. Namun, harus diingat, apabila berlaku pertelingkahan, Islam mengajar kita untuk berdamai. Dan apabila dihulurkan salam perdamaian, maka adalah lebih baik kita menyambutnya.
Menyerang di saat lawan memandang kehadapan
Terima kasih kepada mereka yang telah menunjukkan 2 muka yang berbeza dalam kondisi yang berbeza; di hadapan dan di belakang. Menikam dari belakang, seolah-olah apabila berhadapan dengan saya secara terus, hanya berani mengeluarkan sepucuk pistol mainan. Tetapi apabila saya menoleh ke tempat lain, bagaikan 50 Sniper sudah bersedia untuk menembak saya. Inikah dia seorang yang profesional ? saya tidak ada jawapannya. kerana mungkin definisi profesional menurut istilah saya itu tidak sama dengan orang lain. Ingin berentap, berhadapanlah dengan orang yang sepatutnya. Bukan berhadapan dengan orang-orang kecil sahaja.
Fitnah yang semakin Terus Menerus Menyerang
Allah,kuatkan hatiku ini dalam berhadapan dengan fitnah-fitnah ini. Sekarang, kita dapat lihat, siapa yang lebih banyak memfitnah. Perkara ini amat tidak baik untuk pembangunan modal insan di kalangan mahasiswa, maka saya berharap agar mana-mana mahasiswa yang rasa terlibat, agar mengkaji dahulu berita yang anda dengar. Bertanya kepada tuan yang difitnah. Bukan hanya dengar dan angguk. Jangan jadi orang Islam yang bodoh, yang tidak mengkaji berita yang didengar. Kadangkala, berita yang disampaikan ketika marah dan beremosi itu lebih banyak tokok tambahnya.
Komitmen: Berpesan juga kepada diri anda !
Kita jangan menjadi orang yang sibuk memikirkan hal-hal komitmen orang terhadap perkara lain. Tetapi adakah kita sudah capai apa komitmen yang diinginkan? Jika kita memegang sesuatu jawatan atau pangkat, apakah kita telah memberikan 1001 keringat dan pengorbanan. Benarlah kata Ustaz Hasrizal ;
" Ubah jangan dengan cakap, tapi dengan SIKAP !! " jelas, para pimpinan sesebuah organisasi itu memerlukan contoh suri tauladan dalam memandu arus kehidupan. Jika tidak berkenan dan tidak sudi menjadikan saya sebagai suri tauladan terhadap perkara-perkara baik, tidak mengapalah. Namun,kita sendiri sudah ada qudwah hasanah ; Rasulullah s.a.w.
Berbalik kepada Quote " Ubah dengan sikap", maka akhir-akhir ini saya lihat banyak perkara yang mencerminkan kerendahan akhlak pimpinan mahasiswa terutama sekali melalui pakaian. Perkara ini amat membimbangkan. Sesuatu majlis itu seolah-olah dijadikan majlis yang .....tidak tahu hendak diungkapkan dengan apa. Dengan adanya banyak gambar-gambar, dan saya mohon dan berpesan kepada diri saya dan sahabat sekalian untuk tidak mengupload gambar-gambar yang boleh menjatuhkan imej anda, yang boleh membuatkan khalayak rakyat anda melihat perkara sedemikian. Amat sedih sekali. ::Lupakan yang lama ::
Maka, saya memperoleh 1 kesimpulan.lupakan yang lama. BUmi lama tempat kamu mengerahkan idea itu sudah tidak menerima kamu. kamu itu orang asing, afdhal.Kamu juga dianggap saya rasa boleh saya katakan sebagai penyebar fahaman yang salah. Terroist. Tetapi ingat, kerisauan saya,celoteh saya kerana saya ini sahabat kamu semua. Walaupun ada yang mengklasifikasikan saya sebagai musuh,namun itu sedikitpun tidak mematahkan semangat saya untuk terus memberi. Namun, jika bumi yang bertuah itu sudah mula menutup pintu untuk bukan sahaja saya untuk masuk, malah fikiran dan pendapat saya juga turut disekat. Terima kasih dan ku bersyukur pada Allah,sekurang-kurangnya aku diuji. Aku sendiri dapat melihat mengapa bangsaku tidak maju dalam urusan yang paling menguntungkan.
:: Selamat Datang ke Skudai :: Saya semakin seronok tinggal di taman ilmu ini. Setiap hari dan setiap minggu ada sahaja program di sini. Kini, saya harus berfikir lebih jauh untuk ke sana. Jika dilihat tidak wajar,maka cukuplah saya utarakan di blog ini. Salam 1 Islam, 1 akidah,1 syahadah !
::PERINGATAN. INi adalah hanya buah fikiran saya dan jika didapati terdapat beberapa perkara yang mungkin mengelirukan atau salah menurut hukum agama, maka saya dengan rendah diri memohon maaf di atas kesilapan saya.::
Sekarang sudah pukul 2.19 pagi waktu Skudai. Hari ini agak sibuk dengan urusan mencari buku rujukan untuk statistik hingga tidak sempat untuk online. Sudah lama sebenarnya saya ingin menjawab persoalan yang diutarakan apabila saya membuat status berikut;
"Ketelusan Dalam Organisasi Amat Penting.Masalah untuk dikurangkan, dan masalah juga perlu diselesaikan dan digantikan dengan sebuah keputusan yang tepat yang proaktif. Membuat penilaian adalah lebih bagus jika melibatkan semua perkara. Penerangan Tentang Sebab dan Akibat juga kadang kala Perlu. Memegang jawatan bukan untuk sebuah keistimewaan,tetapi bersama-sama membangunkan semula hati yang suci"
Daripada Quote ini, saya berpendapat saya boleh membahagikan ia kepada 3 perkara;
a) Ketelusan Dalam Organisasi b) Kaedah Penyampaian Maklumat di dalam organisasi c) Jawatan itu Amanah
Ketelusan Dalam Organisasi Soal ketelusan ini bagi saya sering terjadi dalam situasi ingin menegur dan memberi serba sedikit nasihat kepada ahli-ahli di dalam sesuatu organisasi.Tetapi,persoalannya , adakah kita menyampaikan pesanan itu kepada semua ? atau kepada sesetengah ahli yang melakukan kesilapan? atau sebenarnya ramai ahli yang buat salah, tetapi disebabkan salah seorang itu jelas kesalahannya di mata rakyat, maka seolah-olah hanya yang seorang itu bersalah.
Maka bagi saya, jika jawapan ketiga itu menjadi pilihan anda, maka inilah yang saya katakan sebagai tiada ketelusan di dalam organisasi. Walaupun hanya sedikit, tetapi jika tidak dirawat, akan membahayakan organisasi tersebut. Mengapa ? kerana adanya perasaan 'selamat' dalam sesetengah ahli di dalam organisasi kerana mereka terlepas. Apakah yang menyebabkan mereka terlepas? kerana pengawasan dan data yang tidak menyeluruh.Kita hanya melihat dan mengetahui tentang apa yang dilakukan dan kebiasaannya bukan melalui biji mata kita sendiri.
Oleh yang sedemikian, saya merasakan dalam menilai kelemahan-kelemahan di dalam sebuah organisasi, dapatkan maklumat mengenai kelemahan diri kita terlebih dahulu. Pertemuan 4 mata dengan ahli yang bermasalah itu merupakan salah satu wasilah yang baik untuk dilakukan.
Kaedah Penyampaian Maklumat di dalam Organisasi
Kadangkalakita perlu meletakkan penyampaian maklumat kita kepada ahli dengan lebih menunjukkan sebab dan akibat sesuatu perkara itu dilakukan. Ini akan memberi lebih kefahamanterhadap tugas dan konsep amanah. Dalam berhujah juga, sang hakim akan lebih percaya kepada hujah yang konkrit, yang lengkap dengan semua perkara. Kita jangan mengharapkan orang itu akan faham sindiran kita, kerana tak semua mempunyai tahap pemikiran yang sama.
Jawatan Itu Amanah.Samada Suka Atau Tak,Kita kena lakukannya Pernahkah anda menjumpai seorang bayi yang masih kecil yang sudah tahu solat ?Pernahkah kita solat di zaman kanak-kanak kerana takut mak atau ayah marahkan kita ? Atau mungkin adanya ponteng kelas mengaji atau tuisyen,padahal buku sudah di bawa semuanya. Kenapa kita buat semua tu? kerana kita disuruh untuk melakukannya. Ya, kadang-kadang kanak-kanak melihat soal solat ini hanya isu remeh,oleh sebab demikian mereka dan mungkin kita juga pada zaman dahulu pernah memberontak untuk tidak solat, solat lambat dan sebagainya. Begitu juga soal rumah tangga. Si Isteri wajib patuh kepada semua arahan suami selagi arahan itu tidak bertentangan dengan syarak.
Maka, mari kita melihat pula dari segi masalah dalam konteks ruang lingkup organisasi. Kita tidak suka untuk buat itu dan ini, padahal benda atau perkara yang di minta itu adalah perkara yang baik. Kita tidak mahu menghadiri tadarus kerana tidak bertepatan dengan jiwa kita. Maka, saya merasakan, bahawa jika arahan atau permintaan itu dari pihak atasan, dan merasakan bahawa setiap arahan itu adalah satu amanah, maka persoalan tidak suka itu tidak timbul. Setiap ahli dalam kepimpinan organisasi adalah merupakan model atau menjadi rujukan setiap sesuatu tindakan.
Sebagai contoh, jika ada pelajar biasa di sekolah menengah menghisap rokok, maka apabila beliau ditangkap oleh guru disiplin, tidak mustahil jawapan ini akan keluar dari mulutnya " Ala, pengawas pun hisap rokok..tak nak pulak amik tindakan".
Si pengawas tidak mahu langsung menjadi model untuk sesiapa. Tetapi apabila telah menjawat jawatan sebagai pengawas, maka secara automatiknya ia pelu mengikut kehendak pihak atasan. Kerana masyarakat melihat kita yakni orang yang mempunyai kuasa melalui tingkahlaku si pemimpin. Kalau pemimpin sendiri tidak solat, mengabaikan tanggungjawab, menganggap ketidak hadiran terhadap sesuatu acara yang dianjurkan organisasi yang dianggotainya sendiri sebagai satu amanah, maka apakah layak untuk dijadikan model ?
Persoalan ini berbalik semula kepada masyarakat. Adakah wajar untuk menjadikan pemimpin yang korupsi sebagai rujukan? Pastinya tidak. Oleh sebab itu, dalam hal orang bertudung labuh tetapi perangai lebih teruk dari orang tidak memakai tudung, Ustaz Pahrol mengatakan orang tersebut salah membuat perbandingan.Perbandingan yang sepatutnya adalah antara orang yang menjaga aurat dan maruah dengan yang tidak.
Look around yourselves Can’t you see this wonder Spreaded infront of you The clouds floating by The skies are clear and blue Planets in the orbits The moon and the sun Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves Isn’t this proof enough for us Or are we so blind To push it all aside.. No..
We just have to Open our eyes, our hearts, and minds If we just look bright to see the signs We can’t keep hiding from the truth Let it take us by surprise Take us in the best way (Allah..) Guide us every single day.. (Allah..) Keep us close to You Until the end of time..
Look inside yourselves Such a perfect order Hiding in yourselves Running in your veins What about anger love and pain And all the things you’re feeling Can you touch them with your hand? So are they really there?
Lets start question in ourselves Isn’t this proof enough for us? Or are we so blind To push it all aside..? No..
We just have to Open our eyes, our hearts, and minds If we just look bright to see the signs We can’t keep hiding from the truth Let it take us by surprise Take us in the best way (Allah..) Guide us every single day.. (Allah..) Keep us close to You Until the end of time..
When a baby’s born So helpless and weak And you’re watching him growing.. So why deny Whats in front of your eyes The biggest miracle of life..
We just have to Open our eyes, our hearts, and minds If we just look quiet we’ll see the signs We can’t keep hiding from the truth Let it take us by surprise Take us in the best way (Allah..) Guide us every single day.. (Allah..) Keep us close to You Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds If you just look bright to see the signs We can’t keep hiding from the truth Let it take us by surprise Take us in the best way (Allah..) Guide us every single day.. (Allah..) Keep us close to You Until the end of time..
Allah.. You created everything We belong to You Ya Robb we raise our hands Forever we thank You.. Alhamdulillah..
Alhamdulillah, saya sudahpun selesai mengikuti konvensyen yang cukup menarik ini.pembentangan kertas kerja kali ini melibatkan tentang bagaimana pergerakan islam dalam 3 keadaan yang berbeza. Yang pertama, mengenai parti islam yang ada di malaysia. yang kedua,Partai Keadilan Sejahtera. dan yang ketiga, AK Party di Turki. Malah, diawal semasa ucapan perasmian, perasmi sendiri telahpun membahaskan tentang apakah demokrasi itu dibolehkan dalam islam ataupun tidak.
Kebanyakan negara menerima konsep demokrasi ini kerana konsep ini lebih pragmatik.Malah,dapat dilihat bahawa dengan demokrasi jika dimanfaatkan sepenuhnya dapat menguntungkan syiar Islam.Ya, demokrasi bukan dari sistem Islam,tetapi ianya dilihat menguntungkan dalam perkembangan syiar Islam. Malah,di zaman Rasulullah s.a.w sendiri, sistem himayah ( perlindungan) sendiri telah digunakan Rasulullah dengan menjadikan Abu Thalib, bapa saudaranya sebagai perlindungan. sistem ini hanyalah wasilah ( jalan) dan bukannya matlamat. Maka, oleh yang demikian, Rasulullah sedikit pun tidak gentar apabila hilangnya perlindungan dari Abu Thalib. Perkara ini adalah kerana Islam itu adalah ibarat air yang turun dari gunung. Jika ditutup di belah kanan, ianya akan pergi ke belah kiri. Jika ditutup di belah kiri, ia akan pergi ke bahagian kanan. Jika ditutup di bahagian kanan, ianya akan melompat menjangkaui halangan tersebut. Jika ianya menutup semua arah, ianya akan berkumpul dan membentuk satu tenaga yang kuat yang mampu memecahkan halangan itu.
pembentang kertas kerja yang pertama,lebih menumpukan kepada isu pergerakan Islam di dalam negara kita Malaysia. Di dalam negara kita, persaingan dapat dilihat kepada kumpulan yang membawa gerakan Islam dan kumpulan Islam yang ditaja. Ini adalah kerana para pemikir-pemikir dan orang-orang sekular dapat melihat bahawa mereka akan kalah jika mereka berhadapan dengan gerakan Islam.
Malah,di dalam negara kita,banyak menumpukan kepada perkara-perkara remeh.Isu qunut,jari gerak atau tak semasa tahhiyat. malah,semasa zaman penjajah lagi,sebagai contoh di Kelantan, rakyat berselisih faham mengenai membela anjing .Maka,ianya dapat dilihat merugikan Islam.
Kemudian,majlis diteruskan dengan pembentang kertas kerja kedua.Membincangkan tentang bagaimana kewujudan PKS di Indonesia. PKS merupakan parti berasaskan Islam dan telah berjaya membentuk pakatan dalam membentuk kerajaan bersama parti SBY ( Susilo Bambang Yudhoyono).di sini, PKS cuba untuk memastikan hanya perkara baik menjadi dasar kerajaan SBY.tidak mahu menjadi pak turut yang hanya mengiyakan sahaja kata-kata pemerintah.
Yang paling menarik,ialah bagaiamana politik di Turki. AK Party menang dengan cara tersendiri. di turki, AKP menang kerana sistem. maka ,inilah yang dikatakan sebagai sistem demokrasi dimanfaatkan . Walaupun AKP tidak mengatakan bahawa mereka ialah Parti berasaskan gerakan Islam,tetapi usaha-usaha mereka lebih banyak menguntungkan Islam. Turki dengan lantang mengkritik Israel di persidangan dunia.Turki menjadi pendokong kepada gerakan Lifeline for Gaza dan banyak lagi.
banyak lagi yang menarik dan akhirnya saya faham apakah yang cuba disampaikan. yang pertama, apabila gerakan Islam belum lagi menguasai kerajaan.yang kedua iaitu di indonesia, gerakan Islam menjadi kerajaan tetapi hanya suara yang kecil dan ketiga, gerakan yang menyokong Islam tetapi menguasai kerajaan.Menarik sekali.
satu perkara yang paling menarik ialah,solat Subuh mereka adalah seperti solat jumaat.subhanallah...
Baru baru ini telah diadakan perhimpunan perdana palestin bertempat di stadium melawati , Shah Alam.perhimpunan yang bertujuan untuk menyatakan sokongan kita terhadap masalah yang menimpa saudara-saudara kita di palestin. masalah yang tidak pernah selesai kiranya kerana palestin seperti keseorangan.disekat ke arah mana sahaja yang mereka tuju.
Maka, satu inisiatif dari pihak-pihak NGO di Malaysia telah membuktikan bahawa palestin masih lagi di hati kita sebahagian umat islam di malaysia ini. bermula dengan konvoi pertama mereka ke palestin untuk menyelami sendiri penderitaan yang dialami oleh rakyat palestin sehinggalah pada 15 mei ini,konvoi dari pelbagai negara yang diketuai oleh kerajaan turki untuk memasuki palestin melalui laut.
bagi mereka yang mengunjungi perhimpunan ini pada sabtu lalu, pastinya dapat melihat sendiri jiwa-jiwa yang sentiasa mengambil cakna terhadap isu palestin.difahamkan lebih 8000 orang menghadiri perhimpunan ini.tidak kira tua muda miskin kaya malah sebahagian warga asing turut sama hadir bagi menyatakan sokongan mereka terhadap usaha murni ini.
tiada slogan berbaur politik. itulah yang diterapkan di awal perhimpunan supaya memastikan bahawa perhimpunan ini bebas dari anasir-anasir jahat yang boleh memecahbelahkan hati-hati dan jiwa-jiwa yang hadir pada perhimpunan tersebut. Bukan memisahkan politik dari agama, tetapi di dalam sesetengah dan mungkin sebahagian besar perkara, bagi saya, kepentingan agama dan negara itu perlu diutamakan dari politik yang pastinya ada 'tangan' jahat cuba melaga-lagakan pelbagai pihak.
tiada slogan 1 malaysia, tiada slogan For All, tetapi yang hanya bergema di stadium ialah laungan takbir dan doa memohon agar dimenangkan mujahidin-mujahidin di Palestin.SLogan 1 Hati untuk Palestin. Maka jelas, agamalah yang menyatukan kita. Perkara ini sudahpun kita sendiri pelajari di sekolah menengah di dalam slibus subjek sejarah mahupun pendidikan agama islam.
Palestin telah menyatukan hati-hati pimpinan NGO di Malaysia. Walaupun kadangkala berbeza pendapat,tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh bersatu. Itulah salah satu hikmahnya yang dapat dilihat di perhimpunan ini. Malah, dengan kutipan bantuan sebanyak RM 1.1 juta itu juga menunjukkan bahawa masih ada yang mengambil cakna terhadap isu Palestin,masih ada rakyat Malaysia yang menyelami hati rakyat Palestin. Soalnya,dimanakah kita ? adakah kita termasuk di kalangan mereka ? tepuk dada tanya iman.
Tahniah juga diucapkan kepada HALUAN dan Shoutul Harokah. HALUAN,sebuah badan NGO ini mempunyai sayap yang khas untuk mengetengahkan isu palestin iaitu HALUAN Palestin. Shoutul Harokah pula menerapkan nilai-nilai cintakan palestin seperti tanah air sendiri melalui lagu-lagunya. Kedua-dua kumpulan atau organisasi ini sentiasa menyelitkan tentang palestin di dalam penyampaian mereka baik untuk di mana-mana pun.
Perhimpunan malam itu juga menghimpunkan ramai anak muda,siswa siswi yang turut telah berjanji setia untuk sama-sama membela palestin dengan apa cara sekalipun. Di mana anak muda dan pimpinan pimpinan mahasiswa yang lain ? ayuh bangkitlah dan dekatkanlah hati kita semua bersama negara Palestin. ingatlah sabda Rasulullah s.a.w bahawa barangsiapa yang tidak mengambil tahu tentang saudaranya, maka dia adalah bukan umatku. Ayuh terapkan di dalam doa,amal,wall post, photo dan macam-macam lagi mengenai permasalahn palestin.Permasalahan Palestin jauh dengan kita, kerana permasalahan akidah kita yang semakin lebih barat dari barat.
akhir kata, tahniah buat NGO Malaysia dan mereka yang hadir di stadium. Semoga usaha anda semua itu mendapat balasan yang setimpal di sisi Allah !
Mereka dapat semula !! Pelik, hairan. bagaimana perkara ini boleh berlaku. Seolah-olah ada sahaja tangan-tangan yang 'tidak faham' telah mengganggu perkara tersebut. Timbul perasaan tidak senang dalam hati. Tapi, saya menguatkan diri untuk bersabar.Saya menolak kerana memikirkan satu perkara atau contoh ikutan yang tidak baik untuk yang baru. Pemilihan biarlah berdasarkan keimanan,ketaqwaan. ya, kita tidak tahu apa yang ada di dalamnya. tetapi ingat, perbuatan atau akhlak kita mencerminkan tahap keimanan kita. Kita sendiri tidak tahu tahap iman kita, tapi jika kita melihat mereka boleh membawa kemudaratan kepada ramai orang, maka seelok-eloknya dijauhkan.
namun, saya juga tidak lupa, kita akan ditanya apa yang kita telah buat, kita tak ditanya hasilnya. Maka, saya berharap agar usaha saya sebelum ini diterima Allah. Saya hanya mampu berdoa semoga mereka kuat menghadapinya kerana saya yakin, bahawa fenomena gelombang 'kehancuran' itu akan kembali semula.
ingatlah peribahasa cina ini,
"organisasi itu seperti seekor ikan. jika kepalanya sudah rosak, maka tidak lakulah ikan itu."
yang menjadi isi kepada kepalanya,ialah pemegang-pemegang amanah.yang telah membuat akujanji dengan Allah dan pimpinan lain.kalau ada kepincangan, dan kepincangan itu terzahir dengan ketara melalui cara hidupnya, maka seelok-eloknya pandangan insan sedemikian dikaji sedalam-dalamnya. Bimbang ideanya dipengaruhi belitan syaitan dan nafsu.bimbang ideanya tidak mesra-Islam.
Walau apapun, keputusan telah dibuat.Selagi kita boleh mengubah,ubahlah ke arah kebaikan.Tangan dan kaki sudah diikat, tetapi mulut dan akal akan terus bersuara. Saya bersuara bukan untuk nama, bukan untuk menyibuk, tetapi bimbangkan perkara-perkara yang bakal berlaku..............
Norhidayah Mat Sout slamat hari tua kwn ku~~~ weeee~~~ ^_^
Fzadyana Yusof Aliffadhol Afdhal, hepi besday
Zaira Hidayah Arshad salam.. afdhal, happpy birthday..! moga panjang umur, murah rezeki diberi kesihatan, berjaya dalam hidup dunia akhirat.. ape lagi haaa..err..satu lagi..ko da tua hahaha!!!
Akmal Aqilah epy bezday adikku....da tue da ye. sempena bezday k0 ni, xnk blanje ak ke dik?? wish u all da best and may all ur wish come true...(>_<)
Muhammad Nizamuddin selamat mnjadi tua setaun..
Jessnor Ezrin Mat Jizat hepi besday rakan sebaya! dr org jauh.
Ummul Mardiah Elias wei dik... epi bezday... moga panjang umor... muah rezki.... idop sentiasa dberkati.....:)
Shamil Usrah Happy Birthday Afdhal.u r on d way of bcoming a graduate soon..hahaha
dari kak ayu Happy bezday Afdal,hrap afdal brbahagia n muhasbh dri smpne pngktn umur ni ya,byk kan bramal krna smkn tua,kte dkt ngan kiamat,doakan afdal brjaya ya
Dari Umi tercinta..=)
Salam. HAPPY BIRTHDAY..Smoge prjlnan hidupmu diberkati dan diredhai Allah, mnjadi anak yang soleh.Amin...
Dari Kak Lang, Happy Birthday!Sudah tua :p
Dari cik presiden, Salam. sanah helwa !smoga bjaya dlm hidup, dpt terbg g UK, dan cepat2 kawen.haha. be a good man.jom bowling ! hahaha Dari Bina.. Salam afdal! Hepy birthday ! Smoge pnjg Umo,dimurahkan rezeki n diberkati Allah. Jgn Anoy2 ngan org taw...jd bdk baek !
Dari Jannah.. Selamat Ulang tahun yg ke 20, smoge Allah rahmati dan lindungi selalu..moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.Moga bahagia sntiasa :)
Dari kawan.. Selamat Ulang tahun ! Sowie lambat wish ...
ucapan dari nini,qila,nada,ixat,wani,sabihah,ewa...thanks!!!!
hujan turun dengan renyai-renyai. Awan terus memberi hasilnya kepada bumi.Air yang turun itu melalui di celah-celah rambut.Perlahan-lahan mengalir mengikut tarikan graviti dengan izin Allah. Ada yang tersekat di celahan rambut,tetapi ada juga yang berjaya singgah di pipi.
Petang ini sungguh nyaman. Hujan yang telah turun meredakan kehangatan medan belia-belia muda ini berjuang.Baru selesai berjuang untuk peperangan kedua terakhir. Peperangan yang akan membuatkan rata-rata pemuda akan lebih bersemangat untuk menyahut panggilan dari kampung halaman yang semakin kuat bisikannya.
Ini adalah hari ketiga terakhir mungkin tubuh jasad ini di sini. Tetapi jika Allah mengkehendaki tubuh ini berada lebih lama ataupun berada lebih singkat masanya,itu adalah kekuasaannya.
Banyak sebenarnya perkara yang ingin diceritakan. Bermula dengan konsert Shoutul Harokah,study week yang sudah tidak rupa study week,percutian selepas exam dan banyak lagi. Malah, kerisauan dan kebimbangan untuk memastikan syiar Islam itu terus mekar di kolej ini, turut berlegar-legar di minda. Di tambah lagi kejadian yang tidak sepatutnya berlaku,membuatkan tahun ini seolah-olah tahun yang penuh dengan cerita tersendiri. Di saat kita lupa kekuasaan Allah, di saat itulah syaitan telah menyelinap masuk ke dalam diri. Mengawal hati yang terlalu mudah mendengar bisikan syaitan.
Kemudian, di tambah lagi dengan karya dan pembongkaran mengenai isu Freemanson,mimpi dari seorang sahabat yang agak pelik, menambahkan lagi kompleksnya pemikiran di saat-saat bersedia untuk berjuang.
Perasaan kagum tidak dapat disembunyikan lagi di dalam diri semasa melihat anak-anak muda menghayunkan tangan mengikut rentak jihad nasyid ShouHAR.Moga anak-anak muda ini terus diberi pendedahan tentang pentingnya tanah Palestina untuk umat Islam.
Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai banyak perkara. Mengenai artikel mengenai Freemanson itu, ya saya boleh mengatakan bahawa sebahagiannya adalah benar cumanya di dalam artikel itu menggunakan bahasa kiasan. Namun, dari segi kesahihan,tidak dapat dipastikan kerana banyak perkara yang mencurigakan. Dan salah satu perkara yang akan membuatkan kita berasa lebih tertekan jika kita terlalu meneliti sesuatu perkara. Sedangkan dalam bab-bab pemakanan pun, kita tidak perlu terlalu mengkaji. Saya tak pasti samada ayat yang digunakan ini benar, tetapi yang saya faham bagi golongan-golongan seperti kita ini,salah satu caranya ialah dengan memulakan apa sahaja tindakan dengan Bismillah. sebagai contoh, jika kedai makanan itu penjualnya beragama Islam,ada logo halal, kawasannya bersih,maka kita boleh makan di sana. Tidak perlulah sehingga mengkaji air basuh makanan ini ambil air mana dan sebagainya, sebab ianya akan membuatkan kita berasa susah untuk bergerak ke sana dan ke mari.
Hati ini sayu mengenangkan sengsara di dalam perjuangan
Ingatlah wahai pemimpin-pemimpin sekalian. hate the sin, not the sinner. jangan disebabkan dia buat perkara tersebut, kita sukar untuk bekerjasama dengan mereka. kita tak tahu, mungkin dia menerima tekanan yang sangat hebat. di saat isu penempatan di Kampung Bharu menjadi semakin rumit,masalah-masalah di dalam komuniti,mungkin membuatkan dia berasa keseorangan. Selalulah berbincang,mana tau dia akan bercerita. Saya tidak memihak kepada sesiapa, tetapi dalam pekerjaan, sikap profesional itu ada. Dalam memberi tugas, tidak semestinya orang yang pandai agama sahaja yang kena menguruskan program-program agama. tidak semestinya orang-orang yang kurang kefahamannya tidak perlu di'tagged' sesuatu gambar, tetapi orang yang faham sentiasa mendapat gambar-gambar. Jika kita niatkannya untuk kebaikan, maka insyaAllah akan dibalas kebaikan. hidayah itu milik Allah, tetapi tugas kita adalah untuk menyampaikannya.
Jangan sedih,kerana kita sebenarnya tidak keseorangan. saya bercadang untuk mengadakan perbincangan mengenai hala tuju perjalanan dalam menyebarkan islam ini untuk semester hadapan.Jika berminat,bolehlah segera menghubungi saya =)
Untukmu jiwa-jiwa kami Untukmu darah kami Untukmu jiwa dan darah kami Wahai Al-Aqsho tercinta
Untukmu jiwa-jiwa kami Untukmu darah kami Untukmu jiwa dan darah kami Wahai Al-Aqsho tercinta
Kami akan berjuang Demi kebangkitan Islam Kami rela berkorban Demi Islam yang mulia
Untukmu, Palestina tercinta Kami penuhi panggilanmu Untukmu, Al-Aqsho yang mulia Kami kan terus bersamamu
Untukmu, Palestina tercinta Kami penuhi panggilanmu Untukmu, Al-Aqsho yang mulia Kami kan terus bersamamu
A aa aaaa A aaa aaa A aaa aaaa a a a aa A aa aaaa A aaa aaa A aaa aaaa a a a aa
Kami akan berjuang Demi kebangkitan Islam Kami rela berkorban Demi Islam yang mulia
Untukmu, Palestina tercinta Kami penuhi panggilanmu Untukmu, Al-Aqsho yang mulia Kami kan terus bersamamu
Untukmu, Palestina tercinta Kami penuhi panggilanmu Untukmu, Al-Aqsho yang mulia Kami kan terus bersamamu
Untukmu jiwa-jiwa kami Untukmu darah kami Untukmu jiwa dan darah kami Wahai Al-Aqsho tercinta
Ya Robbi, izinkanlah kami Berjihad di Palestinamu Ya Alloh, masukkanlah kami Tercatat sebagai syuhadamu
Ya Robbi, izinkanlah kami Berjihad di Palestinamu Ya Alloh, masukkanlah kami Tercatat sebagai syuhadamu Tercatat sebagai syuhadamu Tercatat sebagai syuhadamuu
Mintak Tali Tak nak kasi Bila Bagi Tali Tak Nak Ambil Nak Makan Tak Ajak Bila Nak Makan jawab " bila pulak kitorang nak makan? "
kata kat dewan dikata kata pada pondok telefon Ada kemudahan Tak Nak Guna
Minta Maaf Saya sudah masuk kawasan larangan saya tak kan datang balik kawasan tu dah berpagar dah ada sensor yang kata saya tak boleh masuk dah ada sensor yang boleh kesan idea suara dan macam-macam lagi
Kepada yang berada dalam kawasan tu moga terus berjaya Perlu menyesal kerana memilih mereka masuk ke dalam ? tak. tak perlu menyesal
Seolah-olah kes Anwar vs Saiful Alhamdulillah.. Masih ingat Allah Ya, Allah itu Maha Adil Allah tahu segalaNya Tiada langsung sesiapa nafikan
tunjukkan cara yang betul kalau cara itu betul mintak hujah sahaja siapa yang bersikap prejudis ?
Alhamdulillah, semalam saya baru sahaja tamat mengikuti Kem Bina Insan yang disertai oleh semua pelajar yang mengikuti subjek Tasawwur Islam. Banyak manfaat dan ilmu baru yang saya perolehi. Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik yang kami lakukan. Dan banyak perkara yang saya dengar dan saya baca menambahkan lagi kefahaman saya, dan seolah-olah Allah sedang berkata-kata kepada saya. Minggu ni merupakan minggu kedua terakhir, dan banyak test-test yang kami lalui. Bermula dengan subjek Elektronik, kemudian subjek Manufacturing Process. Pada hari jumaat, kami mengunjungi UPSI untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kolej Aminuddin Baki. Minggu yang memenatkan, tetapi minggu yang menyeronokkan.
Dalam minggu ini juga, saya lebih kerap membaca blog-blog yang tersenarai di dalam bloglist saya. Ada yang sudah pandai berkias-kias, tetapi saya tetap dapat memahaminya. Maklumlah, mungkin selama setahun asyik membaca blog saya, membuatkan mereka sudah pandai membuat ayat kiasan. sungguh menarik. Alhamdulillah.
Berpeluang menemui Ustaz Hasrizal secara face to face itu cukup menarik. Saya melahirkan rasa kagum dan hormat terhadapnya yang tenang dalam menyampaikan hujah-hujahnya. Begitu juga dengan hasil karya Ustaz Mohamad Pahrol dan ustaz yang mengajar saya Tasawur Islam, Ustaz Al Ikhsan. Mereka memberikan contoh yang jelas dan mudah untuk difahami. Ini membuatkan mereka-mereka yang mempunyai hujah yang sempit dan tidak realistik mengaku sendiri yang mereka bersalah. Sedangkan sebelum ini, cuba sehabis mungkin menegakkan benang yang basah.
Isu Aurat - Hak atau tanggungjawab ??
Ada yang mengatakan menutup aurat itu tanggungjawab, dan ada pula yang mengatakan itu adalah hak.JIka ada yang berkata itu adalah hak individu,rimas,tak sampai seru, maka saya memberikan satu situasi. Di bilik bedah, seorang doktor dan juru-jururawatnya semuanya mengenakan pakaian yang menutup tubuh badan mereka. Sehingga yang hanya bisa dilihat ialah 2 biji matanya sahaja. Jika itu adalah hak individu, maka mengapa doktor dan juru-jururawat tidak berpakaian seperti biasa ? Di situasi yang amat serius dan kritikal, ciri-ciri Islam itu sebenarnya sudah lama ada.
Saya tak sampai seru lagi....
Untuk jawapan ini, satu sahaja hujahnya. Kita sendiri tak tahu bila kita mati. Kalau Allah menghantar malaikat menarik nyawa kita ketika kita sedang tinggi tahap keimanannya, alhamdulillah. Tetapi jika berlaku sebaliknya ? nauzubillah. Kalau begitu, mengapa Rasulullah telah memerintahkan supaya kita mendidik anak-anak untuk solat sejak kecil lagi.Fikir-fikirkanlah ...
Kalau Takut pada risiko. usah bicara tentang perjuangan ::
Terima kasih Ya Allah. Aku terlupa, yang sebenarnya inilah perkara yang aku inginkan. Bukan untukku, tapi untuk kalian. Terima kasih Ya Allah...hikmahMu terus menusuk masuk ke kalbu umpama tembakan padu dari seorang pakar penembak.
Di atas ranjau yang berduri ini,Kau ingatkan semula tentang ikrarku. Sesekali ikrar itu goyang dek hasutan syaitan dan fitrah kehidupan, namun Kau perbetulkan aku agar terus setia menjadi kekasihMu. Di saat aku mula risau tentang kehilangannya, Kau sedarkan aku tentang nikmatMu. Alunan nama-namaMu cukup menenangkan jiwaku.
Di saat aku mula risau tentang perkara itu, aku ingat semula..bahawa pertemuan dan perpisahan di jalan Allah itu adalah yang terbaik. Aku hanya mampu berdoa, agar kasih sayang dan rahmatMu terus mekar di sanubari mereka-mereka ini. Moga Kau terus Mengingatkan tentang kewujudan dan kekuasaanMu kepada mereka. Moga Engkau tanamkan ayat-ayat suciMu di dalam hati mereka agar mereka fahami.
Hari sudah semakin senja. Pesawatku sudah tersedia. Tarikh Terakhir sudah tercatat. Hanya menunggu masa,detik dan saatnya, aku akan pergi. Tapi aku mohon padaMu ya Allah, agar hati-hati ini bertaut pada kasih dan rahmatMu...Aku Mohon dengan sangat...
aku kini kembali ke alam yang lama. Alam yang aku rindui. Akan aku gunakan kesempatan ini sebaiknya.Tetapi aku tidak mahu berjalan sendirian,kerna biarlah bekas jejak peninggalanku ini ada yang menyambungnya. Tetapi jika difikiran mereka jejak-jejak ini tidak berguna, maka silakanlah untuk menghilangkannya agar tidak ada dalam sejarah di perkampungan ini, adanya manusia yang jahil bernama Muhammad Afdhaluddin.....
aku kemari mencari ilmu..dan ilmu itu sudah ada walaupun tak sehebat mana..tetapi dengan ilmu yang sedikit ini aku berbicara..kerna aku tau bahawa ilmu tanpa amal hanya sia-sia. Kata-kataku cukup memerahkan telinga, tapi itu aku punya cara, aku berdoa agar hati ini dilembutkan dengan cahaya, moga kefahamanku meresap ke hati mereka...
Bismillah...maka entry kali ini..pastinya akan menyentuh tentang beberapa perkara sepanjang saya tidak berblogger.
Kecewa. Sedih
kenapa saya perlu mempunyai rasa seperti itu ? sebab melihat gelagat dan sketsa oleh sesetengah pihak. Daripada seorang yang mempunyai seri di sebalik kehidupannya, kini sudah semakin jauh dari kebenaran. Saya cukup risau, kerana pengaruh dari kelakuannya itu membuatkan sesetengah orang mula terjerat dengan virus ini. Virus yang cukup saya risau, kerana ianya sebenarnya virus yang boleh menjatuh dan memecahbelahkan sesuatu kumpulan. Inilah perkara yang dikatakan sebagai " Jangan Sebab Kita Islam Difitnah !!".
Jangan Sebab Kita Islam difitnah. Jangan Sebab Kita Islam difitnah. Saya berharap agar mereka mengkaji balik tindak tanduk mereka itu, yang sememangnya boleh menggalakkan dan menyebarkan lagi virus-virus tersebut.
KRoNisMe Berlaku
Kita terus melihat, usaha untuk menyatupadukan itu tiada. Malah, kroni-kroni yang mendapat hasilnya. Kalau 1 2 itu mungkin boleh, tapi jika sampai 4 5 orang, itu memang jelas. Anda akan bekerja dengan mereka yang bukan kroni itu, tetapi anda tetap memilih untuk membawa kroni itu. Jelas, resolusi dalam perkhemahan selama setengah hari itu tiada apa-apa makna.
kesimpulannya, saya memohon supaya anda semua diberi hidayah dan bermuhasabah semula tentang tindakan tersebut. Alhamdulillah, setiap kali virus itu datang, saya dapat menepisnya . Memang sukar, tetapi kalau kita nak, semua benda boleh jadi. Allah dengar suara hati kita, kalau suara hati kita nak, maka itulah yang kita dapat.
Tinggal lagi lebih kurang 6 minggu sahaja lagi saya akan berada di bumi bertuah UTM ini. Namun, pengkajian saya dan melalui pemerhatian saya menampakkan sesuatu yang agak membimbangkan untuk masa depan sebuah organisasi yang saya menjadi ahlinya sejak dari tahun 1. Dari pengamatan saya, sejak saya berada di dalam sehinggalah saya berada di luar, nampaknya keadaan itu makin jelas ketara. Terdapat satu sifat di mana berlakunya salah 'mengutamakan' dalam beberapa perkara. Kita lebih seronok menjadi penggerak kepada perancangan mereka sedangkan perancangan kita,entah apa jadinya. Kita begitu seronok menyertai sesuatu aktiviti itu, sedangkan kita tak menggerakkan dan tidak menjalankan amanah yang terpalit di bahu kita sejak sekian lama. Kita cukup hebat dalam memberikan 1001 alasan kepada apa yang kita rancang, tetapi kita begitu patuh kepada arahan yang lain. Jelas, keadaan ini begitu mengecewakan dan seperti tidak ada penawarnya. Apabila masing-masing terus cuba untuk memekakkan telinga. Entah, kebimbangan saya ini ada asasnya.Di tambah lagi adanya golongan yang besar kepala yang sering tidak duduk bersama rakyat jelata, yang sering memberi alasan tak henti-henti, yang saya kira masih lagi belum menjumpai 'jalan ke masjid' sejak setahun yang lepas.
Menjadi pemimpin itu perlu dekat hatinya dengan Allah.Saya juga berpesan pada diri saya ini, bahawa kadang kala saya sendiri hanyut. Namun, kita seharusnya berusaha untuk mencuba untuk mencapai cinta dan keredhaan dari Allah itu.
Perancangan tanpa pergerakan @ movement itu hanyalah sia-sia. Kita mempunyai idea-idea yang bernas,tetapi kita malas untuk mengusahakannya.
cukuplah sekadar ini coretan hari ini. Jika kita terus mengabaikan perkara ini, maka saya kira perjuangan yang selama ini diteruskan dari turun temurun akan lenyap begitu sahaja
" Hang pi nek apa nanti ? " mesej diterima sebelum bermain futsal semalam. Selepas selesai menunaikan kewajipan kepadaNya, saya bergerak ke sana. Sudah lama tidak berjumpa dengan mereka. Boy, Zarep, Faidhi dan kawan-kawan Boy yang lain. Aizat kerja, Haziq ?? Entah ke mana... tidak dapat dipastikan.
Selesai bermain futsal, makan makan kat NZ..sembang pasal business...kemudian berdiskusi di depan rumah zarep..
Bersembang tentang masa depan..soal kahwin..soal mencari pasangan hidup...walaupun kadang kala saya berguling-guling di jalan raya untuk menghilangkan ngantuk, namun diskusi kali ini cukup menarik. Tentang bagaimana dugaan-dugaan yang boleh berlaku...baik buruk study oversea dan sebagainya. risau gak.sampai ada yang boleh tergugat iman smpai sanggup nak tangguh tunang...
Faidhi malam tadi menjadi pakar motivasi dan mengulas setiap insiden yang dibincangkan. Menarik....
Kitorang jugak sempat berbincang mengenai trip bercuti..hooray !!! rancang kat taman negara...
Malam tu jugak kitorang bercerita sket pasal Arwah Aizat Azarullah...masing-masing teringat memori lama..seronok..dan sedih...sebab saya dah lame x jumpe arwah..kire-kire 5 bulan..pastu dengar cite dah meninggal...al fatihah untuk arwah aizat..moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman...
Thursday, February 18, 2010
mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia Berlarilah tanpa lelah sampai engkau meraihnya
laskar pelangi takkan terikat waktu bebaskan mimpimu di angkasa raih bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga bersukurlah pada yang kuasa cinta kita di dunia
selamanya...
cinta kepada hidup memberikan senyuman abadi walau ini kadang tak adil tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi takkan terikat waktu jangan berhenti mewarnai jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa walau dunia takseindah surga bersukurlah pada yang kuasa cinta kita di dunia
Alhamdulillah..akhirnya saya diizinkan olehNya..dengan Cinta Nya saya dapat kembali menulis ke dalam blog ini. Sudah usang barangkali, dipenuhi dengan sawang-sawang jika hendak dibandingkan dengan kehidupan seharian. Dalam tempoh sebulan ini, tenyata saya banyak menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Berbicara tentang perancangan masa depan, assignment baru, perniagaan baru, membuatkan saya seakan-akan melupakan seketika kepada blog saya. Cuma saya tersedar dan saya berharap agar kesibukan ini bukan tanda Allah istidraj dari Allah...
Perniagaan Yang penuh dengan pancaroba
Alhamdulillah, saya sudah pun menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Berbekalkan modal yang saya ada, saya mengusahakan sendiri gerai menjual burger tersebut. Saya bersyukur kerana dipertemukan....dengan 3 orang insan yang mulia hatinya, yang sudi menolong saya.Qila,Nada, An...pada awalnya masing-masing tak percaya kerana saya baru merisik mereka pada 19 januari..dan kami mula berniaga pada 20 Januari..Kemudian kami berkembang lagi dengan mengambil Jerry dan Afif sebagai pekerja saya. Seronok,letih dan banyak lagi.
Mungkin ada yang berkata, jual tu tak untung dan sebagainya.Ya, setiap orang yang ingin menceburi bidang perniagaan pastinya ingin mendapat untung. Tetapi saya ingin memberi proses pembelajaran kepada mereka-mereka untuk sedar akan dunia perniagaan yang sebenar. Persaingan yang sihat, kemahiran menguruskan dan mempelajari benda baru itu penting.
bersikap rasional,prihatin dan mengambil Cakna
Setiap apa yang berlaku, ambil lah ia sebagai satu benda yang serius dan jika boleh diselesaikan dengan cara yang mudah, maka selesaikanlah dengan cara yang mudah. Buat apa nak berbisik-bisik di belakang padahal perkara itu sebenarnya boleh diperkatakan di hadapan? terus terang saja. Saya tidak ada masalah dengan pihak tersebut, tetapi seolah-olah saya ini langsung tidak boleh dibawah berunding dan berbincang.
Segala permasalahan yang berlaku, saya minta diambil berat. Saya nampak masalah itu, tetapi jika saya bersuara,saya dilabel kuat menekan,memaksa dan sebagainya. Saya menyuarakan itu kerana saya sendiri lihat permasalahan itu,walaupun ianya adalah sebuah masalah yang amat kecil.
Timbulkan rasa tanggungjawab dalam diri kerana kita ini adalah model akhlak Islam. Kadang-kadang,akhlak seseorang itu dilihat dari segi pakaiannya. Maka jagalah perkara tersebut. Jangan sesekali menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Jangan menggunakan perkataan "kebajikan" itu sebagai retorik semata-mata.Bersikap selalu memberi alasan, itulah antara punca kegagalan diri sendiri. Saya tidak pernah mempersoalkan keupayaan sesetengah pihak untuk mengawal anak buahnya,tetapi saya mahu anda-anda yang mempunyai kefahaman yang lebih sedikit dari orang lain untuk sama-sama merasai tanggungjawab besar yang diberikan.
Jeli Memahat Memori
Untuk program USR di Jeli, alhamdulillah saya ditempatkan bersama-sama dengan keluarga Izzat. Walaupun agak kekok, namun saya dapat menyesuaikan diri dengan keluarga tersebut. Saya juga tidak berkesempatan untuk memberikan kata-kata perangsang untuk mereka yang berada di sekolah. Saya ada mendengar luahan hati para peserta yang mengatakan kehadiran ke sekolah itu tidak seronok.Tetapi bagi mereka, ia adalah satu kepuasan dan mereka bersyukur kerana mereka tidak diketepikan.Inilah antara perbezaan mereka yang datang ke sana dengan ikhlas, terpaksa dan sebagainya.
hari ini, saya berhajat mahu menceritakan tentang pengalaman saya untuk ekspidisi ke Sabah. Awalnya, saya telahpun membuat persiapan dari segi peralatan,dan maklumat untuk pendakian. Malah,lebih bersemangat lagi, saya sendiri telah mem'post'kan peralatan-peralatan yang perlu di bawa. Memandangkan jarak rumah saya dengan UTM yang dekat, maka saya ditugaskan untuk mengadakan rundingan dengan pihak Universiti Malaysia Sabah untuk mengadakan lawatan sambil belajar di sana. Awalnya, rasa segan sebab saya memang agak lemah dalam bab-bab berurusan dengan orang lain. Namun, saya teringat pesan Encik Noraimi, tentang salah satu perkara yang dapat dipelajari di dalam JKM ialah berunding, maka saya kuatkan diri untuk memulakan rundingan. Alhamdulillah, saya dapat berurusan dan telahpun menyampaikan apa maklumat penting kepada saudara Fareez. Hari Ahad, para peserta mendaftarkan diri di kSJ..memulakan latihan fitness. Agak kelakar juga kerana masing-masing masih lagi kekenyangan memakan daging korban beberapa hari sebelum ini.mangsa pertama...kaizer sopan..hehe..taim panjat-panjat bukit di titiwangsa..terjatuh...macam-macam gelagat..mane taknya..kene sit up, pumping dan banyak lagi... nak cerita semuanya..pergh..letih la jugak...malam-malam carik peralatan..kasut getah, bena clavar(xpasti betul ke x ejaan )..latihan kebudayaan...latihan kebudayaan? hmm...menarik..kami semua berkumpul di bilik kebudayaan KSJ..semua pakat main ketuk je...last-last sedap..aku sebagai pemain gong..wah..seronok..inilah pengajaran yang pertama - jangan menyerah sebelum mencuba..
ketika sesi training...team kami kalah...kene la pumping..sebab tak de perancangan..akhirnya..kami mampu memenanginya pada pusingan kedua...ini juga pengajaran kedua - rancang untuk berjaya dan semangat berpasukan itu penting.Walaupun banyak perkara -perkara menarik berlaku..tapi..saya rasa lebih elok saya memfokuskan pada pendakian saya ke puncak kinabalu.
Tapi sebelum tu, saya ingin menceritakan kehidupan bersama keluarga angkat di Beaufort, Sabah. Kami disambut dengan persembahan kulintangan yang menarik sekali. Sama sahaja seperti cak lempong, cuma ada lainnya dari segi instrumennya. Seperti biasa, kami dilayan agak istimewa. Saya bersama Shafeek, presiden RIC tinggal serumah.Ayah angkat kami merupakan pengerusi masjid di kawasan Kampung Berangkok tersebut. Hubungan silaturahim antara keluarga keluarga di sana terjalin oleh sebab mereka semua merupakan satu keluarga. Yang tu sepupu yang ni, yang ni adik beradik yang sana...pening kepala memikirkannya. Malam Pra Penyerahan anak angkat dimulai dengan bacaan yassin dan sedikit pemberian cenderamata kepada keluarga -keluarga angkat.
Satu perkara yang menarik di sana ialah makanan mereka seperti ambuyat,kinoball dan banyak lagi. Pada malam kedua kalau tak salah, ada majlis tahlil di rumah keluarga angkat Khairi. Kami dijamukan dengan daging kerbau, ambuyat dan banyak sekali. Paling mendapat perhatian pastinya ambuyat.Rasanya...erm..boleh tahan..kalau nak sedap...cicahlah dengan kuah kari, kuah kicap dan sebagainya. Cara makannya juga lain. Mula-mula digulung menggunakan buluh yang halus, kemudian dicicah dengan kuah apa-apa sahaja dan kemudian di telah begitu sahaja. Telan terus,jangan kunyah. Keesokan harinya,Kami dibawa ke Tamu, sama seperti Pasar Tani yang menjual pelbagai barangan dan makanan. Kemudian singgah di 2 kenduri kahwin. Ayah angkat kami kata, hari tu sahaja ada 5 jemputan tak kira waktu.Pagi,petang,malam semua boleh saja jalan. Kemudian, jam 2 petang, ada friendly futsal dengan belia kampung berangkok. Skuad lelaki menang 6-2 ngan 2-1..perempuan kalah 1-0..ok la tu..paling best bile main taim tu ada iman,radzi,khairi,kaizer..memang sedap la maen..lepas je habis tu..pegi dewan untuk training boria dan dikir barat..haha..alhamdulillah,malam tu kami telah membuatkan persembahan yang bagi saya lebih terbaik daripada jumlah latihan yang tak seberapa, dan dalam tempoh yang singkat. Esoknya,kami berangkat bergerak ke Kinabalu Park. Sebelum tu, berkumpul dulu di dewan untuk sesi terakhir. Agak sebak juga sebab seolah-olah kami telah membuat banyak salah..eh, bukan..seolah-olah mereka banyak salah dengan kami...sebak..serius..layanan yang diorang berikan amat tip top...semoga Allah sentiasa merahmati kampung berangkok...
Dalam perjalanan, saya duduk di belakang sekali..bersama-sama beg-beg diorang semua. Menarik..saya,ain,zeeha asik-asik kene betolkan beg-beg dorang nih..Sampai di Kinabalu Park, apa lagi..dah mula sejuk..asap dah mula keluar ikut mulut..haha..best..petang tu..pi makan kat Ranau, pi Poring Hot Springs..kemudian balik semula ke Kinabalu Park..Malam tu kenakan Encik Sharil..sume pakat baling tepung kat die...lepas mandi semua, saya mengenangkan mesej dari seorang kawan.. mesejnya seperti saya akan pergi untuk selamanya..hmm..bimbang juga...malam itu saya berasa sejuk sekali. sejak berada di Kinabalu Park lagi, saya sudah kesejukan. Pakai berlapis-lapis malam tu nak tido,still sejuk. Bilik kami tak perlukan air cond, sebab dah memang sejuk.Malam tu,pakai macam mana pakaian nak daki gunung..risau serangan asma sepanjang pendakian nanti. Malam tu, baru first time makan kinoball..pergh..bole la..tapi kalau makan banyak-banyak..kenyang jadinya..
keesokan paginya..kami bangun..dalam pukul 5 camtu..solat...sebelum pi sarapan..amik gambar banyak-banyak..bende yang paling penting..post card yang tertulis Icame..I saw I conquered...ada gambar mt. kinabalu kat situ..itulah salah satu visualized dalm memotivasikan diri dan orang lain. to be continued...
Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menghadiri Konsert Amal untuk mengutip dana bagi membantu saudara Nazrey Johani yang berhasrat untuk membina sebuah sekolah tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah.Konsert tersebut menampilkan artis seperti Inteam, Nice, Algebra dan Nazrey sendiri. Ternyata, hasrat murni saudara NAzrey itu tidak dipandang sepi oleh masyarakat. Sedih dan pilu bila mengenangkan nasib anak-anak di Sabah. Lebih lebih lagi, saya sendiri telahpun berkunjung ke sana dan serba sedikit tahu keadaan di sana.Di Uia ini juga, saya berkesempatan bertemu dengan sahabat lama saya, Syamim. Seronok dapat bertemu semula setelah lama tidak bersua.
"Esok,kumpul kat bank pukul 7." itu mesej dari saya kepada mereka yang nak pergi forum Iluvislam - Mencari Cinta Sempurna.Mungkin agak kelakar sedikit semasa dalam perjalanan dari UTM ke stesen LRT Damai,tapi itulah cabaran dan pengorbanan.Kami selamat tiba di KL Sentral pada jam 8.25 pagi. Sarapan roti sahaja,kemudian naik komuter.Lupa pula yang kalau naik di KL Sentral,alamat sendat la jawabnya. Tapi kami teruskan jua perjalanan.Tiba di Inspen, menguruskan soal pendaftaran mereka-mereka yang di bawah saya ( ayat x boleh blah)..mendengar forum yang cukup menarik.
Terutama sekali tentang persoalan, adakah cinta itu tujuan ataupun perjalanan. Saya sendiri tak pasti apakah jawapan yang sesuai kerana cinta itu subjektif, bak kata moderator.Setiap orang ada penilaiannya masing-masing.Akal juga sering menafikan kebenaran tentang sesuatu perkara. Contohnya, aqal sudahpun tahu kena pilih yang baik-baik, tetapi kita masih lagi enggan dek kerana hasutan nafsu.
Ustaz Dzulkhairi,bekas presiden GAMIS menyampaikan bicara tentang Ciri-Ciri orang yang mendapat halawatul iman, iaitu kemanisan iman.Yang Pertama, cintakan Allah dan Rasul melebihi dari segalanya.Yang Kedua,benci kepada kekufuran seperti bencinya dicampakkan ke dalam api neraka dan yang ketiga,cintakan seseorang itu kerana Allah.
Saya juga teringat sebuah hadith kalau tak salah,tentang 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah ketika mana saat tiada lagi perlindungan selain dariNya. Salah satunya ialah 2 orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Saya sendiri tak berani untuk menghuraikannya,kerna bimbang huraiannya saya bukan berdasarkan aqal.
Di sini juga ingin juga saya berkongsi beberapa pepatah kalau tak salah saya..
Bagaimana Hati itu boleh bersinar andai gambaran dunia masih terlekat padanya?Adakah cinta kita kepada Allah dan Rasul telah melebihi segalanya? itulah persoalannya.Bayangkan,ketika mana Bilal bin Rabah datang melawat Madinah, dan cucu Nabi Muhammad s.a.w meminta Bilal untuk mengazankan, satu Madinah keluar dan menangis mengenangkan saat indah ketika bersama dengan Rasulullah s.a.w. Masya Allah..sungguh mendalam sekali cinta para sahabat ketika itu....
Disamping itu,kita juga hendaklah mencari kepuasan spiritual yang sering hilang dalam diri kita. Kepuasan itu hanya tercapai dengan mengingati Allah. Ini selaras dengan firmannya di dalam Al Quran
" barangsiapa mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.."
Forum itu diakhiri dengan persembahan Muadz. Paling seronok apabila mendengar lagu Stand Up secara live. Alhamdulillah,Segalanya berjalan lancar.Adalah sedikit kekurangan,namun itu adalah perkara biasa. Tahniah buat krew iluvislam yang telah membuat program ini,dengan nama yang catchy,dan atas kejayaan menghasilkan sebuah tabloid yang bakal mewarnai dunia cetak di negara kita ini.
Allahuakbar !!
menuju perjalanan pulang,singgah sebentar di Mid Valley,ada education fair.Tapi sayang, lebih banyak tentang management,nursing,account, IT..apa lagi..balik lah..bersiap untuk ke Shah Alam...Syarahan Perdana Prof Yusuf Al Qardhawi...
suasana di Masjid Shah Alam cukup sesak.Sebaik sahaja selesai solat maghrib,saya bergerak ke depan untuk melihat sendiri wajah tokoh besar ulama dunia ini.Namun, saya hanya mampu melihat melalui pandangan tepi sahaja. Walaupun begitu,perasaan kecewa itu bertukar menjadi puas dan bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menatap sendiri wajah Prof Yusuf Al Qardhawi.
Beliau sempat memberikan syarahannya,dan diantaranya beliau berdoa agar Masjidil AQsa kembali dalam dakapan Islam. Malah,hijrah dan kemenangan itu bagi beliau ialah apabila seseorang itu berjaya mempertahankan prinsip pegangan walaupun diseksa,dihina dan sebagainya.
Malah, beliau juga menggesa agar pertubuhan dan gerakan islam menyusun strategi dengan baik demi kesejahteraan Islam. Malah,beliau sendiri menegaskan bahawa Islam adalah agama yang dibantu banyak denagn kekuatan semangat berjemaah,iaitu orang yang ramai.
Di dalam hati saya berdoa alangkah indahnya andai ramai yang datang pada malam ini bersatu hati untuk menentang mereka-mereka yang menentang Islam.Ketepikan ideologi dan fahaman yang berbeza,kerna kita perlu mencari titik kesatuan,bukannya titik perpecahan.
Selesai di sana, kami bergegas menuju ke Majlis Pelancaran Opick FC. mungkin kerana ramai yang datang ke Masjid Negeri menyebabkan tidak ramai yang datang ke sini,namun Opick tetap menghiburkan hati para peminatnya. Seronok...alhamdulillah..minggu yang pertama ini,macam-macam perkara dilakukan.Semoga saya berkesempatan lagi untuk mengikuti program-program seperti ini lagi...
Abu Hurairah r.a : Sabda Rasulullah s.a.w : Dalam Solat, syaitan selalu mengingat-ingatkan hal-hal lain, sehingga seseorang lupa sedang pada rakaat berapa ia solat