. Berjalan.Melihat.Mentafsir

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Wednesday, April 29, 2009

:: ANUGERAH BLOK/BILIK BERSIH DAN CERIA KSS ::

Sukacita dimaklumkan bahawa pentadbiran Kediaman Siswa Semarak telah menganjurkan pertandingan blok/bilik bersih dan ceria bagi semester 2 2008/09. Sehubungan dengan itu, berdasarkan syarat-syarat dan juga lawatan serta pemerhatian oleh pihak pentadbiran Kediaman Siswa Semarak berikut adalah senarai nama pemenang bagi anugerah tersebut.
ANUGERAH BILIK BERSIH DAN CERIA BILIK C77

- Abu Turab Malik bin Tassaduq Abbas Malik - 2DDT

NAIB JOHAN -

ANUGERAH BILIK BERSIH DAN CERIA BILIK C65

- Muhammad Afif bin Jasmi - 1DDC

KATEGORI SISWI JOHAN

- ANUGERAH BILIK BERSIH DAN CERIA B

ILIK APH 12 1) Siti Mariam bt Abdullah - 2DDW 2) Nur Zafirah bt Abd Hashim - 3DDC 3) Anis Nurfarhana bt Mohd Ali - 3DDC

NAIB JOHAN -

ANUGERAH BILIK BERSIH DAN CERIA

BILIK APH 19 1) Zaitun bt Kasim -1DDQ 2) Nurul Ain Nadia bt Ariffin -1DDQ 3) Nur Hanisya bt Salleh Arif - 1DDQ

KATEGORI BLOK KESELURUHAN JOHAN

- ANUGERAH BLOK BERSIH DAN CERIA

- BLOK APG

NAIB JOHAN

- ANUGERAH BLOK BERSIH DAN CERIA -

BLOK APH

Untuk makluman saudara pemarkahan bagi anugerah ini dibuat berdasarkan kepada ciri-ciri kebersihan , kreativiti , wangi , ceria dan kekemasan bilik. Tahniah dan syabas diucapkan kepada saudara . Diharap saudara semua dapat mengekalkan kejayaan dan akan menjadi galakan dan dorongan kepada rakan-rakan yang lain.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH"

Yang benar,

NORAIMI BIN SHAFIE Pengetua Kediaman Siswa Semarak



- Tahniah diucapkan kepada para pemenang....

Sunday, April 26, 2009

Syabas Selangor Muncul Juara Piala FA

Semalam sempat menonton secara LIVe perlawanan antara Selangor menentang Kelantan...
menarik juga.. Kedua-dua pasukan sama handal....namun, pengalaman mengatasi segalanya...Selangor muncul juara selepas menang penentuan penalti 4-1...

Yang paling menarik....kita dapat lihat semangat kesukanan yang tinggi dalam diri pemimpin-pemimpin kita.. Menteri Belia dan Sukan, Dato Ahmad Shabery Cheek, Presiden Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, Menteri Besar Selangor, TAn Sri Khalid IBrahim dan Ahli Parlimen Gombak, saudara Azmin Ali berada di atas pentas yang sama untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Maka...tidak mustahil,satu hari nanti Islam akan bergabung semula....


Friday, April 24, 2009

Selamat Hari Jadi Tuan PResiden.....

From my mom...
Happy brithday.Smoga pjg umur dtmbhkan iman dan bjaya dunia akhirat.AMIn.

Hepi bday:-) moga sntiasa dmurahkan rezki & sntiasa dpmudahkan sgala urusan..Eh, pg sok k.lang ada xm.doakan tau ;-) - Kak Lang ..skang blaja kat uitm shah alam...

Seorg bijak pandai islam bkata,"jika engkau mahukan kmersraan dgn Allah..maka engkau mesti garang thadap dirimu sendiri..tidak mgikut segala nafsumu...kalau engkau merasai manisnye bhubung dgn Allah, tahulah engkau bgaimana pahitnye bpisah dgnNya.."slamat hr lahir...:-)
dari junior..sape ek ?hahaha...



Salam..Slamat myambut ulang tahun..hehe.sMoga bAhagia sntiasa n bjayaa! Nti mkn kek,ingtla kami ye...hehe - nazriah si KB APH

Salam. "Sanah helwa ya jamil " kepada pres :-) - Nabila KB APG

Sheikh...Lupe plak..Hepi besday..hehe - Dari Businessman...ABu






Doa seorg saudara t'hdp saudranya di luar pngetahuan(saudara t'sbt) adalh doa yg d'p'kenankn, di sisinya seorg malaikat y d'wakilkn.Setiap kali dia m'doakn kebaikn utk saudranya malaikt y d'wkl'n akn b'kata "AMIN DAN BAGIMU JUGA SPT ITU" selamat ulang tahun kelahiran, semoga diberkati Allah selalu... - Kak Sam

Salam..Slamat hari Lahir Afdhal..!!Eeii dh msuk 19 thun da ea..dh tua..huahua..Apepun doa akak mga Afdhal success slalu..n dhrapkan agr dirhmati d lndungi Allah s.w.t..amin...(",) - Kak mimi

Selamat hari lahir....

Qu ni sheng er kuai le pedal.... - dari pika....

Sbuk erk..nk ucp slmt ulang tahun :-) doakn kO smOga kO brjaye n bhgia..;-) dari.......

Salam.Afdhal,slmt ulgthun klahiran yg ke 19.smoge hdupmu sntiase dilimpahi barakah drpdNya.slmt b'jye dunia akhirat - kak zafirah..

dari cik matahari...hahah
Salam..khas wt en.presdnt Muhammad Afdhaluddin b. Mohd Yusof..HEPY BIRTHDAY :) slamat ylangtahun..smg dpjgkn usia,dmurahkn rezeki,smg mjd insan yg soleh,insan yg bhgia dn bjaye d dunia dn dyg pnting d akhrat..n gdluck dn smg mdpt bidadari yg diimpikn..biapn bkn di dunia tp d akhrat kelak..i/Allah :)

Slamat hari lahir..smoga pnjang umur, n murah rzki slalu... - yani pengarah SPEED

Salam. Dgr kate arini bday ko.Epi bday!! :-D - nasyitah.,.junior Muar..skang pekerja kat 1st shop..



dari atikah yang blog sudah rosak...
Selamat hari tua..U r one old older...
dari suria junior taim kat muar..
hepi bufday....
huhu

dari zaira ..
kwan merangkap cikgu aku taim kat MRSMKK..die la banyak tolong aku...
asssalamualaikum
hepi bday
da tue pon ko hari ni..

hope you'll success in your
studies and life
aminn..

dari Aqilah ..kwan si umul...hehehe
salam...
hepi bezday adik-yg-da-xingat-kat-akak...
may ALLAH bless whole ur life...
:)

dari sharehen...


dari fadilah @ eyla..



dari che wan...

Salam..Afdal,arini besday kO kn? Hepy besday, moga pnjg umO n dmurhkn rezki..Chat n igt aku slalu..huhu..Moga, idup kta diberkati oleh maha esa..


dari Hilmi Atudisma..junior...amir amal islami 02..
slamat ari lahir.... :)

Shakila si budak akaun...
HAPPY BIRTHDAY!!!..

dari kidol..fan MAn U...



Perjumpaan Bersama Dato' Nizar...........

Keadaan jalan penuh sesak. Kereta di sana sini parking merata. Apa yang sebenarnya berlaku ? keadaan di rumah yang special itu amat jarang sekali saya lihat. Tak pernah lagi seramai itu. Rupa-rupanya ada terpancar wajah seorang tokoh yang hadir di situ. Seorang Ir. sedang memberi penjelasan tentang apa yang berlaku di sebuah negeri. Riak wajahnya yang tenang cukup memancarkan bahawa beliau masih dapat mengawal emosinya.

Saya sendiri tidak menyangka dapat bertemu bertatap mata dengannya. Hujah-hujahnya cukup tip-top. Penguasaan bahasa Inggeris yang sebelum ini saya hanya baca dan dengar dari media-media ternyata benar. Hafalan dalil-dalil Naqlinya cukup bagus. Bukan mudah untuk mencari seorang iR yang seperti ini. Bukan mudah untuk mencari seorang YB seperti beliau. Gema takbir sebaik sahaja beliau tamat memberikan ceramahnya serta selepas bacaan doa itu menunjukkan sokongan padu yang diberikan kepada beliau....

Semoga segala usaha Dato' membuahkan hasil untuk Islam. Insya Allah..



Munajat siswa, NLP and Book fair...

alhamdulillah, KSS telah berjaya menganjurkan program Munajat Mahasiswa pada petang Isnin yang lepas.
Pengisian yang padat, mampat dan sendat....
Dimulai dengan majlis berbuka puasa dengan kuih-muih yang telah disediakan. Alhamdulillah, ramai juga yang hadir.
Terdapat juga rakan,sahabat,kawan,teman yang datang dari KSJ turut sama memeriahkan program. Antaranya Presiden KSJ,
saudara Mohd Hairul Fitri, Fareez, dan ramai lagi.
Majlis diteruskan dengan solat maghrib, solat hajat dan bacaan yassin. Selepas itu, para jemaah dihidangkan dengan santapan motivasi
bagi menghadapi peperiksaan serta beberapa tips dan amalan yang boleh dilakukan .
Antaranya ialah memakan makanan yang halal dan baik, membuat air penawar sendiri, menjaga hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia
dan paling penting menghubungi ibu bapa sebelum menghadapi peperiksaan. kerana doa ibu bapa terhadap anaknya merupakan salah satu doa yang diperkenankan.

Selain itu, pilihan waktu untuk berdoa juga perlulah waktu yang sesuai. Antaranya selepas solat fardhu, 1/3 malam terakhir,di antara 2 khutbah, selepas asar dan banyak lagi. Bolehlah merujuk kepada banyak kitab dan hadith yang ada di pasaran. So, dapatkan segera...=)


Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada ajk program yang bertungkus lumus menguruskan perkara ini ; Nabila Raihan, Zaitun, Siti Nur Fhadilah dan Nurul syafiqah. kepada JKM yang lain yang turut membantu, terima kasih dan tahniah.

Petang Rabu. Seramai 8-10 orang penghuni KSS menghadiri ceramah motivasi NLP.Padahal sepatutnya orang lain yang kena pergi.Hmm,,maklumat yang salah disampaikan kepada mereka-mereka yang sepatutnya pergi. Apa itu NLP ? carik la sendiri..hehehe, sedikit sebanyak ilmu yang diperoleh itu dapat saya aplikasikan dalam kehidupan saya. Law of attraction itu memang benar. Dan sememangnya sudahpun termaktub di dalam Al Quran. Sedikit rasa malu dan segan apabila melihat sarjana dan ahli falsafah barat lebih mengkaji tentang sesuatu perkara, namun hakikatnya ianya termaktub dalam kitab kita...
Beberapa kaedah yang ditunjuk, serta beberapa video yang ditunjukkan kepada kami semua itu menunjukkan kekuasaan akal yang diciptakan Allah. Tidak hairanlah kenapa kebijaksanaan manusia itu terletak pada akal, dan akal yang memainkan peranannya dalam mengawal tingkah laku dan akhlak kita dengan izin Allah.Walaupun niat asalnya untuk makan, tetapi setelah melihat dan menghayati ilmu yang diberikan, ianya cukup bermakna. Terima kasih Prof. =)

" makan makanan lebih tu. Niat untuk menyelamatkan rezeki..." - kata-kata yang saya takkan lupa..hehhee


sebelah petangnya, kami berkunjung ke pesta buku di PWTC. Berjalan membelek-belek buku je dah lame. Kenapa tetibe je nak pergi ke sini? Mungkin akibat semangat yang kuat setelah mendengar ceramah motivasi semalam . Sempat juga bertemu dengan penulis novel Tautan Hati, kak Fatimah ( x pasti name penuh die..) ..satu yang saya tertarik ialah beliau mengatakan bahawa beliau menulis novel atas satu prinsip iaitu Lailahaillallah Muhammadurrasulullah...menarik sekali. Saya juga berharap agar segala penulisan dan karya saya ini berlandaskan prinsip yang sama.Alhamdulillah, buku yang saya cari sudah ditemui. Apalagi, marilah kita memulakan sesi membaca buku...hehehe


 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design