. Berjalan.Melihat.Mentafsir

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Thursday, February 18, 2010

Edaran Segera Kepada Semua Ahli JKM KSS 09/10

Setelah mendapatkan maklumbalas dari pelbagai pihak, maka di sini saya dengan rasa rendah hati dan penuh kekesalan ingin memohon maaf atas segala kesalahan yang telahpun saya lakukan samada secara sedar mahupun tidak sedar. Sesungguhnya ujian kali ini amat besar , pada Allah sahajalah tempat saya mengadu. Semoga pihak-pihak yang sedang bertelagah, saya mohon untuk kembali melupakan sengketa lama. Walaupun sukar, tetapi saya mohon dengan rasa rendah hati. Saya telahpun menyebabkan satu ikatan itu terputus.

Kepada barisan MT JKM KSS 09/10. saya dengan rasa penuh rasa bersalah ingin memohon 10 jari memohon maaf atas segala 'hasil' yang telah saya tinggalkan. Sebagai bekas orang nombor 1 dalam organisasi JKM, saya tidak sepatutnya bermain-main dengan isu ini. Saya memohon keampunan dari kalian sekalian.

Sayalah orang yang paling sedih dengan keadaan ini. Mungkin memang patot saya meninggalkan UTM umumnya dan KSS secara khususnya. Saya sudah tidak patut berada di sini untuk menanggung malu dan melihat sisa yang tidak baik yang telah saya tinggalkan untuk kalian semua.

Bantulah adik-adik JKM yang baru ini bertatih dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar. Pastinya, cuti pada bulan Mei-Julai ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti anjuran kalian. Maka,persiapkanlah barisan JKM ini agar mampu berjuang dalam menghadapi mehnah dan tribulasi yang bakal melanda.

Buat para senior dalam JKM, rapatilah mereka dan dengarilah suara mereka. dan dalam masa yang sama saling bantu membantu untuk mnyelesaikan tugas yang diberikan. Jangan memberikan contoh tauladan yang tidak baik kepada ahli JKM yang baru.

Dan bagi mereka yang baru dalam JKM,ingatlah, segala permasalahan tidak akan selesai dengan hanya mengadu ke seseorang. Perkara itu akan menjadi bara yang panas membara dan hanya menunggu untuk menjadi api semula.

Semoga redha Allah sentiasa bersama kalian.


Yang Benar,


Muhammad Afdhaluddin Bin Mohd Yusof
Mantan Presiden,
JKM Kediaman Siswa Semarak
UTM International Campus,
Kuala Lumpur

Monday, February 15, 2010

Teruskan Melangkah Wahai pejuang..

"macam mana keadaan sekarang ?" itulah antara soalan yang ditanyakan kepada mereka. Dari riak wajah mereka,terpancar wajah kemurungan dan rasa lemah semangat." Diorang ni emosional sket".Nampaknya masalah yang disangkakan rupa-rupanya lebih besar. Mereka ternyata sudah mula lemah semangat dan hilang perasaan ambil peduli kepada organisasi.Sebelum ini sudah 2 kali berita seumpama ini diadukan. Mungkin pada sesi lalu,apa-apa masalah sayalah tempat mereka menceritakan. Tetapi kini mereka sudah saya biarkan bertatih dalam dunia tersebut. Mereka hilang tempat menceritakan masalah mereka. Sebaliknya para penggerak baru mempunyai tempat bergantung yang paling teguh, sehingga menyebabkan apa sahaja teguran,nasihat dan perkara berbangkit menjadi back fire kepada mereka.



Acapkali juga saya mendengar mereka ingin melepaskan diri dari belenggu masalah ini dengan cara melepaskan jawatan tersebut. Mana tidaknya, segala apa yang disuarakan akan dijadikan sebagai aduan kepada si tempat bergantung itu.


Sabar.Allah sedang menguji kamu


Kini saya sudah faham mengapa mereka begitu sedih dan tertekan. Namun,saya sebagai orang luar hanya mampu melihat,berdoa dan memberi serba sedikit pertolongan,namun idea dan cadangan saya itu perlulah dibawa kepada peringkat perbincangan di dalam organisasi tersebut.

Para penggerak baru ini adalah generasi Y. Generasi Milenium. Mereka sudah dapat segala yang mereka inginkan. Maka,pendekatan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan melebihkan perkongsian dari hati ke hati. Berjumpalah dengan mereka,tetapi biarlah perjumpaan itu dihadiri seorang dua sahaja.Ini sekaligus dapat membuatkan mereka lebih bersifat terbuka.

Diorang Tak Buat Kerja, Kita yang Kena

Saya juga menghadapi situasi ini. Tetapi apa yang saya lakukan ialah,setiap kali kerja tersebut diberi, berikan time frame kepada mereka. Dalam tempoh seminggu,apa yang kena buat,apa yang kena siap dan sebagainya. Bukan sahaja untuk para penggerak baru,tetapi juga harus digunakan teknik ini kepada penggerak lama tetapi yang banyak songehnya.


Hidupkan kembali Surat Merah

Surat Istimewa yang sebab diaplikasikan pada penghujung sesi lalu sebenarnya merapatkan lagi ukhuwah antara kita. Bagi yang menghargainya, ia akan rasa bahagia. Tetapi bagi yang hanya anggap itu adalah sebuah perkara remeh, maka dia sudah tersilap. Kadang-kadang saya melihat sampul seseorang itu penuh,mungkin tidak diambilnya sejak pertama kali dimulakan.

Akhlak kita sebagai tauladan

Sebagai orang orang yang penting, pastinya perilaku kita menjadi bahan tontonan umum dan dijadikan sebagai bahan rujukan untuk mereka yang baru. Oleh itu,jagalah diri anda sebaik mungkin. Tutuplah pintu-pintu keaiban anda dari dilihat oleh orang. Cara kerja kita biarlah tip top. Bukan bertangguh.

"kalau takut pada risiko,Usah bercerita tentang perjuangan"











































































































Tuesday, February 9, 2010

For The Rest Of my Life


For The Rest Of my Life
I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

aku Ingin Bercinta

Itulah tajuk ceramah di UPM semalam,oleh Ustaz Hasrizal. Banyak perkara yang membantu saya dalam meneruskan lagi perjalanan hidup di muka bumi ini. Di awal ceramah, pastinya rasa kagum dan takjub apabila melihat dewan penuh dengan kaum muslimat.hanya 1/6 sahaja lelaki. Malah tikar dibentangkan di tepi dewan untuk membolehkan mereka yang tidak mendapat tempat untuk duduk di atas tikar tersebut. Rasa syukur kepada Allah kerana masih ada lagi orang yang hatinya terbuka untuk datang ke majlis ilmu begini.

Apabila membicarakan tentang cinta,pelbagai ragam dan pendapat dikeluarkan oleh orang yang mendengarnya. Sama juga seperti universiti. Ada yang mengatakan universiti tempat menuntut ilmu, ada yang mengatakan universiti canggih dan lengkap, ada yang mengatakan universiti penjara pemikiran mahasiswa.Maka persoalannya..Salah universitikah ? begitulah sama untuk persoalan cinta. Cinta itu adalah fitrah, yang salah ialah pelakunya, bukan benda tersebut.

Malah cinta Rasulullah s.a.w kepada umat akhir zaman juga merupakan cinta. Mungkin bagi kita, cinta itu sangat pelik ; bercinta dengan orang yang entah bagaimana rupanya,namun disebabkan atas dasar keimanan, maka Rasulullah mencintai umat selepasnya.

Banyak juga perkara yang disentuh oleh ustaz. Quote yang paling menarik bagi saya ialah " berhati-hati dalam memberi dan menerima CINTA " . Itu belum lagi kuasa cinta. Kuasa cinta boleh menguatkan seseorang. Seorang ayah sanggup menyelamatkan anak yang terperangkap dalam bangunan yang disambar api. Seorang ibu sanggup tidak tidur malam untuk menjaga anaknya.Banyak lagi sebenarnya,tetapi saya tidak pandai mengulas.

" kita bukan sahaja perlukan kenangan terindah..tetapi juga perlukan kenangan terhalal.."

Seronok kerana akhirnya hajat saya termaqbul untuk mendengar ceramah secara live dari ustaz hasrizal.

Moga beliau berjaya dalam pembentangan kertas kerjanya di Jordan. InsyaAllah..

Kembali bernafas..

Alhamdulillah..akhirnya saya diizinkan olehNya..dengan Cinta Nya saya dapat kembali menulis ke dalam blog ini. Sudah usang barangkali, dipenuhi dengan sawang-sawang jika hendak dibandingkan dengan kehidupan seharian. Dalam tempoh sebulan ini, tenyata saya banyak menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Berbicara tentang perancangan masa depan, assignment baru, perniagaan baru, membuatkan saya seakan-akan melupakan seketika kepada blog saya. Cuma saya tersedar dan saya berharap agar kesibukan ini bukan tanda Allah istidraj dari Allah...

Perniagaan Yang penuh dengan pancaroba

Alhamdulillah, saya sudah pun menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Berbekalkan modal yang saya ada, saya mengusahakan sendiri gerai menjual burger tersebut. Saya bersyukur kerana dipertemukan....dengan 3 orang insan yang mulia hatinya, yang sudi menolong saya.Qila,Nada, An...pada awalnya masing-masing tak percaya kerana saya baru merisik mereka pada 19 januari..dan kami mula berniaga pada 20 Januari..Kemudian kami berkembang lagi dengan mengambil Jerry dan Afif sebagai pekerja saya. Seronok,letih dan banyak lagi.

Mungkin ada yang berkata, jual tu tak untung dan sebagainya.Ya, setiap orang yang ingin menceburi bidang perniagaan pastinya ingin mendapat untung. Tetapi saya ingin memberi proses pembelajaran kepada mereka-mereka untuk sedar akan dunia perniagaan yang sebenar. Persaingan yang sihat, kemahiran menguruskan dan mempelajari benda baru itu penting.

bersikap rasional,prihatin dan mengambil Cakna

Setiap apa yang berlaku, ambil lah ia sebagai satu benda yang serius dan jika boleh diselesaikan dengan cara yang mudah, maka selesaikanlah dengan cara yang mudah. Buat apa nak berbisik-bisik di belakang padahal perkara itu sebenarnya boleh diperkatakan di hadapan? terus terang saja. Saya tidak ada masalah dengan pihak tersebut, tetapi seolah-olah saya ini langsung tidak boleh dibawah berunding dan berbincang.

Segala permasalahan yang berlaku, saya minta diambil berat. Saya nampak masalah itu, tetapi jika saya bersuara,saya dilabel kuat menekan,memaksa dan sebagainya. Saya menyuarakan itu kerana saya sendiri lihat permasalahan itu,walaupun ianya adalah sebuah masalah yang amat kecil.

Timbulkan rasa tanggungjawab dalam diri kerana kita ini adalah model akhlak Islam. Kadang-kadang,akhlak seseorang itu dilihat dari segi pakaiannya. Maka jagalah perkara tersebut. Jangan sesekali menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Jangan menggunakan perkataan "kebajikan" itu sebagai retorik semata-mata.Bersikap selalu memberi alasan, itulah antara punca kegagalan diri sendiri. Saya tidak pernah mempersoalkan keupayaan sesetengah pihak untuk mengawal anak buahnya,tetapi saya mahu anda-anda yang mempunyai kefahaman yang lebih sedikit dari orang lain untuk sama-sama merasai tanggungjawab besar yang diberikan.

Jeli Memahat Memori

Untuk program USR di Jeli, alhamdulillah saya ditempatkan bersama-sama dengan keluarga Izzat. Walaupun agak kekok, namun saya dapat menyesuaikan diri dengan keluarga tersebut. Saya juga tidak berkesempatan untuk memberikan kata-kata perangsang untuk mereka yang berada di sekolah. Saya ada mendengar luahan hati para peserta yang mengatakan kehadiran ke sekolah itu tidak seronok.Tetapi bagi mereka, ia adalah satu kepuasan dan mereka bersyukur kerana mereka tidak diketepikan.Inilah antara perbezaan mereka yang datang ke sana dengan ikhlas, terpaksa dan sebagainya.


 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design