. Berjalan.Melihat.Mentafsir: January 2009

MUtiara Kata

Saya Melewati Jalan ini Hanya Sekali,maka apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang sekeliling saya,biarlah saya melakukannya sekarang.Jangan biarkan saya menunda apa yang sepatutnya saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi ::





"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya." - Hadith riwayat Muslim

Saturday, January 31, 2009

PM Turki Kecam Presiden Israel ::Keberanian Yang Harus Ada Pada Semua Pemimpin

PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."

Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."

Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."

Sifat inilah sebenarnya yang perlu ada dalam diri pemimpin-pemimpin baik pemimpin pelajar mahupun pemimpin-pemimpin negara. Walaupun kita tahu bahawa Turki merupakan negara sekular, namun dalam beberapa perkara , mereka sudah mula cuba untuk kembali kepada pangkuan Islam.


Beliau sedar sifat berat sebelah yang ditunjukkan oleh pengerusi majlis yang memberi kelebihan buat pihak barat untuk menghentam Palestin.

Semoga sifat ini sedikit sebanyak menyedarkan pimpinan pimpinan mana-mana persatuan,pertubuhan, negara dan sebagainya untuk berani melakukan sesuatu tindakan apabila prinsip diperlekehkan.

Friday, January 30, 2009

Genap Sebulan...Cabaran demi Cabaran...

Sudahpun sebulan 5 hari JKM KSS 08/09 memimpin penghuni KSS. Pelbagai onak dan duri telahpun dilalui. Dari sebuah pertemuan yang hanya dianggap biasa, kini persefahaman cuba untuk dibentuk oleh ahli JKM. Masing-masing sudah mula untuk memahami kriteria dan perwatakan masing-masing.



Ayuh sahabat-sahabatku, teruskan perjuangan itu..kerna kita baru sahaja memulakannya. Segala kesilapan dan kesusahan yang dialami dalam program pertama itu haruslah diambil iktibar dan pedoman.

Tetapkan pendirian, berpegang teguhlah pada tali-tali Allah. Laksanakan tugas dan amanah dengan rasa tanggungjawab, jangan sesekali mengabaikannya. Ada kawan yang mula bertukar menjadikan kita musuh apabila kita banyak mengabaikannya tapi haruslah kita ingat, bahawa perjuangan memerlukan pengorbanan.

Acap kali tohmahan dan fitnah telah dilemparkan ke atas muka saya. Namun,kita harus tabah dan hadapi dengan tenang. Gosip gosip liar itu hanyalah sebahagian dalam dunia kehidupan menjadi kepimpinan..




akhir kata, Bersatu padulah kita semua.....


ALLAHUAKBAR...


Bangkit Berjihadlah kamu........



Alhamdulillah, saya telahpun mengikuti satu sesi ceramah yang disampaikan oleh Peguam yang menentang Lina Joy, Saudara

Zulkifli Nordin.Banyak isu yang dikupasnya dan ianya lebih tertumpu kepada isu Palestin dan isu akhir zaman.

Isu ini dikupaskan menurut perspektif Israel sendiri, iaitu mengapa mereka menyerang umat Islam tanpa mempedulikan gesaan, kritikan dan sebagainya. Ini adalah kerana bagi mereka ia merupakan tanggungjawab agama. Mereka mengikut segala yang dikatakan di dalam kitab mereka.

Di dalam kitab mereka sendiri sudahpun tertulis akan datangnya seorang nabi penyelamat umat . Bagaimana rupa paras mereka, bagaimana perwatakan mereka dan diceritakan mereka mengenal nabi Muhammad s.a.w yang dikenali sebagai ' masih ' lebih daripada mereka mengenali anak mereka.



Dan mengapakah mereka menyerang umat Islam ??

Menurut kitab mereka, Taurat, Bab Genesis ( ini apa yang dikatakan oleh penceramah), kedatangan nabi akhir zaman ini akan dihalang oleh seorang manusia yang digelarkan sebagai keldai.Dan keldai ini mempunyai pengikut-pengikutnya. Menurut agama mereka, Nabi Muhammad s.a.w lah keldai itu. Kita , umat Islam pula ialah pengikut keldai itu. Dan mereka telahpun diperintahkan untuk menentang pengikut pengikut keldai itu.

Namun, ketika ulama' mereka melihat Nabi Muhammad s.aw, ada yang dapat mengecam dan mengesahkan bahawa Nabi Muhammad ialah nabi tersebut, sebahagian daripada Bani Israel pula mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ialah ahli sihir. Perkara inilah yang amat kita takuti, iaitu bila mana petunjuk itu datang, kita tidak menyedarinya malah lebih teruk lagi jika kita menentangnya.

Mereka membunuh bayi-bayi, wanita-wanita adalah kerana untuk memastikan tiada lagi generasi baru akan dilahirkan. Pembunuhan ala zaman Firaun. Mereka sudah tahu bahawa akan ada bayi yang akan menewaskannya satu hari nanti. Ini bermakna Israel sudah tahu segala-galanya.



Mengapa pula mereka ingin meruntuhkan Masjidil Aqsa ??

Kerana menurut mereka, tapak Masjidil Aqsa itu ialah tapak Haikal Sulaiman @ Temple of Solomon. Ini kerana dalam banyak-banyak Nabi yang memimpin Bani Israel, hanya 2 nabi sahaja yang dapat membentuk kerajaan iaitu Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Dan menurut kepercayaan mereka, Kemunculan Nabi penyelamat umat yang dinanti-nantikan itu akan memerintah dari Temple of Solomon.

Bintang 6 bucu di bendera Israel itu melambangkan perisai perang Nabi Daud. 2 jalur biru itu melambangkan Sungai Nil dan Sungai Furat. Di dalam kitab mereka Allah telah menjanjikan bahawa tanah di antara 2 sungai ini adalah milik Israel.


Dan apakah bagaimana untuk melawannya ??

Tunggulah seruan berjihad kerana ISrael amat takut akan seruan ini.Menurut hadith yang panjang lebar,hadith mutawattir , sahih dan riwayat tirmizi, seruan itu akan muncul setelah 3 gempa yang menenggelamkan bumi, di mana 1 di sebelah timur, diikuti sebelah barat dan yang ketiga ialah di Tanah Arab.

Gempa pertama sudahpun berlaku, iaitu Tsunami di Acheh. Gempa yang kedua juga sudah berlaku di New Orleans. Gempa ketiga ??? Ianya akan berlaku dan akan ada tanda-tandanya. Antara tanda-tandanya ialah akan berlaku pemberontakan menentang kerajaan dan menurut sesetengah ulama' ianya mempunyai kaitan dengan isu Palestin kini. PM Mesir, Housni Mubarak sudahpun mula dikecam oleh rakyatnya kerana tidak membuka pintu sempadan. Raja Arab Saudi juga sudahpun pula dikecam, kemana pergi duit rezeki limpahan yang Allah berikan kepada mereka, mengapa mereka tidak membantu rakyat Palestin ??


Isu Palestin ialah isu sepanjang zaman. Mengapa ianya dikaitkan dengan sekarang ? Ini kerana dulu Israel menyekat kebebasan media. Sekarang, satu dunia sudah tahu apa yang dilakukan Israel malah Ahli Parlimen Yahudi di Britain sendiri mengutuk mereka .


Diceritakan di dalam hadith itu lagi akan berkumpullah beberapa orang muslim di Mekah untuk mencari penyelesaian masalah..dan dari situlah seorang pemuda akan menyatu padukan ummat Islam. Dialah Imam Mahdi.....


Semoga kita bersiap sedia.....untuk berjihad...saya akan sambung lagi mengenai Imam Mahdi ini....

Malam Jalinan Mesra 09....Malam Pengenalan JKM







Pada 20 Januari yang lalu, telah diadakan program Malam Jalinan Mesra anjuran JKM Kediaman Siswa Semarak. Program yang bertujuan untuk memperkenalkan saf kepimpinan baru JKM KSS bagi sesi sesi 08/09. Pada tahun ini,
satu transformasi barutelah berlaku di mana hanya seramai 24 orang sahaja yang terpilih, dan 4 daripadanya ialah lelaki.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Pengetua, Encik Noraimi bin Shafie dan Felo-felo.Malang sekali, Puan Zubaidah btRamli, satu-satunya felo wanita tidak dapat menghadirkan diri kerana kurang sihat. Terdapat juga beberapa ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang turut hadir dan wakil-wakil dari persatuan lain.

Program dimulakan dengan ucapan dari Pengarah Program, saudari Nur Farhana bt Mohd Azam. Diikuti dengan ucapan dari Presiden dan seterusnya pengetua. Malah, gimik bagi majlis ini juga agak berbeza. Dengan bertemakan lagu basikal tua, seorang gadis melayu dan seorang anak teruna masuk sambil membawa basikal tua bersama-sama mereka.

Majlis turut diserikan lagi dengan Sambutan Hari Lahir pelajar-pelajar KSS. Berbezanya, sambutan ini disambut dengan mengikut perkiraan tahun hijrah, bukan tahun Masihi.Program tamat pada jam 10.30 malam.

Di tanya mengapa di sambut mengikut tahun hijrah, Presiden KSS berkata " Adakalanya kita perlu mengubah persepsi masyarakat kampus. Kita di JKM KSS mahu menghapuskan gelora islamophobia dan juga mahu memastikan bahawa masyarakat kolej tidak lupa akan tarikh lahir masing-masing mengikut bulan Islam. "

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Tahniah dan syabas buat JKM KSS yang baru.



Persembahan gimik bertemakan basikal tua















Antara barisan JKM KSS 08/09

Persembahan Nasyid oleh Shoutul Mujahid

Penyampaian cenderahati kepada Pengetua

Pelajar pelajar yang lahir pada bulan Muharram


Thursday, January 29, 2009

Kem BTN Langkawi....

Alhamdulillah, saya baru sahaja tamat mengikuti kursus BTN di Langkawi. Siapa sangka akhirnya saya dapat juga tiba di Pulau Langkawi. Ya iya la...kerna hanya saya seorang sahaja yang masih belum menjejakkan kaki di sana.

Pergi atas tiket wakil KSS, pastinya langsung tidak disangka-sangka persinggahan di Pulau Langkawi ini sebenarnya seperti tidak berada di Pulau Langkawi.Datang ke Langkawi, punya lah jauh..rupa-rupanya ke kem BTN...

Tiba di Jeti Kuala Perlis dalam jam 7.30 pagi..Feri pukui 8 pagi...Perjalanan menggunakan feri memakan masa selama 1 jam...pukui 10...kami tiba di BTN...suasana seram sudah ada...hahaha




Tidak perlulah saya panjangkan coretan ini, maka lebih baik lah saya simpulkan sahaja. Program ini memang benar-benar memberi dan menaikkan semangat nasionalisme dalam diri para peserta. Bermula dengan LDK mencari falsafah sendiri, diikuti lagi dengan banyak LDK lain...semuanya menjurus ke arah semangat cintakan negara. Ketepikan ideologi menyokong sesetengah pihak, tetapi teruskanlah dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Dek kehangatan sesi menerangkan falsafah diri itu, saya bingkas menyedarkan mereka semua bahawa pentingnya kita bersatu. Falsafah itu boleh diterangkan nanti dengan pengamalan nilai-nilai hormat menghormati, tetapi yang penting adalah bersatu..

Malah, saya sanggup mengorbankan persatuan ataupun parti demi kesatuan untuk Islam..Islam itu yang utama...bukan mahu mewujudkan semangat perkauman dan keagamaan, tetapi kita harus ingat, dengan pemahaman yang mendalam dalam isu Islam dan Melayu, pastinya negara kita akan lebih harmoni...Program ini banyak mengajar dan menanam semangat cintakan negara dan bagi saya , program ini amat bagus untuk diteruskan.



Cumanya di sini, saya akan tidak berapa setuju dengan pendekatan yang digunakan. Isu menggunakan perkataan Islam dalam mana-mana pertubuhan. Mengikut penceramah atau ustaz itu, tidak boleh. Tetapi, yang hairannya, ianya ditujukan kepada sesetengah pihak sahaja. Bagaimana pula dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ?? Kenapa isu ini hanya disandarkan kepada mereka yang tidak sehaluan dengan mereka ?

Di sini , sekali lagi ingin saya katakan, bahawa perpaduan itu penting tidak kira parti mana, tidak kira pertubuhan mana, yang penting ialah kerjasama. Hapuskan sahaja semangat kepartian ini, kerna ianya lebih memecahbelahkan masyarakat kita. Kita tidak mahu masyarakat dok tuding jari ja, dan bila di tanya, mereka akan mengatakan " pemimpin kami yang buat dulu..." .Haa, kan sudah susah jika berlaku sedemikian.


Yang penting di sini kita mencari titik kesamaan, bukan perbezaan. Program LDK yang diselitkan juga menarik bagi saya kerna ianya tidaklah terlalu obses. Terima kasih kepada Fasilitator saya...


Sunday, January 18, 2009

Gaza Terus di Bom...di Mana Kita ??


Jelas...keganasan Israel laknatullah terhadap saudara-saudara seagama kita di Palestin semakin buas. Mereka mengetepikan suara orang ramai. Mereka mengetepikan suara PBB. Israel mengawal Amerika Syarikat, itu sahaja yang boleh diungkapkan lagi.

Begitu juga permasalahan yang berlaku. Kita disini hanya mampu berdoa, memungut derma dan berdemo sana sini. Tetapi, rakan-rakan dari Dunia Arab sendiri seolah-olah memekakkan telinga mereka. Kita lihat usaha kerajaan Bolivia untuk menghentikan dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, disambut baik oleh kerajaan Hamas. Mana perginya semangat seaqidah mereka ? Mengapa Mesir tidak membuka sempadan mereka untuk membolehkan bantuan dihulurkan ?



Apakah salah penduduk Palestin terhadap Israel ? Saya amat berharap agar dunia Arab bersatu untuk membantu Palestin.


Ya Allah ! Tidak pernah saya menyaksikan kezaliman sebuas begini !”, teriak Kayed Abu Aukal. Doktor di bilik kecemasan tidak percaya melihat apa yang tinggal pada syuhada Shahd umur 4 tahun, hanyalah saki baki cebisan daging yang masih melekat pada tulangnya.



Di saat kita sibuk makan dengan senang lenang, boleh bergembira dengan adanya Hot FM twisties Bingit, Anugerah Juara LAgu dan banyak lagi...Cukup sedih sekali kerana mereka ialah Umat Islam...tapi langsung tidak mempedulikan saudara seagama yang mungkin sebaya dengan mereka semua di Palestin...Yang langsung tidak punyai masa untuk bersuka ria..masa untuk bersenang lenang...

Kita...yang kebanyakannya mahasiswa...haruslah bangkit bersama-sama dan menunjukkan semangat kita terhadap Palestin...Perbanyakkan berdoa...menghulurkan derma...dan yang paling utama ialah MEMBOIKOT PRODUK AMERIKA DAN ISRAEL...

timbulkan rasa sensitif dalam diri anda semua...

Saya di Tagged Lagi...Layan...

Asik asik serius je...meh maen2 plak...


1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup anda
-agama saya...saya kena jaga agama saya..takut saya dipalingkan hati ( nauzubillah)
-komputer dan handset...2 bende yang saya akan sentuh selalu di kolej
- Penghuni kolej...

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
- Mentol lampu motorsikal...RM 2 je...

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
- Di Masjid Wilayah...hehhehe..buat biasa2 jer...bersederhana...

4. Berapa lama anda rasa hubungan anda kekal?
wamakaru wamakarallah..wallahu khairul makirin
kite merancang Allah Merancang tetapi perancangan Allah lebih sempurna...

5. Adakah anda dilamun cinta?

Dilamun cinta bersama kerja2 seharian...

6. Di manakah restoran terakhir anda makan malam?
Selera Semarak...

7. Namakan buku terakhir yg anda beli
Termodynamics in an approach engineering

8. Apakah nama penuh anda?
Muhammad Afdhaluddin Bin Mohd Yusof

9. Anda lebih senang dengan mak atau bapak?
Dengan Ummi...

10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk kali pertamanya dalam hidup anda
kalau soalan ini....hehehe...Aisyah...hahahaha..

11. Sebutkan 8 sahabat yang paling rapat dengan anda
- Abu Turab Malik Tassaduq Abbas Malik
- Zainal Abidin bin Hussin
- Adli Aminuddin
- Yang lain ???hehhe..rahsie..kang kontroversi kang...

12. Adakah anda mencuci pakaian sendiri?
Yup...walaupun saya diberi perkhidmatan dobi scra FREE...saya xnak gune...

13. Tempat paling seronok yang anda mahu pergi
Taman2...kalo ade tasik..lagi lawa...

14. Pelukan atau ciuman?
Soalan yang belum sampai masanya untuk dijawab...
jauhkan diri anda dari berfikir mengenai soalan ini..
ini ghuzwatul fikr...

15. Butirkan 5 tentang orang yang tag anda
Siti Atikah Hidzir..
Die nak g Australia..
Die soh tolong die bwat surat..
die bagi pinjam kamera untuk amek gmba AJK kolej
Die nak buat blog untuk JKM KSS..

16. 8 perkara yang amat saya gilai buat masa ini
Bjalan-jalan berseorangan...huhuhu..
Membayar saman tak pakai topi keledar...

17. 8 perkara yang sering diucapkan
assalamualaikum...

18. 8 buah buku yang terbaru anda baca
Saat Cinta Bertasbih ( Habiburrahman Al Shirazy)
Potret Mahasiswa
Thermodynamics is an approach engineering
Mekanik Badan Tegar Dinamik
Kalkulus II
Al Mathurat..
i2 je yang saya ingat...
tapi saya mahu membaca Al Quran setiap hari kalo boleh...

19. 10 lagu yang saya boleh dengar berulang kali
Remaja Islam - xtau sape nyanyi..
Cinta Dalam Hati - UnGu
Ratu Syahadah - Inteam
Kekasih Gelapku - UNgu
Semarak Perjuangan - Shoutul AMaL
Analisa - Shoutul AmaL
Al Ardu LaNa - Shoutul harokAh

20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
- Saya belajar buat surat
- Saya belajar menjadi kaunselor
- Saya belajar memanah
- Saya belajar menjadi pengarah
- Saya belajar semua subjek untuk Sem 2 dan Sem 3
- Saya belajar gune mesin basuh
- Saya belajar edit blog
- Saya belajar erti kepimpinan

21. Mari men'tag 3 orang lain
~ Farah NasiHa ~
~ Mardiah ~
~ Zainal ~

Saturday, January 17, 2009

Salam Perjuangan di Tahun Baru..

Alhamdulillah, akhirnya dapatlah juga kiranya saya kembali ke medan penyebaran ideologi dan prinsip yang saya hentikan buat seketika. Pengurusan masa harus lebih teratur. Pengawalan emosi juga harus seimbang. Dan yang paling penting,ilmu kerohanian sama sekali jangan dilupakan.



20 Januari ini,Program Malam Jalinan Mesra 09 akan berlangsung.Saya amat berharap agar program pertama yang dianjurkan pada tahun ini berjalan dengan lancar. Dan segala permasalahan yang timbul sebelum ini saya rasakan sudah pun diselesaikan dengan terpaparnya kenyataan khas dari saya sendiri.


Untuk barisan MPP baru UTMKL,saya amat berharap agar satu perubahan dilakukan. Hilangkan semangat perkauman dan kepartian. Hapuskanlah semangat assabiah yang tinggi. Tiada lagi Pro-M, tiada lagi Revo-M. yang ada hanya Total-M.Dan bersatulah atas nama Islam

Suara mahasiswa itu penting. Mahasiswa pemacu kejayaan negara seperti yang berlaku di luar Malaysia.

Semoga saf kepimpinan yang baru ini mampu untuk melakukan sesuatu..




 

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design